Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

26 October 2009

Akhirnya Harijadi TYT Sabah Sekali Sahaja

Bagi anda pembaca yang berada di luar negeri Sabah pasti merasa pelik dengan tajuk entri di atas.Tetapi bagi pembaca yang merupakan orang Sabah pasti memahaminya.

Selama 46 tahun kewujudan negara Malaysia, sesiapa sahaja yang menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertuan Negeri Sabah (TYT)akan menyambut harijadinya sebanyak dua kali. Sekali adalah pada hari/tarikh yang tercatat pada sijil kelahiran beliau, dan sekali lagi adalah pada tanggal keramat 16 September. Tanggal keramat 16 September inilah yang menjadi tanda tanya kepada saya sendiri sewaktu di alam persekolahan dahulu.

Jika belajar sejarah di sekolah itu adalah tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak serta pembentukan sebuah negara bernama Malaysia. Walau bagaimanapun, di Sabah pada tarikh tersebut telah ditetapkan sebagai cuti umum, ironinya cuti tersebut tidak dikatakan sebagai cuti Kemerdekaan Sabah atau cuti Hari Malaysia, tetapi selama 46 tahun minda rakyat Sabah ditanamkan bahawa itu adalah tarikh rasmi harijadi TYT Sabah (di Sarawak saya tidak tahu bagaimana ceritanya).

Pengumuman Perdana Menteri, DS Najib, bahawa 16 September adalah cuti Hari Malaysia telah menamatkan cerita pelik harijadi dua kali ini.

Agak-agaknya selama ini siapa yang tipu rakyat Sabah?

Kenapa pemimpin yang lepas-lepas susah hendak buat tindakan dan pengumuman seperti DS Najib?

Apa pula yang berlaku di Sarawak pada tarikh tersebut selama 46 tahun yang lepas?

*tulisan ini telah lama terperap, baru dapat dipostkan hari ini..


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia