Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

08 May 2009

Angkat Speaker keluar dewan satu pencerobohan dan cemar Dun

Tulisan: Mohd Sabri Said (Harakahdaily.net)

PULAU PINANG, 8 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Husein menyifatkan tindakan polis membawa keluar Speaker Dun Perak, V. Sivakumar daripada dewan persidangan untuk memberi laluan perlantikan speaker baru semalam satu pencerobohan dan mencemarkan peraturan Dun dan Perlembagaan Negeri sedia ada.

Baginya, pelanggaran peraturan tidak sepatutnya terjadi kerana V. Sivakumar masih sah di sisi undang-undang dan campur tangan polis satu kesalahan kerana hak mereka hanya membuat kawalan di luar dan boleh masuk sekiranya diminta oleh Speaker.

"Polis dah menceroboh masuk untuk membawa V. Sivakumar keluar dari dewan. Tiada siapa boleh arahkan polis buat begitu walhal beliau merupakan Speaker yang sah bukan dia letak jawatan atau kekosongan disebabkan kematian. Speaker berkuasa penuh dalam dewan Timbalan Speaker pun tidak boleh bertindak tanpa izin Speaker," ujarnya ketika Harakahdaily meminta pandanganya sebentar tadi.

Kata beliau lagi, pelantikan Genesan daripada MIC sebagai Speaker Dun Perak yang baru tidak sah dan melanggari peraturan dan perlembagaan negeri Perak.

Mana boleh wujud usul supaya Speaker letak jawatan dan diganti dengan Speaker baru ekoran tidak setuju tindakan Speaker yang sah dilantik oleh Dun yang dimandatkan oleh rakyat.

"Perlantikan Genesan tidak sah dan haram selari dengan perlantikan Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan enam exconya. Keadaan jadi makin celaru melainkan Sultan Perak perkenan untuk adakan pilihan raya kecil seluruh Perak," tegasnya.

Jelas Abdul Halim, institusi Dun mempunyai kuasa yang tersendiri sama dengan kuasa mahkamah di mana hakim berkuasa dalam mahkamah untuk menentukan siapa yang salah atau mengeluarkan arahan dari mahkamah.

Tetapi lain pula di Perak orang lain lebih berkuasa di dalam Dun sehingga memanggil polis untuk mengangkat V. Sivakumar keluar dewan untuk memberi peluang perlantikan Speaker baru dan memulakan Persidangan Dun dengan amanat Sultan Nazrin Shah, katanya.

Siapa Sebenarnya Ikut Undang-undang Rimba?

Cakap banyak pun tak guna.. Rasanya rakyat Malaysia sekarang dah celik undang-undang. Kalau tak faham pun sekarang ini banyak tulisan/ artikel yang menyentuh mengenai perlembagaan.

“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia