Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

01 March 2009

Masih Seperti Dahulu

Bagi mereka yang mengikuti blog ini sejak awal lagi mungkin akan tertanya-tanya kenapa blog ini seperti berubah haluan dan seolah-olah tidak mahu lagi menyentuh hal-hal politik. Ada beberapa orang kenalan yang pernah mengutarakan perkara ini kepada saya kerana dalam tulisan-tulisan terakhir sebelum blog ini terbiar dalam jarak waktu yang lama kelihatannya seperti saya mengelak untuk menulis perkara berkaitan politik. Antara posting terakhir saya ialah menyentuh mengenai lesen memandu, dan yang terbaru sebentar tadi ialah mengenai isu pendidikan iaitu PPSMI. Sebenarnya kedua-dua isu tersebut masih lagi berkait rapat dengan kekalutan politik negara kita sama ada kita sedari atau tidak. InsyaAllah sekiranya ada kesempatan perkaitan antara perkara-perkara yang saya sebutkan dengan politik tanahair akan saya nukilkan di blog ini. Kepada teman-teman pembaca dan blogger, blog ini masih dengan konsep asal ia diwujudkan. Sebagaimana hidup perlu diteruskan, begitu juga dengan perjuangan..

Lawan PPSMI Sekalipun PPSMI itu Berjaya

Tulisan: Abdullah Pit @ Sebol .....

. . Buat apa nak tentang PPSMI kalau ia berjaya?

Ketika berlakunya penentangan PPSMI ketika awal PPSMI dijalankan, wujudnya penentangan terhadap PPSMI oleh golongan 'nerd' sekitar 2003,2004 dahulu, PPSMI dilihat akan berjaya.

Sekalipun ianya kelihatan berjaya, namun ia tetap ditentang. Andaikata semua orang asli mahir berbahasa Inggeris sekali pun, mahir matematik dan sains dalam bahasa inggeris sekali pun, ianya perlu ditentang.

Kerana ia membunuh bahasa perpaduan kita.

Mungkin ada orang kata takkan matinya sesuatu bahasa, namun istilah dalam sesuatu bahasa itu boleh mati sekiranya tidak digunakan.

Kita boleh salahkan DBP kerana mencipta istilah tetapi tidak mempromosinya.

Terdapat istilah yang khusus untuk bidang tertentu. Bidang pengkomputeran, bidang perubatan, bidang kejuruteraan, bla-bla-kologi.

Kamus istilah komputer sepatutnya diberi percuma kepada penerbit "MajalanPC" Seorang Doktor sepatutnya mendapat kamus perubatan percuma. atau sekurang-kurangnya glosari.

Seorang mekanik tempatan yang tidak mahir bahasa inggeris, tetap menggunakan istilah "oil filter", "drive shaft" , "allignment" ketika berurusan dengan pelanggan. Pelanggan yang kurang mahir tentang kenderaan terus menerima secara bulat istilah yang diberitahu oleh makenik itu.

DBP tidak mempunyai "penjaga Istilah" untuk sesuatu bidang supaya berkempen ke bidang tertentu supaya ianya digunakan.

Hari ini bukan masa sesuai untuk menghentam DBP kerana kita perlu memperkudakan DBP untuk sama-sama menentang PPSMI.

Jadi bagaimana seorang mekanik, dan pelanggan masih lagi menggunakan istilah inggeris untuk untuk perkara mudah sebegitu?

Kesemuanya tidak mempunyai pemikiran "Aku mahu ia ada dalam bahasa aku". Sekiranya mekanik atau pelanggan berfikiran sebegitu, istilah Bahasa Melayu akan digunakan.

Kenapa kita bodoh sangat masih gunakan istilah "aircond" ketika bercakap dalam bahasa melayu?

Kenapa kita bodoh sangat masih menggunakan istilah "download" ketika bercakap dalam bahasa melayu?

Bodoh atau malas cari istilah?

Budak kecil yang menonton TV telah diajar perkataan "remote", walhal "remote" tidak menunjukkan maksud sebenar bagi alat kawalan jauh. "Remote" hanya "jauh". "Remote" adalah singkatan bagi "remote control".

Adakah penggunaan "remote" itu betul?

Apabila anak kita itu disuruh untuk mengambil "jauh", mereka pula tidak faham. Penggunaan "Download" begitu popular dikalangan orang yang tidak mahir Bahasa Inggeris, wujud juga situasi dimana ia disalahgunakan.

Pemindahan lagu daripada komputer juga dipanggil "download".

Mana atas mana bawah? Komputer atas atau telefon atas? Kalau kita pindahkan lagu daripada dari komputer ke telefon menggunakan antaramuka di komputer, kenapa pula wujudnya "download lagu" ?

"Salin" adalah lebih tepat pada situasi sebegitu. dimana pemindahan data dilakukan pada peranti yang sama aras.

Telefon boleh digunakan untuk "download lagu" sekiranya proses pemindahan itu dilakukan menggunakan telefon, dan sumbernya dari pelayan jauh.

Kalau mereka boleh bezakan muat naik dengan muat turun, barulah mereka membezakannya, sebaliknya, guna sahaja istilah salin.

Istilah Inggeris yang selalu disalahgunakan oleh penutur bahasa Melayu ialah "member". "member" adalah "ahli", tetapi sering digunakan sebagai "kawan" oleh orang yang tak faham bahasa Inggeris.

Apakah itu yang hasil yang kita mahu?

Wujudnya sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku" menyebabkan banyak kesalahan maksud berlaku. Ianya seolah-olah betul bagi mereka.

PPSMI memupuk sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku" secara skala besar. Sikap "Tidak Mahu Ia Ada Dalam Bahasa Aku" menyebabkan masalah jati diri yang tinggi, keyakinan diri merosot teruk. Jatuh kelepap di atas kepala kamu.

Mana-mana bangsa yang mempunyai sikap tidak mahu ia ada dalam bahasa aku, tidak akan berjaya.

Proses "mahu ia ada dalam bahasa aku" itu sendiri membentuk invovasi.

ispell, Pspell, lambat disokong dalam bahasa melayu atas sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku". Nasib baik ada mimos dan USM.

Mimos pula melihat lokalisasi sebagai sesuatu yang tidak menguntungkan. Dihentikan projeknya.

Adakah anda tetapi menentang PPSMI jika ianya berjaya? Mungkin anda tidak, tetapi saya terus menentangnya, kerana saya mahukan tamadun yang ingin kita bentuk ini wujud dalam acuan sendiri.

No comments:

Kembali Bersuara

Bismillahhirahmanirrahim... Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam perjuangan.. Setelah agak lama blog ini terbiar sepi dan penuh dengan sawang, alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk menulis (satu perkara yang sangat-sangat saya rindui- menulis di blog sendiri) walaupun sekadar beberapa baris ayat. Terlalu banyak perkara dan peristiwa yang saya terlepas untuk membuat ulasan dan pandangan, terlalu sarat idea yang hendak saya kongsikan dengan sahabat-sahabat blogger serta para pembaca yang kadang-kala ada menjenguk untuk melihat adakah blog ini masih 'bernyawa' atau sebaliknya. Insya Allah saya akan cuba menghidupkan semula blog yang telah lama terduduk dan lumpuh ini untuk berkongsi pandangan, berkongsi khabar. Setelah agak lama tidak menulis, terasa kaku jemari untuk menaip setiap patah kata, janggal rasanya untuk mengolah idea. Saya mulakan hari baru untuk blog ASAM lambunau ni dengan satu isu yang saya rasakan agak rapat perkaitannya dengan diri saya sendiri, PPSMI yang saya kenali semasa menuntut di Maktab Perguruan dahulu disebut sebagai ETeMS. Oleh kerana ruang waktu yang agak terbatas saya sekadar memetik tulisan dari sahabat blogger yang saya kenali lewat pembabitan saya dalam dunia penulisan blog iaitu Hasbullah Pit atau sebol. Insya Allah saya akan menulis idea dan pandangan saya sendiri dalam isu ini tetapi buat masa ini kita hayati dahulu penulisan saudara sebol di bawah ini. "Bahasa Bukan Faktor untuk Maju, Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar " Saudara Aduka Taruna telah telah lama membuat catatan blog bertajuk PPSMI bukan faktor utama maju. Dia bukanlah penyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI. dia sendiri mengakuinya. Sebelum ini saya juga telah mengatakan mendengar satu hujah daripada abang saya sendiri tentang bahasa bukan faktor untuk maju. Saya setuju hujah bahasa bukan faktor untuk maju. Samada kita belajar dalam bahasa apa pun, ia tidak memberi kesan terhadap kemajuan. Yang memberi kesan ialah budaya ilmu itu sendiri. Saudara Aduka telah memberikan contoh beberapa negara berbahasa inggeris juga banyak yang tidak maju. Berapa banyak negara komanwel yang maju dengan mengekalkan pembelajaran berasaskan Inggeris? Jadi, ada kalanya hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" digunakan untuk menentang Gerakan Mansuhkan PPSMI. Kata mereka , Kalau kita hapuskan PPSMI, kita tidak akan jadi lebih maju. Namun menggunakan hujah yang sama, kalau Bahasa bukan faktor untuk maju, kenapa adakan PPSMI. Hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" adalah lebih sesuai digunakan ketika sebelum PPSMI dilancarkan, bukan hari ini. Yang penting itu ilmu, bukan bahasa. Orang ke Jerman, belajar teknologi Jerman, untuk mendapatkan ilmu Jerman. Nak bawa balik bahasa Jerman nak buat apa? Begitu juga ilmu daripada negara lain yang berbahasa lain. Jadi apa yang berlaku sekarang ialah pelajar dihantar ke Amerika, Britain, dan Australia, bawa balik ilmu dan bahasanya sekali. Adakah bahasa itu tidak penting? Kita tidak perlu kukuhkan bahasa Jerman atau Inggeris kerana dia sudah berdiri sendiri tanpa kita wujudkan "Dewan Bahasa jerman". Kalau Bahasa tidak penting untuk maju, kenapa hapuskan PPSMI? Eh, Tunggu sekejap. Kalau Bahasa tidak penting kenapa wujudkan PPSMI? Pusing balik asal. Bagi saya, bahasa adalam medium penyimpanan ilmu. Ilmu Jerman dalam Bahasa Jerman, Ilmu Jepun dalam bahasa Jepun. Kita belajar bahasa Jerman, Kita belajar bahasa Jepun. Tidak semua orang yang tahu bahasa Jerman itu tahu bahasa Jepun. Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar yang tahu banyak bahasa. Jadi siapa yang hendak mengabungkan Teknologi Jepun, Teknologi jerman dan hukum hakam dalam Kitab Arab? Pengintegrasian itu itu dalam bahasa apa? Maka perlunya bahasa sendiri untuk mengintegrasikan ilmu-ilmu yang sebelum ini wujud dalam bahasa lain. Kerana, tidak semua orang boleh tahu kesemua bahasa Korea, Bahasa jepun dan jerman dan Arab dan swenska. ianya boleh dilakukan dengan menyimpan ilmu dalam bahasa sendiri. Ilmu svenska wujud dalam bahasa sendiri, ilmu Korea disimpan dalam bahasa sendiri. Maka, Umar Hasbullah baca kitab ilmu yang diterjemah dari bahasa-bahasa lain ke Bahasa Melayu, kemudian menggabungkan menjadi inovasi sendiri. Umar Hasbullah tidak perlu tahu sehingga 28 bahasa. Siapa boleh belajar 28 bahasa? Kerana itu ilmu perlu disimpan dalam bahasa sendiri. Bukan sahaja ilmu yang berasal dari Inggeris sahaja, tetapi ilmu diluar tempurung Inggeris juga perlu disimpan dalma bahasa sendiri. Lihat sahaja teknologi elektronik. Negara berbahasa Inggeris agak ketinggalan. Samsung Korea, Sony Jepun, Nokia Finnish, tidak ketinggalan Telefon buatan China yang tak sering tidak cukup dokumentasi. Adakah generasi akan datang perlu belajar 28 bahasa sebelum mengintegrasikan teknologi daripada pelbagai sumber? Jadi, untuk belajar , faktor bahasa tidak berapa penting, langgar sahajalah bahasa yang ada untuk pendapatkan ilmu. Namun ilmu itu perlu disimpan dalam bahasa sendiri supaya lambat lain anak cucu kita boleh mengintegrasikan ilmu-ilmu perlbagai sumber bahasa itu dalam bahasa sendiri. PPSMI membuatkan proses penyimpanan ilmu dalam bahasa sendiri itu tidak berlaku. Kekalkan sahaja ilmu itu dalam bahasa Inggeris, bukankah kita semua tahu bahasa Inggeris? Itu yang pendokong PPSMI mahukan? Adakah apabila pelajar Malaysia di Jepun balik ke Malaysia perlu penyimpan ilmunya dalam Bahasa Inggeris supaya boleh diintegrasikan dengan ilmu yang diperolehi oleh rakannya yang belajar di Russia? Anak cucu kita akan tanya, kenapa kita perlu terjemah ilmu Jepun itu ke dalam Bahasa Inggeris? Maka kita jawap "Hishamudin kata hentikan debat PPSMI".
Newer Posts Older Posts Home

“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia