
Assalamualaikum, Selamat Datang
Anak Sabah Anak Malaysia
13 May 2009
Mengapa Takut DUN Perak Dibubarkan?
Beri hak rakyat pilih kerajaan Perak - Suhakam
12 May 2009
Kemenangan Nizar Kemenangan Rakyat - Sabahkini.net
<> Antara lain yang menguatkan alasan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mendapati kerusi panas MB tidak kosong kerana Nizar tidak pernah pun meletakkan jawatan itu sebelum melantik Zambry dari Barisan Nasional (BN).
<> Penghakiman itu boleh disifatkan sebagai bersejarah kerana telah mengikut lunas undang-undang yang sebenarnya, namun keputusan itu sekadar sementara kerana yang pasti Pakatan Rakyat (PR) perlu bertindak realistik di mana segala-galanya harus diserahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang benar-benar mendapat sokongan padu daripada rakyat Perak menerusi pembubaran Dewan Negeri Kuasa harus dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan masa depan bumi Perak, kerana dengan berbuat sedemikian hanya rakyat sahaja yang mempunyai kuasa ataupun mandat untuk memilih kerajaan baru menerusi pilihanraya untuk menamatkan kemelut politik Perak yang kini sudah menjangkau hampir 100 hari bergolak.
<> Kerajaan Perak yang masih terumbang-ambing ketika ini, seluruh Negara tergamam seketika, malah telah menyifatkan bahawa Peraklah satu-satunya negeri yang paling unik dari sejarah politik di abad ke-21 kerana telah mempunyai sistem kerajaan seperti berikut:-
<> 1) Dua orang Menteri Besar 2) Dua orang Speaker Dewan Undangan Negeri 3) Dua barisan EXCO 4) Dua Setiausaha Dewan Negeri 5) Dua Dewan Negeri (Sub Dewan dalam Dewan Negeri) Dalam ertikata lain, Perak mempunyai dua kerajaan, satu kerajaan yang sah dari PR, manakala satu lagi kerajaan BN yang dilantik selepas 3 ADUN melompat menyokong kepada BN.<> Berikutan perkembangan terbaru itu, sudah tentu segala perancangan dan keputusan Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan MB adalah tidak sah, membazir wang rakyat dan membuang masa hanya kerana pergelutan politik yang tidak menghormati prinsip demokrasi dan membelakangi kedaulatan undang undang Negara.
TAHNIAH PAKATAN RAKYAT PERAK
“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.
Hakikat Satu Malaysia
