Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

12 March 2009

USNO Hidup Kembali?

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan blog ini dari awal pasti sedia maklum bahawa USNO adalah antara topik awal yang saya jadikan idea penulisan. Baru-baru ini saya telah dihubungi melalui emel oleh saudara Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh, Setiusaha Agung Penaja Ex-USNO, emel ringkas tersebut menjemput saya mengunjungi blog Ex-USNO, dan apa yang saya temui blog tersebut (http://kelabusnosabah.blogspot.com/) ialah pengumuman ini:

Setelah sekian lama kita berjuang untuk menghidupkan semula USNO ( Parti Kemerdekaan Sabah ) melalui landasan NGO.. Mendaftarkannya secara rasmi dan mengemaskinikan semua dokumentasi yang sewajarnya, Mengadakan Perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri ( Dato Radzi )dan seterusnya Perbincangan dengan pihak pendaftar Pertubuhan di Kuala Lumpur baik Ketua Pengarahnya ( Datuk Elias - Putrajaya ), Bahagian Dasar Pendaftar Pertubuhan dan lain Pengawai terlibat baik di Putraja atau Di Kota Kinabalu Sabah.

Segala usaha dan ikhtihar telah dilakukan oleh pihak urusetia saya sendiri bersama Timbalan saya ( Datu Zainuddin Datuk Aliuddin )dengan arahan dan restu Presiden Ex-USNO ( Datu Badaruddin Bin Tun Datuk Haji Mustapha )telah berulang-alih ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan KELULUSAN PENDAFTARAN Sebuah badan NGO bagi bekas Ahli Ahli USNO Sabah.

Pihak urusetia EX-USNO juga telah mengadakan Perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia ( Di Putrajaya Kuala Lumpur - 4.6.2006 ) bagi maksud ini dan seterusnya telah memaklumkan ketua Menteri Sabah ( Datuk Musa Hj. Aman Di Kediaman Rasmi Ketua Menteri - SRI GAYA ) bagi mendaftarkan semula Perjuangan Bekas Ahli Ahli USNO.Namum Usaha kita sehingga hari ini saya akui masih tidak berjaya.Saya amat faham rakyat Sabah khasnya bekas Ahli Ahli USNO memberikan harapan tinggi kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab ini, dan mereka amat berharap supaya satu wadah Perjuangan Rakyat dan Bekas USNO dapat diteruskan melalui NGO.

Tetapi apa akan jadi jika kita tidak mendapat kelulusan untuk meneruskan Perjuangan EX-USNO ini dalam bentuk NGO.? Kami Ex-USNO dibawah Pimpinan Anak Beas Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun Dalam sedikit masa lagi akan membuat PENGUMUMAN RASMI mengenai perkara ini, Harap semua EX-USNO yang berada di Kuala Lumpur dan Sabah juga di luar negeri supaya bersabar...

Terima Kasih

Setiausaha Agung Penaja EX-USNO Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh.


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia