Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

11 April 2009

PTI dari India di Sabah..

ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu.

Pada mulanya, penulis hanya berjaya menjejak kes pemalsuan dokumen seorang belia India di Sabah iaitu Velutha Mannil Yousaf Abotty yang dilahirkan pada 10 Jun 1971 di Quilandy Kerala, India. Velutha telah memohon visa daripada Kedutaan Malaysia di Madras pada 13 Ogos 1990 dan diluluskan visa bernombor 18282/90 untuk tempoh selama dua bulan.

Yousaf tiba di Singapura pada 7 Ogos 1990 dan berada di sana sehingga 21 Ogos 1990 dengan menggunakan pas lawatan bernombor 2573/B2.

Yousaf ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1990 dengan menggunakan pasport India S 690334 yang dikeluarkan pada 5 April 1990 di Kozhikode, India.

Yousaf telah mengisi Departure Card bernombor AT 438263 di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan diberi kebenaran untuk berada di dalam negara ini selama dua bulan sehingga 21 Oktober 1990 atas lawatan sosial.

Penulis tidak tahu bagaimana Yousaf boleh menyusup masuk ke Sabah ddan sampai di Lahad Datu sekitar 1994.

Yousaf telah memperoleh surat beranak daftar lewat yang dikeluarkan oleh Dr Chaw Tet Loong, Pegawai Perubatan Semporna bernombor 3870/91 bertarikh 30 April 1991.

Mengikut sijil lahir tersebut, Yousaf dilahirkan di Kampung Sungai Nasip Semporna pada 10 Jun 1971. Bapanya Kasim Bin Abdul (India Muslim) dan ibunya Saripa Bte Motok (Melayu).

Melalui sijil lahir tersebut, Yousaf telah berjaya mendaftar kad pengenalan dan diberi resit JPN 1/9 bernombor 7416169 pada 21 Februari 1995 oleh Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu.

Bagaimanapun sehingga kini Yousaf belum menerima kad pengenalan tersebut dan hanya memegang resit JPN 1/9 dan sijil lahir 3870/91.

Kes berkenaan agak sepi sehinggalah pendedahan beberapa orang warga Malaysia berketurunan India atau Mamak menjelang penerbitan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan beberapa nama Pendatang Haram India seperti Abdul Jabbar Munthalif yang berjaya di Sabah setelah mendapat Kad Pengenalan Projek dan menjadi ahli DPIM.

Paling mengejutkan, pendedahan jujur Kamaruddin yang mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.

Kejayaan Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru yang selama ini hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah.

Ansar @ Ansari telah membayar sejumlah wang kepada seorang wanita berketurunan India daripada Papar untuk mendapatkan sijil lahir daftar lewat dengan membuat akuan palsu bahawa Ansar adalah anaknya walaupun tembuni dan ibu yang melahirkan Ansar masih berada di India.

Peluang Ansar untuk berjaya sebagai peniaga telah melupakan jenayah yang dilakukannya di India dan juga jenayah memalsukan keterangan diri di Malaysia, apatah lagi berani muncul membuat laporan polis dan mencabar Kamaruddin, disifatkan sebagai tindakan paling bodoh yang pernah dilakukannya.

Dengan salinan pasport India Ansar masih dalam simpanan Kamaruddin, Ansar telah meludah ke langit dengan muncul di Balai Polis Karamungsing dan membuat kenyataan akhbar di Daily Express bersama Baisul Khan.

Apakah Ansar yakin bahawa beliau kebal kerana menjadi ahli UMNO dan pemilih berdaftar sehingga tidak ada siapa yang boleh menggugat kedudukannya dan perniagaannya di Malaysia yang terus menghantar wang balik ke India?

bersambung...

Kualiti Mykad yang dibanggakan kerajaan...

ROSAK...."Inilah ikan masin saya, Hee hee..."

Mykad atau kad pengenalan yang menggunakan Chip 64K yang ditaksirkan sebagai kad pengenalan bermutu tinggi,berkualiti dan termahal di Asia Tenggara, sebenarnya tidak ubah seperti ikan kering yang berbau hapak!

"Saya mana tahu kenapa jadi begini? Sepanjang masa dalam dompet sahaja. Tapi tengoklah sendiri, betul-betul macam ikan kering yang berkulat dan berulat," ujar Padli Shahibon yang menetap di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut, Papar.

Menurut Padli, beliau telah menjaga kad pengenalannya dengan baik tetapi mungkin kualitinya yang rendah, maka mykad yang dibanggakan Kerajaan Malaysia berkenaan mudah rosak dan tidak berkualiti langsung.

Kata Padli, beliau beberapa kali digertak polis kerana kad pengenalannya dituduh sebagai kad pengenalan palsu.

"Saya anak jati Sabah dan berasal dari Kota Belud. Kalau mykad yang rosak kenapa saya pulak mau ditangkap," ujar Padli yang telah beberapa kali ke pejabat Pendaftaran Negara untuk menukarkan mykadnya tetapi disebabkan beliau tidak mempunyai masa untuk menunggu maka ianya masih tertangguh.

Padli menggesa agar Jabatan Pendaftaran Negara Sabah menyediakan program khas bagi membolehkan mereka menukarkan mykad yang rosak tanpa perlu menunggu lama.

"Jika mereka boleh membuka pejabat pada hari minggu untuk mendaftar kad pengenalan hijau untuk warga asing, tetapi tidak boleh buka kaunter khas untuk rakyat tempatan menukarkan mykad mereka yang rosak," ujar Padli yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kontraktor yang membekalkan kad plastik kepada JPN kerana dikhuatiri tidak bermutu.

Kata Padli, bukan beliau sahaja yang mengalami kerosakan kad pengenalan, malah ribuan rakyat Sabah menghadapi masalah serupa terutama meletakkan mykad mereka di dalam dompet kulit.

Oleh itu, kata Padli, beliau tidak hairan jika ramai pendatang tanpa izin memiliki mykad palsu dan kad pengenalan projek disebabkan mykad yang mudah dipalsukan atau mudah didapati dengan memalsukan keterangan diri.

Selamatkah Lahad Datu?

LAHAD DATU yang pernah diserang 15 orang lanun berpakaian celoreng dan melarikan RM250,000 daripada Standard Chartered Bank Lahad Datu pada 1986 dijamin selamat sekalipun menjadi sarang pendatang asing tanpa izin terutama yang tinggal di perkampungan setinggan di dalam pekan dan bersembunyi di Felda.

Kejadian 12 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Sultan Borneo' yang diketuai oleh mantan Calon Bebas pilihanraya umum 2004, Datuk Abdul Razak Datu Aliuddin yang bertindak membakar enam bendera bendera Sabah dan mencabar polis menangkap mereka tidak boleh dipandang ringan.

Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Silam, Johani Abdul Halim mendesak agar polis menjalankan siasatan yang rapi kerana beliau percaya tuntutan kumpulan ini ada hubung kait dengan tercetusnya sengketa di selatan Mindanao antara United Tausug Citizen (UTC) dengan tentera Kerajaan Filipina.

"Kenapa mereka hanya dituduh berhimpun secara haram dan tidak menumpukan siasatan terhadap tidakan menderhaka kepada Yang Di Pertua Agong kerana membakar bendera negeri yang berada di bawah Pemerintahan Yang Di Pertuan Agong," ujar Johani yang kesal dengan kejadian berkenaan.

Johani bagaimanapun yakin dengan kredibiliti polis dan pasukan keselamatan yang mengambil langkah berjaga-jaga namun mengharapkan agarAPMM turut memastikan warga Filipina tidak lepas masuk secara bebas ke Sabah.

"Kedaulatan wilayah Sabah harus diutamakan dan tidak memandang remeh ancaman daripada warga Filipina yang mendapat kad pengenalan Sabah dan mengaku waris Sultan Sulu," ujar Johani lagi.

Johani turut kesal dengan kejadian tembak menembak secara terbuka yang dilakukan oleh anggota polis di Pasar Ikan Lahad Datu seperti yang disiarkan di Youtube dan meminta polis memberikan penjelasan kepada masyarakat yang kini trauma dengan kejadian berkenaan.

Sumber- http://mutalibmd.blogspot.com/

Ancaman keselamatan Terhadap Sabah..

KEDAULATAN Sabah mungkin terancam sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak memadamkan api kebangkitan United Tausug Citizen (UTC) yang mula merebak ke Sabah kerana sempadan negara ini mudah bolos.

"Kita telah merasai keperitan apabila Pulau Batu Putih yang sekecil itu dilucutkan hak tetapi kita akan lebih malu dan menderita jika isu tuntutan waris kesultanan Sulu ke atas Sabah tidak diselesaikan dengan bijaksana," ujar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

Sehubungan itu, Bumburing merayu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil langkah proaktif secara biliteral dan komited bagi menjamin kedaulatan Sabah terjamin di dalam Persekutuan Malaysia.

Tegas Bumburing, beliau dan rakannya telah membahas isu kedaulatan Sabah di Parlimen, namun kekurang pekaan pemimpin terdahulu menyebabkan Sabah diambang bahaya berikutan kebangkitan UTC yang mempunyai hubung kait dengan warganegara Filipina yang diberi taraf penduduk tetap dan warganegara Malaysia.

"Saya meyakini kepimpinan Dato' Seri Najib akan memberikan keutamaan kepada Sabah terutama menyelesaikan isu 'tuntutan palsu' yang berlarutan sekian lama sehingga menyebabkan rakyat Sabah mencurigai kejujuran Kerajaan Persekutuan akibat perlambakan pendatang haram di Sabah," kata Bumburing yang tidak jemu-jemu bercakap tentang isu pendatang haram dan kerakyatan songsang di Parlimen.

Bumburing menimbulkan isu kedaulatan ini sebagai mengulas tindakan 12 orang berketurunan Suluk cuba mencabar 'Kerajaan Malaysia' dengan bertindak nekad membakar enam bendera Sabah di Lahad Datu baru-baru ini.

Tindakan berkenaan, kata Bumburing adalah ancaman kepada negeri Sabah dan tidak boleh dipandang remeh dan mencadangkan agar pelakunya dilucutkan kerakyatan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mereka yang mengaku Waris Sultan Sulu.

"Jika mereka memiliki mykad Malaysia, bagaimana mereka boleh mengaku Waris Sultan Sulu? Bukankah ini mengancam kedaulatan Malaysia?," tanya Bumburing ketika ditemuramah Sabahkini.net.

Bumburing menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman agar menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat insiden ini yang telah menjatuhkan imej negara apabila pihak polis hanya bertindak untuk mendakwa mereka menyertai perhimpunan haram.

Tidak boleh tidak kata Bumburing, tindakan membakar bendera Sabah adalah perbuatan subversif yang tidak boleh dipandang ringan dan wajar dihukum setimpal dengan perbuatan mereka yang disifatkan sebagai Menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata insiden membakar bendera di Lahad Datu, Sabtu lepas, sebagai serius yang boleh mencetus rusuhan awam dan menimbulkan keadaan huru-hara.

“Membakar bendera adalah perkara amat serius. Ini bukan budaya kita dan tidak boleh bertolak ansur,” katanya.

Musa, yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, berkata beliau telah meminta polis menyiasat perkara itu secara terperinci supaya insiden seperti itu tidak berulang.

Dalam kejadian pukul 8.40 pagi itu, 12 orang termasuk seorang yang mendakwa dirinya dari keturunan Sultan Sulu, ditahan kerana membakar enam bendera negeri Sabah di hadapan pasar pekan Lahat Datu dan di sebuah pasar raya di situ.

Sumber: http://mutalibmd.blogspot.com/

Kabinet Baru Malaysia Nan Satu

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong Datuk Dr Mashitah Ibrahim Datuk SK Devamany Ahmad MaslanT Murugiah

Menteri kewangan IDatuk Seri Najib Razak Menteri kewangan IIDatuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah timbalan Datuk Chor Chee Heung, Datuk Dr Awang Adek Hussin

Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin timbalan Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi

Menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat timbalan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Datuk Robert Lau Hoi Chew

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok timbalan Datuk Hamzah Zainudin

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein timbalan Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim timbalan Datuk Joseph Salang Gandum dan Senator Heng Seai Kie

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air Datuk Peter Chin Fah Kui timbalan Noriah Kasnon

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal timbalan Datuk Hassan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun

Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin timbalan Datuk Dr Hou Kok Chung dan Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Mustapa Mohamed timbalan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan

Menteri sains, teknologi dan inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili timbalan Fadillah Yusof

Menteri sumber asli dan alam sekitar Datuk Douglas Uggah Embas timbalan Tan Sri Joseph Kurup

Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen timbalan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Menteri pertanian dan industri asas industri Datuk Noh Omar timbalan Datuk Johari Baharum dan Datuk Rohani Abdul Karim

Menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi timbalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Menteri kerja raya Datuk Shaziman Abu Mansor timbalan Datuk Yong Khoon Seng

Menteri kesihatan Datuk Liow Tiong Lai Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek timbalan Datuk Razali Ibrahim (timbalan)Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam timbalan Datuk Maznah Mazlan

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Ismail Sabri Yaakob timbalan Datuk Tan Lian Hoe

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan Datuk Kong Cho Ha timbalan Datuk Lajim Ukin

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil timbalan Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri luar Datuk Anifah Aman timbalan A Kohilan Pillay dan Datuk Lee Chee Leong

Menteri wilayah persekutuanDatuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin timbalan Datuk M Saravanan

Siapa Nak Jawab?

Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu:

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.

Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.

"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.

Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.

Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.

"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.

"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya.

Dipetik daripada HarakahDaily.Net

05 April 2009

Perhimpunan Haram Waris Sultan Sulu Di Lahad Datu

LAHAD DATU, 4 April (Bernama) -- Polis menahan 12 lelaki yang menyertai perhimpunan haram dan bertindak membakar bendera negeri Sabah di kawasan hadapan Pasar Rakyat dan sebuah pasar raya di sini hari ini.Ketua Polis Lahad Datu Supt Md Suhaimi Abdul Rahman berkata kesemua yang ditahan itu adalah rakyat tempatan berusia antara 14 dan 41 tahun.

Katanya turut ditahan ketua kumpulan itu berusia 41 tahun yang mendakwa waris Sultan Sulu."Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata dalam kejadian pada 8.40 pagi, terdapat dua kumpulan lelaki mengadakan perhimpunan haram di dua lokasi di kawasan Pekan Lahad Datu iaitu di kawasan depan Pasar Rakyat dan sebuah pasar raya.Katanya kumpulan lelaki berkenaan turut bertindak membakar enam helai bendera negeri Sabah ketika menyertai perhimpunan haram tersebut.Md Suhaimi berkata anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal perhimpunan haram dan menahan mereka yang menyertai perhimpunan itu."Berikutan perhimpunan itu, polis kemudian melakukan kawalan keselamatan di kawasan Pekan Lahad Datu termasuk mengadakan sekatan jalan raya," katanya.Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan tujuan kumpulan berkenaan mengadakan perhimpunan tersebut.--

-BERNAMA


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia