tag:blogger.com,1999:blog-901132990422442211.post3430066420081421626..comments2023-11-02T19:34:14.687+08:00Comments on Anak Sabah Anak Malaysia: Anda komen, Saya respon..lambunauhttp://www.blogger.com/profile/02432375385732813803noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-901132990422442211.post-20017995567760811992008-04-21T23:31:00.000+08:002008-04-21T23:31:00.000+08:00Terima Kasih respon sdra Asam Lambunau.Saya harap ...Terima Kasih respon sdra Asam Lambunau.Saya harap di ruang ini tidak di jadikan tempat perdebatan kita tapi menjadi peluang untuk semua .
Sdra menyatakan"Saudara mungkin kurang jelas bahawa niat asal pemimpin USNO membawa masuk UMNO ke Sabah pada tahun 1990 ialah untuk mendapatkan suara yang lebih kuat untuk anak-anak sabah memperjuangkan hak-hak sabah".Pada saya kenyataan ini agak melucukan dan boleh mengelirukan fakta sejarah kemasukkan UMNO ke Sabah.Fakta sdra boleh saja menghambat Huguon Siou Datuk Seri Joseph Pairin Titingan Presiden PBS.Parti yang memperjuangkan Hak-hak peribumi orang/anak-anak Sabah adalah Parti Bersatu Sabah.Ini kena ingat.Sebab itulah,PBS diperlukan untuk menyertai BN bagi menjaminkan kestabilan politik Sabah ketika itu.USNO bertukar menjadi UMNO sekadar untuk mempertahankan status quo orang-orang melayu(Bajau,Berunai,kadayan,sungei,Iranun dan lain-lain) di Sabah .Pemimpin di kalangan mereka inilah yang banyak berusaha untuk menghapuskan Parti USNO itu sendiri.Di antaranya Sdra Karim Ghani.Masihkah Kau Ingat.7/8 kerusi USNO dipertahankan untuk membuka ruang kepada "Keris Melayu" bertapak di Sabah.Boleh tanyakan kepada sdra Karim Bujang,diantara mereka yang terlibat memadamkan USNO.
Sdra,pada saya hanya "Parti Keris Melayu" inilah yang tinggal untuk orang-orang melayu Sabah.Mahu dipungut di mana lagi sdra?cadangan untuk menghidupkan USNO dan kemudian bergabung dengan Parti Keadilan untuk orang-orang Sabah,seolah-olah sdra bersedia untuk memecah-belahkan masyarakat Sabah.Harus diingat pada zaman Parti USNO bercakaran bersama BERJAYA dan PBS,akhirnya PBS PLUS.
Lagi pun,generasi sekarang tidak mengetahui dengan baik sejarah TUN MUSTAPHA bersama USNO.Rasanya mereka tidak akan mahu tahu lagi Aura USNO di zaman itu.Selesai sudah bah.
Pasal Parti Keadilan Rakyat ini,sebenarnya saya sudah komen cerita ini di banyak laman.Ini wayang kulit Anwar saja.Dulu dia pernah janji untuk 100 hari Sabah membangun masa sdra Anwar berkuasa..rupanya 100 hari anak-anak Sabah dibuai mimpi.saja.Sdra Anwar mahukan kuasa itu kembali kepadanya dengan mendapatkan sokongan dari Parti-parti rakan BN di Sabah.
Sdra Anwar ni,mahukan tempat ke "Keris Melayu" dengan cara seperti menaiki helikopter dan turun ke singgahsana.PKR hanya sebagai batu lonjatan saja.Tapi,buat masa ini ruang itu masih "tidak jelas".Sejarah UMNO terlalu besar berbanding dengan PKR yang masih "tercari-cari "sumbernya. Mungkin sdra bolehlah tunggu cerita Anwar pada 23 April ini,ke Sabah.
Biar menangis darah sekalipun,saya percaya tidak akan dapat sdra Anwar untuk mengula-gulakan YB-YB Sabah.Cukuplah.

Saya bukan bermaksud memuji YB Sabah ini.Pada saya mereka juga perlu banyak diperbetulkan untuk memperjuangkan nasib orang-orang Sabah di bawah BN ini.Sekian.kudeed@yahoo.comhttps://www.blogger.com/profile/16902631353639769124noreply@blogger.com