Akibat 'kemajuan pembangunan dan kepesatan ekonomi Sabah' (kononnya) di bawah pemerintahan BN, hampir separuh (atau lebih) anak muda Sabah sebaik sahaja selesai persekolahan akan berhijrah ke semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan serta melanjutkan pelajaran. Dengan berlakunya perkara tersebut berapa ramai agaknya jumlah yang layak mengundi tetapi tidak dapat menunaikan hak mereka.

Assalamualaikum, Selamat Datang
Anak Sabah Anak Malaysia
25 April 2008
Fikir Sejenak
24 April 2008
Al Fatihah untuk Allahyarham Rustam

Royalti Minyak 20 Peratus: Hak Sabah yang telah lama dinafikan
Membaca kenyataan ini bagi anak-anak Sabah, Sarawak, dan Terengganu yang telah lama memperjuangkan tuntutan menaikkan royalti minyak, sudah pasti berasa sedikit gembira kalaupun tidak sangat gembira.
Berita yang sudah lama dinanti-nantikan ini pastinya suatu perkhabaran yang indah untuk menjadi halwa telinga mereka yang telah lama merasa tertindas di tanahair sendiri.
Kami tidak mengharap untuk jadi negeri terkaya tetapi memadailah sekiranya rakyat Sabah mendapat peluang pekerjaan dengan gaji yang mampu untuk menyara diri dan keluarga. Tidak perlulah anak-anak Sabah berhijrah beramai-ramai ke Semenanjung seperti yang berlaku pada hari ini demi untuk mencari peluang rezeki yang lebih terjamin. Kehidupan anak-anak Sabah sekadar untuk hidup sahaja kerana walaupun pendapatan lebih lumayan sekiranya bekerja di semenanjung, wang yang dikumpul bertahun apabila dibawa balik ke Sabah paling lama pun akan bertahan hanya sebulan sahaja. Dengan kos tambang pergi balik sahaja menyamai gaji 2,3 bulan yang diperolehi di semenanjung bagi yang telah berkeluarga. Bukankah perkara ini boleh menjejaskan hubungan dalam institusi kekeluargaan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Memadaikah bagi orang tua di kampung berhubung dengan anak-anak yang jauh di mata dengan hanya menggunakan telefon? Itu pun sekiranya di kampung tersebut ada talian telefon.
Bagi mereka yang pernah ke Sabah pastinya tahu bagaimanakah keadaannya di sana, betapa jauhnya Sabah tertinggal dari arus pembangunan yang deras memacu ekonomi di semenanjung.
Saya tidak tahu, siapa yang lebih malang antara Sabah dan Terengganu, tetapi yang pastinya kedua-dua negeri ini memang malang kerana mempunyai hasil bumi yang kurang dinikmati oleh anak-anak negerinya. Perkara ini boleh diumpamakan seperti 'itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan'.
Dahulu kita dikejutkan dengan berita penahanan Datuk Dr Jeffrey Kitingan di bawah ISA atas tuduhan hendak membawa Sabah keluar dari Malaysia. Kenapa timbul soal begitu sekiranya Sabah hidup aman makmur di dalam Malaysia.
Kemanakah perginya hasil bumi Sabah yang kaya itu? Saya tidak sanggup pula andainya wujud Gerakan Sabah Merdeka seperti Gerakan Acheh Merdeka kerana tindakan sebegitu bukanlah jalan penyelesaian yang baik untuk rakyat. Tetapi siapakah dapat menghalang andainya kesedaran membela tanahair semakin membara di jiwa kami anak-anak Sabah andainya jalan diplomatik tertutup rapat pintunya.
Kerana bagi saya Anak Sabah Anak Malaysia, maju mundur biarlah bersama. Tiadalah namanya Malaysia andai tiada penyertaan Sabah dan Sarawak.
Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan Persekutuan menjelang 16 September?
21 April 2008
Anda komen, Saya respon..
20 April 2008
Komen dari TKO
“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.
Hakikat Satu Malaysia
