Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

09 April 2010

TUBUH SEGERA NGO PENDESAK MINYAK SABAH

Baru-baru ini saya menghadiri Ceramah Perdana yang disampaikan Tengku Razaleigh Hamzah di Dewan KDCA, Penampang yang dihadiri lebih kurang 3,000 orang rakyat Sabah.

Tahniah kepada penganjur USDA serta seluruh yang terlibat menganjurkan program ini, walaupun mereka tidak muncul di permukaan. Menariknya program berjalan tepat masa dan teratur.

Barangkali, sesi dialog, menurut pandangan saya patut secara terbuka, di mana penyoal, langsung mengemukakan soalannya, sehingga ia dapat menjaring pandangan orang awam; namun agak elitis kerana kebanyakan pertanyaan bertulis datang daripada orang kenamaan yang bersifat teknikal.

Walau bagaimanapun, program ini telah dapat membuka minda kita bersama terutama pandangan peribadi saya berkenaan minyak Sabah.

Saya memikirkan betapa perlunya satu gerakan NGO PENDESAK MINYAK SABAH mesti segera dibentuk untuk

*Pastikan bahawa wang royalti Sabah mesti kekal sebagai wang royalti walau siapapun yang memerintah Sabah. Perkara ini mesti dimaterai dalam perjanjian bertulis dengan kerajaan pusat. Jangan sampai bala Trengganu dan Kelantan akan ikut melanda Sabah.

*Menurut Tengku Razaleigh, sekarang hasil Petronas bukan hanya dari keluaran minyak/gas di dalam Negara tapi lebih 50% berasal daripada operasi di luar Negara.

*Berdasarkan isu di atas, Sabah mesti mendesak kerajaan pusat, agar meminda akta syarikat penubuhan petronas, selanjutnya meminda Akta Kemajuan Petroleum Negara dengan memasukan beberapa perkara baru, antaranya;

*Negeri-negeri pengeluar minyak hendaklah dijadikan salah satu pemegang saham petronas.

*Besarnya pegangan saham tersebut dikaji setiap tahun kewangan petronas, berdasarkan jumlah pengeluarannya.

*Perkara ini amat mustahak, agar negeri-negeri pengeluar minyak ikut mendapat keuntungan dari hasil operasi luar negara petronas.

*Dalam jangka panjang, walaupun minyak Sabah habis seperti jangkaan Tengku Razaleigh pada 2014, Sabah masih tetap dapat menikmati hasil petronas melalui operasi seberang lautnya.

*Barangkali, akan timbul soalan, kenapa negeri-negeri pengeluar minyak mesti menjadi pemegang saham petronas?. Satu perkara asas yang mesti diingat oleh pembuat dasar ialah; “Tanpa Minyak Yang Terdapat Di Negeri-Negeri, PETRONAS Adalah Mimpi.”

*Dana royalti mesti disalurkan kepada sebuah Tabung Amanah Minyak Sabah yang akan diwujudkan, untuk mempastikan bahawa duit royalti tidak terbang melalui program-program yang langsung tidak berkaitan dengan kemudahan rakyat secara langsung. Contoh mudahnya, duit minyak digunakan oleh kerajaan negeri untuk program juara rakyatlah, untuk tambang ke luar negaralah.

*Disamping itu, boleh juga wang tersebut dilabur semula. Konsepnya sama dengan Amanah Saham Nasional atau yang difikirkan paling sesuai

*Memandangkan isu penubuhan Tabung Amanah Minyak Sabah ini satu isu besar, maka Pembentukan Badan Bertindak yang terdiri daripada putera-puteri Sabah yang professional hendaklah segera diwujudkan.

Sebagai kesimpulannya, hendaklah diingat, isu ini bukan sama sekali untuk kepentingan politik mana-mana pihak, ia semata-mata demi rakyat Sabah di masa hadapan.


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia