Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

14 November 2008

PENGUMUMAN

Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera.. Saya meminta maaf kepada para pengunjung blog ini kerana buat masa ini tidak ada apa-apa post terbaru yang dapat dipaparkan di blog ini. Bagi yang telah mengikuti blog ini dari ianya bermula pasti tahu bahawa telah beberapa bulan blog ini terbiar. Blog ini tidak akan ditutup tetapi hanya dapat dijenguk sekali-sekala. Oleh itu saya sedang mencari orang yang boleh diharapkan untuk mengendalikan blog ini sementara ketiadaan saya.

28 September 2008

Kenapa Sukar Untuk Mendapatkan Lesen Memandu?

Kali ini saya ingin membawa sebuah topik baru yang sering menjadi pertanyaan kepada diri saya sendiri dan mungkin orang lain juga pernah terfikir perkara ini tetapi jarang diperkatakan di media massa. Saya tidak mempersoalkan kenapa perlu lesen memandu, kalau itu yang dipersoalkan memang tidak wajar kerana umum mengetahui apakah peranan dan fungsi lesen memandu itu sendiri. Apa yang ingin saya persoalkan ialah prosedur dan perbelanjaan untuk mendapatkan lesen memandu yang sah di negara kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dan perlu dipersoalkan dalam prosedur permohonan mendapatkan lesen memandu. Pertama sekali ialah soal perbelanjaan. Kenapa perlu diwajibkan mendaftar dengan Sekolah/Akademi memandu dan membayar sejumlah amaun yang agak besar bagi mereka yang kurang berkemampuan? Mungkin ada yang akan mengatakan kalau tidak ada duit, tidak ada kenderaan, buat apa ambil lesen, sedangkan lesen memandu adalah merupakan salah satu keperluan untuk hidup pada zaman ini. Terdapat banyak iklan tawaran jawatan kosong yang mensyaratkan pemohon memiliki lesen memandu yang sah.Seolah-olah ada komplot untuk kepentingan kepada pemilik sekolah/akademi memandu agar perniagaan mereka bertambah maju. Saya berpendapat (berdasarkan pengalaman sendiri dan kenalan lain) tidak semua pemandu memerlukan bantuan dari sekolah/akademi untuk belajar memandu kenderaan. Mengenai kelas pemanduan berhemah, bukankah seharusnya ia dilakukan oleh pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan. Saya ada pengalaman mengikuti dua kelas pemanduan berhemah di akademi dan negeri yang berlainan, iaitu di Sabah dan Selangor. Apa yang dapat saya perhatikan, ada perbezaan dalam kedua-duanya walaupun menggunakan modul yang sama dari JPJ. Bayaran untuk mendapatkan lesen memandu juga berbeza-beza antara negeri-negeri di Malaysia, malah antara bandar dalam sebuah negeri yang sama. Kelas/bengkel yang diadakan sekadar melepas batuk di bawah tangga. Hakikatnya, yuran mengikuti kelas lebih utama daripada segalanya. Bagi pemohon lesen, persoalan utama adalah perbelanjaan, mungkin ini bukan isu bagi mereka yang berpendapatan besar atau dari golongan keluarga berada, tetapi bagaimana pula nasib mereka yang kurang berkemampuan. Kebanyakkan mereka yang memohon lesen biasanya adalah terdiri daripada yang sudah mempunyai pengetahuan asas, malah apa yang melucukan walaupun seseorang pemohon itu bekerja sebagai mekanik kenderaan, hukumnya tetap wajib untuk mengikuti kelas yang memperkenalkan kegunaan spanar, pembuka tayar dan pelbagai perkara yang sudah pastinya diketahui oleh mekanik berkenaan. Bukankah mudah andainya kita hanya perlu mendaftar bagi ujian-ujian wajib bagi mendapatkan lesen memandu, dan bagi yang betul-betul tidak mempunyai asas memandu bolehlah melanggani perkhidmatan yang disediakan oleh akademi/kelas memandu. Lebih baik lagi andai pihak berkuasa (JPJ) mengadakan kuliah/ceramah pemanduan berhemah dalam bentuk VCD/DVD kerana ia pastinya lebih seragam, atau menjadikan kelas pemanduan berhemah ini sebagai sebuah subjek wajib di sekolah menengah.

26 September 2008

BPR DIGESA SIASAT PENDEDAHAN DATUK RAYMOND TAN

(Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin merujuk pendedahan Datuk Raymond Tan bekas Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 22 September 2008 mengenai campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Datuk Seri Yong Teck Lee Presiden SAPP ditahan oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) berikutan keputusan SAPP untuk melancarkan undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri beberapa bulan yang lepas. Pendedahan tersebut, sekiranya didapati benar, pastinya amat mengejutkan rakyat. Ini berikutan sebelum ini Abdullah acapkali menegaskan bahawa beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan penyiasatan oleh mana-mana badan penguatkuasa negara malah berusaha untuk menjadikan badan-badan tersebut bebas dari sebarang campurtangan pihak pemerintah. Justeru, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dibaca, ratusan laporan rasuah yang pernah dikemukakan oleh AMK dan komponen Pakatan Rakyat lainnya ‘dibakul-sampahkan’ BPR biarpun ia mempunyai bukti dan melibatkan kepentingan rakyat terbanyak. Sebaliknya kes-kes meskipun tidak mempunyai asas, asal saja ianya melibatkan Pakatan Rakyat, BPR akan bertindak sepantas kilat. Pendedahan Raymond ini, sekaligus membuktikan bahawa dakwaan juak-juak Umno-BN bahawa Abdullah komited dan ikhlas memerangi rasuah adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal. Ia juga secara tidak langsung membenarkan syak wasangka rakyat Malaysia mengenai campurtangan pihak-pihak tertentu di dalam kes-kes rasuah di negara ini. Sehubungan itu AMK menuntut supaya Abdullah memberikan penjelasan segera mengenai pendedahan Raymond tersebut kerana ianya menimbulkan persoalan yang munasabah mengenai campurtangan Perdana Menteri di dalam kes-kes tertentu. AMK juga menuntut penjelasan yang sewajarnya dari pihak BPR terhadap pendedahan yang dibuat oleh Raymond yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sumber: www.politictoday.com

20 September 2008

Komponen BN wajar contohi SAPP

Oleh: Sahar Abdul Majid Sat | Sep 20, 08 | 9:17:18 am MYT KOTA KINABALU, 20 Sept (Hrkh) - Parti KeADILan Sabah menyifatkan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar dari Barisan Nasional (BN) satu tindakan berani dan wajar dicontohi oleh parti komponen lain dalam BN. Iklan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Abdul Razak Jamil berkata, tindakan yang diambil oleh SAPP itu merupakan tindakan berani menyatakan prinsip perjuangan parti dan ianya wajar dicontohi. Sambil menyambut baik keputusan SAPP itu, Razak yang juga merupakan seorang peguam muda berkata, langkah bijak parti itu telah menyebabkan BN Sabah mula goyah. Menurutnya,walaupun selama ini BN Sabah sering mendakwa parti itu amat kukuh dan sukar untuk digugat oleh mana-mana parti pembangkang, namun suasana politik ketika ini menolak tanggapan itu. "Walaupun BN Sabah menafikannya, namun apa yang berlaku sekarang ini ramai di kalangan ahli BN sama ada yang berjawatan ataupun ahli biasa bakal menyertai Pakatan Rakyat di negeri ini," kata Razak ketika dihubungi semalam. Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa SAPP menyertai Pakatan Rakayat kerana dengan gandingan mantap itu, hak bersama dan hak rakyat Sabah dapat diperjuangkan dengan sebaik mungkin yang tidak diperolehi semasa berada dalam BN sebelum ini. Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat Sabah telah membuat pertemuan dengan parti itu bagi membincangkan halatuju perjuangan rakayat selain mempelawanya menyertai Pakatan Rakyat,beliau berkata,"setakat ini belum ada apa-apa pertemuan yang dirancangkan dan kita menyerahkannya kepada pucuk pimpinan negeri tetang hal ini." Pada 17 September baru-baru ini, perkembangan politik Sabah melakar satu lagi sejarah baru dalam politik tanah air apabila SAPP bertindak keluar daripada BN selepas tidak lagi yakin dengan kepimpinan BN untuk membela rakyat. - Harakahdaily._
16 September
Tanggal 16 September telah pun berlalu, bagi mereka yang menantikan sesuatu peristiwa bersejarah (perubahan tampuk pemerintahan negara) berlaku pada tarikh itu, merasakan ia cuma satu hari biasa yang tidak membawa apa-apa makna.
Bagi saya sebagai Anak Sabah Anak Malaysia, tarikh itu tetap merupakan satu tarikh keramat setiap tahun. Kerajaan berubah atau tidak, siapa pun perdana menteri, 16 September tetap harus diraikan setiap tahun sebagai Hari Malaysia! Harapnya bukan 16 September 2008 sahaja Hari Malaysia diperingati dan dirayakan di Semenanjung seperti yang dilakukan oleh para pendukung Pakatan Rakyat. Semoga ia menjadi acara tahunan yang diraikan di seluruh negara bagi memperingati kelahiran sebuah negara Malaysia yang berdaulat.
Semoga impian melihat perayaan Hari Malaysia yang meriah di seluruh negara akan menjadi kenyataan. Saya berkeyakinan bahawa ia bukanlah impian saya seorang tetapi ia adalah impian seluruh Anak Malaysia yang sedar betapa penting dan bermaknanya tarikh tersebut selain tarikh 31 Ogos.
Politik Sabah
Yong Teck Lee dan SAPP (Parti Maju Sabah) akhirnya telah menunjukkan semangat Malaysia Boleh dengan mengumumkan untuk meninggalkan BN yang semakin rapuh ikatan antara komponennya. Walaupun SAPP tidak menyertai Pakatan Rakyat, yang pastinya BN telah kehilangan dua orang MP di parlimen.
Perbuatan Datuk Yong dan partinya itu walaupun tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari timbalan dan naib presiden SAPP, tetap menjadi tamparan hebat kepada BN, lebih-lebih lagi untuk menghadapi pilihanraya kecil Pensiangan.
Insya Allah, jika ada kelapangan saya akan turun ke Pensiangan bagi melihat secara langsung perjalanan kempen pilihanraya di sana nanti.

04 September 2008

16 September: Pandangan anak Sabah

16 September 1963, seluruh rakyat di Borneo Utara tanpa mengira kecil, besar, tua, muda pada masa itu bersama-sama rakyat Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergembira meraikan kelahiran sebuah nama keramat iaitu MALAYSIA. Walaupun mendapat tentangan dari beberapa negara jiran, MALAYSIA tetap lahir dan akhirnya menjadi sebuah negara yang berjaya keluar dari kepompong negara mundur menjadi sebuah negara yang berdaya saing menuju kemajuan. Walaupun Singapura akhirnya meninggalkan Malaysia, namun negara bertuah ini tetap makmur dengan kepintaran para pemimpinnya... Itulah yang saya, dan kita semua rakyat Malaysia yang pernah baca sewaktu mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah.
Kira-kira 20 tahun yang lalu, semasa saya masih lagi seorang budak hingusan di sekolah rendah, pernah saya tertanya-tanya kenapa TYT (Tuan Yang Terutama Yang DiPertuan Negeri Sabah) menyambut harijadi pada dua tarikh yang berlainan dalam satu tahun, tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang saya mahukan (mungkin juga saya belum cukup memahami jawapan yang diberikan kepada saya pada masa itu). Mungkin pembaca dari semenanjung Malaysia juga tidak memahami apa yang saya perkatakan ini. Untuk pengetahuan pembaca, terutamanya yang berada di Semenanjung, tarikh 16 September setiap tahun adalah merupakan cuti umum di Sabah bagi menyambut harijadi TYT Sabah, dan kemudiannya harijadi sebenar TYT Sabah seperti yang tertera pada sijil kelahiran beliau juga akan diumumkan sebagai cuti umum bagi negeri Sabah. Sekali pun tidak pernah saya mendengar cuti umum pada 16 September adalah bagi memperingati hari Malaysia ditubuhkan.
Kini dengan sentuhan politik tiba-tiba tarikh itu menjadi sebuah tarikh keramat yang menjadi sebuah polemik antara Kerajaan BN dengan pimpinan barisan pembangkang yang lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Jika setiap tahun 31 Ogos disambut dengan meriah sekali, 16 September hanyalah cuti umum harijadi TYT di Sabah. Tidak ada stesen TV yang berlumba-lumba menyiarkan dokumentari pembentukkan Malaysia yang juga merupakan hari kemerdekaan anak-anak Sabah dan Sarawak, atau sumbangan penyertaan Sabah dan Sarawak, serta fakta paling penting iaitu kelahiran sebuah nama baru di peta dunia yakni Malaysia. Jika ada yang berpendapat ianya telah dipelajari di sekolah dan tidak perlu diperbesarkan atau diingati setiap tahun, maka saya ingin mencadangkan 31 Ogos juga perlu diingati sekadar hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu/ Semenanjung Tanah Melayu. Memadailah ianya diumumkan sebagai cuti umum sempena hari keputeraan Rasmi SPB Yang DiPertuan Agung!
Kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya dahulu bahawa warga Sabah mendapat layanan warga kelas kedua, inilah antara contoh yang paling ketara.
Sudah semestinya saya sebagai anak jati Sabah sangat-sangat bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan 16 September mendapat haknya yang telah dinafikan selama hampir 45 tahun. Inilah hak Anak Sabah Anak Malaysia yang seharusnya dituntut oleh bukan sahaja anak-anak Sabah dan Sarawak, tetapi juga saudara- saudari di semenanjung yang menggelarkan diri sebagai Anak Malaysia kerana JIKA TIADA PENYERTAAN SABAH DAN SARAWAK, JIKA TIADA 16 SEPTEMBER 1963, YANG WUJUD PADA HARI INI HANYALAH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, TIADALAH SEBUAH NEGARA YANG BERNAMA MALAYSIA.
Anak Sabah Anak Malaysia --- Lambunau.

16 September 2008 Pak Lah Gabra Dan Mula Dapatkan Simpati Pemimpin Sabah..?

Oleh zublizainordin

Tiba-tiba, media kerajaan 04 September 2008, melaporkan Abdullah Ahmad Badawi, semalam tiba di satu majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, di Kota Kinabalu, Sabah.Adakah ketibaan Abdullah Ahmad Badawi secara tiba-tiba ini, ada kena mengena dengan Agenda Rakyat Malaysia yang bakal tiba pada 16 September, 2008..? Khususnya, Ahli Parlimen, Yang Berhormat, Pemimpin, Parti, ada yang dari Barisan Nasional di Sabah, akan berpindah ke Pakatan Rakyat. Sumber dalaman memaklumkan, ketibaan Abdullah Ahmad Badawi di Sabah tidak ada kena mengena dengan 16 September, 2008. Ketibaan ini sekadar berbuka puasa, yang telah beberapa lama dirancangkan. Anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.Baiklah.Dalam pertemuan itu, Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan negeri Sabah mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan sebagaimana yang telah diumumkan dalam bajet 2009.Ya, bajet yang hambar itu.Abdullah Ahmad Badawi juga menyatakan, dia akan melawat beberapa tempat lagi untuk memantau sendiri pelaksanaan projek pembangunan di Sabah.Negeri-negeri lain bagaimana? Tidakkah mendapat perhatian nan sama, atau mula dipinggirkan?Puas diteliti ucapan Abdullah Ahmad Badawi, namun apa yang dilaporkan semacam, tidak perlu dia ke Sabah. Di PutraJaya, boleh dibuat hebahan kepada semua pemimpin negeri seluruh Malaysia.Masih ada yang tertanya, Abdullah Ahmad Badawi kelihatan gabra, dan mahukan simpati para pemimpin di Sabah, supaya terpelihara survival politik peribadinya.Dari majlis yang sama, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, dilaporkan berkata, kerajaan Sabah tetap kukuh.Lain macam sahaja bunyinya!Jadi majlis berbuka puasa ini tidak ada kena mengena dengan 16 September, 2008, Lah ya?Sila teliti apa kata Musa Aman, ketika berucap di majlis yang sama.Kerajaan Sabah yang dipilih menerusi mandat rakyat tetap kukuh dan tidak akan terjejas dengan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Musa Aman menambah.Tidak perlulah kita asyik berpolitik, apatah lagi membuang masa dengan isu melompat, isu kerajaan baru pada 16 Sept, atau isu remeh-temeh politik yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu, terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR).Seterusnya, Musa Aman, sedikit "over" memperlantunkan pujian berikut kepada Abdullah Ahmad Badawi."Sesungguhnya, semua ini jelas membuktikan keikhlasan, keprihatinan dan komitmen tinggi kerajaan pusat, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia di Sabah."Ia juga sekaligus menggambarkan bahawa kerajaan pusat sememangnya sentiasa memberikan perhatian yang serius untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Sabah, sejak dulu, kini dan selamanya," tambahnya. Sememangnya benar, sumbangan Sabah kali ini, khususnya kepada Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi, mendapat majoriti, bukan dua per tiga, untuk membolehkan Abdullah Ahmad Badawi membentuk kerajaan.Namun kekerapan melawat dan memberi, semacam mengula-gula, sama ada gula-gula getah, atau seumpama, di Sabah, boleh menimbulkan dan menyebabkan rasa tidak puas hati di negeri-negeri lain.Terutama pembangunan yang tidak seimbang di seluruh Malaysia, dan ini satu daripada sebab kegagalan Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin.Satu lagi, ialah petanda bahawa Abdullah Ahmad Badawi kini, sedang mengikut rentak yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim. Ya, Anwar Ibrahim yang tahu bahawa ada pantauan dan intipan dibuat terhadap Ahli Parlimen, terutama mereka yang bertemu dan berbincang dengannya sehubungan 16 September, 2008. Adakah Abdullah Ahmad Badawi sedang gabra? Berjayakah jika ada tagihan simpati olehnya, dari para pemimpin Sabah..? Dalam hari yang sama, terdahulu SAPP telah mengecam permohonan maaf Mohd Najib Abdul Razak bagi pihak parti UMNO, sehubungan kenyataan Ahmad Ismail, yang sebelum ini didakwa "perkauman", sehingga laporan polis telahpun dibuat.Namun, Abdullah Ahmad Badawi, belum menangani isu ini, dan kelihatan belum memuaskan pihak SAPP. Semakin jelas petanda Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekang ketibaan 16 September 2008, hari di mana Sabah merasa nostalgia menyertai penubuhan Malaysia 1963, dan barangkali akan nostalgia pula bila 16 September 2008, dihadiahkan sebagai cuti. Rujukan: SAPP Kata Umno Perlu Bertindak Tegas Terhadap Ahmad Ismail Dan Bukan Mohon Maaf http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=35701202. 03 September, 2008 23:47 PM Abdullah Minta Kerajaan Sabah Percepat Laksana Projek Pembangunan http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=35701403. 03 September, 2008 23:50 PM Kerajaan Sabah Tetap Kukuh, Kata Ketua Menteri http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=357015"

23 August 2008

Zakat Fitrah Sabah Tertinggi di Malaysia

Zakat fitrah di Sabah mungkin yang tertinggi di negara ini selepas Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menetapkan kadar RM7.70 bagi setiap umat Islam yang bermastautin di negeri ini. Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, kadar tersebut berasaskan sukatan 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Sabah itu meningkat RM2.50 berbanding RM5.20 seperti yang ditetapkan tahun lalu. ``Kadar ini adalah sesuai dengan keadaan semasa termasuk peningkatan harga minyak, barangan makanan termasuk beras serta kos pengangkutan,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma MUIS, di sini hari ini. Sebelum ini beberapa negeri mengumumkan kadar zakat masing-masing yang turut meningkat berbanding tahun lalu. Kadar zakat fitrah bagi negeri Melaka ditetapkan RM6.30, Pahang (RM7.30), Kedah (RM7) dan Perlis (RM6). Syed Abas berkata, dengan peningkatkan kadar zakat fitrah itu, pihaknya menyasarkan jumlah kutipan pada tahun ini kira-kira RM7.5 juta berbanding RM5.03 juta tahun lalu. Menurut beliau, MUIS melantik 31 amil di bawah majlis tersebut serta 1,900 amil tambahan untuk membantu mengutip zakat fitrah di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan nanti. Katanya, setiap mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelak daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab menipu orang ramai dengan mengutip zakat secara tidak sah. ``Saya juga menyeru kepada semua amil agar menganggap tugas ini sebagai satu amanah Allah dan Rasulnya dan umat Islam keseluruhannya. Jauhkan diri daripada menjadikan tugas ini sebagai medan untuk mengaut keuntungan duniawi. ``Kita juga berharap para amil mempunyai sikap yang telus dan jujur dalam melaksanakan pungutan zakat ini demi memelihara keutuhan institusi zakat serta imej MUIS sendiri,'' katanya. Beliau memberitahu, pembayaran zakat fitrah tahun lalu melibatkan 976,621 orang meningkat 61,476 pembayar berbanding 915,145 orang atau 6.72 peratus berbanding tahun 2006. Jelas beliau, sepanjang tahun lalu, pihaknya mengagihkan zakat kepada lapan kategori penerima berjumlah RM18.8 juta dan pada bulan Ramadan sahaja sebanyak 24,848 terdiri daripada golongan fakir, miskin dan mualaf menerima agihan masing-masing. ``Pada tahun ini, kita memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta untuk diagihkan kepada fakir, miskin dan mualaf bagi memastikan mereka turut dapat membuat persiapan menyambut 1 Syawal dalam keadaan selesa dan gembira seperti orang lain,'' katanya. Mengenai pelantikan amil tambahan, beliau berkata, mereka adalah terdiri daripada pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), penjawat awam, imam, ketua kampung, pemimpin masyarakat dan golongan orang perseorangan. Tambah beliau, mereka akan turut dibekalkan dengan resit rasmi zakat fitrah mengikut zon masing-masing dan MUIS akan menjalankan pemantauan bagi membanteras kegiatan amil yang tidak bertauliah
Sumber: Sabah-kita.net

Minyak oh minyak

Harga petrol RON97 turun 15 sen Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa hari ini. Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter. Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter. Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan semalam.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau: Jemaah Menteri hari ini telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta peningkatan kadar inflasi ke tahap lebih tinggi pada bulan Julai 2008. Sehubungan itu, Kerajaan ingin mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter. Pada masa yang sama, harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga-harga berkenaan ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos 2008 hingga 21 Ogos 2008, serta penetapan subsidi 30 sen seliter, untuk kedua-dua RON97 dan RON92. Di samping itu, Kabinet juga mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit diesel sebanyak 8 sen seliter, iaitu daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter. Berdasarkan harga RM2.50 seliter ini, subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk diesel ialah sebanyak 50 sen setiap liter. Pelarasan harga runcit petrol dan diesel ini akan berkuatkuasa mulai esok, 23 Ogos 2008. Sebagaimana yang diumumkan hari ini, Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Julai 2008 berbanding Julai 2007 meningkat pada kadar 8.5 peratus. Adalah menjadi harapan Kerajaan agar pengurangan harga petrol dan diesel ini akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Keputusan Kerajaan ini juga dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa. Pada 1 Ogos 2008, Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga runcit petrol sehingga akhir tahun ini akan diselaraskan pada 1 haribulan setiap bulan, dengan penetapan subsidi 30 sen seliter. Namun, formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter.

Lambunau Kembali Bersuara!!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum, Selamat Sejahtera pada semua saudara dan sahabat pengunjung laman blog ini. Saya meminta maaf kerana telah membuatkan blog ini terbiar selama lebih dua bulan. Bukan kerana kecewa, atau ketandusan idea, tetapi sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari dari menghadapi masalah. InsyaAllah blog ini tidak akan terbiar berkubur walaupun saya tidak lagi dapat menulis sekerap waktu dahulu. Alhamdulillah, hari ini saya dapat lagi menulis walaupun mungkin tidak ada sesiapa lagi yang mengunjungi blog ini setelah sekian lama terbiar sepi. Setelah agak lama tidak masuk ke alam siber, menulis di blog ini, membaca tulisan-tulisan di blog-blog sahabat blogger yang lain, saya terasa kerugian yang amat sangat kerana ketinggalan banyak isu untuk di ulas dan tidak dapat memberikan pandangan dan idea saya seperti selalunya..

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada sahabat blogger yang lain kerana masih meletakkan blog ASAM-Lambunau ini dalam link blog mereka walaupun blog ini telah lama tidak aktif. Nampaknya semakin ramai anak-anak Sabah yang telah membina laman blog sendiri dengan pandangan dan idea masing-masing yang tersendiri. Apa pun pandangan dan luahan, yang pastinya semua mahukan kebaikan dan kemakmuran kepada negeri Sabah yang tercinta, teruskan perjuangan. Tulislah apa sahaja yang anda fikirkan demi kebaikan selagi tidak menggugat keamanan dan perpaduan rakyat Sabah khasnya, dan Malaysia keseluruhannya..

07 June 2008

Info Kenaikan Harga Petrol Malaysia

"sebelum 1990 - RM 0.89 Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21) 01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10) 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10) 01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02) 31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01) 01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02) 01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02) 01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05) 05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10) 31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10) 28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30) (05/06/2008) - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78 ) dalam masa 18 tahun harga minyak naik sebanyak rm1.81... lebih dari 200%!!!paling teruk ialah masa pemerintahan Pak Lah...

Himpunan rakyat "Menuju Harapan Baru" bersama Anwar 8 Jun ini

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh)- Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan himpunan aman 'Menuju Harapan Baru' pada 8 Jun ini di Taman Keramat. Himpunan yang akan bermula pada jam 9 malam itu antara lain bertujuan memberi penerangan berhubung isu kenaikan harga minyak perkembangan terkini Kerajaan Pakatan Rakyat. Himpunan akan diadakan di Padang Bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat dan akan diserikan dengan kehadiran Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Turut serta dalam himpunan rakyat itu ialah, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungip. Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan himpunan ini. Wan Nordin Wan Yaacob Harakahdaily.net

Bolehkah MP Sabah percaya dengan Janji Paklah?

Dipetik dari TKO Oleh Reformis Muda Dalam banyak banyak zaman pemerintahan di Malaysia, Zaman cucu Ulama' berfahaman Hadhari inilah yang paling kuat menipunya,tipunya bukan bermuslihat tetapi terang terangan , hari ini dia kata lain ,esok sahaja sudah jadi lain, hari ini kata parlimen tidak bubar dan esoknya dia bubar Parlimen, hari ni kata nak teruskan jambatan bengkok ,minggu depannya dia membatalkan projek tersebut, sehinggakan menterinya yang dulu cerdik pun sudah berjangkit bohongnya dengan Paklah, hari ini kata Ogos Minyak naik, tahu tahu esok petang harga minyak sudah naik. ramai yang termakan dengan tipu dan helah paklah. hinggakan tidak ada seorangpun dari 82 ahli parlimen dari Pakatan rakyat membawa usul agar kerajaan mengekal atau menurunkan harga minyak dalam sidang dewan rakyat baru baru ini, mereka beranggapan paklah takkan melakukannya kerana dia berada dalam keadaan yang lemah.jadi mereka dari 82 ini bukanlah ahli politik sebenar kerana gagal membaca rentak seorang PM yang penipu. hanya DS Anwar yang bijak membaca rentak Paklah apabila pada hari yang sama naskah keadilan sudah diletakkan di muka hadapan akhbar tersebut janji Anwar mahu turunkan harga minyak, samaada Anwar ahli politik sebenar atau saling pakat dengan PM penipu ini? yang paling menariknya MB Perak kita pun ditipu hidup hidup oleh Paklah si PM penipu, Nizar dalam roadshow dan majlis penerangan di Perak nya berbangga katanya projek di Perak akan diteruskan, kata Nizar PM kita ni faham hak rakyat, mana tidaknya sampai sejam berjumpa dengan PM didalam bilik, boleh jadi sembang kosong dan bukan berunding. MB Perak kitapun mungkin menjadi mangsa penipuan si PM Penipu ini. tup tup Tajol Rosli kata semalam dana pembangunan diuruskan jabatan khas kerajaan persekutuan, nampaknya Nizar mungkin tepuk dahi mengenangkan janji Paklah ketika didalam bilik di putrajaya. dikhuatiri ramai lagi yang menjadi mangsa si PM penipu, malah Majlis peguam dan Hakim Hakim yang bertepuk tangan bila Paklah mengumumkan suruhanjaya Kehakiman dan BPR pun bakal merasai peritnya dengan janji si PM penipu. malah telahan Raja Petra semasa temu bual dalam rancangan Blog di RTM adalah yang paling tepat, kata Raja Petra dengan tegas dia tak percaya dengan suruhanjaya dan janji Paklah, kalau tak percaya boleh tengok balik temubual tersebut di youtube, siapa kata orang sekarang sudah tahu siapa paklah? selepas pilihanraya pun ramai sudah magsa penipuannya. mangsanya bukan calang calang dan bukannya dari rakyat Marhaen. mereka dari kalangan ahli Parlimen, Hakim Hakim dan Majlis Peguam akhir sekali dan yang terkini sang Rajawali , Pahlawan atas segala rasuah pun mungkin hanya jadi bahan ujikaji Paklah menguji kemahirannya menipu, memang memalukan bila Ezam kata Paklah serius melakukan "Reform". itu yang saya rasa malu dari hal dia masuk Umno. mempercayai paklah mahu melakukan reform adalah lebih malu dari cerita Ezam masuk Umno. betullah kata pepatah cina" pusara pahlawan adalah di didalam kelembutan payu dara wanita". bagi ezam pula pusaranya dalam kelembutan Paklah menipu. Sekarang ini hanya MP Sabah dan Serawak sahaja yang mampu mengajar si penipu ini, kerana mereka punya kuasa.yang bakal melemahkan kuasa sakti Paklah yang pandai menipu. takkan MP Sabah masih percayakan dengan janji janji yang ditabur Paklah baru baru ini, mana trak rekod janjinya boleh dipercayai, Paklah atau Anwar. cukuplah kerajaan negeri Perak sahaja yang menjadi mangsa penipuan, takkan sabah sebagai negeri termiskinpun mahu lagi ditipu si PM penipu? nasiblah YDP Agong sempat mengelak dari negeri jajahannya Terengganu ditipu Paklah. jadi MP Sabah belajar belajarlah dari penipuan Paklah sekitar 2-3bulan ini. kerana kuasa ditangan anda!!! Lawan Tetap Lawan..
Setelah lebih dua minggu tidak online, saya jadi tidak tahu apa yang hendak dituliskan di blog ini. Dalam tempoh dua minggu yang disia-siakan ini terlalu banyak isu yang perlu diberikan perhatian, banyak isu hangat yang hendak saya kongsikan idea serta pendapat saya bersama para pengunjung/pembaca blog lambunau ini. Kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang diumumkan oleh KERAjaan baru-baru ini hampir memadamkan segala isu-isu lain yang tidak kurang pentingnya kepada kita rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi anak-anak Sabah. Jangan pula kita lalai dengan kemenangan anak seni Sabah, Stacey, yang menjadi anak Sabah pertama menjadi juara Akademi Fantasia, program yang banyak menghabiskan wang rakyat Sabah.

Saya ada terniat hendak menulis mengenai pembinaan semula landasan keretapi dari Beaufort ke Tanjung Aru, dan dari Beaufort ke Tenom, dan mengaitkannya dengan pembaziran. Tetapi dengan situasi kenaikan harga petrol dan diesel yang melambung tnggi ianya (pembinaan semula landasan) kelihatan releven. Namun begitu masih ada perkara lain yang boleh diperkatakan berkenaan projek tersebut. Insya Allah, nantikan kupasan mengenai bagaimana projek pembinaan semula landasan tersebut meminggirkan anak Sabah sekadar menjadi buruh kasar sahaja. Saya sedang mengumpul maklumat mengenai siapakah kontraktor-kontraktor yang mendapat laba daripada projek mega ini. Maklumat awal yang saya terima kebanyakkan kontraktor yang mengendalikan projek ini dari Semenanjung Malaysia, seolah-olah rakyat Sabah hanya layak menjadi kuli batak mereka sahaja.

19 May 2008

Peniaga berpiket bantah warung mereka akan diroboh MPT

TAWAU: “Kami mahu keadilan. Jangan roboh warung kami. Jangan ganggu periuk nasi kami.” Demikian antara isu kandungan poster sekumpulan lima peniaga gerai makanan di Jalan Pelabuhan di sini, yang bertindak mengadakan satu tunjuk perasaan pagi kelmarin bagi memprotes tindakan Majlis Perbandaran Tawau yang ingin merobohkan gerai mereka. Kesemua peniaga terbabit menyatakan yang mereka diarahkan supaya berpindah ke Pasar Tanjung, berikutan gerai mereka akan dirobohkan pihak MPT pada 21 Mei 2008, ber-dasarkan notis perpindahan bertarikh 14 Mei 2008 yang diberikan kepada mereka. “Ini benar-benar tidak adil! Kenapa kami dipaksa untuk bergerai di atas pasar tersebut sedangkan peniaga gerai makanan di situ sendiri ramai yang sudah ‘gulung tikar’ kerana ketiadaan pelanggan,” kata seorang peniaga wanita, Chang Kim Hwa, 40-an. Menurut Chang, beliau amat kecewa dan marah dengan tindakan pihak berkuasa tempatan terbabit kerana tempoh notis yang diberikan bukan sahaja singkat iaitu seminggu, malah lokasi penempatan semula mereka juga adalah sangat tidak strategik. “Kami bukannya rakyat asing. Tidak sepatutnya kami dilayan sebegini kerana sejak 16 tahun lalu, gerai-gerai inilah yang menjadi sumber pendapatan kami. Oleh itu, kami merayu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar campur dalam hal ini,” katanya. Menurut Chang, lokasi gerai-gerai makanan mereka ketika ini sebenarnya adalah lokasi ketiga tempat mereka diletakkan, iaitu selepas di kawasan bersebelahan Shell Minyak Pasar dan di kawasan Pelabuhan, lebih 20 tahun lalu. Bagi seorang lagi peniaga, Salmah Mahmud, 46, beliau meminta pihak MPT supaya tidak membelakangkan nasib dan kehidupan mereka memandangkan beliau dan rakan-rakannya bukanlah datang dari golongan berada. “Saya sendiri masih banyak tanggungan. Di sinilah tempat kami cari rezeki selama ini. Tapi kalau kami diarahkan berpindah ke tempat yang memang tiada pelanggan kerana terlalu tinggi di atas pasar, bukankah itu sama ertinya mereka mahu kami rugi?. “Oleh itu, kami minta supaya kami terus dibenarkan berniaga di sini. Lagipun kawasan ini adalah kawasan persinggahan untuk pengunjung yang hendak pergi ke Indonesia atau baru kembali dari sana,” katanya yang mempunyai 7 anak berusia antara 15 dan 25 tahun. Kesemua peniaga terbabit ketika ditemui juga turut mempertikaikan paksaan berpindah yang dikenakan ke atas mereka, sedangkan ramai lagi peniaga tidak berlesen yang dilihat seakan-akan dibiarkan bebas berniaga di sekitar kawasan Pasar Tanjung tersebut. Sementara itu, Ahli Dewan Undang-an Negeri Sri Tanjung Jimmy Wong yang berada di tempat kejadian ketika diminta mengulas perkara itu memberitahu yang beliau difahamkan bahawa tapak gerai itu ingin dikosongkan untuk dijadikan tapak letak kereta. Perkara itu jelasnya dimaklumkan oleh Timbalan Setiausaha (Operasi) MPT Khanizman Pakir Mohd, ketika beliau menghubungi pegawai terbabit baru-baru ini. Bagaimanapun kata Jimmy, beliau akan menulis surat kepada Presiden MPT dan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, meminta agar tindakan perobohan tidak dilakukan kerana ia boleh menjejaskan mata pencarian para peniaga yang terlibat. Kata beliau, jika alasan merobohkan gerai itu dilakukan bertujuan untuk menambah jumlah tapak letak kereta di sekitar pasar tersebut, beliau menyatakan adalah lebih baik jika tapak letak kereta diwujudkan di tapak Pasar Lama, berdekatan kawasan Sabindo.

MP dan ADUN BN Sabah Boleh Buat Pengumuman Keluar BN Sekarang

Apa lagi yang ditunggu? Ahli bernombor 00000001 pun dah tidak percayakan kepimpinan BN/UMNO yang ada sekarang untuk terus memegang tampuk kepimpinan negara. Kenapa anda semua (Ahli-ahli Parlimen dan DUN Sabah) masih mahu menunggu untuk membuat pengumuman keluar dari kepompong BN/UMNO?
Seperti lagu yang popular semasa saya kecil-kecil dahulu, Jangan Tunggu Lama-lama, semakin lama anda semua berada di dalam UMNO/BN, semakin kecil lah peluang untuk Sabah dan rakyatnya mendapat pembelaan ke arah keadilan dan kesejahteraan.
Rakyat Sabah ternanti-nanti bilakah anda semua akan bertindak.

Ahli UMNO No: 000000001

Mungkinkah UMNO(baru) akan musnah dengan pengumuman keluar parti oleh pengasasnya. Mungkin ramai yang terlupa atau buat-buat lupa bahawa UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar, telah lama musnah pada tahun 1988 juga angkara pertikaian pemilik nombor keahlian 000000001 dalam UMNO (baru) ini dengan Ku Li. Bagi yang tidak mahu mengakui bahawa UMNO yang ada sekarang ini adalah klon kepada UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946,nombor keahlian Tun Mahathir itulah bukti ianya adalah UMNO Mahathir.
Secara peribadi saya merasakan tiada salahnya jika beliau (Tun Mahathir) membuat tindakan yang boleh memusnahkan parti paling lama berkuasa di Malaysia itu. Apakah founder tidak layak untuk menutup buku kepada apa yang diasaskannya jika ia melihatnya tidak diuruskan dengan betul oleh mereka yang diamanahkan untuk menguruskannya.
Jika dilihat dalam konteks perkembangan politik Sabah pun, kita telah menyaksikan Allayarham Tun Datu Mustapha membubarkan USNO yang beliau asaskan untuk menyertai UMNO tetapi kemudiannya beliau meninggalkan para bekas penyokongnya dalam UMNO dengan menyertai PBS yang pernah menjadi musuh utamanya.

Beranikah Ahli UMNO Ambil Risiko Ikuti Jejak Tun Mahathir Mohamad?

Bila Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan di Alor Star, Kedah, bahawa beliau keluar daripada UMNO, banyak pihak yang sayangkan parti ini jadi gempar. Soalnya, kalau beratus-ratus atau beribu-ribu ahli UMNO keluar parti dan banyak pula cawangan UMNO dibubarkan di seluruh negara, mungkinkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi gempar dan mula memahami mesej di sebalik tindakan ini?Saya tanyakan soalan di atas kerana tindakan Tun Mahathir yang saya pasti akan diikuti oleh beribu-ribu ahli UMNO akar umbi, adalah usaha terakhir untuk memahamkan Abdullah bahawa beliau wajar meninggalkan gelanggang perjuangan parti dan persada kekuasaan kerajaan dengan serta merta. Sebenarnya, mesej untuk Abdullah ini sudah pun diberikan menerusi keputusan PRU 12. Namun Abdullah terus menafikan kehendak rakyat. Sebaliknya, Abdullah menyatakan beliau akan terus berkuasa kerana kononnya dapat sokongan penuh pemimpin UMNO.Oleh itu, bila segolongan besar para pemimpin UMNO terus bersatu untuk mempertahankan Abdullah, pilihan yang ada pada ahli-ahli UMNO akar umbi adalah untuk bersatu demi menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair.Lantas, bila Mahathir keluar daripada UMNO, mungkinkah ahli-ahli UMNO akar umbi akan bersatu mengikuti jejak Mahathir dan secara beramai-ramai keluar parti bagi dijadikan tekanan supaya Abdullah berhenti serta merta? Saya keluarkan persoalan ini kerana cara yang dipelopori oleh Tengku Razaleigh Hamzah, menerusi penganjuran Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), walau diizinkan oleh Perlembagaan UMNO, adalah berhadapan dengan pelbagai rintangan. Lantas, mungkinkah cara yang terbaik, menyeluruh dan berkesan adalah cara yang dilakukan oleh Mahathir? Kalau begitu, mampu dan beranikah pemimpin UMNO di seluruh peringkat menyahut cabaran Mahathir untuk keluar parti?Jika Majlis Tertinggi UMNO dan Perhubungan UMNO di negeri-negeri keberatan untuk “menyingkirkan” Abdullah demi agama, bangsa dan tanahair, mampu dan beranikah pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan mengikuti jejak Mahathir? Di Johor Bahru Sabtu lalu, Mahathir menyatakan bahawa ahli-ahli UMNO wajar berani bertindak dan berani mengambil risiko besar demi menyelamatkan UMNO yang sepatutnya memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, dan bukan UMNO yang mempertahankan kedudukan Abdullah. Fikir-fikirkanlah. – Ruhanie Ahmad(kuda-kepang.blogspot.com)
Assalamualaikum.. Terima kasih kepada bayumurni, penjaga tidak rasmi blog ini yang sentiasa menghangatkan shoutbox dengan penuh semangat. Saya meminta maaf kerana untuk beberapa minggu ini masa saya untuk online agak terhad atas sebab-sebab yang tertentu. Tengahari tadi, seluruh Malaysia digemparkan dengan berita Tun Dr. Mahathir yang pernah memimpin Malaysia dan UMNO selama 22 tahun membuat pengumuman untuk meninggalkan UMNO. InsyaAllah saya akan membuat ulasan mengenai perkara itu untuk dikaitkan dengan keadaan semasa politik Sabah nanti.
Kepada bayumurni, berjuang tetap berjuang..

MAHATHIR TINGGALKAN UMNO

ALOR STAR 19 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar daripada UMNO.Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin. Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan

13 May 2008

SABAH: Penentu Masa Depan Kerajaan BN

Perkembangan masa depan politik Sabah kelihatan agak menarik kebelakangan ini. Tahniah kepada pemain-pemain politik Sabah kerana menjadi man on the spot yakni orang yang paling mendapat tumpuan sejak berakhirnya Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Media sentiasa menanti dan bersedia menangkap apa sahaja ayat yang diluahkan dari mulut pemain politik Sabah. Walaupun isu kenaikan harga bekalan makanan terutama beras adalah isu hangat yang perlu diberikan perhatian, perkembangan mutakhir politik Sabah memerlukan kerajaan BN memberikan tumpuan yang lebih kepada Sabah dan tuntutan pemimpin BN Sabah. Kerajaan boleh saja mengumumkan pelbagai pelan, subsidi, dan peruntukan khas membendung kenaikan harga barangan bagi memuaskan hati rakyat agar tidak memberontak. Tetapi isu penghijrahan pemimpin BN Sabah adalah sesuatu yang sangat sulit untuk ditangani kerana isu yang dibawakan bukanlah seperti isu beras yang baru sahaja timbul akibat ketidakstabilan ekonomi dunia. Isu Sabah adalah mengenai tuntutan terhadap kenaikan royalti yang memang menjadi hak Sabah, isu ketidakadilan terhadap Sabah yang warganya mendapat layanan kelas kedua, isu ketidakseimbangan pembangunan antara Semenanjung dengan Sabah walaupun Sabah mempunyai sumber hasil bumi yang bernilai. Di pihak Barisan Nasional, mereka sentiasa diulit mimpi ngeri takut kehilangan kuasa memerintah sekiranya spekulasi penghijrahan pemimpin BN Sabah ke dalam Pakatan Rakyat menjadi realiti. Mereka lebih rela ianya sekadar mimpi walaupun mimpi ngeri. Kenyataan dan ucapan di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli parlimen BN dari Sabah kebelakangan ini membayangkan seolah-olah penghijrahan itu bukan sekadar spekulasi murahan. Datuk Anifah Aman dan Datuk Ghapur Salleh telah memperlihatkan isyarat bahawa mereka tidak main-main dengan tuntutan yang mereka nyatakan. Saya sangat-sangat bersetuju dengan dakwaan Datuk Ghapur bahawa rakyat Sabah diberikan layanan Kelas Kedua selama ini. Datuk Ghapur ada membaca artikel saya agaknya mengenai diskriminasi terhadap rakyat Sabah. Apa yang sangat menarik perhatian saya ialah apabila Datuk Ghapur membayangkan penubuhan sebuah parti baru untuk Sabah menyertai Pakatan Rakyat. Hal ini telah saya bangkitkan lebih awal sebelum Datuk Ghapur menyuarakannya di parlimen. Bukan hendak mengatakan Datuk Ghapur menceduk idea saya, tetapi itulah sebenarnya kehendak rakyat Sabah yang mempunyai kesedaran. Alhamdulillah rupanya suara kecil anak Sabah ini sealiran pula dengan mereka yang jauh lebih tinggi di atas. Mungkin itulah aspirasi keseluruhan rakyat Sabah yang mahukan pembaharuan dan keadilan. Mengenai penubuhan parti baru, idea ini bukan hendak menafikan kebolehan dan kepercayaan terhadap PKR, PAS, atau DAP sebagai wakil rakyat Sabah. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam artikel yang terdahulu, Sabah memerlukan sebuah parti sendiri yang berpusat di Sabah, tetapi ia akan bergabung dalam Pakatan Rakyat untuk menjadi pembangkang yang kuat atau tidak mustahil menjadi Kerajaan Baru Malaysia. Apa relevannya parti baru ditubuhkan boleh anda dapatkan dari artikel saya yang lalu. Salah satu alasan utamanya ialah kita tidak mahu penjajahan bentuk baru yang dimulakan pada 16 September 1963 diperbaharui pula lagi pada hari penghijrahan pemimpin Sabah meninggalkan Barisan Nasional nanti. Cepat atau lambat, hijrah pemimpin Sabah ke dalam Pakatan Rakyat tetap akan berlaku, dan mesti berlaku. Sabah dan rakyatnya tidak akan selamat di bawah pemerintahan kerajaan Barisan nasional yang dikepalai UMNO. Cuma diharapkan mereka yang akan melompat tidak mempunyai sebarang agenda bersifat kepentingan peribadi. Utamakanlah perjuangan untuk anak-anak Sabah yang telah lama tertindas dan dijajah. Penjajahan terhadap Sabah tidak berakhir pada 16 September 1963, tetapi ianya diperbaharui pada tarikh keramat itu tanpa disedari oleh rakyat Sabah seluruhnya. Semoga tumbangnya kerajaan BN akan membawa Harapan Baru Untuk Sabah, Harapan Baru Untuk Malaysia. Tamatkan penjajahan teruskan perjuangan.

Rakyat Sabah Bukan Warga Kelas kedua

KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Barisan Nasional (BN) diminta tidak terus mengetepikan rakyat Sabah dalam arus pembangunan negara jika mahu mengelakkan tsunami politik melanda negeri itu seperti di Semenanjung pada pilihan raya umum lalu. Ahli Parlimen Kalabalakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam nada tegas, berkata pembangunan Sabah harus disegerakan, manakala royalti minyak dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus atau RM2 bilion supaya pembangunan dapat dilakukan segera. "Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia tetapi dianggap seperti rakyat kelas kedua. Sudah lama kita menunggu pembangunan tetapi sampai sekarang tidak kunjung tiba. "Jawapan yang sering diberikan apabila kita minta peruntukkan ialah wang sudah tiada. Rakyat Sabah beri BN kuasa, jangan sampai mereka melucutkan kuasa itu daripada kita," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam. Beliau juga sekali lagi mengingatkan kerajaan pusat Sabah sudah banyak berjasa termasuk menjadi tonggak kemenangan BN untuk terus mengekalkan kuasa dan wajar jika segala tuntutan pembangunan di negeri itu dipandang serius. Abdul Ghapur yang menolak menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga menggesa rombakan Kabinet dilakukan segera bagi memberi peluang kepada lebih banyak wakil rakyat Sabah memegang jawatan dalam kerajaan. "Kita ada tiga menteri di Kabinet tetapi yang jaga muzium...semuanya bukan kementerian penting sedangkan Sabah dan Sarawak mewakili 58 kerusi yang dimenangi BN. "Walaupun saya minta ambil tindakan serius, tidak bermakna membayangkan nak lompat parti. Tak pernah... kita tidak masuk pembangkang tapi kalau buat parti baru, kita join (sertai) sini (menunjukkan kepada pembangkang), ini kemungkinan. "Kalau tsunami politik sampai ke Sabah, dengan saya-saya sekali tenggelam jika kerajaan pusat tidak mengambil tindakan," katanya yang berharap segala yang diperkatakannya itu tidak disalah tafsir sebagai mewakili pembangkang, sebaliknya dianggap sebagai teguran membina. Beliau juga menegaskan wakil rakyat BN Sabah tidak akan melompat parti, tetapi tidak menolak kemungkinan akan wujud parti baru di negeri itu jika tuntutan rakyat Sabah tidak dihiraukan pemimpin negara dengan segera. "Sabah dan Sarawak selamatkan BN tetapi ada negeri dapat sampai tujuh menteri, malah ada negeri yang kalah dapat empat menteri penting. Jadi, kita minta Perdana Menteri rombak Kabinet, bagi balik jawatan menteri penting kepada Sabah. "Saya dan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) tak berani terima jawatan timbalan menteri kerana ini penghinaan...orang Sabah marah," katanya. Beliau berkata antara isu yang belum diselesaikan adalah pendidikan dan menggesa Kementerian Pelajaran turun padang menyaksikan sendiri kedaifan sekolah di negeri itu sehingga ada pelajar yang terpaksa meniarap di lantai berlapikkan surat khabar berikutan ketiadaan kerusi dan meja. "Sebagai contoh, makanan berzat di sekolah, ada yang diberikan mi segera Ini budak sekolah tetapi di beri makanan tidak berzat macam kucing di rumah," katanya.
sabah-kita.net

Anwar Terus Buat UMNO/BN Gelisah

Malaysiakini Selasa, 13 Mei 2008 KL:
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki berhubung jumlah ahli parlimen BN yang akan melompat parti dan tarikh sebenar peristiwa besar itu akan terjadi. Beliau berkata pihaknya masih menunggu masa yang sesuai.
"Masa itu bergantung kepada keadaan (sokongan) Umno yang semakin sedikit. Sekarang mereka mulai panik dan memainkan sentimen perkauman, isu kelangsungan masa depan Melayu. Jadi kami rasa biar mereka sambung perdebatan itu. Kita akan mempertimbangkan pilihan kita.
"Perubahan besar begini tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa. Kita harus beri ruang kepada pimpinan (Pakatan) untuk meneliti semua aspek. "Dan baiknya ialah apabila kita berikan tempoh, ia dibahaskan di seluruh negara. Jadi dia tidak menimbulkan hal yang agak tegang," katanya di sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang tadi.
Mengulas jumlah ahli parlimen BN yang sudah berada di pihaknya, Anwar menjawab: "Saya sudah jelaskan, biar Umno dan BN buat spekulasi masing- masing. Kita ambil langkah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur dan kita akan umumkan pada waktu yang tepat. "Bila sampai waktu, saya bagi notis," katanya, sambil ketawa kecil dan disambut ketawa beberapa wartawan.
Anwar juga berkata, terpulang kepada ahli-ahli parlimen itu sendiri jika hendak membuat pengumuman lebih awal meninggalkan BN. "Ada pilihan pada mereka untuk mengumumkan pada masa yang sesuai. Mereka bebas untuk mengumumkan bila masa yang sesuai. Tugas saya sebagai memimpin tiga parti hanya mengumumkannya mengikut jadual," katanya. Tentang langkahnya bertanding dalam pilihanraya kecil untuk dilantik sebagai seorang ahli parlimen, Anwar berkata beliau mempunyai pilihan sama ada untuk bertanding sebelum atau selepas pembentukan kerajaan baru.
"Kita mempertimbangkannya kedua-duanya (pilihan). Berlawan dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan," katanya. Mengulas kenyataan menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kegiatan lompat parti sebagai tidak bermoral, Anwar menjawab perkara itu bergantung kepada keadaan. "Yang dimaksudkan dengan tidak bermoral (oleh Nik Aziz) itu apabila ada kaedah membeli orang," katanya.
"Kita tahu proses pilihanraya banyak penipuan. Pilihanraya yang dilaksanakan pada 8 Mac itu penuh dengan penipuan termasuk pembatalan dakwat. Kerusi yang wajib dimenangi, dikalahkan dengan cara tipu-helah," tambahnya. Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang. "Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu. Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.
Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu. Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada. "Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya.
Mengulas isu pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu, Anwar berkata media yang dimiliki Umno terus-terusan cuba menggambarkan pembangkang tidak menghormati institusi raja. Dalam perbincangannya dengan Karpal, tambah bekas timbalan perdana menteri itu lagi, ahli parlimen Bukit Gelugor "tidak bermaksud menyinggung atau tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu". Beliau juga menganggap siasatan polis terhadap Karpal menunjukkan pihak berwajib menggunakan piawaian yang tidak konsisten apabila penghinaan terhadap institusi raja yang jelas seperti di Terengganu dilambat-lambatkan siasatannya.
"Ketua polis negara hanya menyegerakan siasatan terhadap ahli parlimen pembangkang," katanya. "(Keadaan) ini mengesahkan kebimbangan rakyat selama ini bahawa dalam badan kehakiman, dalam siasatan polis, dalam pendakwaan Jabatan Peguam Negara, tidak banyak perubahan selepas pilihanraya yang lalu."

11 May 2008

Assalamualaikum.. Saya memohon maaf kepada pengunjung laman blog ini kerana telah lama tidak mengemaskini dengan perkhabaran atau artikel yang baru. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan cuba meluangkan sedikit masa untuk berkongsi pandangan saya mengenai pelbagai isu dan perkembangan terkini terutama mengenai hal ehwal politik Sabah. Kepada saudara bayumurni, yang memberikan peringatan kepada saya mengenai adanya pihak yang memantau blog yang dianggap negatif oleh sesetengah pihak, terima kasih atas maklumat anda. Cadangan saudara untuk blog ini membuat undian akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Terima kasih atas keprihatinan saudara. InsyaAllah saya akan kembali ke Sabah tidak lama lagi, mungkin kita boleh bertemu untuk bertukar-tukar fikiran dan membincangkan cadangan saudara dahulu. Ruang waktu yang sangat-sangat terbatas ini membuatkan saya terpaksa mengundur diri seketika, Insya Allah esok lusa akan ada sedikit pembaharuan di blog ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong kelangsungan hayat blog ini. Wassalam.

06 May 2008

Mesyuarat agung PAS kawasan Sepanggar

KOTA KINABALU, 5 Mei – Mesyuarat agung Parti Islam se-Malaysia (PAS) kawasan Sepanggar kali ke-6, bagi membentangkan laporan tahunan telah berlangsung di pejabat Pemuda PAS semalam. Ketua Pemuda kawasan Sepanggar, Ustaz Hafiz Abu mengusulkan agar disegerakan penubuhan secara berdaftar pemuda kawasan Sepanggar bagi memperkemaskan gerak kerja jemaah di Sabah. “ Kita cuba senaraikan ahli secara tersusun dan berkaitan dengan pendaftaran pemuda Sepanggar, kita belum berdaftar namun perkara ini akan dibawa ke muktamar negeri supaya disegerakan penubuhannya”, katanya dalam majlis itu. Menurutnya, pemuda kawasan Sepanggar berjanji akan bergerak kerja dengan lebih sistematik dalam menguruskan usrah, mesyuarat dan perancangan program agar setiap yang dilakukan berjalan dengan baik. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Sabah berkata, ahli yang jarang bersama sewaktu program harus meningkatkan mutu kerja seperti yang dijanjikan pada akhir tahun lepas. Tambahnya, muktamar adalah tempat yang terbaik untuk bermuhasabah dengan setiap apa yang dilakukan. Dalam majlis yang sama, Ketua Pemuda Sabah, Ustaz Anuar Ali memberi peringatan kepada ahli agar sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh merengangkan hubungan denganNya. Beliau berkata jika dilihat situasi sekarang banyak perkara munkar berlaku dan Pemuda Sabah terus memikul tanggungjawab tersebut walaupun pelbagai cabaran. Katanya, Pemuda kawasan Sepanggar harus fokus terhadap gejala murtad yang berlaku di kawasan Sepanggar kerana kita dapat banyak laporan gejala murtad berlaku di sekitar Indah Permai dan Bukit Setia. Tambahnya, mereka menjalankan kerja dakyah dan sasaran mereka adalah Universiti Malaysia Sabah, Politeknik dan Universiti Teknologi mara (UITM). Pemuda fokus isu ini dan mengambil berat perkara ini. Justeru beliau berharap agar pemuda Sepanggar dapat mengukuhkan organisasi dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh kerana perjuangan kita besar di sisi Allah. Antara usul yang diterima oleh pemuda Sepanggar untuk dibahaskan pada muktamar negeri 18 mei ini ialah mendesak Pemuda menubuhkan sebuah syarikat yang tiada kaita dengan parti bagi manambahkan pendapatan parti dan mendesak agar Pemuda Sabah bertindak dengan pantas untuk ‘Counter back’ isu-isu semasa yang menghina Islam.
sabah-kita.net

3,000 EKAR TANAH DIPOHON UNTUK KAMPUNG TERSUSUN

KENINGAU: Seramai 351 orang peserta ‘perkampungan kawasan tersusun’, atau Block Processing di Kg. Sinua, memohon kepada kerajaan agar tanah seluas 3,000 ekar yang mereka pohon, tidak dilibatkan dalam program pembangunan tanah oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).
Ketua peserta Julius Sikin, 49, berkata, penduduk telah memiliki hak permohonan ke atas tanah tersebut, daripada Jabatan Tanah Daerah Keningau bagi tujuan pembangunan sebuah kampung tersusun, yang dilengkapi dengan pelbagai pembangunan kerajaan.
“Kita ada sebuah perkampungan tersusun, bangunan sekolah kerajaan, klinik serta bangunan-bangunan kerajaan yang lain di sini,” katanya. Julius berkata, PT ke atas kawasan itu telah diperolehi daripada pihak berkuasa Jabatan Tanah Daerah Keningau. Pejabat Hasil Bumi Bil. JKM.PHB:600-1/1/1/13 Jld.6(115) yang meminta Juruukur Daerah Keningau, agar mengambil tindakan ulasan juga diperolehi, di samping Penolong Pemungut Hasil Tanah Keningau turut meminta kepada bahagian itu, untuk melakukan tindakan yang sama melalui surat bertarikh 5 Okt, 2007. Kertas kerja pembangunan ke atas kawasan itu telah pun siap dan seorang pengurus pembangunan telah pun dilantik. Julius menamakan pencetus penubuhan perkampungan tersusun itu, Johnny Angkoroi sebagai pengurus pembangunan itu. Menurut Julius, pembangunan kampung tersusun melibatkan kawasan seluas 500 ekar, sementara lot-lot peserta akan dibangunkan dengan penanaman getah secara komersial. “Ini merupakan perkampungan tersusun yang pertamanya dibangunkan di kawasan pedalaman,” jelas Julius. Sebelum ini SLDB dilaporkan telah memasukkan kawasan itu sebagai sebahagian daripada pelaksanaan projek penanaman pokok jarak atau jatropha, namun Julius berkata, penduduk telah memohon kawasan itu terlebih dahulu untuk tujuan ‘kawasan teratur’, bagi sebuah perkampungan tersusun yang dikenali sebagai Perkampungan Tersusun Terusmadi. Permohonan ke atas tanah itu dibuat sejak tahun 1996 dan dijangka akan mula dibangunkan secara berperingkat mulai tahun ini. “Kami yakin untuk melaksanakan,” katanya. Beliau merayu kepada Juruukur Daerah Keningau agar mempercepatkan ulasan ke atas permohonan tanah penduduk itu. “Masa yang amat sesuai bagi kami di kawasan pedalaman untuk membangun, tanpa terlalu bergantung sepenuhnya kepada kerajaan,” tambahnya. Sumber:sabah-kita.net

05 May 2008

Politik pasca pilihan raya ke-12 serba mungkin

A Kadir Jasin Daripada banyak aspek, politik Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac lalu adalah politik "serba mungkin" - the politics of possibility - khasnya bagi pembangkang. Setelah berjaya membuat kejutan dengan merampas lima wilayah baru (Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), mengekalkan Kelantan dan menghapuskan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat, segala-galanya adalah mungkin bagi Pakatan Rakyat. Tetapi situasi yang sama boleh berlaku kepada BN, terutama sekali Umno, jika kita bersedia berfikir di luar lingkaran dan tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang sebelum ini tidak masuk akal boleh diterima akal � yang mustahil menjadi "maaqul." Keputusan PRU ke-12 telah menyebabkan garis pemisah antara parti pemerintah dengan pembangkang menjadi pudar dan kelabu. Ia tidak lagi hitam dan putih. Situasi ini tidak langsung memeranjatkan kerana banyak orang Umno mengundi pembangkang dan pemimpin pembangkang lebih peka kepada orang Umno daripada pembesar Umno sendiri. Maka dalam suasana yang serba mungkin ini adalah tidak mustahil Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri September ini seperti yang didakwanya atau Abdullah Ahmad Badawi kekal menerajui Umno dan negara sehingga akhir hayatnya. Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan pada usia 83 tahun dan selepas dua pembedahan jantung dia masih "remaja" justeru itu pada 1 Mei dia memulakan blognya � http://www.chedet.com/. Dengan sekelip mata, dia meninggalkan blogger macam saya dalam kepulan debu. Bertitik-tolak daripada premis "serba mungkin" ini, saya tergerak untuk mengemukakan beberapa soalan dan persoalan berkaitan senario (scenario) politik tanah air kita dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Senario Pertama: Pakatan Abdullah Ahmad Badawi-Anwar Ibrahim. Nampak tidak masuk akal tetapi tidak pula mustahil. Kalau Tengku Razaleigh Hamzah rela membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1996 dan Dr Mahathir rela menerima beliau kembali ke dalam Umno mengapa tidak Anwar membubarkan Parti Keadilan Rakyat dan Abdullah menerimanya kembali ke dalam Umno? Tidakkah Abdullah bercita-cita meninggalkan belang (legacy) yang setanding dengan Dr Mahathir dengan membawa masuk bekas ahli Umno yang kini menganggotai PKR? Bukankah pembebasan dan kebangkitan semula Anwar berlaku pada zaman pemerintahan Abdullah? Apakah kita sudah lupa episod Khairy Jamaluddin (kini YB) bergegas berjumpa Anwar untuk menyerahkan pasport antarabangsanya agar Anwar boleh segera menjalani rawatan di luar negara sebaik sahaja dia dibebaskan pada tahun 2004? (Alhamdulillah, berkat doa kita semua dan kehebatan doktor-doktor Jerman, hari ini Anwar nampaknya jauh lebih sihat daripada sebelum dipenjarakan. Ada hikmah dalam setiap kejadian Allah.) Apakah tidak mungkin Anwar membubarkan PKR dan Abdullah menerimanya kembali ke dalam pelukan Umno, dan seterusnya menamakan beliau sebagai pengganti Perdana Menteri? Jangan lupa faktor KJ dalam senario ini. Dan bukankah Abdullah sendiri baru-baru ini melabelkan Anwar sebagai Perdana Menteri menanti (Prime Minister in wating)? Senario Kedua: Pakatan Tengku Razaleigh Hamzah-Anwar? Mengapa tidak? Bukankah Ku Li berupa peneraju Umno yang instrumental kepada kemasukan Anwar ke dalam Umno pada tahun 1982? Ku Li dan Anwar sama-sama berpengalaman "tersingkir" daripada Umno dan sama-sama berpengalaman menubuhkan parti serpihan untuk meneruskan perjuangan dan kerjaya politik mereka. Yang mungkin kurang meyakinkan mengenai senario ini adalah kerana Ku Li bukan Presiden Umno dan bukan Perdana Menteri. Tetapi tidak mustahil beliau menjadi Presiden selepas pemilihan Umno Disember ini. Senario Ketiga: Pakatan Ku Li-Najib. Bukankah Ku Li menjadi mentor kanan Mohd Najib Abdul Razak pada tahun-tahun awal pembabitan Mohd Najib dalam politik? Ku Li adalah antara orang kepercayaan Tun Abdul Razak. Meminjam ungkapan kontemporari para remaja, saya yakin mereka masih mempunyai "feeling" terhadap satu sama lain. Tetapi kemungkinan senario ini menjadi kenyataan tipis kerana Mohd Najib telah bersumpah setia kepada Abdullah. Selain daripada itu, umum tidak tahu apa sebenarnya pendirian Mohd Najib. Senario Kelima: Ku Li-Muhyiddin Yassin. Sepanjang pengetahuan saya, tiada kaitan rapat antara Ku Li dan Muhyiddin. Tetapi buat masa ini, mereka adalah dua peneraju kanan Umno yang berani bersuara dan justeru itu dilihat sebagai calon-calon yang berpotensi menerajui Umno pasca PRU ke-12. Muhyiddin adalah naib presiden Umno paling kanan dan berpengalaman. Senario Kelima: Kekal status quo di mana Abdullah terus memimpin Umno dan Kerajaan, Umno semakin kucar-kacir, Barisan Nasional hidup segan mati tak mahu dan pemerintahan negara terumbang-ambing (moribund) � menjurus ke arah nazak. Senario terakhir: Akibat senario kelima itu, Pakatan Rakyat, secara tidak disengajakan (by default), menjadi bertambah kuat dan Anwar berjaya �merampas kuasa� dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. Masuk akal? Taaqul � boleh dibahaskan. Dan adakah masuk akal harga beras di negeri jelapang padi (Kedah), mengikut laporan Utusan Malaysia, naik antara 15 hingga 40 peratus walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan harga beras super tempatan dikawal dan tidak boleh dinaikkan? Akhbar itu pada 2 Mei memetik menteri berkenaan, Shahrir Abdul Samad sebagai berkata bahawa harga beras super tempatan ditetapkan antara RM16.50 dan RM17.50 bagi sekampit 10 kilogram. Namun, kata Utusan Malaysia, tinjauannya pada 1 Mei mendapati negeri Kedah tidak terkecuali daripada mengalami kenaikan harga beras. Di sekitar bandar raya Alor Star harga hampir kesemua jenis beras naik mendadak antara 15 hingga 40 peratus. Jadi siapa yang hendak kita percaya bapa menteri atau akhbar Utusan Malaysia?
- kadirjasin.blogspot

Hishamudin dan PnP

Lega rasanya dapat menjengah ke blog ini walaupun sebentar setelah semalam langsung tidak berpeluang melakukannya.
Semasa menonton buletin utama tv3 malam tadi, saya tertarik mengenai Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein yang nampak sangat tidak tahu apakah makna PnP yang disebut sendiri oleh beliau. Beliau mentakrifkan singkatan itu sebagai pengajaran dan pendidikan setelah kelihatan berfikir sejenak, itu bukan perbuatan tersasul kerana orang yang tersasul tidak akan berhenti berkata-kata untuk berfikir. Bagi yang mungkin tidak mengetahui, PnP itu merujuk kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap kementerian pelajaran untuk penggal yang kedua, secara peribadi saya merasakan tidak sepatutnya beliau tidak mengetahui makna singkatan yang menjadi nadi utama sistem pelajaran di negara kita.
Mungkin ada yang melihat dan menganggap ini sebagai sesuatu yang remeh tetapi sebenarnya ia mencerminkan sikap tidak ambil tahu menteri terhadap hal ehwal kementeriannya sendiri. Lebih elok sebenarnya beliau tidak payah menjelaskan apa itu PnP kerana wartawan pun tidak bertanya apa itu PnP, beliau pun tidak perlu malu.

03 May 2008

Melangkah setapak lagi

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan sentiasa membuat perubahan agar penampilan blog ini menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Blog ini menyediakan ruang shout box untuk anda membuat komen atau bersembang dengan pengunjung lain di blog ini. Saya namakan ruang ini sebagai Apa Kata Anda.
Bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka yang sudah biasa mengendalikan blog tetapi bagi saya yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, ianya satu kemajuan. Ruangan video sidang parlimen ditiadakan buat sementara waktu memandangkan parlimen kita pun baru sahaja bersidang, Insya Allah nanti apabila parlimen mula hangat, ia akan kembali seperti biasa.

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita..." "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya... RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN...

Sabah dan Terengganu: Dua negeri yang pelik

"Assalamualaikum,,.. pada pertemuan kali ini izinkan ana mengulas sikit kepelikan yang terjadi sejak sekian lama di negara kita malaysia tercinta.malaysia yang sudah menjangkau lebih 50 tahun merdeka tetapi diperintah olih segelintir manusia yang rakus, tamak, tanpa panduan agama dan moral serta pembohong. akibat dari itu maka tercacatlah satu demi satu kepelikan yang pula dinyatakan sebagai kehebatan dan kejayaan pemerintah.rakyat ditipu dan digula gulakan seperti manusia tidak cukup akal.namun akhirnya generasi malaysia baru mula sedar dengan segala kepincangan ini dan mula membuka minda mereka. olih itu ana ingin mengajak semua dengan minda yang terbuka melihat salah satu kepelikan yang terjadi sejak sekian lama di bumi bertuah bernama malaysia. ana menyebut salah satu kepelikan kerana di sana terdapat beberapa kepelikan yang perlu difahami, disedari dan dibongkar sehabis habisnya.malaysia mengeluarkan minyak tetapi pemerintah memberitahu rakyat harga minyak tidak dapat dikawal,malaysia pengeluar kelapa sawit terbesar tetapi mencatat sejarah mencipta tamaddun bilamana rakyat terpaksa berhadapan dengan kekurangan bekalan minyak sawit di pasaran.jadi tidak menghairankan kalau selepas ini rakyat malaysia berhadapan dengan ketiadaan tayar kereta sekalipun kita merupakan antara pengeluar getah utama dunia. itulah antara hasil kerja tangan pemerintah yang tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada pihak lain serta meminta rakyat berkorban untuk pemerintah.katogeri pemerintah yang bolih dikelaskan kepada kelas "F"(fail).kenapa?sebab pemerintah sepatutnya berfungsi sebagai seorang "AYAH" yang sanggup berkorban apa saja untuk kesejahteraan anak anaknya. itulah ciri ciri "AYAH" yang berstatus kelas "A". akibat dari segala kerjatangan pemerintah sejak bertahun tahun lalu,maka terjadilah kepelikan yang tidak sedikit dan langsung tidak munasabah. kepelikan paling MEGA terjadi kepada rakyat sabah dan terengganu.kita baru mendengar keluhan anak sabah yang menyatakan masih ada rakyat yang tidak dapat menonton TV dan masih ada tempat yang tidak dapat dihubungi.kita masih ingat long pasia yang hanya bolih dihubungi menerusi udara serta banyak tempat lagi yang masih menggunakan jalan air sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan mereka. daif nya rakyat sabah. sebagai sebuah negeri dalam malaysia,sabah juga tidak terlepas dari kekuasaan kerajaan pusat dan sabah juga menjadi penyumbang kepada pendapatan kerajaan pusat.dalam konteks ini sabah sebenarnya mempunyai hasil masyur yang banyak,dari kayu balak yang bermutu tinggi hinggalah minyak di perairannya.kerajaan pusat memperolehi banyak faedah dari hasil bumi sabah ini. namun peliknya, sabah tidak dibangunkan seperti negeri lain dan sabah akhirnya tertinggal di tangga tercorot dari sudut kedudukannya sebagai negeri termiskin.itulah gambaran yang bolih diberikan kepada sabah,sebagai negeri termiskin, tidak susah untuk kita faham bagaimana taraf hidup penduduknya, bagaimana taraf pendidikannya dan sebagainyanya. patutlah disabah masih ramai yang tidak dapat menikmati kemudahan asas dan tidak dapat menikmati kecanggihan media, ICT dan sebagainya.pendapatan per kapita penduduknya rendah jadi tidak susah untuk memahami kenapa penduduk sabah tidak mampu membiayai kos peningkatan taraf hidup mereka. itulah sabah yang sebenarnya memliki hasil bumi yang banyak dan sebenarnya lebih dari cukup untuk digunakan bagi membangunkan negeri dan rakyat. persoalan yang timbul kemana hasil kekayaan sabah ini pergi?sedangkan akaun kerajaan negeri kering kontang?jawabnya mudah,kerajaan pusat yang memegang kuasa penuh menjadi pihak yang bertanggungjawab mengaut keuntungan ini.olih itu tidak sukar difahami betapa hasil yang dikaut ini tidak dikembalikan kepada rakyat sabah dalam bentuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyat.dicelah celah kerakusan kerajaan pusat ini terselit juga individu dari sabah yang menjadi petualang dan yang turut sama membuncitkan perut mereka.akibatnya rakyat kebanyakan juga yang menanggung segala kepayahan ini dan tercorotlah sabah ditangga terakhir negeri termiskin di malaysia. bukankan pelik?negeri yang terkenal dengan hasil bumi yang kaya dan negeri dimana didalamnya terdapat gunung tertinggi dimalaysia mendapat reputasi yang sebegitu rupa?tidak logik dan tidak masuk akal langsung kedudukan sabah sedangkan di selangor,persatuan isteri wakil wakil rakyatpun ditemui dengan RM9.9 juta dalam akuannya. itu sabah.bagaimana pula terengganu?kedudukan sebagai negeri kedua termiskin selepas sabah mungkin munasabah kalau terengganu tidak seperti sabah yang kaya dengan hasil bumi.tetapi sejak penemuan minyak diperairannya terengganu mendapat jolokan kuwait malaysia. dikhabar kepada kita betapa minyak terengganu menyumbang RM20 billion setahun kepada kerajaan persekutuan tetapi rakyat terengganu dapat apa?selain duit ehsan dan beberapa dana lain yang diagih kerana PRU lalu(selepas 4 tahun baru sekali dana ini di agihkan).itulah kepelikan malaysia, 2 negeri yang kaya dan sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memajukan diri terhumban ke tangga terbawah senarai kemiskinan.gambaran kerakusan dan kegagalan kerajaan selama 50 tahun memacu malaysia kearah yang dibanggakan.jadi wajar sekali kerajaan yang gagal ini ditukar serta diganti sekalipun dengan sumbangan hijrah MP sabah(dan serawak). sesungguhnya rakyat malaysia tidak punya banyak pilihan dan tidak mampu menunggu lama lagi.lantaran marilah kita semua bersatu dan melengkapkan diri dengan cabaran perubahan untuk menukar kerajaan yang paling tinggi kekuasaannya di negara kita.kita tidak bolih berbangga hanya kerana menumpaskan mereka di 5 negeri kerana halangan yang besar masih lagi penguasaan di peringkat pusat.tidak guna kita membicarakan kelemahan kerajaan PR di 5 negeri tanpa penguasaan pusat. tidak guna kita mengkritik taraf kebersihan di kelantan, sikap pegawai MBSA yang menfitnah MB selangor dan sebagainya. penyelesaian sepenuhnya kepada masalah ini hanya bolih dibincang dan dikritik sesudah PR mengambil alih malaysia. ingatlah saudara ku terutama di sabah(dan sarawak), inilah masa yang telah dinyatakan olih DIGI "MASA UNTUK BERUBAH""
Artikel ini dihasilkan oleh ning yang saya sedut dari Web TKO

02 May 2008

REAKSI PEMBACA TKO

INILAH REAKSI PARA PEMBACA MENGENAI ARTIKEL SAYA BERTAJUK "DISKRIMINASI TERHADAP ORANG SABAH" YANG DISIARKAN DI TKO SEMALAM.
Masih ada lagi yang boleh dianggap buta tuli kerana tidak dapat menerima kemenangan bersih BN di Sabah dengan menyalahkan orang Sabah sepenuhnya walaupun perkara tersebut sudah saya jelaskan dalam artikel Suara Anak Sabah (rujuk TKO 26April2008) Namun begitu tidak kurang jua yang menyokong, hanya ucapan terima kasih dapat saya berikan sebagai menghargai sokongan anda.
saya siarkan semuanya tanpa sebarang suntingan.
akueden on Thursday, May 01 @ 16:18:30 MYT:
Saya amat bersimpati dan sedih di atas nasib yg. menimpa warga Sabah. Keadaan ini timbul adalah salah rakyat Sabah sendiri yang memilih kerajaan yang tidak mementingkan rakyat, sebaliknya mementingkan tempolok sendiri dan kroni2. Oleh itu pada PRU akan datang tumbangkan kerajaan yang tidak prihatin dan tidak berhati perut terhadap nasib rakyat Sabah. Untuk lebih cepat mendapat keadilan disyorkan wakil2 rakyat Sabah yang ada sekarang melompat segera ke parti PR. Lagi lama rakyat Sabah menunggu lagi parah keadaan mereka dan lagi banyak hasil bumi Sabah dirompak mereka. Selamat berjuang menegak keadilan!
by jayabdih on Thursday, May 01 @ 19:49:21 MYT: Masalahnya bukan kerajaan tetapi Ketua2 jabatan yang kebanyakannya dari semananjung ditugaskan di Sabah. Memang betul anak2 Sabah didescriminasi dalam banyak hal. Contoh guru-guru, DULU, kalau naik pangkat maka orang Semananjung yang baru setahun jagung berada di sabah sudah naik pangkat kerana ketua jabatannya bukan anak sabah sedang anak Sabah jauh lebih senior. Bila orang Sabah bising2 mereka akan di 'ice-box'kan. Di agensi kerajaan pun sama samada di telekom, sabah elektrik, petronas, LHDN kebiasaannya orang semananjung yang control. Ada kawan saya dulu bertugas di PETRONAS, dah pernah acting Manager, tetapi tidak diserapkan menjadi manager kerana memberi peluang kepada orang semananjung. Kalau orang Sabah mau apply naik pangkat, bos PETRONAS di Kuala Lumpur kata tiada kekosongan tetapi bila orang semanajung minta maka dengan mudah PETRONAS boleh 'create' post baru. Setelah bertukar ke Sabah selama setahun dan dapat gred yang tinggi, pegawai tersebut akan ditukarkan semula ke semananjung dan jawatannya di Sabah dimansuhkan semula. Ini fakta. Cuba lihat senior post PETRONAS di Sabah, siapa yang pegang?. Anak Sabah yang sama kelulusan, lebih senior dan lebih memahami dengan persekitaran di sabah, tidak diberi peluang LANGSUNG!!. Inilah sikap orang2 semananjung yang melihat Sabah sebagai JUMUD, KATAK DIBAWAH TEMPURUNG dan pelbagai lagi andaian negatif. Lihat ustaz2nya yang datang ke Sabah. Mereka berlagak sebagai ulama tetapi hampir 90% terlibat dalam business. Mereka mengadakan aktiviti dakwah dengan tidak ikhlas. Kalau mau berdakwah biarlah betul tetapi jangan menjatuhkan orang lain melalui ceramah berbisa mereka. Orang sabah sentiasa diejek kononnya anak sabah tidak pandai berdakwah. Bila mereka mengadakan program dakwah mesti ada niat merendah-rendahkan kebolehan anak sabah. Ustaz dari semenanjung akan berurusan dengan JAKIM untuk dapatkan dana kerana pegawai JAKIM pun orang semananjung, mereka buat program dengan mendahulukan siapa supply makanan', 'siapa cetak T-Shirt', siapa penceramah yang diupah? Inilah 'business' orang semananjung di Sabah. Bukannya serius mengajar. Ada ustaz2 pula yang memperlekehkan kewibawaan orang Sabah seperti di SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, Maktab Sabah, SANZAC dan banyak lagi sekolah lain. Mereka jadi AJK masjid sana-sini dan dalam kepala mereka ialah peruntukan untuk 'kontrak makanan'. Kontrak makanan pun yang dipilih orang semananjung!!. Ini masih kecil. Lihat kontraktor di Sabah... Kontrak 10Mill. semuanya dari Semananjung. Lihat Suria Capital (pengurus Lembaga Pelabuhan Sabah), datanglah orang semananjung untuk memperbetulkan pengurusannya dan apa dia kata "orang Sabah" tidak pandai mengurus Lembaga Pelabuhan Sabah. Kata-kata ini di war-warkan di masjid2 dan di tempat awam dengan niat yang tidak baik. Inikan ada unsur2 descriminasi!.
by MoSE on Thursday, May 01 @ 16:23:58 MYT
Assalamualaikum....Simpati saya pada warga Sabah. Kalau sudah ada kesedaran demikian sangat bagus. Desakan daripada rakyat tempatan kepada YB MP perlu supaya mereka dapat bertukar parti atas desakan rakyat. Integriti ini perlu dijaga. Sokongan daripada rakyat perlu untuk menguatkan semangat MP2 ini untuk melompat. Sekiranya MP2 Sabahan mendapat mesej saudara ini. DSAI tidak perlu mempengaruhi mereka lagi. Desakan dari rakyat sudah mencukupi. Kalau lah MP2 ini rela berkorban utnuk anak bangsanya sendiri.Wassalam.
by Tagas (tauntagas@yahoo.com) on Thursday, May 01 @ 16:24:07 MYT Betul bah tuu!!!, kalau guru dari selangor mengajar di Negeri 9 atau Melaka, akan dpt elaun luar daerah yg jarak perjalanan lebih sejam atau lebih, tapi kalau guru dari KK ke Tawau yg jaraknya spt dari KL Ke Kangar apa elaun yg dia orang nie dpt? suatu ari bini aku kena pindah pi daerah semporna, jumpa GB dia, wa buka main sibuk mau pi mesyuarat agung KGKS, mau jawatan...aku tanya kat dia apa agenda utk bela nasib guru sabah, dia diam. Aku bantai kat dia...inilah mentaliti guru-guru tempatan..jawatan glamer mau, jaga kebajikan ahli pooorah.....nie belum cerita pasal tanah yg diberi pada taukeh2 semenanjung oleh baruah Sabah...tender belum masuk kira siapa yg sapu...anak jati Sabah mau apply tanah.....sori....tanah kuburpun susah, spt kes tanah kubur belakang Masjid Raya Tawau yg kena pindah ke Ulu Merotai. Apalah bodoh punya org. Kami hanya mahukan keadilan dlm pembangunan. Hasil negeri kami di rompak di kalangan MEREKA sahaja, spt hasil minyak Acheh yg di bawa ke Jakarta. Apakah perlu Tsunami melanda Sabah dahulu baru kami dihargai. Apakah Tsunami PRU12 dulu tidak menginsafkan mereka yg sudah dipinjamkan kuasa. Tunngggguuuuuu Tsunami mempunyai ombak yg berlapis-lapis....ombak pertama telah selesai...ombak kedua sedang melanda....ombak ketiga pasti milik Sabah. Tungggggguuuuuuuu Tsunami kami.
by noneblues on Thursday, May 01 @ 18:31:02 MYT INI ADALAH PEMERINTAH YANG DIPILIH OLEH KEBANYAKAN RAKYAT SABAH. BUKANKAN PADA PRU12 YANG LEPAS, SABAH DAN SARAWAK YANG TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN 200% KEPADA BN. JANGAN SALAHKAN PADA ORANG LAIN, SALAHKAN PADA WAKIL WAKIL PARLIMEN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT SABAH. MEREKALAH YANG TIDAK PERIHATIN PADA PENDERITAAN RAKYAT YANG DIWAKILI OLEH MEREKA. APA YANG MEREKA HENDAK ADALAH JAWATAN UNTUK MENGISI POKET MEREKA SERTA KELUARGA DAN KRONI KRONI. PILIHA ADALAH DITANGAN RAKYAT.
b y tutuhjang on Thursday, May 01 @ 18:39:13 MYT
Sabah,Ini adalah proses pematangan, sebuah ciri positif ke arah sabah yang akan 'tegak sama tinggi, duduk sama rendah' dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Saya pernah ke kk melihat anak saya mengajar di ums. Saya terperanjat beruk bila tanya harga kedai di simpang jalan masuk ke ums, anda tahu rumah kedai 2 tingkat (lk. 24 x 80) harganya 900K, kek soromban baru 300K jo Jang. Ni, sapo punyo kojo ni, rogo de sampai macam kek bangsar jo ?. Saya cadangkan kepada kerajaan negeri sabah mengkaji balik harga rumah kodai ni, sampai bilopun bumiputera sabah takkan mampu boli tu doh Jang.
by nizam76 on Thursday, May 01 @ 19:22:07 MYT Aku setuju ngan saudara tutuhjang....umah apartment 3 bilik dah RM180K, teres jgn cakap mesti RM300K punyer.... aku beli umah teres 3 bilik kat tgh bandar kuantan baru RM95K(thn 2002 la).. apa la korang ni...cikgu tempatan sabah yg mengajar di pedalaman pun dapat gak lah elaun kesusahan....sama gak kes cikgu semenanjung yg mengajar kat pedalaman semenanjungdan aku gak setuju kalau elaun2 kakitangan kerajaan dikaji dan diselaraskan dgn teliti...dan aku akui cikgu semenajung yg mengajar di sabah mendapat elaun plg tinggi.. mungkin dah tiba masa dikaji lebih mendalam. Bini(cikgu) aku cakap org sabah ngajar Pulau Banggi dapat lak elaun kesusahan RM1500...kat sabah ni harga minyak petrol je murah(RM1.90) semenanjng (RM1.92)...brg2 lain aku gerenti mahal dari semenanjung (secara purata la)...kang aku kena tibai pulak cakap seme mahal..saudara lambunau..elok jga saudara kerap paparkan kisah2 diskriminasi dari sabah supaya ramai org sabah sedar...
by bayumurni on Thursday, May 01 @ 23:39:16 MYT
NAHH,,NAMPAK SUDAH KAMU KAN ORANG-ORANG SABAH,,!!! MACAM MANA HUJAH-HUJAH MEREKA DAN PANDANGAN MEREKA DARIPADA SEBELAH MENANJUG,,YG MASUK KE BLOG INI,,WALAU APA PUN KITA PERKATAKAN BERTUKUS-LUMUS TIDAK MEMANGKAH BN,,NAMUN KITA TETAP JUGA DI SALAK,,SEPERTI ANJING,!! NAH AKU NI,,!! TIDAK LA INGIN MEMULAKAN TAPI KALAU SUDAH MEMULAI,,OK,,KITA HURAI KAN DI SINI,,SEBENARNYA LAMA SUDAH SABAH,REFORMASI TENTANG UNDIAN INI,,JANGAN MEREKA LUPA?? TANYA SAJA PADA TUN DR,MAHATHIR SIAPA YANG MENGAJAR ORANG-ORANG SABAH NI MENIPU UNDI,MENGAMBIL PENGUNDI HANTU,MELULUSKAN PROJEK IC PALSU,MEMBELI CALON-CALON BEBAS,MEMUTAR BELIT KAN MEDIA,MEMUTAR BELIT KAN FAKTA, WAHH,,BODOH NYA ORANG-ORANG SABAH,,!!! BEGINI KAH CARA NYA PANDANGAN BAGI ORANG-ORANG YANG PANDAI LAGI BIJAKSANA,DAN JUGA BERPELAJARAN TINGGI,,?? SEOLAH-OLAH MENGAJARKAN PERKARA-PERKARA JAHAT LAGI DAYUS,,SEJARAH SABAH SAMPAI KE HARI INI TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH DARI SEGI SENTIMAN BANGSA ATAUPUN KETURUNAN,TIDAK KIRA LA DARI MANA IA SEKALI PUN DATANG,, DI SABAH MASIH BOLEH DUDUK SEMEJA,BUKAN LA SEBAGAI SATU PERINSIP TETAPI SEBAGAI SATU TRADISI UNTUK PERHUBUNGAN DI ANTARA MANUSIA DENGAN MANUSIA,,KALAU LA MEREKA INGAT AKAN PERLAWANAN P.B.S. DAN B.N. SUATU KETIKA DULU,,SATU LAWAN SATU,,DI SITU TIDAK NAMPAK APA YANG DI PANGGIL GENTLEMENT,,MALAH DARI PARTI B.N. IAITU DARI PADA MENANJUG,,MENGUNAKAN TEKTIK KOTOR LAGI KEJI,,INIKAH YANG DI DI PANGGIL PANDAI DAN BIJAKSANA BERPELAJARAN TINGGI?? BERBANDING KAN ORANG-ORANG SABAH YANG MEREKA KATAKAN BODOH LAGI HINA,, PATUT LA SAMPAI KE HARI INI NEGARA BRUNEI PUN TIDAK SANGGUP MASUK DAN BERSATU DIBAWAH NAUNGAN MALAYSIA,,WALAUPUN SANGAT RAPAT RUMPUT-RUMPUTNYA,,RUPA-RUPANYA SATU GURU DENGAN ORANG-ORANG BRITISH,NAH,!!! JADI MEREKA NI TAU LA SILAT SAMA-SAMA LANGKAH,KALAU LAH PULAU LABUAN BOLEH JADI WILAYAH,,TIDAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI SABAH AKAN MENGIKUTINYA,, AYUH SABAH BANGUN,,,!!!
by dikyang on Friday, May 02 @ 12:08:12 MYT Assalamualaikum,Bknnya penduduk peribumi sabah tdk mau undi parti selain BN, dan bknnya krn 100% undi penduduk peribumi sabah yg menyebabkan kemenangan bsr BN di sabah tetapi pelbagai taktik & penipuan yg digunakan utk memenangkan BN. antaranya ialah undi pos yg menyebabkan beberapa calon kalah tipis, undi hantu atau undi P.T.I (filifina & indonesia) yg diberikan kad pengenalan penduduk tempatan, duit RM50 - RM 1000 yg ditaburkan bg mengaburi mata pengundi, media arus perdana menyempitkan fikiran mereka yg tdk prnh ke luar drpd negeri sabh, tkt hilang projek, tkt kna buang kerja, dan mcm2 lg la. Bknnya kami m'benci org semenanjung krn kami juga ada kwn2 rapat, saudara mara di semenanjung... cuma rasa terkilan yg t'amat sgt bila hak-hak kami sbg anak2 sabah tdk terbela. hak kami diberikan kpd org lain... jawatan2 tertinggi di mana2 jabatan di negeri sabah dr no 1 hingga ke no 6 pun bkn anak sabah... jawatan anak2 sanah hanyalah KULI yg dihadiahkan dgn pelbagai gelaran yg menyakiti hati kami. kami di hina & dipandang rendah di negeri sendiri... hanya krn mereka mendapat kesenangan seketika di negeri kami. sama juga dr segi agama... ustaz2 dr semenanjung suka memandang rndh org2 sabah hanya krn negeri kami dikelilingi oleh byk GEREJA. bknkah semua manusia di sisi Allah SWT adalah sama melainkan IMAN & TAKWA. knp perlu menganggap kami terlalu 'jahil'? knp perlu pndg kami dgn sblh mata seolah2 kami terlalu rndh di mata mereka?Knp elaun t'lalu tinggi? sdgkan kos rmh sewa di sabah blh dpt dpt sktr RM300-RM600 b'banding d selangor RM700 ke atas... di sabah tdk perlu risau tol... di semenanjung perlu risau tol wlupun gaji RM2000... di semenanjung kbnykn org hanya memakai kereta jenama malaysia atau yg biasa saja tp d sabah kbykn org semenanjung blh pakai kereta yg blh dikatakan agak mahal (import) krn mereka tdk perlu risau kos yg tinggi dan blh smpn duit lbh b'banding d semenanjung perlu byr byk kos utk hidup... ini hakikatnya... byk peluang ekonomi yg sepatutnya mudah utk kami perolehi tetapi diragut oleh org lain... peluang pekejaan yg sdkt menyebabkan ramai b'hijrah ke semenanjung utk mencari sesuap nasi... knp kami dipersalahkan??? anda bertuah krn berada di negeri sendiri & hak anda msh blh dipertahankan berbanding kami.... yg kaya trs kaya, yg miskin trs miskin... pembangunan yg anda dpt lihat hanya sktr Kota Kinabalu @ Sandakan tp anda blm lihat 'kemunduran' di pekan2 @ bandar2 lain di sabah yg jauh ketinggalan b'banding terengganu & kelantan... SDC hanya skdr fokus kpd kwsn2 utama pelancongan tetapi tdk di kawasan2 pedalaman @ pekan2 kcl... skdr luahan biasa... kami rakyat malaysia, penduduk peribumi sabah...:-)

Kisah Tanpa Tajuk

Dulu saya salah seorang anak kapal itu, betapa bangga dan megahnya menjadi anak kapal yang dikatakan sebagai antara kapal lanun terkaya di dunia, walaupun saya sekadar pencuci lantai sahaja di kapal yang mengamalkan kronisme dan nepotisme. Memanglah kaya, inilah kapal lanun terbesar di samudera indah bernama Malaysia. Semua lanun perlu membayar ufti kepadanya, nelayan pun harus bayar ufti, anak kapal yang berkoyan-koyan itu pun perlu bayar ufti.
Kapal hebat bernama UMNO itu adalah kepala kepada armada lanun bergelar Barisan Nasional, banyaknya kapal yang bergabung dalam armada ini ditunjangi olah kapal-kapal bernama MCA, MIC, Gerakan, SAPP, dan banyak lagi.
Kapal asal dengan nama serupa yang dibina pada 11 Mei 1946 telah tenggelam kerana terlanggar bongkah ais akibat kekalutan pelayaran semasa perebutan kuasa pihak yang hendak menjadi juragan kapal. Tetapi juragan yang menang pada masa itu masih sempat memindahkan segala harta rampasan perang dan peti-peti hasil ufti dari kapal lama ke kapal baru yang didakwa lebih kukuh dan terjamin. Juragan membuat undang-undang baru untuk memastikan tidak sewenang-wenangnya anak kapal mencabar kedudukannya. Bukan sedikit anak kapal yang terkorban dibuang ke laut untuk menjadi makanan jerung lapar.
Sungguhpun baru dan besar, tidak semua anak kapal yang lama mahu ikut belayar dengan kapal baru itu kerana juragan yang kalah telah mengambil sisa-sisa kayu dari kapal yang lama lalu membina sebuah kapal yang dinamakan Semangat46. Ramai juga anak-anak kapal yang berkedudukan tinggi dan tidak tinggi semasa di kapal lama menyertai pelayaran kapal baru dengan semangat lama ini. Sudah tentu harapan mereka untuk menjuarai samudera yang kaya dengan pelbagai hasil mahsul anugerah Allah.
Malangnya, pelayaran dan perjuangan Semangat 46 tidak lama. Dalam beberapa pertempuran dengan kapal lanun UMNO baru, kapal Semangat46 semakin tidak bersemangat. Senjata biologi/psikologi dengan nama klasiknya 'perpaduan melayu' yang digunakan pimpinan kapal UMNO baru akhirnya berjaya membuatkan juragan kapal semangat 46 mengajak anak-anak kapalnya meninggalkan Semangat 46. Maka reput dan tenggelamlah sebuah lagi kapal yang bernama semangat tapi telah hilang semangatnya. Lama-kelamaan perkataan baru yang ada pada Kapal UMNO itu pun luputlah jua kerana tiada lagi kapal lain yang mahu menggunakan nama UMNO itu, dikenalilah ia sebagai UMNO sahaja.
Di suatu masa yang lain pula Kapal UMNO ini telah menghantar wakilnya ke sebuah tempat di utara Pulau Borneo kononnya untuk membantu sebuah kapal bernama USNO yang sedang bertempur hebat dalam perang saudara dengan Kapal PBS yang juga seteru ketat yang dianggap pengkhianat kepada Barisan Nasional. Dalam kekalutan perjuangan yang sukar mendapatkan kemenangan menentang PBS, juragan dan anak-anak kapal USNO dipelawa untuk menjadi anak kapal di sebuah kapal yang besar dan hebat iaitu UMNO. Dengan tawaran persenjataan yang moden dan dana peperangan hebat yang ditawarkan UMNO, maka juragan tua Kapal USNO pun terpedaya lalu mengajak seluruh anak kapal USNO menyertainya meninggalkan Kapal USNO yang telah banyak berjasa.
Apabila juragan tua Kapal USNO telah naik ke kapal UMNO dan menenggelamkan sendiri kapalnya itu, barulah ia sedar akan tipu daya dan muslihat orang-orang dari Kapal UMNO ini sebenarnya hendak menguasai samudera Borneo Utara yang lebih besar kekayaan hasil mahsulnya. Namun nasi sudah menjadi bubur, kapal lama yang dibina dengan tangannya sendiri telah pun tenggelam. Demi memperjuangkan nasib warisan anak kapal USNO, juragan tua lebih sanggup untuk berkerjasama dengan musuh lamanya di Kapal PBS. Baginya biarpun PBS itu pernah menjadi seteru, tapi ia masih lagi saudara dekat berbanding sahabat dari jauh yang tidak ikhlas membantu dan mempunyai agenda tersirat. Ditakdirkan olah Yang Maha Kuasa maka juragan tua pun menghembuskan nafas akhirnya di atas Kapal PBS yang pernah diperanginya.
Dengan segala strategi dan muslihat licik yang disokong dana peperangan yang besar, bekas anak-anak kapal USNO yang kini menjadi anak kapal UMNO pun dapatlah menawan samudera yang dikuasai PBS.
Dipendekkan cerita, terbinalah sebuah kapal dinamakan UMNO Sabah yang merupakan gabungan anak-anak kapal dari USNO dan pengkhianat dari Kapal PBS. Tiadalah lagi mereka ingat akan perjuangan asal mereka kerana asyiknya berada di kapal mewah walaupun tidak semewah kapal induk UMNO. Juragan bersilih ganti tetapi semuanya asyik dengan pelbagai kesukaan peribadi. Terpinggirlah anak-anak kapal USNO yang dianggap tidak layak berada dalam kapal mewah UMNO Sabah, tiadalah mereka ini dianggap berjasa melainkan sekadar meramaikan jumlah anak kapal sahaja.
Khabarnya, anak-anak kapal dan waris juragan tua dari Kapal lama USNO kini sedang berusaha membina semula kapal baru dengan semangat kapal lama USNO. Semua bekas anak-anak kapal yang pernah berjuang dengan Kapal USNO akan dihimpunkan untuk membina semula kapal USNO sebagai menjaga amanat dan maruah juragan tua yang telah dikhianati. Malangnya lanun besar bernama UMNO tidak akan membiarkan perkara itu terjadi. Kini himpunan bekas anak kapal USNO dan waris juragan tua hanya dibenarkan membina kapal pesiaran yang tidak mempunyai senjata untuk bertempur dan terpaksa mengakui ketuanan UMNO di samudera Borneo Utara. Berterusanlah penguasaan Armada BN seluruhnya.
Namun, semilir indah yang membuai rasa tiba-tiba bertukar menjadi badai menghempas jiwa. Itulah lah yang berlaku pada 8 Mac 2008. Kemunculan sebuah armada kapal perang yang lebih hebat, lebih besar, gagah merentas segara Malaysia dengan gelar Pakatan Rakyat yang menjanjikan keamanan dan keadilan untuk semua telah mencabar dan menggegar tampuk kekuasaan armada Barisan nasional selama 50 tahun. Muncul bersama kehadiran Armada Pakatan Rakyat ini ialah bencana tsunami yang menenggelamkan beberapa orang juragan dan kapal dari armada Barisan Nasional. Apakah Kapal Pesiaran USNO itu akan cuba mencari suaka dari Armada Pakatan Rakyat demi kelangsungan perjuangan, hanya masa yang menentukan dan persoalannya adakah Pakatan Rakyat memerlukan kapal tempatan untuk menawan kubu kuat yang dikuasai kapal-kapal lanun Barisan Nasional. Kekalahan kapal lain dalam armada Barisan Nasional ini juga mengakibatkan kapal besar bernama UMNO, dilanda wabak kekalutan, kecelaruan dan kekusutan yang menghantui pemikiran dari juragan hinggalah kepada anak kapal yang hina kedudukannya. Sungguhpun mereka tidak kalah, tetapi melihat kapal lain yang tenggelam mereka menjadi tidak menentu, saling menyalahkan antara satu sama lain.
Mujurlah saya sempat meninggalkan Kapal UMNO selepas juragan tua UMNO menyerahkan kuasa pemerintahan kepada juragan baru yang suka tidur dan membiarkan anak menantunya mengawal kekuasaan armadanya memerintah segara luas malaysia. Sebagai seorang bekas anak kapal UMNO yang masih hidup dan kini bebas sebagai nelayan tetapi dianggap lanun kecil di lautan siber merasakan sudah sampai masanya kapal UMNO di hantar ke Muzium Negara untuk bergandingan di ruang pameran dengan replika rakan-rakan lamanya iaitu Kapal UMNO yang dibina pada tahun 1946, Kapal Melayu Semangat 46, dan Kapal USNO yang telah lama tenggelam. Muzium negara sepatutnya menyediakan satu ruang khas untuk mempamerkan kapal-kapal lama yang telah dan akan tenggelam itu.
Nantikan nukilan saya yang akan datang mengenai pengkisahan bagaimana munculnya armada Pakatan Rakyat dan kaitannya dengan kekalahan Armada Barisan Nasional yang gagah berkuasa selama 50 tahun.

“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia