Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

05 September 2009

RM10 JUTA SIASAT 2 JAM - RM2,400 SIASAT 10 JAM HINGGA MATI

– harakah daily

Presiden MCA, Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

04 September 2009

Bukan Orang Minyak Naik Minyak

Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ' upgrade ' , kalau mau yang ' tak upgrade ' , guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan ? Cantik kan ? Kan ? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee !!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ' ketukan ' ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ' tidak ' , jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!

Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium.

Sumber;- http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

30 August 2009

Anak Sabah Mahu Nikmat Merdeka

Membaca artikel PENGEMIS KEMERDEKAAN YANG TERCICIR (dipetik dari www.sabahkini.net) yang saya ubah tajuknya SABAH MERDEKA? di dalam blog ini, bagi pembaca yang mempunyai perasaan dan nilai kemanusiaan, siapakah yang harus dipersalahkan? Merdekakah negeri Di Bawah Bayu Ini?

Sampai bilakah agaknya Anak-anak Sabah yang juga merupakan Anak-anak Malaysia ini akan terus mengalami penderitaan? Kalau bukan penindasan dan diskriminasi, apakah lagi istilah yang sesuai terhadap layanan pihak kerajaan (wakil rakyat, para pegawai dan agensi-agensi kerajaan), terhadap mereka. Mereka bukan PENDATANG HARAM, juga bukan legasi pendatang yang mendapat taraf penduduk yang akhirnya dianugerahkan kewarganegaraan. Mereka adalah anak jati negeri Sabah, malah pengadu adalah seorang pengerusi JKKK yang selalu diuar-uarkan sebagai mata dan telinga kerajaan. Saya sangat-sangat berkeyakinan bahawa ini bukan satu-satunya kes yang seumpamanya berlaku di Sabah.

Alangkah sedihnya mereka dinafikan hak sebagai anak negeri Sabah untuk mendapat jaringan perhubungan (jalanraya) yang baik, bekalan air bersih, tenaga elektrik, menerima pendidikan yang sempurna, mengamalkan ajaran agama dengan selesa, apatah lagi untuk mendapatkan kemudahan rawatan perubatan, yang mana kesemua itu adalah perkara paling asas yang harus diberikan oleh pihak kerajaan. Apa ertinya mereka menjadi pengundi dan penyokong kepada kerajaan Barisan Nasional??

"Janji mereka untuk membina balairaya, klinik, sekolah , tadika, 46 rumah PPRT dan 2,500 keping zing belum satu pun yang terlaksana. Kami hanya menerima janji yang diperbaharui setiap tahun dan setiap pilihanraya, tetapi belum menerima projek yang dijanjikan," ujar Amau dalam keadaan tertekan kerana memikul harapan menggunung penduduk kampung Tagapalang."

"Sejak Sabah merdeka, kami hanya dikunjungi tiga jabatan kerajaan iaitu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPPS) dan Jabatan Kesihatan, jabatan lain tidak pernah masuk ke kampung kami. Kami tidak mahu minta apa-apa lagi selain jalan raya dari Kampung Sumbilingon, Melinsau Ranau ke Kampung Tagapalang Lama. Cukuplah itu," ujar Amau yang sudah muak dengan janji pemimpin dan mula lali dengan kutukan penduduk kampung terhadapnya."

Apakah lagi yang hendak dijelaskan Kerajaan, wakil rakyat DUN dan Parlimen, para pegawai kerajaan, agensi-agensi dan jabatan kerajaan berdasarkan kenyataan di atas. Tulisan ini bukan untuk menunjukkan kesalahan dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional tetapi hakikatnya Kerajaan Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai PERIKATAN) lah yang memerintah negara ini semenjak awal kemerdekaan, oleh itu wajarkah saya hendak menyalahkan pembangkang atau kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia??

Jadi, mahu tidak mahu, rela atau tidak, memang Kerajaan Barisan Nasional jugalah yang harus dipersalahkan. Hendak meminta pembangkang membina jalanraya, sekolah, rumah ibadat, bekalan air dan elektrik, adalah satu perbuatan yang tidak masuk akal. Mereka tidak meminta kerajaan menyediakan pekerjaan atau bantuan kewangan, apa yang mereka mahukan ialah hak mereka iaitu kemudahan asas dan jaminan bahawa tanah mereka kekal milik mereka.

Kemanakah perginya SABAH BARU yang dilaung-laungkan oleh Barisan Nasional semasa hendak merampas Sabah dari tangan PBS pada tahun 1994? Ketua menteri sudah bersilih ganti, malah para pegawai dan pengarah kepada agensi dan jabatan kerajaan juga telah ramai yang pencen sejak Sabah ini dijelmakan sebagai Sabah Baru pada tahun 1994, tetapi yang nampak perubahan hanyalah pembangunan fizikal di bandar-bandar besar, bagaimana nasib rakyat di pedalaman?

Satu perkara yang nyata baru hasil gerakan Sabah Baru pada tahun 1994 itu ialah kereta baru dan rumah baru para pemimpin politik serta para kroni mereka.

Andainya kerajaan Barisan Nasional ini baharu sahaja memerintah negeri Sabah tercinta ini, mungkin mereka perlukan masa untuk melaksana program pembangunan, tetapi sudah berpuluh tahun memerintah pun keadaan rakyat marhain tetap kurang terbela. Itulah sebabnya saya menukar tajuk artikel tersebut kepada Sabah Merdeka? kerana senario kehidupan masyarakat di ceruk pedalaman menggambarkan keadaan bahawa Sabah belum dan tidak pernah merdeka, sebab itu kita tidak pernah mendengar ketuanan bumiputera Sabah, yang ada hanyalah ketuanan mereka sahaja.

Anak Sabah Mahu Nikmat Merdeka

Anak Sabah mahu nikmat merdeka,

Merdeka dari kemiskinan,

Merdeka dari pemimpin yang pentingkan diri sendiri,

Merdeka dari penindasan,

Merdeka dari kegelisahan,

Merdeka dari ketidakadilan layanan sahabat di persekutuan,

Anak Sabah mahu nikmat merdeka,

Merdeka dari ketinggalan arus kemajuan,

Merdeka walaupun di pedalaman,

Merdeka yang benar-benar merdeka,

Merdeka dari penafian nikmat merdeka,

Merdeka dari keadaan tidak merdeka!

ANAK SABAH MAHU MERDEKA??

Apa pun jawapan dan pandangan sila berikan komen anda.

Sabah Merdeka?

Oleh: Mutalib MD

Di ambang Kerajaan Persekutuan bersiap sedia mahu menyambut ulang tahun ke 52 Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos yang dicanangkan sebagai 'Hari Kebangsaan' yang sekaligus menafikan Hak Sabah dan Sarawak sebagai 'isteri' yang sah kepada Persekutuan Tanah Melayu untuk menuntut hak Fasakh daripada mana-mana Mahkamah kerana 'Taklik 20 perkara' tidak pernah dilafazkan.

Oleh itu tidak hairan, jika Amau Bin Apil, 53, yang dilahirkan di Kampung Tagapalang, Beluran merasakan tidak ada maknanya sambutan hari kemerdekaan yang dipaksa dirayakan setiap tahun pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September yang langsung tidak memberi sebarang harapan kepada beliau dan penduduk kampung yang masih bergelumang dengan 'neraka dunia' ciptaan UMNO dan Barisan Nasional.

Jika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenali Amau sebelum menjadi Perdana Menteri, mungkin beliau malu untuk mengilhamkan cogankata '1Malaysia' yang marfumnya 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' dan sekaligus melantik Amau sebagai 'Menteri Yang Tidak Berpotfolio' di Jabatan Perdana Menteri seperti Idris Jala.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Shafie Haji Apdal mungkin malu untuk berjumpa Amau atau berpura-pura tidak mengenali Amau semata-mata takut jika terpaksa menerima pelawaan Amau untuk melawat dan membangunkan kampungnya sedangkan jalan Kampung Bubul Batu 1, Semporna yang letaknya hanya satu batu daripada Pekan Semporna masih berbatu kelilikir.

Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Beluran, Rajibi Haji Aman mungkin terus meluluskan permohonan tanah Amau dan penduduk kampung Tagapalang tanpa banyak karenah jika beliau mengetahui Amau terpaksa 'menggadai nyawa' menempuh perjalanan jauh untuk berulang-alik ke pejabat PPHT Beluran semata-mata untuk mendaftar permohonan tanah sedangkan Rajibi sewajarnya meluluskan 'Tanah Adat' mengikut 'Hak Customary Right' kerana beliau 'berkuasa penuh' terhadap tanah adat tanpa perlu merujuk kepada sesiapa.

Pegawai Pembangunan Negeri (SDO), Haji Matusin Sunsang juga sepatutnya meletakkan jawatan kerana meluluskan RM700,000 peruntukan KKLW kepada Ketua UMNO Bahagian Silam, Datu Nasrun Datu Mansur 'tanpa izin' Ahli Parlimen Malaysia (Silam), Haji Salleh Haji Kalbi kerana tidak ada satu projek pun yang disenaraikan oleh Amau selaku Pengerusi JKKK Kampung Tagapalang diluluskan, sebaliknya meluluskan dan mengeluarkan lebih 15 Suratkuasa bagi projek yang sama kerana senarai bertindih antara Parlimen Silam dan Adun Lahad Datu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Normah Gagoh, juga sepatutnya 'bersara' awal atau meminta dirinya ditukarkan ke Semenanjung Malaysia bagi membolehkan Kementerian Pelajaran melantik 'Pengarah Pelajaran' yang baru bagi melestarikan visi Perdana Menteri dan Unesco untuk memastikan setiap kanak-kanak di luar bandar berpeluang belajar di sekolah sejajar dengan anak pendatang asing yang dapat belajar di Humana sekalipun tidak mempunyai dokumen.

Huguan Siou, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sepatutnya membubarkan institusi 'Huguan Siou' kerana tidak memberikan sebarang erti kepada penduduk kampung Tagapalang dan lebih 200,000 Anak Negeri yang terperangkap di dalam Hutan Simpan dan dizalimi kerajaan Barisan Nasional termasuk Amau yang telah lebih sepuluh tahun berjuang untuk mendapatkan kebenaran membina jalan melalui Hutan Simpan Lingkabau.

Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan juga sepatutnya tidak kembali ke Jabatan Perhutanan Sabah setelah ditukarkan ke Jabatan Hidupan Liar sekiranya dijadikan alat untuk membakar rumah penduduk kampung di dalam hutan simpan Serudong, menangkap penduduk kampung yang telah beranak pinak di hutan belantara sebelum beliau lahir dan sebelum Kerajaan Berjaya yang membuta tuli mewartakan kawasan kampung di Pedalaman sebagai Hutan Simpan.

Sebagai manusia yang punya hati dan perasaan, Sam Mannan sepatutnya meluluskan permohonan Amau untuk membina jalanraya ke kampungnya sejauh 16 kilometer merentasi Hutan Simpan Lingkabau sebagaimana beliau membenarkan Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd membina jalan sepanjang 60 kilometer di Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagus di Semporna yang mendapat 'Occupation Permit' (OP) untuk menuai hasil kelapa sawit yang ditanam penduduk kampung sejak lebih 30 tahun lalu.

Jika dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey benar, maka Sam Mannan juga sepatutnya meletakkan jawatan kerana 'menutup mata' ketika meluluskan tiga lesen pembalakan melalui jalan 'tipuan' dan 'jenayah' kepada Danagaya Sdn.Bhd, syarikat milik Michael Chia Tien Foh, jutawan balak yang dicipta di Zaman BN kerana mampu membawa 16 Juta Dolar Singapura di dalam 'Brief Case' ketika menyertai penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok di Hong Kong menuju Kuala Lumpur, kononnya untuk membantu BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Memandangkan semua garapan di atas hanya utopia atau sesuatu yang tidak mungkin terjadi di era serba-serbi memerlukan dan menggunakan wang untuk menjadi katalis kepada pembangunan, maka Amau Bin Apil yang 'Buta Huruf' tetapi celik minda telah bersusah payah datang ke Kota Kinabalu untuk menemui Editor Sabahkini.net dan melalui beberapa orang kenalan, akhirnya usaha Amau berhasil.

Amau yang merupakan generasi ketiga Atong, selepas Apil, terpaksa berjalan kaki selama lapan jam melalui hutan belukar yang tebal merentasi Hutan Simpan Lingkabau sebelum sampai ke Kampung Malinsau Ranau dan menaiki pickup ke Pekan Ranau dan meneruskan perjalanan dengan Bas Mini ke Kota Kinabalu semata-mata untuk menemui Editor Sabahkini.net setelah dua bulan menunggu temu janji yang diatur seorang rakannya.

Amau yang menyara kehidupan dengan bertanam padi dan ubi keledek terpaksa meninggalkan tujuh orang anaknya dan isterinya, Ronsin Binti Sumawan, 54, dan 10 orang cucunya jauh di tengah rimba belantara dan menggadai nyawanya merentasi Hutan Belantara semata-mata untuk memberitahu kepada Kerajaan Malaysia melalui Sabahkini.net bahawa 'Malaysia Belum Merdeka' kerana masih ada penduduk kampung yang belum mendapat sebarang kemudahan asas dan hak asasi walaupun tidak pernah mungkir mengundi Barisan Nasional.

"Cukuplah penderitaan kami yang cuba kami diamkan selama ini. Setelah semua aduan kami kepada Wakil Rakyat dan pegawai kerajaan bagaikan 'meminta nyawa daripada penyamun', kami bertekad untuk mendedahkan bahawa diri kami teraniaya dan dihina," ujar Amau dengan nada penuh sebak kerana terbayangkan nasib anaknya yang mewarisi 'buta huruf' sepertinya.

Amau merayu agar wakil rakyat mereka tidak menjadikan penduduk kampung Tagapalang sebagai 'tikus mondok' (guinea pigs) yang hanya dijenguk lima tahun sekali dan selepas itu 'batang hidung' pun tidak kelihatan atau berpura-pura tidak nampak ketika terserempak.

"Kami bukan mahu wang atau pekerjaan. Kami mahu kerajaan bangunkan kampung kami. Apa guna kita cerita tentang kemerdekaan dan kemajuan jika kami masih minum air sungai, pakai pelita, berjalan kaki sejauh 16 kilometer untuk pulang ke rumah kami. Mahu beli panadolpun terpaksa berfikir sepuluh kali kerana tidak ada klinik di kampung kami," ujar Amau yang menceritakan sejarah perjalanan hidupnya yang amat payah dan terpaksa menerima perlantikan sebagai Pengerusi JKKK kerana kesemua penduduk kampung Tagapalang buta huruf kerana tidak pernah mengikuti persekolahan secara formal.

Bukan sahaja soal pelajaran, rumah ibadah pun, kata Amau, terpaksa mereka dirikan sendiri secara gotong royong kerana kesemuanya beragama Kristian.

"Untuk mengelakkan generasi berikutnya terus buta huruf, kami rayu agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) membina Taska dan Tabika di Kampung kami kerana lebih 70 kanak-kanak yang sudah layak mendapat pendidikan asas terus tercicir," tegas Amau yang kecewa kerana permohonannya selama ini tidak mendapat perhatian daripada mana-mana pihak, termasuk Kemas kerana faktor geografi.

Punca masalah kampung mereka tidak dibangunkan, kata Amau, mungkin kerana ketiadaan jalanraya sehingga semua urusan terpaksa melalui sungai yang berjeram dan berlubuk dalam atau berjalan kaki selama lapan jam.

"Jadi kami mintalah Kerajaan bina jalan ke kampung kami agar kenderaan boleh masuk. Kami tidak boleh guna jalan sungai kerana bahaya dan menyusahkan. Kami pula yang angkat perahu dan barang-barang kerana terlalu banyak jeram dan lubuk. Jadi kami tidak ada pilihan melainkan berjalan kaki. Kasihanilah kami. Jika selepas ini rayuan saya melalui Sabahkini tidak Berjaya, saya terpaksa cari jalan untuk bertemu Perdana Menteri," ujar Amau yang meletakkan sejuta harapan kepada Sabahkini.net untuk mendedahkan penderitaan mereka yang terpencil di desa pingitan setelah akhbar arus perdana enggan menyiarkan penderitaan Amau dan penduduk kampung Tagapalang.

Menurut Amau, beliau kesal kerana pemimpin politik hanya menabur janji pada setiap kali musim pilihanraya, namun sejak mengenali Kerajaan BN, hanya satu projek sahaja yang berjaya dibawa masuk ke kampung Tagapalang iaitu Jambatan Gantung di Kampung Tagapalang Lama pada 7 September 2004 dengan harga RM 30,000.00 yang dilaksanakan oleh M.E.N. Kontraktor.

"Janji mereka untuk membina balairaya, klinik, sekolah , tadika, 46 rumah PPRT dan 2,500 keping zing belum satu pun yang terlaksana. Kami hanya menerima janji yang diperbaharui setiap tahun dan setiap pilihanraya, tetapi belum menerima projek yang dijanjikan," ujar Amau dalam keadaan tertekan kerana memikul harapan menggunung penduduk kampung Tagapalang.

Kata Amau, jika musim pilihanraya, calon sanggup mengharungi sungai yang berjeram ke kampung mereka untuk mendapatkan sokongan 40 undi, beliau hairan kenapa selepas pilihanraya, begitu sukar untuk menemui pemimpin yang telah terpilih.

"Sampai bila saya mahu menanggung dosa pemimpin yang hanya tahu berjanji kepada kami? Baru-baru ini seorang pengundi dan penduduk kampung Tagapalang, Maiyak Malui mengalami demam panas. Penduduk kampung membuat pengusung untuk membawanya ke Kampung Malinsau sebelum ke Hospital Ranau. Jangankan mangsa sengsara, kami yang memikul juga sengsara mengharungi hutan rimba…," kata Amau yang sebak kerana terlalu sedih dan tidak dapat meneruskan percakapannya selama beberapa saat bertafakkur dan kemudian memaklumkan mangsa meninggal dunia ketika separuh perjalanan dan menerima kutukan keluarga mangsa atas kecuaian Kerajaan BN.

Mujurlah kampungnya mempunyai bidan kampung yang berpengalaman yang berkhidmat secara sukarela, jika tidak, kata Amau, mungkin ramai ibu mengandung dan anak mati dalam perjalanan ke Hospital Ranau kerana terpaksa berjalan kaki selama lapan jam.

Kampung Tagapalang, kata Amau adalah kampung tradisi yang wujud sejak zaman British, ditadbir urus oleh Ketua Kampung, Dosit Dolah dengan dibantu beliau sebagai Pengerusi JKKK, namun tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan masalah perhubungan sehingga meletakkan nasib 258 orang penduduk di ambang dilemma.

"Hasrat kami untuk menjadi petani yang berjaya, tetapi Lembaga Industri Getah tidak dapat membantu kami memberi benih getah kerana tanah kami tidak bergeran. Jadi kami terpaksa mengambil benih liar di kebun getah di Kampung Melinsau, Ranau dan tanam di kebun. Tidak tahulah jadikah tidak. Asal getah, getahlah ba itukan," ujar Amau dengan nada sedikit berseloroh.

Amau menjelaskan hasil usaha gigihnya beliau telah menanam 900 pokok getah 'liar' yang sudah berusia empat tahun di tanah seluas tiga ekar dan teragak-agak mahu memajukan tanahnya kerana bimbang ianya dipohon oleh syarikat lain sebagaimana yang diberitahu rakannya di Tongod dan sebagainya.

Memang diakui, kata Amau, adalah sukar bagi penduduk miskin sepertinya untuk memohon tanah di Pejabat PPHT Beluran kerana selain terpaksa menempuh perjalanan yang meletihkan selama lapan jam, beliau terpaksa menyediakan tambang sebanyak RM10 dari Malinsau ke Bandar Ranau dan RM25 dari Ranau ke Simpang Beluran sebelum menyambung perjalanan dengan bas lain ke Pekan Beluran dengan tambang RM10.

"Saya terpaksa tidur di gerai Beluran kerana tidak cukup duit untuk tinggal di hotel. Sudah lebih tujuh tahun berulang alik ke sini, hanya tahun lalu barulah permohonan tanah saya didaftarkan. Tidak tahulah dapat atau tidak," ujar Amau yang tidak mengetahui proses permohonan tanah adat kerana beliau dinasihatkan PPHT memohon mengikut prosedur tanah kerajaan negeri melalui PT 20-00082081 sedangkan beliau layak diberikan tanah adat kerana telah menetap dan mengusahakan tanah di Kampung Tagapalang sejak lahir.

Apakah PPHT Beluran belum khatam Undang-Undang 'Customary Right' yang disebutkan dengan jelas di dalam Ordinan Tanah Sabah atau berpura-pura tidak mengetahui peraturan permohonan tanah adat kerana beliau mempunyai 'locus-standi' meluluskan tanah adat tanpa perlu dikemukakan kepada Pengarah Jabatan dan Ukur atau Ketua Menteri.

Amau pernah mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) namun tidak sampai ke mana kerana Kerajaan Negeri masih berdegil untuk memberikan mereka hak tanah adat dan hak untuk mendapat kemudahan asas atas alasan yang hanya diketahui oleh Adun dan Ahli Parlimen yang dipilih pada pilihanraya umum lalu dan sebelumnya.

"Sejak Sabah merdeka, kami hanya dikunjungi tiga jabatan kerajaan iaitu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPPS) dan Jabatan Kesihatan, jabatan lain tidak pernah masuk ke kampung kami. Kami tidak mahu minta apa-apa lagi selain jalan raya dari Kampung Sumbilingon, Melinsau Ranau ke Kampung Tagapalang Lama. Cukuplah itu," ujar Amau yang sudah muak dengan janji pemimpin dan mula lali dengan kutukan penduduk kampung terhadapnya.

Walaupun keseluruhan 46 buah rumah penduduk Kampung Tagapalang tergolong sebagai rumah miskin tegar, saling tidak tumpah seperti rumah suku Bushman di Kalahari Afrika, namun Amau tidak lagi menaruh harapan terhadap janji wakil rakyat untuk membina 46 PPRT di kampung tersebut kerana Gereja pun mereka terpaksa bina sendiri.

"Bayangkanlah kesengsaraan saya kalau mahu berurusan di Beluran. Saya terpaksa bertolak daripada rumah jam enam pagi. Jam dua petang baru sampai Melinsau. Sampai di Beluran sudah malam dan terus tidur di gerai. Esoknya baru boleh berurusan," ujar Amau yang bersyukur sekiranya kerajaan membenarkan penduduk kampung berurusan di Ranau, jika tidak menyalahi peraturan.

Amau yang kelihatan resah dan teragak-agak sejak awal pertemuan lagi, akhirnya memberitahu bahawa usaha Ketua Kampung dan beliau untuk mewartakan Kampung Tagapalang sebagai Kampung Tradisi tergendala kerana dibantah Wakil Rakyat yang sedang merancang untuk melaksanakan Projek Agropolitan dan mendesak penduduk kampung berpindah ke kawasan baru dengan memperuntukan tanah seluas 10 ekar setiap keluarga.

"Bagaimana kami boleh bersetuju jika tanah tumpah darah kami mahu dirampas dan diberikan tanah yang bukan milik kami dan menjadi kuli seumur hidup?," ujar Amau yang tidak tahu bagaimana mahu memujuk generasi belia agar terus mengundi BN yang tidak pernah melayan mereka dengan adil dan akan memikirkan sia-sia mengundi pembangkang yang turut tidak mempedulikan mereka selama ini.

Persoalan yang timbul sekarang, bagaimana Kerajaan BN mahu mengembalikan 'hak asasi' penduduk Kampung Tagapalang yang dipalang pada bingkai birokrasi sedangkan Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan masih belum mengerti makna sebenar KPI dan NKRA!

Dipetik dari www.sabahkini.net

“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia