Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

13 May 2009

Mengapa Takut DUN Perak Dibubarkan?

Mengikuti perkembangan politik di Perak dalam tempoh 24 jam yang lalu boleh menyebabkan orang yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi ditahan di wad. Di pihak mana pun kita, melihat perkembangan ini, jalan yang terbaik adalah dengan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang seharusnya menjadi pentadbir kerajaan negeri Perak.

Tetapi perkembangan terbaru menunjukkan bahawa pihak Barisan Nasional seboleh-bolehnya tidak mahu perkara ini (pilihanraya DUN negeri Perak) berlaku. Bagi orang biasa seperti saya dan mungkin juga para pembaca blog ini boleh menafsirkan perkara ini sebagai ketakutan dan kedayusan BN untuk menghadapi piliharaya. Lebih tepat lagi boleh dikataka TAKUT kepada hukuman daripada rakyat!!

Kenapa perlu takut kepada sesuatu yang belum pasti? Tidak dinafkan memang ada rakyat Perak yang marah kepada BN tetapi belum diketahui sejauh mana mereka akan menolak pemerintahan BN. Kata orang tua-tua, "berani kerana benar, takut kerana salah".

Salahkah BN? Jawapannya; tidak tahu. Takutkah BN? Mungkin takut pada natijah perbuatan lampau.

Beri hak rakyat pilih kerajaan Perak - Suhakam

KUALA LUMPUR 13 Mei (Harakah) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman yang dipetik daripada agensi berita. <\p> Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat,"kata beliau.

"Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak,"kata Abu Talib.

12 May 2009

Kemenangan Nizar Kemenangan Rakyat - Sabahkini.net

KEMELUT krisis politik di Negeri Perak hampir selesai apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah di mana dalam masa yang sama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Zamry harus mengosongkan jawatan tersebut.

<> Berikutan keputusan tersebut Nizar turut menggesa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir supaya mengosongkan kerusi MB Perak bersama 6 Exco yang lain dengan serta merta kerana perlantikkan mereka tidak sah di sisi undang undang.

<> Antara lain yang menguatkan alasan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mendapati kerusi panas MB tidak kosong kerana Nizar tidak pernah pun meletakkan jawatan itu sebelum melantik Zambry dari Barisan Nasional (BN).

<> Penghakiman itu boleh disifatkan sebagai bersejarah kerana telah mengikut lunas undang-undang yang sebenarnya, namun keputusan itu sekadar sementara kerana yang pasti Pakatan Rakyat (PR) perlu bertindak realistik di mana segala-galanya harus diserahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang benar-benar mendapat sokongan padu daripada rakyat Perak menerusi pembubaran Dewan Negeri Kuasa harus dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan masa depan bumi Perak, kerana dengan berbuat sedemikian hanya rakyat sahaja yang mempunyai kuasa ataupun mandat untuk memilih kerajaan baru menerusi pilihanraya untuk menamatkan kemelut politik Perak yang kini sudah menjangkau hampir 100 hari bergolak.

<> Kerajaan Perak yang masih terumbang-ambing ketika ini, seluruh Negara tergamam seketika, malah telah menyifatkan bahawa Peraklah satu-satunya negeri yang paling unik dari sejarah politik di abad ke-21 kerana telah mempunyai sistem kerajaan seperti berikut:-

<> 1) Dua orang Menteri Besar

2) Dua orang Speaker Dewan Undangan Negeri

3) Dua barisan EXCO

4) Dua Setiausaha Dewan Negeri

5) Dua Dewan Negeri (Sub Dewan dalam Dewan Negeri)

Dalam ertikata lain, Perak mempunyai dua kerajaan, satu kerajaan yang sah dari PR, manakala satu lagi kerajaan BN yang dilantik selepas 3 ADUN melompat menyokong kepada BN.

<> Berikutan perkembangan terbaru itu, sudah tentu segala perancangan dan keputusan Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan MB adalah tidak sah, membazir wang rakyat dan membuang masa hanya kerana pergelutan politik yang tidak menghormati prinsip demokrasi dan membelakangi kedaulatan undang undang Negara.

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT PERAK

Tahniah kepada Pakatan Rakyat Perak dan Datuk Seri Nizar Jamaludin kerana telah dikembalikan hak mereka yang telah dirampas. Tahniah juga kepada institusi kehakiman yang menjuarai keadilan dengan membuat keputusan berdasarkan keluhuran perlembagaan. Pengumuman DS Nizar untuk emohon perkenan Baginda Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak adalah tindakan yang terbaik agar rakyat dapat memutuskan siapakah yang mereka kehendaki untuk mentadbir negeri timah tersebut.

“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia