Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

19 April 2008

Pak Lah Tak Cukup Pencalonan??

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini menghadapi dilema besar dan besar kemungkinan beliau terpaksa meletakkan jawatan menjelang pemilihan Umno akan datang ini. "Pak Lah kini hadapi dilema apabila beliau sendiri dikatakan bakal tidak akan cukup 30 peratus pencalonan untuk bertanding jawatan presiden," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berdasarkan cakap-cakap yang beliau dengar dari para pemimpin Umno. Oleh itu, katanya, cakap-cakap soal kouta pencalonan tidak relevan lagi dalam Umno sekarang. Hari ini, 16 April, di perkarangan hotel Sheraton Subang, kain-kain rentang dinaikkan meminta Abdullah mengundurkan diri secara terhormat melalui peralihan kuasa dan tuntutan dibuat agar proses itu dipercepatkan. Mereka menamakan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin Yasin sebagai pengganti Abdullah. "Jika situasi ini berterusan, besar kemungkinan Pak Lah tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan Presiden dan terpaksa berundur lebih awal," kata seorang wartawan yang membuat liputan pertemuan jawatankuasa Pengurusan Umno dengan pemimpin Umno Selangor itu. Bagi Kamarudin, kesilapan besar Abdullah adalah apabila beliau meletakkan tarikh 2010 sebagai tarikh peralihan kuasa. "Ini satu kesilapan besar dalam politik Umno. Ini satu signal yang sangat tidak baik dalam kepimpinan," kata beliau yang pernah menyertai parti itu sebelum ini. Satu lagi kesilapan Abdullah adalah tidak memimpin sendiri misi bertemu dengan pemimpin Umno bawahan dan menyerahkannya kepada Najib. Padahal Najib pula adalah calon yang dikehendaki untuk melawan Abdullah sendiri, kata Kamarudin yang merupakan bekas pensyarah sains politik itu. Nasib Abdullah dipercayai akan sama dengan Tun Ghafar Baba apabila penyandang jawatan Timbalan Presiden Umno itu terpaksa mengumumkan penarikan diri apabila pencalonan untuk Datuk Seri Anwar mendahului beliau dengan ketara hampir setiap berita mengenai pencalonan diumumkan oleh Berita Terkini TV3 pada waktu itu. "Mungkin nasib Pak Lah akan sama dengan Ghafar, terpaksa menarik diri sebelum bertanding kerana kurang pencalonan," kata wartawan yang membuat liputan di hotel Sheraton Subang itu. -http://siasahdaily.blogspot.com/

Karier Politik Lajim Terselamat?

Perlantikan Janang Gayuh (pemimpin agung) masyarakat Bisaya Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin (gambar) yang juga ahli parlimen Beaufort sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia bagi menggantikan Datuk Ghapur Salleh umpama mati hidup semula dalam karier politik beliau.
Siapa yang tidak mengenali ahli politik bernama Lajim Hj Ukin ini. Beliaulah orang yang bertanggungjawab membawa kejatuhan kepada kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah pada tahun 1994. Tindakannya keluar dari PBS bersama beberapa orang ADUN lalu menyertai UMNO telah menyebabkan kerajaan Sabah bertukar menjadi milik BN/UMNO.
Umum di Sabah mengetahui tindakan lompat parti itu adalah berpunca akibat rasa tidak puas hati beliau kerana tidak dilantik sebagai menteri penuh dalam kabinet negeri Sabah. UMNO/BN yang pada masa itu cuma memerlukan beberapa kerusi untuk menjadi kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan (membeli?) persetujuan Datuk Seri Panglima Lajim ini dan beberapa orang rakannya untuk melakukan lompatan yang amat menggembirakan BN Sabah. Pada masa itu tindakan melompat parti tidak pula dipandang hina oleh UMNO/BN kerana ianya berkaitan dengan kepentingan mereka.
Situasi yang menguntungkan BN itu tidak sama dengan situasi sekarang yang mana sekiranya ada anggota Parlimen BN yang melompat parti pastinya akan membuat BN tersungkur. Tidak pula diketahui apakah perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet Pak Lah kerana ada ura-ura beliau akan mengulangi perbuatan sama seperti pada tahun 1994 itu. Siapa tahu beliau teringin menjadi pencipta sejarah sebagai ahli politik yang berjaya menukar kerajaan negeri (telah dilakukan) dan kerajaan persekutuan?
Bagi saya yang mengikuti perjalanan karier politik beliau (dahulu kampung saya terletak dalam kawasan DUN yang beliau wakili sebelum persempadanan semula pada tahun 2004) sejak saya mula mengenali beliau yang merupakan kenalan kepada ayah saya, karier politik Lajim ini sebenarnya hampir ke penghujung. Daripada seorang Timbalan Ketua Menteri dalam kabinet Musa Aman pada tahun 1999-2004, kepada hanya seorang Merinyu (Pemeriksa) Projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri (saya tidak tahu apakah jawatan itu memang wujud sebelumnya atau sekadar diberikan jawatan), bukankah ia kelihatan seperti mematikan pengaruh beliau.
Tindakan beliau melobi sebagai calon ahli parlimen Beaufort melalui proksi-proksi beliau yang membuat kenyataan akhbar mencadangkan beliau sebagai ahli parlimen beberapa bulan sebelum PRU12 nampaknya telah berjaya menyelamatkan karier politik beliau. Khabarnya, jika beliau tidak berbuat demikian, jawatan sebagai ADUN Klias akan menjadi jawatan politik terakhir selain sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort. Ketua Pemuda UMNO Beaufort, Isnin Aliasnih (bekas cikgu sekolah saya) adalah calon yang dikatakan akan menggantikan tempat Lajim di Klias. Hakikatnya kini Isninlah yang menggigit jari kerana tidak berjaya menggantikan tempat mentornya itu. Mungkin selepas ini bolehlah Lajim melantik Isnin sebagai setiausaha sulitnya pula.

Lajim ikrar beri khidmat terbaik

KOTA KINABALU 18 April - Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan akan menggunakan pengalamannya di peringkat negeri selama ini bagi melaksanakan tugas baru itu dengan baik. Menurutnya, meskipun belum pernah berkhidmat di peringkat Persekutuan tetapi pengalamannya dalam kerajaan termasuk sebagai Timbalan Ketua Menteri dan beberapa portfolio menteri Kabinet Sabah akan dimanfaatkan bagi menggalas tanggungjawab tersebut. ''Saya bersyukur di atas pelantikan ini dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di atas kepercayaan yang diberikan ini. ''Cabaran baru di dalam Kerajaan Persekutuan ini akan dilaksanakan sebaik mungkin bagi meningkatkan lagi pencapaian dan kemajuan yang dicapai sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Lajim yang juga Ketua UMNO Bahagian Beaufort adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Klias dan buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-12 bertukar bertanding ke kawasan Parlimen.
-Utusan Malaysia Online

18 April 2008

Sabah: Dulu dan Sekarang29

Dulu kala kita berpergian ke Kuala Lumpur, maka orang di sana akan bertanya “datang dari mana?”, Maka kitapun dengan bangga menjawab “dari Sabah”. Bila disebut Sabah maka orang Semananjung Malaysia pasti mengatakan orang Sabah kaya kerana ada balak. Itu di zaman dulu dan memang ketika itu Sabah merupakan negeri yang kaya, tetapi sekarang kalau ditanya dan jawaban kita sama “dari Sabah”, maka mereka segera bertanya “Kerja kilang mana?” Begitulah keadaan Sabah.
Sabah ada kayu balak, ada tembaga, ada kelapa sawit, ada hutan tebal dan sekarang merupakan negeri yang terbesar memiliki telaga minyak terbesar di tenggara asia dan sabah bolehlah dikatakan terkaya, terbilang, terkenal kerana gunungnya tertinggi dan macam-macam, tetapi yang aneh dan ajaibnya Sabah merupakan negeri termiskin sekali (23%) dan sama dengan kemiskinan di Afrika Selatan.
ISMAILY BUNGSU
Dipetik daripada Watan Sabah http://ismailybungsu.wordpress.com/

BERJUANG TETAP BERJUANG!

Pembetulan kepada artikel sebelum ini: Motto USNO ialah Berjuang Tetap Berjuang dan bukannya Berjuang Terus Berjuang! Itulah Motto USNO dari sejak mula penubuhannya.

USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah (Bah.2)

Gempar
Apakah yang lebih menggemparkan buat anak Sabah apabila melihat Warkah Berdarah ini? Perkara-perkara sebegini lah yang mencetuskan idea saya menulis artikel dengan tajuk USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah.
Dalam penghujung tulisan saya dengan tajuk yang sama (bahagian 1) saya menyatakan mengenai hilangnya kebebasan anak Sabah dalam mentadbir negeri sendiri.
Kisah Rumah Kami
Bagaimanakah agaknya perasaan anda sekiranya ada orang yang mengaku sahabat datang ke rumah anda kemudian mengatakan anda tidak tahu cara menjaga dan menguruskan rumah anda? Lalu orang yang mengaku sebagai sahabat itu tadi meminta kita menyerahkan kuasa sebagai ketua rumah supaya mudah pula dia mengemas dan mengurus rumah itu. Apabila kita masuk kembali, dengan rumah yang sudah dikatakan dikemas, kita tidak lagi dibenarkan melakukan apa sahaja sesuka hati seperti sebelum rumah kita dikemaskan. Mungkin ianya positif bagi tabiat atau kelakuan kita yang tidak baik yang mencemarkan keadan dalam rumah. Apakah waras kita dengan penghuni seramai lima orang contohnya, tetapi hanya dibenarkan memasak makanan hanya untuk kurang dari dua orang, walaupun bekalan makanan sebenarnya cukup untuk sepuluh orang lagi. Tetapi kerana kita hanya mengikut nasihat sahabat yang datang 'membantu' menguruskan rumah, cukup atau tidak kita tidak boleh lagi membantah. Tetapi sekiranya segala urusan dalam rumah kita sendiri tidak boleh kita lakukan tanpa persetujuan 'sahabat' itu, apakah ertinya rumah itu dikatakan rumah kita? Takkan hendak masak pun kena dapat persetujuan si sahabat? Cukuplah nasihat 'sahabat' mengenai bagaimana nak menghias rumah agar cantik, penghuni dapat duduk dengan 'sejahtera, aman, dan makmur'..
Secara peribadi, keadaan rumah kita adalah terpulang kepada kita untuk menguruskannya selagi keadaan rumah tersebut tidak mengganggu jiran dan sahabat. Tidak ada pergaduhan yang merunsingkan, tiada penghuni yang kebuluran. Sesekali memang kita perlu nasihat orang lain dari luar rumah. Sesekali apabila perlukan nasihat untuk sesuatu permasalahan kita undang sahabat untuk bertandang, mungkin masa itu lebih sesuai kita berbicara dengan sopan meminta pandangan. Tetapi menjemput sahabat itu untuk berkuasa dan menentukan siapakah ketua rumah, apakah yang boleh dan tidak boleh, memang satu tindakan kurang waras. Itulah kisah rumah kami yang bernama Sabah.
Semua itu sekadar kiasan kepada apa yang berlaku kepada negeri Sabah dengan kehadiran UMNO yang menguasai Kerajaan BN di Sabah. Saya tahu pembaca sekalian mempunyai minda yang mampu memahami kiasan tersebut dengan jelas.
Kerajaan BN-UMNO di Sabah, lebih-lebih lagi setelah ditiadakan penggiliran jawatan Ketua Menteri, dikuasai oleh orang Sabah yang tidak lagi berjiwa Sabah. Jika mereka berjiwa Sabah, mereka seharusnya faham dan jelas apakah yang benar-benar diperlukan oleh Sabah dan rakyatnya. Setiap tahun ke perhimpunan Agung UMNO di PWTC, apakah mereka tidak sedar akan jurang perbezaan pembangunan fizikal antara semenanjung Malaysia dengan Sabah? Tidakkah mereka merasa sedikit pun keinginan untuk melakukan sesuatu yang mampu menjana pembangunan sebegitu. Sekiranya ada kalangan mereka yang terbaca tulisan ini pastinya mereka mengatakan yang sebaliknya, maka keluarlah Koridor Pembangunan Sabah kononnya untuk menjana pembangunan, Sabah lebih membangun berbanding sebelum BN mengambilalih kuasa pemerintahan negeri.
Kenapa USNO perlu bangkit?
Pada dasarnya kebanyakan pemimpin UMNO di Sabah adalah bekas pemimpin USNO. Tetapi ramai yang telah alpa dan leka, terlupa dengan perjuangan asal semasa meninggalkan perahu kecil USNO untuk menyertai kapal besar dan mewah UMNO. Di awal pentadbiran UMNO BN di Sabah, taring UMNO belum berapa kelihatan kerana masih ada PBS. Tetapi apabila PBS kembali ke pangkuan BN, SABAH ADALAH UMNO, UMNO ADALAH SABAH. Manakala seorang demi seorang pejuang asal USNO tersingkir dan terpinggir. Mungkin ada yang terlupa atau langsung tidak mengetahui bahawa pengasas dan pemimpin agung USNO yang juga merupakan Bapa Kemerdekaan Sabah telah meninggal dunia bukan dalam Parti Barisan Nasional, tetapi meninggal dunia dalam barisan pembangkang pada masa itu yang dikenali sebagai PBS+(plus). Kenapakah beliau meninggalkan UMNO yang beliau sendiri membawanya ke Sabah? Pastinya ada 'sesuatu' yang daya sendiri tidak dapat huraikan disini.
Seperti yang dikatakan oleh dikyang dalam komennya terhadap artikel saya terdahulu menyatakan bahawa "minda politik orang-orang di sabah berbeza dgn mereka di semenanjung. Mereka hanya akan 'berubah' parti sekiranya ada parti 'sabah' yg khusus utk memperjuangkan nasib atau hak orang2 di sabah. walaupun PKR da cukup baik di sabah tapi bagi orang2 sabah, mereka lebih suka sekiranya ada parti seperti USNO / BERJAYA yg boleh mereka percayai utk berjuang demi hak mereka sebagai peribumi sabah. sebab itu kalau kita lihat ramai calon2 bebas tdk menang di sabah kerana bagi mereka calon2 bebas tdk mempunyai pendirian / haluan yg tepat... seperti apa yg berlaku kepada calon bebas di Kuala Penyu, Sabah, pada saat2 akhir pilihanraya ke-12 menyerahkan ADUN Kuala Penyu kpd parti BN.Orang2 Sabah kecewa dgn keadaan seperti ini... mereka amat berharap ada parti 'Sabah' yg benar-benar memperjuangkan hak mereka...
USNO diperlukan bagi menyatupadukan seluruh rakyat Sabah agar bergabung dalam satu kesatuan yang kuat agar suara rakyat Sabah didengar oleh pemimpin persekutuan.. Bukan tidak mahukan kehadiran Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan tidak percayakan mereka. USNO adalah satu legenda kepada rakyat Sabah yang mempunyai kesedaran siasah.
Dari segi rasionalnya, menyertai PKR ada sedikit persamaan dengan menyertai UMNO seperti pada masa sekarang. Apabila tiba saat perhimpunan atau mesyuarat agung, maka berbondong-bondonglah rakyat Sabah menaiki kapal terbang untuk ke semenanjung tentunya. Secara tidak langsung inilah antara punca berlakunya rasuah politik yang istilahnya dalam UMNO 'Politik Wang'.
Pada masa ini pemimpin-pemimpin bekas USNO telah menubuhkan sebuah kelab yang di kenali sebagai Ex-USNO. Mereka telah berjaya mengumpulkan ramai bekas ahli USNO dan mendapat sambutan yang positif daripada mereka. Dengan diketuai oleh Datu Badaruddin Bin Tun Datu Mustapha, saya secara peribadi berharap beliau akan mendaftarkan semula USNO sebagai sebuah pertubuhan politik (parti) yang boleh bertanding dalam pilihanraya. Sungguhpun mungkin tidak mampu membentuk kerajaan, namun pasti ada kerusi yang mampu dimiliki USNO yang akan pastinya menjadi suara sebenar rakyat Sabah. USNO telah 'mati dari segi pendaftaran pertubuhan tetapi TIDAK PERNAH MATI DALAM HATI PEJUANG-PEJUANG DAN PENYOKONGNYA. Ingatlah akan slogan USNO ini, BERJUANG TERUS BERJUANG!

Spirit Of Borneo

Apabila orang Sabah (terutama yang beragama pagan) telah menggunakan darah sebagai tanda protes maknanya nyawa merekalah yang menjadi taruhannya. Maka jangan sampai Spirit of Borneo menjadi tragedi. Jangan sampai ‘Head Hunter’s spirit’ menghantui Pak Lah kerana tindakan tidak endahnya selama ini. Daerah Kunak panas berkenaan tanah mereka dirampas!
DARAH….Alex mengorbankan darahnya untuk menulis warkah berkenaan dengan menorah dadanya dengan pisau cukur yang seolah-olah enggan menembusi dagingnya dan hanya sekadar melukakan kulit dadanya.
SUMPAH…. Wakil pekebun melafazkan sumpah berdarah bersama Alex sebelum menulis warkah buah Pak Lah dengan darah Alex.

Warkah Berdarah Buat Pak Lah!

Posted by Raja Petra Tuesday, 15 April 2008 Oleh 'Deep Throat Sabah' Para Pekebun Kecil di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak telah sebulat suara untuk menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah bosan dengan karenah birokrasi Kerajaan Barisan Nasional yang gagal berfungsi untuk menjaga hak asasi mereka terhadap tanah yang mereka usahakan. Walau berkajang surat dihantar, lebih 40 laporan polis dibuat dan beratus aduan rasmi difailkan, namun Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menafikan hak mereka sebagai warganegara. Menurut Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan, tidak ada pihak yang boleh merampas harta melainkan melalui undang-undang dan tidak ada undang-undang yang boleh merampas hak melainkan melalui pampasan. Namun, Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) telah bertindak merampas tanah yang mereka usahakan di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak dengan bantuan Kerajaan Barisan Nasional yang telah meluluskan geran kepada SKPTTB berdasarkan permohonan tanah yang telah dibatalkan Setiausaha Hasil Bumi. Wakil Pekebun Kecil telah melafazkan Sumpah Di Bumi Sabah dengan melaungkan dengan penuh semangat sumpah keramat mereka yang berbunyi, "Kami bersumpah dengan darah, demi tanah, pantang menyerah." "Kami terpaksa menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah semua cara menemui jalan buntu. Kami harap Pak Lah faham dan menyelesaikan masalah kami dengan apa juga cara," ujar Yabi Mositoh @ Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah. Bagaimanapun warkah berkenaan tidak akan dikirimkan kepada Pak Lah sebaliknya diberikan hak penyiaran eksklusif kepada Malaysia Today dan akan dikirimkan kepada Youtube untuk tontonan manusia sejagat bahawa rakyat tempatan di Sabah ditindas kerana tanah mereka dirampas disebabkan rasuah telah menjadi raja yang memerintah. Dipetik dari Malaysia Today

17 April 2008

Sambutan hangat terhadap Cerita USNO hidup kembali

Semalam saya telah menghantar satu pendapat berbentuk artikel ke TKO (http://www.tranungkite.net/v7) dengan tajuk USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah (Bahagian Pertama). Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan dengan hit sebanyak 1278 setakat ini. Berikut saya siarkan komen-komen yang dihantar pembaca di TKO berkenaan tulisan saya itu. by ikang on Thursday, April 17 @ 00:09:32 MYT untuk rakyat SABAH hidupkan semula USNO..MASUK PAKATAN RAKYAT.TAKBIRRR by jayabdih on Thursday, April 17 @ 01:12:01 MYT I LOVE USNO BARU!!. Yaaaa...hidupkan... PR=UMNO kedua-duanya dari semananjung...he..he... by wan2361 on Thursday, April 17 @ 02:56:26 MYT Sia rasa indak perlu ada usno baru.Susah kalu byk sangat parti dlm satu pakatan.Cukup dgn pkr,pas sama dap saja.Kalu byk parti nanti susah dan byk masalah akan timbul mcm bee end.Sia org papar.Tapi skrg sia d slangor.Masalah d sabah lebih kpd rasuah.Indak salah kalu sia ckp yg org sbh mudah d beli.Baru2 ni tpt sia d papar masa pru12 org kpg sia kena kasi satu lori batu untuk undi bee end.Time pru11 kena kasi tangki air.Ko tau kpg sia walaupun dkt pekan papar masih jln batu,teda lampu jln dan masih jauh ketinggalan.PATI ko inda payah cakaplah.Banyak lagilah crita pasal tpt sia yg kalu sia crita sampai besok pun inda abis.Anyway pendapat sia mentaliti org sabah ni perlu d ubah.Umno mesti d keluarkan dr sabah.Sebab umnolah org sabah rosak... by Suaratani on Thursday, April 17 @ 06:42:48 MYT Sedikit pembetulan, gambar yang tersiar tu bukan gambar Pengasas USNO Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun tetapi gambar Timbalan Presidennya ketika itu Allahyarham Tun Mohd Said Keruak. by Suaratani on Thursday, April 17 @ 07:16:09 MYT Kalau Upko di Sabah boleh dihidupkan kenapa tidak Usno. Memang ada suara-suara yang kita dengar, bahawa negeri Sabah seharusnya dikuasai oleh parti politik yang diasaskan di negeri ini sendiri tetapi harus bergabung dengan parti-parti di Semenanjung sebagai satu pakatan. Pakatan yang membawa pengharapan kepada rakyat dan kita nampak pakatan yang menyerlah sekarang ini tentulah Pakatan Rakyat tambahan pula nama Pimpinan tertinggi PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang popular di negeri ini. by dikyang on Thursday, April 17 @ 07:46:46 MYT Assalamualaikum, minda politik orang2 di sabah berbeza dgn orang2 di semenanjung. mereka hanya akan 'berubah' parti sekiranya ada parti 'sabah' yg khusus utk memperjuangkan nasib atau hak orang2 di sabah. walaupun PKR da cukup baik di sabah tapi bagi orang2 sabah, mereka lebih suka sekiranya ada parti seperti USNO / BERJAYA yg boleh mereka percayai utk berjuang demi hak mereka sebagai peribumi sabah. sebab itu kalau kita lihat ramai calon2 bebas tdk menang di sabah kerana bagi mereka calon2 bebas tdk mempunyai pendirian / haluan yg tepat... seperti apa yg berlaku kepada calon bebas di Kuala Penyu, Sabah, pada saat2 akhir pilihanraya ke-12 menyerahkan ADUN Kuala Penyu kpd parti BN. Orang2 Sabah kecewa dgn keadaan seperti ini... mereka amat berharap ada parti 'Sabah' yg benar-benar memperjuangkan hak mereka... sekadar pandangan biasa sebagai penduduk peribumi sabah negeri di bawah bayu. by al-ma on Thursday, April 17 @ 07:53:13 MYT harap2 perjuangan USNO tak sama macam perjuangan UMNO mahu download mp3 al-quran? ceramah? software islam? eboo? layari http://tarannum-download.blogspot.com/ [tarannum-download.blogspot.com] by Bukau08 on Thursday, April 17 @ 08:57:27 MYT Kalau UMNO dah seakan akan tak boleh pakai, apalagi USNO yang dah lama mati.. kita mau sesuatu yang baru, yang lebih segar mindanya untuk rakyat sabah. HIDUP PKR SABAH!!!!!!!!!! Perhatian untuk kami bukannya bermusim by Bantai on Thursday, April 17 @ 09:38:22 MYT Bagus dah sesuai sangat Kalau tidak tak pasal2 Ore sabah tercalar dek perangai UMNO semenanjung Lagi Cepat Keluar lagi BAGUS tubuh USNO baru by plastine on Thursday, April 17 @ 10:01:09 MYT Saya setuju dengan perkabaran saudara. Bila lagi mahu berkongsi cerita, tapi inilah masanya. Terlalu banyak yang perlu dicerita dan di kongsi bersama bermula terkuburnya USNO dan berkembangnya UMNO yang banyak membawa pembaruan dari segi pemikiran politik orang Sabah ke perkembangan ekonomi, pembangunan infrastrukur hinggalah ke perkembangan musuh negara iaitu kemisikinan. Siapa tidak tahu kemisikinan di Sabah semakin ketara, dan terkenal sebagai bilangan rakyat termiskin paling ramai di Malaysia. Dan siapa tidak tahu pengangguran paling tinggi di negeri Sabah. Ramai pemuda dan pemudi kampungnya yang berhijrah ke bandar-bandar besar di Semenanjung semata-mata mencari pekerjaan di kilang-kilang yang banyak memberi peluang pekerjaan. Tidak kurang yang sanggup bekerja di Singapura kerana inginkan perkerjaan yang di tawarkan dengan gaji yang lumayan. Tertanya juga kita kenapa mesti ke Semenanjung. Di Sabah tak ada Kilang-kilang ke. Kilang tempat lepak adalah seperti di kompleks membelah yang semakin berkembang pesat di Sabah. Datanglah ke Sabah kalau tak percaya. Orang Brunei dan Sarawak suka shopping di Sabah sebab di sana banyak kompleks pusat membeli belah dan pasar raya. Hebatnya Negeri Di Bawah Bayu. Kalau anda baca berita, menonton Tv mengenai kemalangan yang berlaku di Kota Merudu Sabah baru-baru ini, yang telah meragut dua pelajar sekolah tentu anda masih ingat dalam gambar tersebut ada sebuah pickup yang terbalik tepi jalan dan jalan raya tanah merah yang tidak rata dan berlubang-lubang yang masih daif. Itulah sebahagian gambaran yang tak sengaja dirakam, tapi tersiar juga untuk tontonan rakyat Malaysia. Mungkin ramai tak kisah pasal jalan tanah merah itu. Sebab ramai penonton lebih menumpukan kepada kemalangan tersebut sahaja dan mempersoal tentang kecuaian pemandu tersebut. Tapi fikirkanlah disebalik gambar tersebut yang mempunyai cerita tersirat. Saya rasa kalau ada pemberita yang prihatin, ada baiknya datang ke lokasi tersebut dan mungkin lebih banyak perkara di sekitarnya yang boleh kita dedahkan untuk tonton bersama. Aku berdoa semoga orang Sabah tidak akan papa kedana dan merana. Aku berdoa semoga Negeri Sabah akan kaya semula. Aku berdoa semoga orang Sabah akan terus terbela. Insyallah, Amiin, Allahhuakbar! "SABAH MAJU JAYA" by Ichigo86 on Thursday, April 17 @ 10:02:08 MYT Abah aku selalu cerita pasal perjuangan USNO sehinggalah kdatangan Umno. aku sbg anak Sabah mahukan yang terbaik buat negeri aku. aku tidak kisah PKR atau PAS tapi aku mau biarlah anak2 Sabah sendiri yg mentadbir Sabah tidak kira dari segi politik maupun ekonomi. ARAMAITI! Matai na kao UMNO!

16 April 2008

-------------- KELAB USNO SABAH --------------: PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN#links

-------------- KELAB USNO SABAH --------------: PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN#links

USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah (Bahagian Pertama)

Kenyataan saya ini hanyalah satu pandangan peribadi sebagai seorang anak Sabah yang prihatin dengan perkembangan semasa di negeri itu walaupun saya kini berada di semenanjung. Tindakan UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990 telah menguburkan USNO (UNITED SABAH NASIONAL ORGANIZATION)secara langsung dengan menyerap semua ahli dan pemimpin USNO menyertai UMNO . Dengan masuknya UMNO ke Sabah, tiada lagi cawangan-cawangan USNO yang wujud. Pada awalnya, kehadiran UMNO bagaikan membawa rahmat kepada Sabah. Pemimpin-pemimpin pusat bersilih ganti melahirkan kekaguman terhadap pemimpin dan ahli-ahli USNO serta rakyat Sabah atas kesanggupan membubarkan USNO dan menerima kehadiran UMNO untuk membela Sabah (kononnya). Pelbagai projek dilimpahkan kepada ketua-ketua cawangan, ajk bahagian dan tentunya ketua bahagian juga, semasa UMNO mula bertapak di Sabah. Semuanya mendapat layanan yang boleh dikatakan sangat istimewa. Ini adalah hakikat yang saya saksikan sendiri kerana ada ahli keluarga saya adalah pejuang-pejuang USNO yang kelihatan lebih selesa kehidupannya setelah menyertai UMNO dan memegang jawatan yang agak selesa dalam UMNO bahagian. Namun bak kata pepatah "kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari" Secara perlahan dan teratur, seorang demi seorang bekas pemimpin USNO yang di lihat tidak boleh dikudakan dan mampu pula merencatkan rencana UMNO 'menjajah' Sabah di pinggirkan ke tepi. Hanya mereka yang sanggup menjadi 'yes man' dan mengikut apa sahaja arahan yang datang dari pusat akan mendapat jawatan dan kedudukan. Kebebasan anak Sabah mentadbir negerinya telah dirampas oleh pentadbiran BN-UMNO di Sabah. Apakah hujah-hujah dan bukti bagi kenyataan saya ini? Nantikan tulisan saya USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah Bahagian kedua nanti..

15 April 2008

Kenapa namanya Asam-Lambunau

Assalamualaikum, Terima Kasih dan Selamat Datang kepada pengunjung blog yang baru lahir ni. Selama ni saya asyik membaca tulisan, komen, dan segala bentuk luahan fikiran orang lain sahaja. Senario politik semasa membuat saya terpanggil untuk menghasilkan blog ini. Saya bukanlah berbakat sangat dalam bidang penulisan tetapi dangan adanya blog ini dapatlah juga menjadi tempat untuk melahirkan pandangan mengenai apa-apa sahaja yang menarik perhatian saya. Kenapa namanya Asam Lambunau? ASAM- Anak Sabah Anak Malaysia, Ada Senang Ada Merempat (kekadang merempit).. Lambunau- tu nama kampung asal saya, terletak di daerah kecil Membakut, Sabah... Panjang lagi nak tulis ni tapi ada urusan lain perlu diselesaikan.. Jumpa lagi

“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia