Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

23 April 2009

DILEMA SIJIL ANAK NEGERI SABAH

Pengeluaran Sijil Anak Negeri Sabah atau kini dinamakan 'Surah Syaitan' (Satanic Verses) di Mahkamah Anak Negeri Sabah adalah jalan penyelesaian untuk membantu mereka yang berkahwin campur dengan Anak Negeri Sabah namun ianya disalahgunakan dan diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu 'membayar' kepada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan menggunakan Mahkamah Anak Negeri dengan cara tipuan, salah dan bersubahat melakukan jenayah.

Mengikut Undang-Undang, pengeluaran Sijil Anak Negeri Sabah adalah bertentangan dengan Akta Keterangan dan Perlembagaan Persekutuan menyebabkan Kerajaan Berjaya menghentikan Pengeluaran Sijil Anak Negeri pada 1981, namun sikap tidak amanah parti pemerintah dan Ketua Kerajaan bersekongkol Mahkamah Anak Negeri terus mengeluarkan Sijil Anak Negeri yang tarikhnya dikebelakangkan.

Bukan Anak Negeri memanipulasi undang-undang dengan mendakwa si polan bin si polan sebagai datuk atau neneknya dan daripada situlah mereka diluluskan Sijil Anak Negeri sama ada pada waktu berkenaan atau tarikhnya diundurkan semata-mata untuk membolehkan mereka menikmati hak Anak Negeri Sabah yang dijamin Perlembagaan. Fasal 161A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras Pemerintahan Negara, kedudukan istimewa Anak Negeri (bumiputera) Negeri-negeri Sabah dan Sarawak, Anak Negeri ditakrifkan sebagai;

Mengenai Sabah, seorang warganegara dan ianya adalah anak atau cucu kepada seseorang dari suatu kaum asli Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia (31 Ogos 1957) di Sabah atau bapanya, pada masa ia lahir itu, adalah berdomisil di Sabah.

Sehubungan itu, kelonggaran ini telah dipergunakan secara meluas oleh Mahkamah Anak Negeri dan sindiket Pemberian Sijil Anak Negeri untuk memberi dan mengiktiraf mereka yang lahir di China, Singapura, Hong Kong dan Negara asing yang lain sebagai Anak Negeri Sabah asalnya ada yang mahu 'bernenek atau berbapakan' mereka yang kemudiannya dijadikan instrument dan statut di dalam sistem pentadbiran kerajaan. Dari segi Undang-Undang, Mahkamah Anak Negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan Sijil Anak Negeri yang selama ini menjadi pertikaian berhubung tafsiran dan kelayakan pihak yang layak menerimanyan, namun tidak ada pihak yang berani menyuarakan isu ini disebabkan kepentingan politik dan dominasi sosial. Mengikut siasatan Sabahkini.net, pengeluaran Sijil Anak Negeri Sabah telah dimulakan pada 1960-an oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah bagi membolehkan keturunan Anak Negeri Sabah hasil perkahwinan campur memohon kepada Mahkamah Anak Negeri untuk mendapatkan status Anak Negeri kerana 'etnik Sino-Kadazan' dan sebagainya tidak tertakluk di bawah taraf kerakyatan secara automatik yang dinikmati oleh Anak Negeri Sabah disebabkan 'etnik' Anak Negeri Sabah tidak disebut secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun Kerajaan Parti Berjaya telah menghentikan pengeluaran Sijil Anak Negeri berkenaan pada 1982 bagi membendung kegiatan sindiket pengeluaran sijil berkenaan dan dasar berkenaan dikekalkan sehingga ke hari ini dan masih dalam peringkat kajian Peguam Negeri Sabah.

"Tidak terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung status Anak Negeri, sebaliknya bumiputera. Oleh itu sebarang usaha memberi pengesahan taraf Anak Negeri kepada mana-mana pihak atau melalui apa juga cara adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan terbatal secara automatik," ujar Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar M.P. Ebrahim yang menyatakan rasa kesal kerana hampir semua Ketua Daerah tidak mempunyai kelayakan akademik dan merupakan lantikan politik. Bagi Hassnar, pengeluaran dan penggunaan sijil anak negeri tidak lagi relevan dan meminta Peguam Negeri Sabah menasihati Majlis Hal Ehwal Anak Negeri dan Mahkamah Anak Negeri agar menerima pakai sijil lahir dan kad pengenalan sebagai dokumen yang menentusahkan taraf anak negeri mengikut Akta Keterangan 1960. "Kredibiliti Mahkamah Anak Negeri tercemar apabila mengesahkan Sijil Anak Negeri bernombor 43/80 (Beluran) yang dikeluarkan dan dikongsi oleh lapan orang adalah amat memalukan. Mereka ini tidak layak diberi taraf Anak Negeri Sabah dan melakukan jenayah kerana membuat akuan palsu mengikut Seksyen 199 dan 200 Kanun Acara Jenayah," tegas Hassnar yang kesal kerana polis tidak mengambil tindakan mengikut undang-undang jenayah walaupun berkoyan laporan polis telah dibuat.

Merujuk kepada satu kes penting, Hassnar hairan bagaimana Mahkamah Rayuan Mahkamah Anak Negeri Beluran boleh mengesahkan Sijil Anak Negeri palsu bernombor 43/80 sebagai sah dan diterima pakai sedangkan ianya dikongsi bersama penama berikut; 1)Pan Yong Sean

2)Pan Yong Chuang

3)Pan Yon Hui

4)Pan Yung Kee

5)Pan Yang Kong

6)Fong Sin Khui

7)Pua Soon Siang

8)Pua Soo Hiang.

Hassnar kesal kerana Mahkamah Rayuan Anak Negeri Beluran tetap dengan pendirian mereka mengatakan sijil Anak Negeri 43/80 adalah sah dan dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Beluran sekalipun dua penandatangan Sijil Anak Negeri berkenaan, KK Mohd Nasroh dan KK Bationg Dait menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka menandatangani sijil anak negeri berkenaan.

"Ini membuktikan bahawa Sijil Anak Negeri dan mereka yang terlibat meluluskan Sijil Anak Negeri boleh dibeli dengan wang kerana membuat perakuan atau keputusan yang memihak kepada penjenayah sehingga seolah-olah tidak ada lagi undang-undang di Malaysia apabila mereka yang menggunakan dokumen palsu dilindungi dan mereka yang berhak dinafikan hak mereka," kata Hassnar sehingga memaksa rakyat mengambil keputusan sendiri kerana gagal mendapat keadilan di mahkamah.

Sabahkini.net menjalankan siasatan di Jabatan Pendaftaran Negara Sabah dan mereka mengesahkan salah seorang pemegang yang berkongsi nombor siri Sijil Anak Negeri 43/80 berkenaan, Pua Soon Siong adalah berbangsa Cina dan bukannya Sino-Kadazan sebagaimana di dalam Sijil Anak Negeri berkenaan.

Mahkamah Rayuan Anak Negeri Beluran telah bermesyuarat dua kali masing-masing pada 15 April 2002 dan 23 Mei 2003 yang dihadiri oleh Pegawai daerah Beluran, Rajibi Haji Aman, Ketua Daerah Beluran, OKK Abdul Rashid Dondolang dan Ketua Anak Negeri Beluran, Tasman Taha bahawa 'tiada terdapat keraguan serta berpuas hati dalam proses pengeluaran Sijil Anak Negeri iaitu Borang 11 melalui kes 43/80 adalah teratur mengikut prosiding Undang-Undang Penegarangan (pengertian) Anak Negeri, Cap 64 (Interpretation Defination of Native Ordinance Cap 64).

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan keterangan Ketua Kampung Kolapis Beluran, KK Haji Tajudin Bin Osman bertarikh 16 April 2003 yang mengesahkan latar belakang lapan penama yang berkongsi nombor Sijil Anak Negeri 43/80 adalah bumiputera Sabah berketurunan Sino-Kadazan.

Kes ini kelihatan lebih menarik apabila seorang pengadu, Ooman Chung @ Voo Man Chung telah membuat laporan polis pada 13 Mei 2004 melalui Report/336/2004 mengakui beliau tertipu kerana Pua Soo Siang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu, namun laporannya tidak disiasat sehingga kini.

Manakala salah seorang penandatangan Sijil Anak Negeri yang dikenalpasti sebagai Sijil Palsu iaitu KK Bationg Bin Dait turut membuat laporan polis pada 24 Mei 2004 melalui Report 361/2004, namun tidak disiasat polis sehingga kini.

Sabahkini.net mengenalpasti kesemua lapan orang yang berkongsi Sijil Anak Negeri Palsu ini menggunakan sijil tersebut untuk membeli dan mendaftar tanah yang diperuntukkan untuk Anak Negeri namun Jabatan Tanah dan Ukur tidak mengambil sebarang tindakan untuk melupuskan hak mereka di dalam pegangan tanah 'native' sekalipun laporan polis dibuat dan bukti sahih dikemukakan.

Sehubungan itu, Hassnar menggesa agar Polis Diraja Malaysia menubuhkan unit khas menyiasat sindiket pengeluaran Sijil Anak Negeri berikut yang dikenalpasti sebagai tidak layak dan bercanggah dengan undang-undang.

"Semua sijil ini dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sandakan dan sehingga kini Majlis Hal Ehwal Anak Negeri telah mengesahkan banyak sijil Anak Negeri berikut sebagai sah dan boleh digunakan pakai untuk proses penukaran hak milik tanah NT," ujar Hassnar yang menyarankan MHEANS disekat daripada memberikan pengesahan disebabkan ianya dilakukan oleh seorang pegawai sahaja dan tidak mempunyai senarai atau menyimpan doket yang sah.

Berikut adalah beberapa data Sijil Anak Negeri Palsu yang dijadikan asas untuk pemberian sijil kepada anak cucu dan cicit generasi pertama yang mendapat Sijil Anak Negeri ini dan menggunakannya sebagai pasport untuk merampas hak Anak Negeri Sabah. MAHKAMAH ANAK NEGERI SANDAKAN

No Fail Kes 70/78 Tarikh Lulus 5 Mac 1979

Nama Pemohon ISKANDAR ABDUL RAHIM LEE

Nama Lain LEE KON WAH

No Kad Pengenalan WARAN 42472 (330385)

Bangsa Pemohon BRUNEI-KADAZAN

Tempat Lahir SANDAKAN Tarikh Lahir 4 NOV 1942

Nama Ibu NYACHI TAN Bangsa SINO-KADAZAN

Nama Bapa BABA CHUAN LEE Bangsa CINA (HOKKIEN)

Keputusan Hakim: Kelulusan diberi berdasarkan nenek kepada ayahnya, Fatimah Bte Kok yang berketurunan Kedayan dan nenek di sebelah ibunya, Nyonya Tua Yee yang berketurunan Dusun.

No Fail Kes 73/79 Tarikh Lulus 29 MEI 1979

Nama Pemohon SUZETTE A CASTILLOTE

Nama Lain SUZETTE AZCONA

No Kad Pengenalan H 0040300

Bangsa Pemohon FILIPINO

Tempat Lahir NEGROS, FILIPINA Tarikh Lahir 21 SEPT 1944

Nama Bapa RICKY AZCONA Bangsa SULUK

Nama Ibu CONCHITA ARTACHO Bangsa SULUK

Keputusan Hakim Kelulusan diberi berdasarkan ibu dan ayahnya telah mempunyai Sijil Anak Negeri.

Untuk mendapatkan senarai penuh sila layari www.sabahkini.net

20 April 2009

Sedikit Perubahan

Syukur Alhamdulillah baru kali ini saya dapat meluangkan masa membuat sedikit perubahan penampilan pada blog ini. Banyak lagi perkara yang hendak dilakukan sebagai tanda saya telah kembali dan serius dalam dunia pnulisan blog.

Terima kasih pada mereka yang masih memberikan sokongan dan nampaknya saya perlu menarik perhatian rakan-rakan lama yang seperti telah berhenti menjenguk ke blog ini.

Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang menyanjung keadilan dan hak kesamarataan warganegara, tanpa mengira suku bangsa, agama, tidak kira anak Sabah atau mana-mana negeri dalam Malaysia, agar memberikan sokongan kepada perjuangan Anak Sabah ini yang juga adalah merupakan Anak Malaysia.

Terlalu banyak isu tertunggak mengenai hak Sabah yang dinafikan nampaknya akan hilang bagaikan angin lalu sekiranya tidak ada media alternatif seperti ini yang menyuarakan suara anak watan Sabah. Isu-isu seperti pemalsuan dokumen pengenalan diri, kebanjiran imigran (Pendatang Tanpa Izin dan Pendatang Dengan Izin?) yang didakwa lebih ramai dari penduduk asal Sabah, isu penyaluran hasil bumi Sabah ke negeri jiran, layanan kelas kedua terhadap Sabah dan rakyatnya, dan pelbagai isu lagi pernah saya catatkan di blog ini sama ada hasil tulisan saya sendiri atau petikan daripada catatan rakan blogger lain yang saya fikirkan perlu dipaparkan di sini. InsyaAllah pada masa akan datang isu-isu tersebut akan saya tuliskan lagi dengan maklumat dan dalil yang lebih lengkap serta meyakinkan.

Semoga esok masih ada untuk saya terus membuat catatan dan menyelidik, membongkar, mendedahkan perkara-perkara yang cuba dielakkan dari diketahui oleh masyarakat umum. Komen dan maklum balas dari anda smua adalah dialu-alukan. Anda boleh menghubungi saya di emel lambunau78@yahoo.com.my

Wassalam.


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia