Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

16 January 2010

Satu Malaysia, Satu Allah?

Melihat pada perkembangan semasa dan hasil daripada kunjungan saya ke forum-forum di laman web, saya merasa terpanggil juga untuk menulis sedikit berkenaan isu yang hangat pada masa ini iaitu berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam gereja dan penerbitan Kristian di Malaysia. Sementara isu itu begitu hangat di Semenanjung, perkara sebaliknya pula di Sabah, ini adalah kerana Umat Islam di Sabah sudah lama menghadapi perkara ini dan dapat menerimanya dengan lebih terbuka(?).

Saya adalah Muslim anak jati Sabah yang hidup dalam suasana aman di kalangan masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama, biasa melihat gereja di sana sini, malah ada sesetengah tempat di Sabah gereja lebih banyak dan lebih besar dari masjid atau surau.

Saya sudah lama mengetahui malah pernah beberapa kali membaca makalah2 gereja dan alkitab (bible) berbahasa Melayu yang didalamnya terkandung perkataan Allah sebelum perkara ini menjadi isu panas di Semenanjung. Alhamdulillah tidak pula saya terpengaruh untuk mempercayai kandungannya, jauh sekali untuk murtad.

Apabila isu larangan penggunaan kalimah Allah mula ditimbulkan, saya dapat merasakan ianya akan menjadi satu polemik berpanjangan kerana saya faham betapa sensitifnya perkara ini kepada Umat Melayu Islam di Semenanjung Malaysia kerana saya pernah berada di sana selama beberapa tahun.

Saya mempunyai pengalaman sendiri bagaimana rakan-rakan Melayu Semenanjung yang prejudis apabila mengetahui rakan serumah saya adalah seorang penganut agama Kristian, pelbagai perkara dipersoalkan seolah-olah saya telah melakukan kesalahan yang amat besar, sedangkan pada saya perkara sebegini adalah normal di Sabah. Saya dapat menghidu perasaan anti kristian begitu menebal pada jiwa mereka.

Apa agaknya reaksi anda jika anda dari semenanjung datang ke Sabah dan melihat Salib2 yang besar di atas bukit, gereja2 pelbagai mazhab kristian sepanjang jalan malah ada yang agak rapat kedudukannya? Adakah anda akan terus meminta dihantar ke airport dan membeli tiket balik ke Kuala Lumpur? Bagaimana pula dengan pegawai2 kerajaan (orang melayu Islam dari semenanjung) yang dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak, berapa ramai yang telah menjadi murtad kerana penggunaan Allah dalam gereja kristian di Sabah dan Sarawak?

15 January 2010

Inilah Hakikatnya..

Kenyataan Media: Nizar MB Perak Yang Sah?

Merujuk kepada isu yang disebarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang berpihak kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan media seperti dibawah ;-

1. Saya menafikan bahawa pihak Mahkamah Persekutuan telah mengumumkan bahawa siapakah MB Perak yang sah.

2. Namun begitu, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telah pun telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kenyataan ini dikeluarkan saya mengesahkan bahawa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan. Oleh itu isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit.

3. Namun begitu, Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan suka menghebahkan kepada umum dimana kami berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah, sehingga telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah persekutuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah persekutuan bagi menentukan siapakah MB yang sah menguatkan lagi jangkaan itu.

4. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, kenapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan yang pada pandangan kami menyebabkan wajar timbul isu dan cakap-cakap yang mengatakan keputusan memihak kepada Ds. Nizar.

5. Kerana itu saya menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di Perak supaya terus mempertingkatkan usaha untuk menyusun seluruh kekuatan melalui semua jentera di semua Parti PAS, DAP dan PKR serta pada gabungan sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak.

6. Segala langkah yang perlu bagi memastikan semua calon Pakatan Rakyat yang bertanding menang adalah keutamaan yang mesti didahulukan. Seterusnya merialisasikan hasrat Parti dan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat kembali memegang tampuk pemerintahan di Negeri Perak yang kita cintai.

Kenyataan Media 14hb Januari, 2010

YB.Drs. Khalil Idham Lim

Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

TERGAMAK NAJIB DAN MUHYIDDIN KE LUAR NEGERI

Negara hari ini berada dalam situasi yang tidak stabil. Isu nama Allah boleh mengundang suasana konflik dalam negara.Buktinya sudah wujud cubaan untuk menimbulkan api permusuhan di antara agama. Gereja dibakar dan dilontar bom sebagai provokasi pihak tidak bertanggungjawab. 《p/>

Dalam situasi ini, saya melihat pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat lebih ramai turun padang berbanding pemimpin Umno@BN untuk meredakan keadaan selain menghulurkan simpati. Langkah ini wajar dipuji kerana jika isu ini gagal ditangani dengan baik maka tidak mustahil boleh mengundang tragedi 13 Mei kedua di negara ini. 《p/>

Malangnya ketika negara berada dalam suasana tidak menentu, pemimpin nombor satu dan nombor dua boleh berada di luar negara. Seorang ke Jeddah dan seorang lagi di Kota London. Walau atas tujuan apa sekalipun sama ada tugas rasmi atau peribadi, ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ketika ini adalah sesuatu yang janggal.Dalam masa yang sama Menteri Dalam Negeri dan beberapa menteri lain juga 'tumpang sekaki' mengiringi PM dan TPM di luar negara. 《p/>

Apakah yang lebih didahulukan?Tak bolehkah kunjungan tersebut ditangguhkan sehingga suasana dalam negara kembali reda? Pemergian ke luar negara ketika ini juga tidak wajar ketika rakyat dan negara sedang bergelut dengan krisis kewangan. Langkah berkenaan juga tidak selaras dengan dasar penjimatan yang kononnya diamalkan oleh kerajaan ketika ini. Rakyat disuruh berjimat, perbelanjaan kerajaan untuk rakyat disekat tetapi mereka boleh 'senang hati' berada di luar negara.《p/>

angkasanuri.blogspot.com

13 January 2010

Mereka Semakin Melampau!!

Oleh: SALIHIN LADJA MURA

IMEJ Polis Kunak yang sebelum ini tercemar dengan Kes Pertikaian Tanah di Tingkayu sehingga menyebabkan Ketua Polis Daerah ditukar ke Semenanjung Malaysia, kini semakin parah kerana seorang pekebun mendakwa beliau ditahan secara salah melebihi 24 jam, iaitu selama lima hari di Lokap Balai Polis Kunak tanpa sebarang perintah reman.

“Sejak ditahan pada jam 11 pagi 3 Disember 2009 dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 8 Disember 2009, saya tidak pernah di bawa berjumpa sebarang Majistret untuk perintah tahanan reman. ASP Tan tidak memberitahu sebab saya ditangkap. Oleh itu saya beranggapan ditahan secara tidak sah semata-mata untuk mencari dan menghapuskan bukti kegiatan jenayah pegawai terbabit,” ujar Richard Mekulis yang memaklumkan kepada Sabahkini.net.

Richard yang ditahan polis ekoran sms yang dikirimkan Peguam James Valentino kepada beliau dan pekebun lain berhubung 98 tan buah kelapa sawit yang dicuri ASP Tan lalu beliau menelefon rakannya bernama Lau untuk membuat laporan polis kerana rakan ASP Tan, Alex Sia enggan menjelaskan pungutan tol buah yang dicuri daripada Ladang Dukawan.

“Alex kata saya ugut dia melalui sms dan dia buat laporan polis. Anehnya ASP Tan segera memberkas saya tanpa sebarang alasan atau bukti dan menuduh saya di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan atas tuduhan melakukan peras ugut” ujar Richard yang kesal kerana ASP Tan telah menyalahguna kuasanya sebagai pegawai awam.

Turut menerima nasib yang sama kata Richard, orang Lau yang membuat laporan polis telah ditangkap dan disumbat ke lokap, namun sehingga ke hari ini tidak siapa tahu ke mana orang tersebut menghilang.

Akibatnya, kata Richard, pada 3 Disember 2009, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kunak, ASP Tan Hiap Wah menggeledah kereta dan bilik tidurnya tanpa sebarang waran atau perintah mahkamah semata-mata untuk mendapatkan bukti rakaman percakapan antara seorang pekebun, Lawrentius dengan Halik (saki baki orang suruhan Alimuddin Mohd Ajay yang kini ditahan di Penjara Tawau atas tuduhan membunuh).

“Dia tidak percaya saya tidak ada rakaman itu. Dia rampas telefon saya. Bila tidak jumpa juga baru dia bebaskan saya,” ujar Richard yang menjelaskan bahawa peguamnya tidak mengetahui beliau ditahan kerana ASP Tan tidak membenarkan beliau berbuat demikian.

Richard yang sebelum ini pernah ditahan selama lebih 14 hari atas tuduhan palsu polis Kunak mendakwa bahawa beliau ada mendengar rakaman percakapan antara Lawrentius dengan Halik, namun beliau tidak memiliki rakaman berkenaan yang dipercayai telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Peguam James Valentino Tanggar.

“Saya hanya mendengar bahawa Halik mengakui memberi RM1,000 kepada ASP Tan sebagai yuran perlindungan bagi kegiatannya mencuri buah milik pekebun kecil. Yang lain saya tidak sempat dengar dan tidak ingat,” kata Richard yang turut terkejut kerana bahan bukti yang ditahan di Balai Polis Kunak, iaitu buah kelapa sawit di atas kenderaan yang ditangkap kerana mencuri buah kelapa sawit milik pekebun kecil Tingkayu hilang begitu sahaja tanpa sebarang kesan.

Kata Richard, ASP Tan telah merampas telefon bimbit dan sim kad telefonnya bernombor 0198328049 yang belum dikembalikan sehingga kini.

“Saya akan membuat laporan polis berhubung tahanan tidak sah apabila berjumpa peguam saya di Kota Kinabalu kelak kerana saya tidak percaya polis Kunak,” ujar Richard ketika ditanya kenapa tidak membuat laporan polis.

Percubaan Sabahkini.net menghubungi Lawrentius gagal kerana menurut maklumat dibeliau diburu polis semata-mata untuk mendapat bukti rakaman percakapan antara beliau dan Halik, namun James Valentino ada menghantar transkripsi bertulis sedutan rakaman melalui email seperti berikut;

Lawrentius: Yang baru-baru ini dia orang tidak minta duit jugakah?

Halik: Ada juga kami kasi RM1,000..

Lawrentius: Siapa? Hafizi?

Halik: Tan (ASP)

Valentino juga mencatatkan bahawa Sarkawi dan Hafizi juga ada disebut menerima wang daripada Halik dalam percakapan telefon antara Halik dengan Lawrentius yang dirakam dan diserahkan kepada SPRM.

Percubaan Sabahkini.net untuk mendapatkan rakaman berkenaan juga gagal kerana tiada siapa mengetahui rakaman tersebut melainkan James Valentino dan Lawrentius yang masih bersembunyi.

Sumber:www.sabahkini.net


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia