Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Hajiji Noor berkata MyKad merupakan hak istimewa rakyat Malaysia dan tidak layak dimiliki pendatang tanpa izin.
"Kita tidak mahu pendatang tanpa izin memperoleh MyKad ini," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini semalam.
Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan timbalan ketua PKR Sabah Kong Hong Ming minggu lepas mengenai wujudnya usaha mendaftarkan pendatang tanpa izin di Kampung Kalabakan Tengah, Tawau bagi mendapatkan MyKad seperti yang disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini.
Nota: kes pendatang haram dapat mykad ini telah lama dijalankan. ini rancangan tersusun bertujuan untuk memastikan pendatang haram yang dapat mykad akan mengundi gerombolan. akhirnya warga sabah akan menjadi seperti warga palestin – minoriti di tanah ayer sendiri.
ini bukan kes kecil – ini projek besar gerombolan – nak jadikan kadazan warga minoriti keran kadazan tak nak tunduk dibawah telunjuk gerombolan. ini projek zionis tempatan.
Isu ini adalah isu besar yg dipandang remeh kerana kesannya tidak lagi seteruk seperti nukilan saudara..andai kata kegiatan ini terus membara dan menjadi barah kepada warga Sabah...baru lah pihak berkuasa hendak tergadah..
ReplyDeleteDulu PBS da lapor...bising skejap...diam(lagi2 da masuk kerajaan)
skrg PKR lapor...mula la bising...sekejap lg...diam la.
Apa kata 1 masa BN pula d pihak pelapor?
tentu pada masa itu akan jadi lagu bangau oh bangau..
sedang si bangau menyanyi...
si anak tempatan palsu ketawa riang..
Apa yang saudara Rajawali katakan memang benar dan susah untuk disangkal. Macamana pun akhirnya penduduk pribumi juga yang menerima natijahnya..
ReplyDeletePerkara ini sudah menjadi barah yang sukar untuk dirawati lagi.
Para blogger yang melaporkan perkara ini dikatakan menghasut, sedangkan kegiatan haram ini tetap terus berleluasa tanpa ada yang menghalang kerana kuasa bukan di tangan blogger, bukan di tangan rakyat sabah kerana rakyat telah menjual kuasa mereka kepada pemimpin rakus semasa pilihanraya.
Blogger pula boleh diumpamakan sebagai anjing menyalak bukit sahaja, jika berterusan membuat laporan sebegini silap-silap dapat tawaran melanjutkan pengajian di institut ISA yang dibanggakan kerajaan.
Agak-agak cukupkah sekadar berdoa?