Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

03 May 2008

Melangkah setapak lagi

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan sentiasa membuat perubahan agar penampilan blog ini menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Blog ini menyediakan ruang shout box untuk anda membuat komen atau bersembang dengan pengunjung lain di blog ini. Saya namakan ruang ini sebagai Apa Kata Anda.
Bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka yang sudah biasa mengendalikan blog tetapi bagi saya yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, ianya satu kemajuan. Ruangan video sidang parlimen ditiadakan buat sementara waktu memandangkan parlimen kita pun baru sahaja bersidang, Insya Allah nanti apabila parlimen mula hangat, ia akan kembali seperti biasa.

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita..." "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya... RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN...

Sabah dan Terengganu: Dua negeri yang pelik

"Assalamualaikum,,.. pada pertemuan kali ini izinkan ana mengulas sikit kepelikan yang terjadi sejak sekian lama di negara kita malaysia tercinta.malaysia yang sudah menjangkau lebih 50 tahun merdeka tetapi diperintah olih segelintir manusia yang rakus, tamak, tanpa panduan agama dan moral serta pembohong. akibat dari itu maka tercacatlah satu demi satu kepelikan yang pula dinyatakan sebagai kehebatan dan kejayaan pemerintah.rakyat ditipu dan digula gulakan seperti manusia tidak cukup akal.namun akhirnya generasi malaysia baru mula sedar dengan segala kepincangan ini dan mula membuka minda mereka. olih itu ana ingin mengajak semua dengan minda yang terbuka melihat salah satu kepelikan yang terjadi sejak sekian lama di bumi bertuah bernama malaysia. ana menyebut salah satu kepelikan kerana di sana terdapat beberapa kepelikan yang perlu difahami, disedari dan dibongkar sehabis habisnya.malaysia mengeluarkan minyak tetapi pemerintah memberitahu rakyat harga minyak tidak dapat dikawal,malaysia pengeluar kelapa sawit terbesar tetapi mencatat sejarah mencipta tamaddun bilamana rakyat terpaksa berhadapan dengan kekurangan bekalan minyak sawit di pasaran.jadi tidak menghairankan kalau selepas ini rakyat malaysia berhadapan dengan ketiadaan tayar kereta sekalipun kita merupakan antara pengeluar getah utama dunia. itulah antara hasil kerja tangan pemerintah yang tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada pihak lain serta meminta rakyat berkorban untuk pemerintah.katogeri pemerintah yang bolih dikelaskan kepada kelas "F"(fail).kenapa?sebab pemerintah sepatutnya berfungsi sebagai seorang "AYAH" yang sanggup berkorban apa saja untuk kesejahteraan anak anaknya. itulah ciri ciri "AYAH" yang berstatus kelas "A". akibat dari segala kerjatangan pemerintah sejak bertahun tahun lalu,maka terjadilah kepelikan yang tidak sedikit dan langsung tidak munasabah. kepelikan paling MEGA terjadi kepada rakyat sabah dan terengganu.kita baru mendengar keluhan anak sabah yang menyatakan masih ada rakyat yang tidak dapat menonton TV dan masih ada tempat yang tidak dapat dihubungi.kita masih ingat long pasia yang hanya bolih dihubungi menerusi udara serta banyak tempat lagi yang masih menggunakan jalan air sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan mereka. daif nya rakyat sabah. sebagai sebuah negeri dalam malaysia,sabah juga tidak terlepas dari kekuasaan kerajaan pusat dan sabah juga menjadi penyumbang kepada pendapatan kerajaan pusat.dalam konteks ini sabah sebenarnya mempunyai hasil masyur yang banyak,dari kayu balak yang bermutu tinggi hinggalah minyak di perairannya.kerajaan pusat memperolehi banyak faedah dari hasil bumi sabah ini. namun peliknya, sabah tidak dibangunkan seperti negeri lain dan sabah akhirnya tertinggal di tangga tercorot dari sudut kedudukannya sebagai negeri termiskin.itulah gambaran yang bolih diberikan kepada sabah,sebagai negeri termiskin, tidak susah untuk kita faham bagaimana taraf hidup penduduknya, bagaimana taraf pendidikannya dan sebagainyanya. patutlah disabah masih ramai yang tidak dapat menikmati kemudahan asas dan tidak dapat menikmati kecanggihan media, ICT dan sebagainya.pendapatan per kapita penduduknya rendah jadi tidak susah untuk memahami kenapa penduduk sabah tidak mampu membiayai kos peningkatan taraf hidup mereka. itulah sabah yang sebenarnya memliki hasil bumi yang banyak dan sebenarnya lebih dari cukup untuk digunakan bagi membangunkan negeri dan rakyat. persoalan yang timbul kemana hasil kekayaan sabah ini pergi?sedangkan akaun kerajaan negeri kering kontang?jawabnya mudah,kerajaan pusat yang memegang kuasa penuh menjadi pihak yang bertanggungjawab mengaut keuntungan ini.olih itu tidak sukar difahami betapa hasil yang dikaut ini tidak dikembalikan kepada rakyat sabah dalam bentuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyat.dicelah celah kerakusan kerajaan pusat ini terselit juga individu dari sabah yang menjadi petualang dan yang turut sama membuncitkan perut mereka.akibatnya rakyat kebanyakan juga yang menanggung segala kepayahan ini dan tercorotlah sabah ditangga terakhir negeri termiskin di malaysia. bukankan pelik?negeri yang terkenal dengan hasil bumi yang kaya dan negeri dimana didalamnya terdapat gunung tertinggi dimalaysia mendapat reputasi yang sebegitu rupa?tidak logik dan tidak masuk akal langsung kedudukan sabah sedangkan di selangor,persatuan isteri wakil wakil rakyatpun ditemui dengan RM9.9 juta dalam akuannya. itu sabah.bagaimana pula terengganu?kedudukan sebagai negeri kedua termiskin selepas sabah mungkin munasabah kalau terengganu tidak seperti sabah yang kaya dengan hasil bumi.tetapi sejak penemuan minyak diperairannya terengganu mendapat jolokan kuwait malaysia. dikhabar kepada kita betapa minyak terengganu menyumbang RM20 billion setahun kepada kerajaan persekutuan tetapi rakyat terengganu dapat apa?selain duit ehsan dan beberapa dana lain yang diagih kerana PRU lalu(selepas 4 tahun baru sekali dana ini di agihkan).itulah kepelikan malaysia, 2 negeri yang kaya dan sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memajukan diri terhumban ke tangga terbawah senarai kemiskinan.gambaran kerakusan dan kegagalan kerajaan selama 50 tahun memacu malaysia kearah yang dibanggakan.jadi wajar sekali kerajaan yang gagal ini ditukar serta diganti sekalipun dengan sumbangan hijrah MP sabah(dan serawak). sesungguhnya rakyat malaysia tidak punya banyak pilihan dan tidak mampu menunggu lama lagi.lantaran marilah kita semua bersatu dan melengkapkan diri dengan cabaran perubahan untuk menukar kerajaan yang paling tinggi kekuasaannya di negara kita.kita tidak bolih berbangga hanya kerana menumpaskan mereka di 5 negeri kerana halangan yang besar masih lagi penguasaan di peringkat pusat.tidak guna kita membicarakan kelemahan kerajaan PR di 5 negeri tanpa penguasaan pusat. tidak guna kita mengkritik taraf kebersihan di kelantan, sikap pegawai MBSA yang menfitnah MB selangor dan sebagainya. penyelesaian sepenuhnya kepada masalah ini hanya bolih dibincang dan dikritik sesudah PR mengambil alih malaysia. ingatlah saudara ku terutama di sabah(dan sarawak), inilah masa yang telah dinyatakan olih DIGI "MASA UNTUK BERUBAH""
Artikel ini dihasilkan oleh ning yang saya sedut dari Web TKO

02 May 2008

REAKSI PEMBACA TKO

INILAH REAKSI PARA PEMBACA MENGENAI ARTIKEL SAYA BERTAJUK "DISKRIMINASI TERHADAP ORANG SABAH" YANG DISIARKAN DI TKO SEMALAM.
Masih ada lagi yang boleh dianggap buta tuli kerana tidak dapat menerima kemenangan bersih BN di Sabah dengan menyalahkan orang Sabah sepenuhnya walaupun perkara tersebut sudah saya jelaskan dalam artikel Suara Anak Sabah (rujuk TKO 26April2008) Namun begitu tidak kurang jua yang menyokong, hanya ucapan terima kasih dapat saya berikan sebagai menghargai sokongan anda.
saya siarkan semuanya tanpa sebarang suntingan.
akueden on Thursday, May 01 @ 16:18:30 MYT:
Saya amat bersimpati dan sedih di atas nasib yg. menimpa warga Sabah. Keadaan ini timbul adalah salah rakyat Sabah sendiri yang memilih kerajaan yang tidak mementingkan rakyat, sebaliknya mementingkan tempolok sendiri dan kroni2. Oleh itu pada PRU akan datang tumbangkan kerajaan yang tidak prihatin dan tidak berhati perut terhadap nasib rakyat Sabah. Untuk lebih cepat mendapat keadilan disyorkan wakil2 rakyat Sabah yang ada sekarang melompat segera ke parti PR. Lagi lama rakyat Sabah menunggu lagi parah keadaan mereka dan lagi banyak hasil bumi Sabah dirompak mereka. Selamat berjuang menegak keadilan!
by jayabdih on Thursday, May 01 @ 19:49:21 MYT: Masalahnya bukan kerajaan tetapi Ketua2 jabatan yang kebanyakannya dari semananjung ditugaskan di Sabah. Memang betul anak2 Sabah didescriminasi dalam banyak hal. Contoh guru-guru, DULU, kalau naik pangkat maka orang Semananjung yang baru setahun jagung berada di sabah sudah naik pangkat kerana ketua jabatannya bukan anak sabah sedang anak Sabah jauh lebih senior. Bila orang Sabah bising2 mereka akan di 'ice-box'kan. Di agensi kerajaan pun sama samada di telekom, sabah elektrik, petronas, LHDN kebiasaannya orang semananjung yang control. Ada kawan saya dulu bertugas di PETRONAS, dah pernah acting Manager, tetapi tidak diserapkan menjadi manager kerana memberi peluang kepada orang semananjung. Kalau orang Sabah mau apply naik pangkat, bos PETRONAS di Kuala Lumpur kata tiada kekosongan tetapi bila orang semanajung minta maka dengan mudah PETRONAS boleh 'create' post baru. Setelah bertukar ke Sabah selama setahun dan dapat gred yang tinggi, pegawai tersebut akan ditukarkan semula ke semananjung dan jawatannya di Sabah dimansuhkan semula. Ini fakta. Cuba lihat senior post PETRONAS di Sabah, siapa yang pegang?. Anak Sabah yang sama kelulusan, lebih senior dan lebih memahami dengan persekitaran di sabah, tidak diberi peluang LANGSUNG!!. Inilah sikap orang2 semananjung yang melihat Sabah sebagai JUMUD, KATAK DIBAWAH TEMPURUNG dan pelbagai lagi andaian negatif. Lihat ustaz2nya yang datang ke Sabah. Mereka berlagak sebagai ulama tetapi hampir 90% terlibat dalam business. Mereka mengadakan aktiviti dakwah dengan tidak ikhlas. Kalau mau berdakwah biarlah betul tetapi jangan menjatuhkan orang lain melalui ceramah berbisa mereka. Orang sabah sentiasa diejek kononnya anak sabah tidak pandai berdakwah. Bila mereka mengadakan program dakwah mesti ada niat merendah-rendahkan kebolehan anak sabah. Ustaz dari semenanjung akan berurusan dengan JAKIM untuk dapatkan dana kerana pegawai JAKIM pun orang semananjung, mereka buat program dengan mendahulukan siapa supply makanan', 'siapa cetak T-Shirt', siapa penceramah yang diupah? Inilah 'business' orang semananjung di Sabah. Bukannya serius mengajar. Ada ustaz2 pula yang memperlekehkan kewibawaan orang Sabah seperti di SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, Maktab Sabah, SANZAC dan banyak lagi sekolah lain. Mereka jadi AJK masjid sana-sini dan dalam kepala mereka ialah peruntukan untuk 'kontrak makanan'. Kontrak makanan pun yang dipilih orang semananjung!!. Ini masih kecil. Lihat kontraktor di Sabah... Kontrak 10Mill. semuanya dari Semananjung. Lihat Suria Capital (pengurus Lembaga Pelabuhan Sabah), datanglah orang semananjung untuk memperbetulkan pengurusannya dan apa dia kata "orang Sabah" tidak pandai mengurus Lembaga Pelabuhan Sabah. Kata-kata ini di war-warkan di masjid2 dan di tempat awam dengan niat yang tidak baik. Inikan ada unsur2 descriminasi!.
by MoSE on Thursday, May 01 @ 16:23:58 MYT
Assalamualaikum....Simpati saya pada warga Sabah. Kalau sudah ada kesedaran demikian sangat bagus. Desakan daripada rakyat tempatan kepada YB MP perlu supaya mereka dapat bertukar parti atas desakan rakyat. Integriti ini perlu dijaga. Sokongan daripada rakyat perlu untuk menguatkan semangat MP2 ini untuk melompat. Sekiranya MP2 Sabahan mendapat mesej saudara ini. DSAI tidak perlu mempengaruhi mereka lagi. Desakan dari rakyat sudah mencukupi. Kalau lah MP2 ini rela berkorban utnuk anak bangsanya sendiri.Wassalam.
by Tagas (tauntagas@yahoo.com) on Thursday, May 01 @ 16:24:07 MYT Betul bah tuu!!!, kalau guru dari selangor mengajar di Negeri 9 atau Melaka, akan dpt elaun luar daerah yg jarak perjalanan lebih sejam atau lebih, tapi kalau guru dari KK ke Tawau yg jaraknya spt dari KL Ke Kangar apa elaun yg dia orang nie dpt? suatu ari bini aku kena pindah pi daerah semporna, jumpa GB dia, wa buka main sibuk mau pi mesyuarat agung KGKS, mau jawatan...aku tanya kat dia apa agenda utk bela nasib guru sabah, dia diam. Aku bantai kat dia...inilah mentaliti guru-guru tempatan..jawatan glamer mau, jaga kebajikan ahli pooorah.....nie belum cerita pasal tanah yg diberi pada taukeh2 semenanjung oleh baruah Sabah...tender belum masuk kira siapa yg sapu...anak jati Sabah mau apply tanah.....sori....tanah kuburpun susah, spt kes tanah kubur belakang Masjid Raya Tawau yg kena pindah ke Ulu Merotai. Apalah bodoh punya org. Kami hanya mahukan keadilan dlm pembangunan. Hasil negeri kami di rompak di kalangan MEREKA sahaja, spt hasil minyak Acheh yg di bawa ke Jakarta. Apakah perlu Tsunami melanda Sabah dahulu baru kami dihargai. Apakah Tsunami PRU12 dulu tidak menginsafkan mereka yg sudah dipinjamkan kuasa. Tunngggguuuuuu Tsunami mempunyai ombak yg berlapis-lapis....ombak pertama telah selesai...ombak kedua sedang melanda....ombak ketiga pasti milik Sabah. Tungggggguuuuuuuu Tsunami kami.
by noneblues on Thursday, May 01 @ 18:31:02 MYT INI ADALAH PEMERINTAH YANG DIPILIH OLEH KEBANYAKAN RAKYAT SABAH. BUKANKAN PADA PRU12 YANG LEPAS, SABAH DAN SARAWAK YANG TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN 200% KEPADA BN. JANGAN SALAHKAN PADA ORANG LAIN, SALAHKAN PADA WAKIL WAKIL PARLIMEN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT SABAH. MEREKALAH YANG TIDAK PERIHATIN PADA PENDERITAAN RAKYAT YANG DIWAKILI OLEH MEREKA. APA YANG MEREKA HENDAK ADALAH JAWATAN UNTUK MENGISI POKET MEREKA SERTA KELUARGA DAN KRONI KRONI. PILIHA ADALAH DITANGAN RAKYAT.
b y tutuhjang on Thursday, May 01 @ 18:39:13 MYT
Sabah,Ini adalah proses pematangan, sebuah ciri positif ke arah sabah yang akan 'tegak sama tinggi, duduk sama rendah' dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Saya pernah ke kk melihat anak saya mengajar di ums. Saya terperanjat beruk bila tanya harga kedai di simpang jalan masuk ke ums, anda tahu rumah kedai 2 tingkat (lk. 24 x 80) harganya 900K, kek soromban baru 300K jo Jang. Ni, sapo punyo kojo ni, rogo de sampai macam kek bangsar jo ?. Saya cadangkan kepada kerajaan negeri sabah mengkaji balik harga rumah kodai ni, sampai bilopun bumiputera sabah takkan mampu boli tu doh Jang.
by nizam76 on Thursday, May 01 @ 19:22:07 MYT Aku setuju ngan saudara tutuhjang....umah apartment 3 bilik dah RM180K, teres jgn cakap mesti RM300K punyer.... aku beli umah teres 3 bilik kat tgh bandar kuantan baru RM95K(thn 2002 la).. apa la korang ni...cikgu tempatan sabah yg mengajar di pedalaman pun dapat gak lah elaun kesusahan....sama gak kes cikgu semenanjung yg mengajar kat pedalaman semenanjungdan aku gak setuju kalau elaun2 kakitangan kerajaan dikaji dan diselaraskan dgn teliti...dan aku akui cikgu semenajung yg mengajar di sabah mendapat elaun plg tinggi.. mungkin dah tiba masa dikaji lebih mendalam. Bini(cikgu) aku cakap org sabah ngajar Pulau Banggi dapat lak elaun kesusahan RM1500...kat sabah ni harga minyak petrol je murah(RM1.90) semenanjng (RM1.92)...brg2 lain aku gerenti mahal dari semenanjung (secara purata la)...kang aku kena tibai pulak cakap seme mahal..saudara lambunau..elok jga saudara kerap paparkan kisah2 diskriminasi dari sabah supaya ramai org sabah sedar...
by bayumurni on Thursday, May 01 @ 23:39:16 MYT
NAHH,,NAMPAK SUDAH KAMU KAN ORANG-ORANG SABAH,,!!! MACAM MANA HUJAH-HUJAH MEREKA DAN PANDANGAN MEREKA DARIPADA SEBELAH MENANJUG,,YG MASUK KE BLOG INI,,WALAU APA PUN KITA PERKATAKAN BERTUKUS-LUMUS TIDAK MEMANGKAH BN,,NAMUN KITA TETAP JUGA DI SALAK,,SEPERTI ANJING,!! NAH AKU NI,,!! TIDAK LA INGIN MEMULAKAN TAPI KALAU SUDAH MEMULAI,,OK,,KITA HURAI KAN DI SINI,,SEBENARNYA LAMA SUDAH SABAH,REFORMASI TENTANG UNDIAN INI,,JANGAN MEREKA LUPA?? TANYA SAJA PADA TUN DR,MAHATHIR SIAPA YANG MENGAJAR ORANG-ORANG SABAH NI MENIPU UNDI,MENGAMBIL PENGUNDI HANTU,MELULUSKAN PROJEK IC PALSU,MEMBELI CALON-CALON BEBAS,MEMUTAR BELIT KAN MEDIA,MEMUTAR BELIT KAN FAKTA, WAHH,,BODOH NYA ORANG-ORANG SABAH,,!!! BEGINI KAH CARA NYA PANDANGAN BAGI ORANG-ORANG YANG PANDAI LAGI BIJAKSANA,DAN JUGA BERPELAJARAN TINGGI,,?? SEOLAH-OLAH MENGAJARKAN PERKARA-PERKARA JAHAT LAGI DAYUS,,SEJARAH SABAH SAMPAI KE HARI INI TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH DARI SEGI SENTIMAN BANGSA ATAUPUN KETURUNAN,TIDAK KIRA LA DARI MANA IA SEKALI PUN DATANG,, DI SABAH MASIH BOLEH DUDUK SEMEJA,BUKAN LA SEBAGAI SATU PERINSIP TETAPI SEBAGAI SATU TRADISI UNTUK PERHUBUNGAN DI ANTARA MANUSIA DENGAN MANUSIA,,KALAU LA MEREKA INGAT AKAN PERLAWANAN P.B.S. DAN B.N. SUATU KETIKA DULU,,SATU LAWAN SATU,,DI SITU TIDAK NAMPAK APA YANG DI PANGGIL GENTLEMENT,,MALAH DARI PARTI B.N. IAITU DARI PADA MENANJUG,,MENGUNAKAN TEKTIK KOTOR LAGI KEJI,,INIKAH YANG DI DI PANGGIL PANDAI DAN BIJAKSANA BERPELAJARAN TINGGI?? BERBANDING KAN ORANG-ORANG SABAH YANG MEREKA KATAKAN BODOH LAGI HINA,, PATUT LA SAMPAI KE HARI INI NEGARA BRUNEI PUN TIDAK SANGGUP MASUK DAN BERSATU DIBAWAH NAUNGAN MALAYSIA,,WALAUPUN SANGAT RAPAT RUMPUT-RUMPUTNYA,,RUPA-RUPANYA SATU GURU DENGAN ORANG-ORANG BRITISH,NAH,!!! JADI MEREKA NI TAU LA SILAT SAMA-SAMA LANGKAH,KALAU LAH PULAU LABUAN BOLEH JADI WILAYAH,,TIDAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI SABAH AKAN MENGIKUTINYA,, AYUH SABAH BANGUN,,,!!!
by dikyang on Friday, May 02 @ 12:08:12 MYT Assalamualaikum,Bknnya penduduk peribumi sabah tdk mau undi parti selain BN, dan bknnya krn 100% undi penduduk peribumi sabah yg menyebabkan kemenangan bsr BN di sabah tetapi pelbagai taktik & penipuan yg digunakan utk memenangkan BN. antaranya ialah undi pos yg menyebabkan beberapa calon kalah tipis, undi hantu atau undi P.T.I (filifina & indonesia) yg diberikan kad pengenalan penduduk tempatan, duit RM50 - RM 1000 yg ditaburkan bg mengaburi mata pengundi, media arus perdana menyempitkan fikiran mereka yg tdk prnh ke luar drpd negeri sabh, tkt hilang projek, tkt kna buang kerja, dan mcm2 lg la. Bknnya kami m'benci org semenanjung krn kami juga ada kwn2 rapat, saudara mara di semenanjung... cuma rasa terkilan yg t'amat sgt bila hak-hak kami sbg anak2 sabah tdk terbela. hak kami diberikan kpd org lain... jawatan2 tertinggi di mana2 jabatan di negeri sabah dr no 1 hingga ke no 6 pun bkn anak sabah... jawatan anak2 sanah hanyalah KULI yg dihadiahkan dgn pelbagai gelaran yg menyakiti hati kami. kami di hina & dipandang rendah di negeri sendiri... hanya krn mereka mendapat kesenangan seketika di negeri kami. sama juga dr segi agama... ustaz2 dr semenanjung suka memandang rndh org2 sabah hanya krn negeri kami dikelilingi oleh byk GEREJA. bknkah semua manusia di sisi Allah SWT adalah sama melainkan IMAN & TAKWA. knp perlu menganggap kami terlalu 'jahil'? knp perlu pndg kami dgn sblh mata seolah2 kami terlalu rndh di mata mereka?Knp elaun t'lalu tinggi? sdgkan kos rmh sewa di sabah blh dpt dpt sktr RM300-RM600 b'banding d selangor RM700 ke atas... di sabah tdk perlu risau tol... di semenanjung perlu risau tol wlupun gaji RM2000... di semenanjung kbnykn org hanya memakai kereta jenama malaysia atau yg biasa saja tp d sabah kbykn org semenanjung blh pakai kereta yg blh dikatakan agak mahal (import) krn mereka tdk perlu risau kos yg tinggi dan blh smpn duit lbh b'banding d semenanjung perlu byr byk kos utk hidup... ini hakikatnya... byk peluang ekonomi yg sepatutnya mudah utk kami perolehi tetapi diragut oleh org lain... peluang pekejaan yg sdkt menyebabkan ramai b'hijrah ke semenanjung utk mencari sesuap nasi... knp kami dipersalahkan??? anda bertuah krn berada di negeri sendiri & hak anda msh blh dipertahankan berbanding kami.... yg kaya trs kaya, yg miskin trs miskin... pembangunan yg anda dpt lihat hanya sktr Kota Kinabalu @ Sandakan tp anda blm lihat 'kemunduran' di pekan2 @ bandar2 lain di sabah yg jauh ketinggalan b'banding terengganu & kelantan... SDC hanya skdr fokus kpd kwsn2 utama pelancongan tetapi tdk di kawasan2 pedalaman @ pekan2 kcl... skdr luahan biasa... kami rakyat malaysia, penduduk peribumi sabah...:-)

Kisah Tanpa Tajuk

Dulu saya salah seorang anak kapal itu, betapa bangga dan megahnya menjadi anak kapal yang dikatakan sebagai antara kapal lanun terkaya di dunia, walaupun saya sekadar pencuci lantai sahaja di kapal yang mengamalkan kronisme dan nepotisme. Memanglah kaya, inilah kapal lanun terbesar di samudera indah bernama Malaysia. Semua lanun perlu membayar ufti kepadanya, nelayan pun harus bayar ufti, anak kapal yang berkoyan-koyan itu pun perlu bayar ufti.
Kapal hebat bernama UMNO itu adalah kepala kepada armada lanun bergelar Barisan Nasional, banyaknya kapal yang bergabung dalam armada ini ditunjangi olah kapal-kapal bernama MCA, MIC, Gerakan, SAPP, dan banyak lagi.
Kapal asal dengan nama serupa yang dibina pada 11 Mei 1946 telah tenggelam kerana terlanggar bongkah ais akibat kekalutan pelayaran semasa perebutan kuasa pihak yang hendak menjadi juragan kapal. Tetapi juragan yang menang pada masa itu masih sempat memindahkan segala harta rampasan perang dan peti-peti hasil ufti dari kapal lama ke kapal baru yang didakwa lebih kukuh dan terjamin. Juragan membuat undang-undang baru untuk memastikan tidak sewenang-wenangnya anak kapal mencabar kedudukannya. Bukan sedikit anak kapal yang terkorban dibuang ke laut untuk menjadi makanan jerung lapar.
Sungguhpun baru dan besar, tidak semua anak kapal yang lama mahu ikut belayar dengan kapal baru itu kerana juragan yang kalah telah mengambil sisa-sisa kayu dari kapal yang lama lalu membina sebuah kapal yang dinamakan Semangat46. Ramai juga anak-anak kapal yang berkedudukan tinggi dan tidak tinggi semasa di kapal lama menyertai pelayaran kapal baru dengan semangat lama ini. Sudah tentu harapan mereka untuk menjuarai samudera yang kaya dengan pelbagai hasil mahsul anugerah Allah.
Malangnya, pelayaran dan perjuangan Semangat 46 tidak lama. Dalam beberapa pertempuran dengan kapal lanun UMNO baru, kapal Semangat46 semakin tidak bersemangat. Senjata biologi/psikologi dengan nama klasiknya 'perpaduan melayu' yang digunakan pimpinan kapal UMNO baru akhirnya berjaya membuatkan juragan kapal semangat 46 mengajak anak-anak kapalnya meninggalkan Semangat 46. Maka reput dan tenggelamlah sebuah lagi kapal yang bernama semangat tapi telah hilang semangatnya. Lama-kelamaan perkataan baru yang ada pada Kapal UMNO itu pun luputlah jua kerana tiada lagi kapal lain yang mahu menggunakan nama UMNO itu, dikenalilah ia sebagai UMNO sahaja.
Di suatu masa yang lain pula Kapal UMNO ini telah menghantar wakilnya ke sebuah tempat di utara Pulau Borneo kononnya untuk membantu sebuah kapal bernama USNO yang sedang bertempur hebat dalam perang saudara dengan Kapal PBS yang juga seteru ketat yang dianggap pengkhianat kepada Barisan Nasional. Dalam kekalutan perjuangan yang sukar mendapatkan kemenangan menentang PBS, juragan dan anak-anak kapal USNO dipelawa untuk menjadi anak kapal di sebuah kapal yang besar dan hebat iaitu UMNO. Dengan tawaran persenjataan yang moden dan dana peperangan hebat yang ditawarkan UMNO, maka juragan tua Kapal USNO pun terpedaya lalu mengajak seluruh anak kapal USNO menyertainya meninggalkan Kapal USNO yang telah banyak berjasa.
Apabila juragan tua Kapal USNO telah naik ke kapal UMNO dan menenggelamkan sendiri kapalnya itu, barulah ia sedar akan tipu daya dan muslihat orang-orang dari Kapal UMNO ini sebenarnya hendak menguasai samudera Borneo Utara yang lebih besar kekayaan hasil mahsulnya. Namun nasi sudah menjadi bubur, kapal lama yang dibina dengan tangannya sendiri telah pun tenggelam. Demi memperjuangkan nasib warisan anak kapal USNO, juragan tua lebih sanggup untuk berkerjasama dengan musuh lamanya di Kapal PBS. Baginya biarpun PBS itu pernah menjadi seteru, tapi ia masih lagi saudara dekat berbanding sahabat dari jauh yang tidak ikhlas membantu dan mempunyai agenda tersirat. Ditakdirkan olah Yang Maha Kuasa maka juragan tua pun menghembuskan nafas akhirnya di atas Kapal PBS yang pernah diperanginya.
Dengan segala strategi dan muslihat licik yang disokong dana peperangan yang besar, bekas anak-anak kapal USNO yang kini menjadi anak kapal UMNO pun dapatlah menawan samudera yang dikuasai PBS.
Dipendekkan cerita, terbinalah sebuah kapal dinamakan UMNO Sabah yang merupakan gabungan anak-anak kapal dari USNO dan pengkhianat dari Kapal PBS. Tiadalah lagi mereka ingat akan perjuangan asal mereka kerana asyiknya berada di kapal mewah walaupun tidak semewah kapal induk UMNO. Juragan bersilih ganti tetapi semuanya asyik dengan pelbagai kesukaan peribadi. Terpinggirlah anak-anak kapal USNO yang dianggap tidak layak berada dalam kapal mewah UMNO Sabah, tiadalah mereka ini dianggap berjasa melainkan sekadar meramaikan jumlah anak kapal sahaja.
Khabarnya, anak-anak kapal dan waris juragan tua dari Kapal lama USNO kini sedang berusaha membina semula kapal baru dengan semangat kapal lama USNO. Semua bekas anak-anak kapal yang pernah berjuang dengan Kapal USNO akan dihimpunkan untuk membina semula kapal USNO sebagai menjaga amanat dan maruah juragan tua yang telah dikhianati. Malangnya lanun besar bernama UMNO tidak akan membiarkan perkara itu terjadi. Kini himpunan bekas anak kapal USNO dan waris juragan tua hanya dibenarkan membina kapal pesiaran yang tidak mempunyai senjata untuk bertempur dan terpaksa mengakui ketuanan UMNO di samudera Borneo Utara. Berterusanlah penguasaan Armada BN seluruhnya.
Namun, semilir indah yang membuai rasa tiba-tiba bertukar menjadi badai menghempas jiwa. Itulah lah yang berlaku pada 8 Mac 2008. Kemunculan sebuah armada kapal perang yang lebih hebat, lebih besar, gagah merentas segara Malaysia dengan gelar Pakatan Rakyat yang menjanjikan keamanan dan keadilan untuk semua telah mencabar dan menggegar tampuk kekuasaan armada Barisan nasional selama 50 tahun. Muncul bersama kehadiran Armada Pakatan Rakyat ini ialah bencana tsunami yang menenggelamkan beberapa orang juragan dan kapal dari armada Barisan Nasional. Apakah Kapal Pesiaran USNO itu akan cuba mencari suaka dari Armada Pakatan Rakyat demi kelangsungan perjuangan, hanya masa yang menentukan dan persoalannya adakah Pakatan Rakyat memerlukan kapal tempatan untuk menawan kubu kuat yang dikuasai kapal-kapal lanun Barisan Nasional. Kekalahan kapal lain dalam armada Barisan Nasional ini juga mengakibatkan kapal besar bernama UMNO, dilanda wabak kekalutan, kecelaruan dan kekusutan yang menghantui pemikiran dari juragan hinggalah kepada anak kapal yang hina kedudukannya. Sungguhpun mereka tidak kalah, tetapi melihat kapal lain yang tenggelam mereka menjadi tidak menentu, saling menyalahkan antara satu sama lain.
Mujurlah saya sempat meninggalkan Kapal UMNO selepas juragan tua UMNO menyerahkan kuasa pemerintahan kepada juragan baru yang suka tidur dan membiarkan anak menantunya mengawal kekuasaan armadanya memerintah segara luas malaysia. Sebagai seorang bekas anak kapal UMNO yang masih hidup dan kini bebas sebagai nelayan tetapi dianggap lanun kecil di lautan siber merasakan sudah sampai masanya kapal UMNO di hantar ke Muzium Negara untuk bergandingan di ruang pameran dengan replika rakan-rakan lamanya iaitu Kapal UMNO yang dibina pada tahun 1946, Kapal Melayu Semangat 46, dan Kapal USNO yang telah lama tenggelam. Muzium negara sepatutnya menyediakan satu ruang khas untuk mempamerkan kapal-kapal lama yang telah dan akan tenggelam itu.
Nantikan nukilan saya yang akan datang mengenai pengkisahan bagaimana munculnya armada Pakatan Rakyat dan kaitannya dengan kekalahan Armada Barisan Nasional yang gagah berkuasa selama 50 tahun.

Catatan Hari ini

Walaupun blog ni tiada khidmat aduan pelanggan, setiap komen berbentuk aduan akan diberikan perhatian. Ada pengunjung yang menyatakan kesukaran untuk masuk ke blog ini. Saya sendiri tidak pernah pula mengalaminya walaupun tanpa log in sebagai author dan untuk pengetahuan anda semua saya menyelenggara blog ini dari kafe siber kerana komputer (pc) saya sedang dibaiki. Walau bagaimanapun, saya telah cuba untuk mengatasi masalah tersebut dengan pengetahuan yang tidak seberapa dalam bidang ini. Saya masih dalam proses memahami dan mempelajari kaedah-kaedah terbaik dalam pengendalian blog. Harapan saya masalah untuk masuk ke blog ini tidak berlaku lagi. Kepada rakan-rakan pengunjung yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam pengendalian blog, anda dialu-alukan untuk memberikan sumbangan idea dan komen. Semoga pengunjung semua berpuas hati dengan paparan dan persembahan yang ada setakat ini. InsyaAllah blog ini akan terus membuat peningkatan berdasarkan keperluan dan perkembangan semasa.

01 May 2008

Video Santai ala Lambunau

Setelah lebih dua minggu mengendalikan blog ini, saya merasakan blog ini menyediakan bahan yang serius sahaja. Bermula bulan mei ini saya ubah sedikit persembahan kandungan untuk tatapan pengunjung.
Selain menatap bahan bacaan yang serius, anda juga dipelawa bersantai menikmati video yang mempersembahkan lagu-lagu dan lawak jenaka dalam dialek tempatan Sabah, pelbagai video yang menghiburkan dengan sarikata yang boleh membuat anda 'pecah perut', pendek kata macam-macam ada.
Juga sempena bermulanya sidang Parlimen Malaysia Ke 12, saya selitkan video bar yang memaparkan sedutan-sedutan sidang parlimen dari You Tube.

Coretan YB oh YB

Pembukaan parlimen semalam menyaksikan pelbagai aksi dan gaya Ahli Parlimen (YB) baru dan lama. -->--> Pokok Sena, Mahfuz Omar: Di Dewan Banquet, beliau ditegur seorang petugas parlimen "Hai YB selongkar baju lama ke ? (baju istiadat yang dipakai semalam). Dengan senyum simpul YB kita menjawab: Biasa la, baju lama selongkar balik sambil membelek bajunya yang nampak masih baru. (Bagus YB yang lama tidak dilupakan. Ini yang sepatut diamalkan YB lain dan tidak membazir) Rembau, Khairy Jamaluddin: Menantu kesayangan PM kita nampak susut sikit. Keadaannya dilihat ketika beliau keluar dari dewan Banquet selepas jamuan makan sempena pembukaan parlimen. Bagaimana dia pun masih melemparkan senyum kepada mereka yang berada di situ. (apo kone eh jang?, mana Nori?) Jelebu, Dato' Seri Rais Yatim: Bertuah Rais, isterinya Datin Maznah Rais mendapat perhatian apabila mengenakan baju terglamor berkebaya labuh dengan manik yang mengerlip-ngerlip. Dikena pula gaya rambutnya yang ala-ala 'square layered' gitu. Sekali pandang macam awal 30-an. (Amboi! patutlah Dato' Seri tak lepas tangan Datin Seri) Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali: YB kita ni kehilangan buku catatan dan teks ucapan Agong. Kelam kabut juga dia mencari barangan di Dewan Banquet. Puas dia bertanya kepada pelayan-pelayan. Malangnya tak jumpa-jumpa. (Hai YB, Apa yang diingat tu ....) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar: Puteri sulung Ketua Pembangkang ni seolah-olah jadi 'model' bila dia diajak bergambar oleh hadirin yang hadir. Dari dalam hingga ke pintu masuk parlimen tak henti-henti lensa kamera fokus kepada Nurul yang berkebaya labuh bersama peminat-peminat. Mungkin peminat nak buat kenangan dengan ahli politik muda dan ayu ini. (Tak sabar nak tengok Nurul berbahas lantang macam bapanya) Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim: Cakap-cakap mengatakan September ini beliau akan menjadi orang nombor satu negara kian terserlah. Nampak saja kelibatnya di parlimen media terus mengerumuni mantan timbalan perdana menteri. Para wartawan berebut-rebut mengajukan soalan. Malah semasa majlis makan di Dewan Banquet masing-masing menunggu Anwar untuk mendapat reaksi mengenai kehadirannya. "Sepuluh tahun saya tidak datang ke sini, mungkin selepas ini saya akan datang lagi kot" katanya kepada wartawan. "Saya mengiringi isteri saya hari ini," (Apakah ini petanda awal beliau akan menduduki takhta perdana menteri yang ke-6). - mns Dari harakah Daily
TAMBUNAN: Harapan enam keluarga untuk membolehkan me-reka menjalani kehidupan seperti sedia kala masih menjadi sia-sia. Mereka telah terputus hubungan sejak sebulan yang lalu apabila Jalan Kihukad Majora – Bundu Apin-Apin runtuh dan tidak boleh dilalui sama sekali. Jurucakap penduduk Esther Olok, 26, memberitahu, penduduk telah be-berapa kali mengadukan masalah itu kepada pihak berwajib, namun se-hingga kini ia masih belum ada sebarang tindakan. “Kami semakin putus asa,” katanya. Esther berkata, kawasan itu sama sekali tidak boleh dilalui disebabkan selut yang tebal, di samping hakisan terus berlaku ekoran keadaan cuaca di kawasan pedalaman yang tidak me-nentu. Katanya, penduduk cuba berusaha untuk membersihkan kawasan itu melalui gotong-royong, sekadar membina laluan motosikal serta pejalan kaki, namun Esther berkata, tenaga manusia tidak mampu untuk mengembalikan keadaan asal jalan raya tersebut. “Kami benar-benar kecewa dengan keadaan ini,” tambahnya, dan meminta wakil rakyat di kawasan itu supaya melakukan sesuatu agar jalan raya yang merupakan nadi utama penduduk di situ, pulih seperti sedia kala. “Kami terputus hubungan disebabkan tanah runtuh dan kami merayau YB untuk membantu kami,” katanya. “Kami perlu keluar dari kampung ini untuk membeli barang keperluan seperti ubat-ubatan… dan anak-anak kami juga perlu pergi ke sekolah,” kata Esther Jalan raya itu runtuh pada 5 Mac lepas dan masih terbiar sehingga aduan Esther kepada akhbar ini dibuat. Difahamkan penduduk telah mengadukan masalah itu sebanyak lima kali kepada pihak berwajib di Tambunan. Kira-kira 200 keluarga telah berpindah Kampung Bundu sejak beberapa tahun lepas kecuali enam keluarga petani ini yang mengandungi 30 orang.
Sumber: The New Sabah Times Begitulah keadaan di Sabah, kekayaan hasil bumi tidak menjamin kesenangan hidup warganya. Sampai bila keadaan ini akan berlanjutan?

30 April 2008

Terima Kasih Web Master TKO

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Webmaster Tranungkite Online iaitu saudara Songkok Putih yang sudi memasukkan blog ini ke dalam Link Terpilih yang menghubungkan terus pembaca dari TKO ke ASAM Lambunau.
Saya tidak menyangka blog yang masih serba kekurangan ini (belum sampai sebulan) dihubungkan dengan website yang besar dan terkenal. Saya baru sahaja menyedari perkara ini, sekali lagi terima kasih pada TKO kerana sudi menyiarkan tulisan-tulisan saya walaupun saya bukan seorang penulis yang mampu memukau pembaca dengan gaya penulisan yang hebat.
Alhamdulillah juga, setakat ini belum ada lagi tulisan saya yang ditolak untuk disiarkan.
Mungkin esok pembaca di TKO boleh melihat satu lagi tulisan saya yang merupakan kesinambungan Kisah Dari Sabah yang tersiar hari ini.
Sekali lagi saya tekankan bahawa saya sekadar menyuarakan kehendak dan suara hati anak-anak Sabah yang merasa tertindas oleh ketidakadilan pemerintah. Tidak ada niat untuk menghasut atau mewujudkan perpecahan dalam keharmonian masyarakat majmuk yang kita kecapi hari ini.
Membaca pelbagai komen pembaca terhadap artikel saya Kisah Dari Sabah yang tersiar di TKO membangkitkan bermacam perasaan, suka, geram, marah, bangga, segalanya berbaur. Namun yang menarik perhatian saya komen balas saudara serol terhadap komen hjmahat. Terima kasih saudara serul (yang mendakwa beliau orang Johor), sikap prihatin anda terhadap orang sabah saya hargai, inilah yang kami perlukan, semangat setiakawan bukannya pengkhianatan. Saya siarkan semula di sini, terpulang kepada anda pembaca menilaikannya.
hjmahat menulis
emnn... dah ramai org sabah masuk.. aku nak tukar pandangan.. aku setuju sabah keluar dari malaysia... memandangkan org2 sabah merasakan dorang adalah bumiputera kelas ke-2.. majulah sabah untuk org sabah.. -satu lagi komen hjmahat yang turut disentuh oleh serol telah saya siarkan sebelum ini
serol menulis
Pandangan yg bongok/ bodoh/ bangang/ bebal!!! Selesai masalah ke kalau buat camtu??? kita dulu punyalah susah perjuangkan penyertaan Sabah/ Sarawak ke dalam Malaysia masa Konfrontasi Malaysia-Indonesia paka aji senang2 nak lepas camtu jer??? Bukan salah anak Sabah yg tuntut keadilan/ kesaksamaan, itu hak mereka, tapi salah BN yg menutup ruang tersebut pada mereka.
..saya pun x pasti pak aji ni benar2 pernah pegi sana ke tak, sampai sesat2 lak tu.... besar benar Kota kinabalu tu yer..... Weeiiii pak aji.... ko buat lawak gaban lah.... saya pergi sana dua kali utk panjat G.Kinabalu.... First time memang harap kawan, selang lima tahun pergi solo pulak... siap drive sorang2 sampai panampang cari supply & gunung kinabalu (dua arah yg berbeza). Turun Gunung saya drive ke Poring x sesat pun.... Dari poring balik KK.... x sesat pun.... Jenguk anak sedara kat UMS x sesat pun.... Drive dalam bandar jgn cakap ler.... X SESAT PUN.....
Pak aji cakap keluasan Sabah susah nak dibangunkan macam selangor. Saya yakin rakyat sabah sarawak tak minta pun bandar2 mereka dimajukan sekelip mata.... apa yg mereka minta cuma biarlah adil.... kalau kat semenanjung ada highway, kat sabah mereka cuma minta jalan yg berkualiti saja, bukan berlubang sana sini yg boleh menjahanamkan kereta.... Kalau kat semenanjung ada sekolah wawasan lah, sekolah integrasilah, sekolah primerlah, mereka cuma minta cukuplah sekadar sekolah yg lengkap kemudahan utk anak2 mereka. kalau kat semenanjung ada masjid kristal, mereka cuma minta memadailah dengan masjid yg boleh memuatkan jemaah setempat... x nak grand2.... cukuplah sekadar mudah utk menunaikan solat jemaah terutamanya jumaat, kalau tak nak kena seberang sungai baru jumpa masjid, tu pun duit sendiri....
PAK AJI.... BESAR SANGATKAH PERMINTAAN MEREKA BERBANDING HARTA YG DIROMPAK DARI MEREKA GENERASI DEMI GENERASI????Pak aji, saya nak tanya satu soalan, kalau sampai sekarang pak aji masih bercawat, tapi org keliling pak aji pakai seluar, pak aji boleh terima ker?? tak tahu lah kalau pak aji memang suka pakai kopiah atas kepala, bawah pakai cawat jer????

Diskriminasi terhadap orang Sabah

Perasaan tidak senang orang sabah bukan pada orang semenanjung secara individu tetapi pada cara dan dasar persekutuan yang berpusat di semenanjung.
Secara peribadi saya nyatakan ramai ahli keluarga saya yang berasal dari semenanjung, saya mempunyai 5 orang abang/kakak ipar orang semenanjung. Kalau kami anti semenanjung, mungkinkah kami kan menerima orang semenanjung menjadi ahli keluarga.
Seperti yang saya nyatakan dalam artikel tersebut, isu siaran tv hanyalah satu daripada isu kecil. Saya belum lagi menulis mengenai keadaan jalanraya, bekalan air dan elektrik di Sabah. Mengapa saya tidak boleh membandingkan dengan negeri yang lebih maju? Dengan kekayaan hasil bumi yang saya yakin lebih daripada negeri lain di semenanjung hatta selangor sendiri pada masa penubuhan Malaysia, mengapa Sabah tetap jauh ketinggalan.
Perasan tidak senang ini timbul akibat terlalu banyak diskriminasi yang dilakukan terhadap negeri Sabah dan anak-anak Sabah. Terlalu banyak perkara yang boleh menjadi contoh untuk menyokong hujah ini.
Perbezaan Elaun Kakitangan Awam
Saya ambil contoh terdekat yang berkaitan dengan bidang saya sendiri untuk lebih jelas lagi. Guru-guru dari semenanjung mendapat durian runtuh apabila ditempatkan bertugas di Sabah. Elaun khas yang diperoleh mereka dijumlahkan dengan gaji pokok sahaja boleh menandingi malah ada yang mengatasi pendapatan guru tempatan (orang Sabah) yang sepuluh tahun lebih senior daripada mereka, walaupun mempunyai kelayakan akademik dan ikhtisas yang sama.
Adakah wajar mereka memperoleh elaun perumahan hingga rm700-rm800 di kawasan pedalaman yang purata kadar sewa rumah hanyalah sekitar rm300-400 (malah ada yang lebih murah sekiranya tahu bergaul dengan orang tempatan) berbanding dengan kami guru berasal dari Sabah yang bertugas di semenanjung (saya dihantar ke sebuah negeri maju yang sekiranya pendapatan RM1500 ke bawah boleh ditafsirkan sebagai miskin) hanya layak mendapat elaun perumahan rm400-rm600. Saya sendiri cuma layak menerima elaun perumahan sebanyak rm450 sahaja, bagi rakan-rakan di kawasan lebih maju seperti Puchong mereka mendapat elaun perumahan cuma rm600 sahaja. Bagi yang masih bujang memang tidak bermasalah kerana boleh berkongsi dengan rakan membayar sewa rumah. Bagaimana pula mereka yang telah berumahtangga?
Rakan-rakan di sini mengatakan kami beruntung mendapat pelbagai faedah kerana bertugas seberang laut, tetapi apakah lebih beruntung berbanding mereka yang dihantar ke Sabah? Di Sabah, dengan sewa rm400 ke atas
Mereka yang berasal dari semenanjung mampu untuk menabung sebahagian daripada pendapatan mereka kerana kos sara hidup lebih murah di Sabah berbanding di semenanjung. Di Sabah yang saudara hjmahat kata boleh sesat di kota kinabalu, tidak ada jalanraya yang bertol. Pergilah sahaja ke mana sahaja tidak ada samseng berlesen ( yang mendapat lesen samseng jalanan dari kerajaan) yang menanti untuk meminta duit kalau kita nak lalu.
Saya masih ingat lagi kata-kata pengarah pelajaran Selangor semasa kami mula-mula tiba di sini, 'elaun tuan-tuan lebih rendah kerana di Sabah kos sara hidupnya tinggi".. itulah jawapan apabila ada yang mempersoalkan kenapa ada perbezaan elaun, seolah-olah tinggal di negeri maju ini lebih rendah kos sara hidupnya.
Melihat dari segi itu pun sudah nyata ketidakadilan terhadap anak-anak Sabah. Itu baru satu contoh yang sebenarnya masih panjang lagi huraiannya tetapi kita perlu beralih kepada contoh lain pula.
Kemajuan Bandar
Selama merdeka, bandar-bandar di Sabah yang dikenali hanyalah Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan (kini bukan milik Sabah lagi), dan Tawau. Tempat-tempat lain rasanya belum layak digelar sebagai bandar jika dibandingkan dengan bandar-bandar di semenanjung. Pergilah ke Kudat, Beaufort, Keningau, Tenom, dan banyak lagi, itulah rupa bandar bagi kami orang Sabah.
Tiada apa yang hendak dibanggakan selain daripad keharmonian pelbagai kaum hidup dalam suasana aman tanpa ada puak-puak berasaskan kesukuan. Mungkin itu sebahagian hikmah bandar yang tidak maju, masyarakat lebih saling mengenali, dan kadar jenayah tidak setinggi di negeri maju. Itu sahaja fakta bandar kebanggaan anak Sabah.
Pelaburan/Perindustrian
Sabah boleh dimajukan sebenarnya walaupun tidak semaju negeri-negeri maju di semenanjung. Sekiranya Sabah mempunyai kawasan perindustrian seperti yang ada di semenanjung, ia pasti akan menjejaskan kepesatan industri di semenanjung kerana tenaga buruh yang banyak dan murah serta keluasan kawasan yang berpotensi akan menarik ramai pelabur sedia ada di semenanjung untuk memindahkan pelaburan mereka ke Sabah.
Perladangan
Kebanyakkan ladang-ladang kelapa sawit yang besar dimiliki oleh individu atau syarikat yang berasal dari semenanjung. Pekerja ladang pula lebih ramai pendatang asing. Apakah untungnya kepada anak-anak Sabah? Bukankah itu namanya bumi dipijak milik orang?
Seperti yang pernah didedahkan oleh saudara Abdul Rahman Yakub (bekas calon PKR bagi DUN Klias dalam PRU12) dalam kempen pilihanraya 2004, pegawai-pegawai FELDA di Sabah bukanlah terdiri daripada anak-anak Sabah walaupun FELDA mendapat tanah ladang dari kerajaan Sabah secara percuma. Tidak adakah unsur keraguan dalam perkara tersebut, baiknya hati pemimpin Sabah memberikan tanah secara percuma dengan tidak membawa keuntungan kepada rakyat tempatan.
Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berasal dari semenanjung berbahagi tanah di Sabah untuk membuka ladang-ladang kelapa sawit. Salah satu yang terbongkar ialah kes Bekas Ketua Polis Sabah yang dituduh menyalahguna kuasa melawat ladang sawitnya dengan helikopter kerajaa.
Penutup
Pasti ada yang akan mempersoalkan bahawa bukan kerajan persekutuan sahaja yang bertanggungjawab dalam soal pembangunan di Sabah. Ya, saya akui perkara tersebut. Perkara ini terjadi kerana ramainya pemimpin dalam kerajan Sabah yang tidak mempunyai taraf pendidikan yang membanggakan tetapi diangkat sebagai pemimpin oleh kerajaan persekutuan. Tidakkah anda melihat ad agenda tersembunyi disitu?
Pemimpin yang tidak mempunyai asas pendidikan tinggi ini mudah untuk diperbudakkan dan kurang intergriti untuk tetap dalam perjuangan. Perjuangan asal untuk rakyat bertukar menjadi perjuangan untuk diri sendiri.Kerajaan PBS ditumbangkan oleh UMNO kerana adanya pemimpin sebegini.
Saya berdoa dan berharap sekiranya Pakatan Rakyat yang berteraskan keadilan menjadi pemerintah, ruang-ruang diskriminasi ini tidak lagi wujud kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. Sekali lagi saya nyatakan, saya bukan anti semenanjung kerana bagi saya kita semua adalah samasama anak Malaysia.
Anak Sabah Anak Malaysia

kata hjmahat

Sungguh sedih saya baca artikel saudara... sedih kerana ada juga perasaan org sabah yang tidak senang dgn malaysia, walaupun sekelumit. Saya bukan lah penyokong kerajaan yang haprak yang ada sekarang ini.. tapi melihat peratusan keluasan sabah berbanding malaysia adalah tidak logik untuk membangunkan sabah seperti negeri2 maju seperti selangor dengan serta merta..
Di malaysia ini bukan sahaja sabah yang tak dapat siaran tv.. kg saya terengganu, pahang, kelantan.. sama sahaja. tapi kami rasa sangat bersyukur dengan malaysia, tiada sekelumit pun terasa nak bersendirian..
Sebenarnya utk bersendirian nampak kita akan senang dan selesa.. tapi hakikatnya mungkin sebaliknya.. contoh terdekat ada dengan kita...
Sabah pada hakikatnya sudah banyak perubahan... perbezaan dalam tahun2 90-an dan sekarang sungguh ketara. Saya boleh sesat di kota kinabalu sekarang.kadang2 terasa untungnya sabah berbanding terengganu ataupun kelantan.
Salah satu masaalah lagi ada org sabah mengangap kami org semenanjung ini nak menakluk sabah, saya tak paham kenapa.
-Komen ini adalah seperti yang tersiar di ruangan komen untuk artikel saya bertajuk Kisah Dari Sabah. Anda boleh membacanya di

29 April 2008

Alahai Sabah Tanah Airku

Membaca berita dari New Sabah Times (28 April 2008) dengan tajuk "Ramai penduduk pedalaman tidak pernah menonton TV" membuatkan saya terpanggil untuk membuat sedikit coretan di blog ini setelah beberapa hari tidak membuat apa-apa posting. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah saya sendiri pernah mengalaminya dan orang tua saya yang masih di kampung kini bergantung kepada perkhidmatan berbayar ASTRO untuk mendapatkan siaran TV yang lebih jelas.
Alangkah malangnya menjadi rakyat di negara yang telah 50 tahun merdeka tetapi tidak dapat mengecapi sedikit nikmat kemerdekaan seperti yang dinikmati oleh orang lain. Kehidupan rakyat asing yang berhijrah mencari rezeki membanjiri tanahair kita mungkin lebih baik daripada mereka. Untuk mendapatkan siaran TV yang sepatutnya percuma, masyarakat pedalaman pula perlu mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM50 sebulan. Jika hendak meminta kerajaan memberikan subsidi kepada mereka ini pastinya tidak sesuai pula.
Isu siaran TV yang tidak jelas ini hanyalah satu isu kecil daripada pelbagai isu lagi yang membuatkan kita tertanya-tanya apakah mereka yang berada di kawasan pedalaman itu hanya diperlukan ketika pilihanraya sahaja? Mungkin pihak berkuasa melihat mereka ini tidak ada apa-apa sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara, maka seharusnyalah mereka dipinggirkan.
Kerajaan telah lupa ataupun buat-buat lupa bahawa hasil balak dari kawasan pedalaman inilah yang mula-mula menjadi pemacu ekonomi Sabah di awal kemerdekaan dahulu sehingga politik Sabah sentiasa panas kerana menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan ahli politik Sabah tetapi juga mereka dari negeri lain yang ingin menumpang semangkuk hasil kekayaan bumi Sabah itu.
Seharusnya pedalaman tidak terpinggir setelah puluhan tahun membekalkan hasil balak yang pastinya mencecah angka bernilai billion ringgit kepada ekonomi negeri dan negara. Situasi ini mengingatkan saya kepada hasrat kerajaan negeri Sabah (pemerintahan PBS) pada tahun 90-an yang ingin memiliki stesen TV sendiri. Mungkin perkara ini perlu ditimbulkan semula.
Itu cuma sekelumit kisah dari negeri di bawah bayu, banyak lagi kisah yang lebih menyedihkan selain cerita tentang tv. Mungkin di lain hari kita boleh berkisah mengenai keadaan jalanraya yang tidak patut digelar jalanraya, kisah sekolah yang daif, dan pelbagai lagi kedaifan yang seharusnya tidak lagi wujud setelah 50 tahun merdeka, apatah lagi kini bercita-cita hendak menuju negara maju.
Seorang teman yang geram dengan keadaan pembangunan tidak seimbang antara Sabah dengan negeri-negeri lain di Malaysia pernah berkata, " Malaysia perlu membuat pilihan untuk menjadi negara maju, pilihan pertama memajukan negeri Sabah sama seperti negeri lain yang maju, atau pilihan kedua, lepaskan sahaja Sabah agar ia tidak menjejaskan status negara maju Malaysia."

Ramai penduduk pedalaman Sabah tidak pernah tonton TV

KENINGAU : Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj Karno berkata,masih ramai rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman tidak pernah menonton televisyen,berikutan kesukaran menerima siaran daripada stesen penyiar.
Katanya,jurang itu berlaku bukan kerana rakyat tidak mampu memiliki set televisyen,tetapi disebabkan sukar untuk menerima ‘siaran’. Sairin berkata,siaran televisyen di sebahagian besar kawasan pedalaman diterima dengan ‘kabur’,atau sama sekali tidak menerima siaran.
"Terdapat rakyat yang langsung tidak berpeluang untuk menonton televisyen,atau tidak pernah menonton siaran RTM,TV3 atau siaran-siaran yang lain,” katanya.
Sehubungan dengan itu,beliau menyarankan kepada kerajaan melalui Kementerian Penerangan Malaysia,agar memberi kelonggaran kepada rakyat di kawasan ini untuk menggunakan parabola,sebagai penerima siaran televisyen.
Katanya,rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman hanya menerima siaran televisyen apabila menggunakan parabola sebagai penerima pemancar atau penerima pemancar Astro.
Sungguhpun begitu katanya,bayaran perkhidmatan Astro yang terlalu tinggi mengakibatkan ramai rakyat yang langsung tidak berpeluang untuk menonton televisyen sepanjang hayatnya.
Beliau turut mencadangkan agar pengendali siaran Astro mengkaji semula bayaran perkhidmatan di kawasan luar bandar,apa yang beliau cadangkan sebagai ‘bayaran perkhidmatan mampu bayar’.
"Terlalu mahal,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kaamatan dan Kesyukuran Kemenangan Wakil Rakyat bagi peringkat Kg Keritan Laut pada Ahad.
Sairin yang merupakan Wakil Rakyat Liawan berkata,penyaluran dasar-dasar kerajaan melalui program televisyen amat penting,justeru mereka wajar diberi kemudahan agar menerima siaran televisyen itu,sama seperti rakyat yang tinggal di kawasan bandar.
Katanya,ramai rakyat yang berpaling tadah pada pilihan raya yang lalu,disebabkan mereka tidak menerima maklumat yang jelas mengenai dasar-dasar kerajaan.
"Saya benar-benar memandang serius mengenai masalah ini,” katanya.
Sumber- New Sabah Times
28th April, 2008

“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia