Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

10 November 2009

T.J Akan Beri Impak Besar Kepada PKR Sabah?

Oleh: ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

BUKAN niat untuk mencampuri urusan dalaman PKR (Keadilan), sebagai rakyat biasa yang tidak berparti dan Mantan Ahli USNO Sabah, saya tertarik dengan perkembangan semasa PKR Sabah yang kehilangan identiti dan arah Perjuangan sejak akhir-akhir ini.

Sebelum saya pergi jauh untuk mengulas senario politik semasa PKR Sabah elok saya membawa perhatian rakan-rakan seperjuangan Sabah mengenai beberapa fakta yang mesti kita renung bersama.

Mengikut tulisan saudara Abbas Ahmad dalam Sabahkini.net, banyak ilmu yang kita perolehi bilamana beliau menulis secara detail dan panjang lebar mengenai Perjuangan USNO di Sabah yang membawa tajuk mencabar amat berani untuk membawa bangsanya “ JOM, TINGGALKAN UMNO “.

Enam (6) Gagasan dan Pertubuhan USNO yang didaftarkan antara 1994-2008 semuanya telah ditolak tanpa alasan, walaupun berkali-kali dijelaskan kepada Pemimpin UMNO tujuan penubuhannya adalah untuk membela nasib bekas Ahli USNO yang TERCICIR, TERPINGGIR dan TERKELUAR di kalangan rakyat Sabah dari Parti Melayu UMNO Sabah.

Ex-USNO telah isytiharkan keikhlasan dan sokongan kepada BN, namun bila BN berkuasa semula dan memerintah Sabah, Mantan USNO terus dipinggirkan, terus disingkirkan dan ditolak mentah-mentah oleh segelintir Pemimpin UMNO, Keikhlasan Ex-USNO dipandang secara sinis.

USNO yang ditunjangi oleh barisan kepimpinan Bumiputera Islam daripada kumpulan terutama Bajau dan Suluk bersama bumiputera Islam yang lain adalah amat dominan untuk menentukan kekuatan UMNO Di Sabah, tanpa sokongan dari ahli-ahli USNO mustahil UMNO dapat memerintah Negeri Sabah dan mendapat sokongan besar di negeri ini. Tanpa sokongan EX-USNO juga amat untuk Pembangkang Sabah menumbangkan BN Sabah.

PKR SABAH.

Siapa sebenarnya sasaran Parti Keadilan Rakyat (PKR Sabah) untuk menumbangkan BN Di Sabah?

Elok kita kaji analisa perkara ini sebagai tatapan bersama bagi meninjau secara umum dan terperinci kedudukan dan masa depan PKR Sabah selepas melantik pemimpin barunya Ahmad Tamrin Jaini atau T.J dan selepas ditinggal oleh pemimpin kontroversi, Dr. Jeffrey Kitingan dan juga Christina Liew bersama beberapa penyokong masing- masing.

Setelah membuat kajian rambang dan diperincikan secara teliti semenjak pilihanraya 2004, 2008 dan saya yakin 2012 komposisi KUMPULAN PENGUNDI SABAH akan berulang disebabkan tidak mungkin persempadan kerusi baru dapat diubah sehingga tarikh itu walaupun kajian pelembagaan menghendakinya setiap 8 tahun kerana saya yakin pihak pembangkang tidak akan menyokong sebarang pindaan persempadan yang merugikan mereka yang memerlukan 2/3 sokongan DUN dan Parlimen.

Kita mesti ingat senario kelompok pengundi Sabah telah berubah semenjak kedatangan UMNO ke Sabah 1990, komposisi UNDIAN tidak lagi seperti di awal kemerdekaan atau di zaman pemerintahan USNO, Berjaya dan PBS di mana kedudukan Bumiputera Islam, Bukan Islam dan Cina adalah seimbang iaitu 20 Islam: 8 Cina: 20 KDM.

Hari ini komposisi UNDIAN telah berubah kepada keadaan yang sangat berbeza kerana Bumiputera Islam 41 kerusi: Cina 5 kerusi dan KDM 14 kerusi. Walaupun ada yang dipanggil ‘Marginal seat’ tetapi kerusi itu dikuasi oleh pengundi ISLAM.

Jesteru itu perlantikan T.J adalah satu komposisi untuk menawan dan menghadapi Pilihanraya Sabah pada 2012 yang memberi impak besar kepada kedudukan PKR Sabah.

Berikut adalah komposisi pengundi 60 DUN Sabah selepas kemasukan UMNO ke Sabah sehingga sekarang;

3 kelompok besar 36 Kerusi Majoriti yang ditentukan pola pengundi Sabah adalah:

Bumiputera Islam : B.S.B.S.B.S (Triple BS) yang terdiri dari Bajau Suluk Pantai Timur (18 Kerusi), Bajau Pantai Barat (7 kerusi), Brunei (4 Kerusi), Bisaya (2 kerusi), Sungai (2 kerusi), Mix API – Arab Pakistan India (3 Kerusi).

Bumiputera : (K.D.M.R) sebanyak 18 Kerusi

Kadazan (1 kerusi), Dusun(12 kerusi), Murut (3 Kerusi), Rungus (2 kerusi). 2 Kerusi KDM dikuasai oleh Pengundi Islam di pedalaman Sabah (Kundasang 85% & Ranau 50%)

Cina: Hakka, Hokien dan Shan Tung.

Daripada 5 Kerusi Cina, terdapat 2 kerusi Cina di dominan oleh Bumiputera Islam 50% Pengundi (Karamunsing & Tg.Papat Sandakan), sementara 1 Kerusi Cina (Seri Tanjung 40% pengundi Islam Tawau) ketiga-tiga kerusi Islam ini dikuasi oleh kumpulan Bajau Suluk Sabah di Pantai Timur.

Pada Kesimpulannya BAJAUSULUK menguasai 21 kerusi Islam di Sabah dan mendahului suku-suku lain di negeri ini yang kebetulan pula T.J datang daripada suku ini.

USNO satu ketika dulu pernah memerintah Sabah di bawah Pimpinan Suku Bajau Suluk, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ingin memperjuangkan Bumiputera semula gagal memperoleh hak itu melalui Pendaftaran di bawah Pimpinan anak Tun Mustapha, Datu Badaruddin di mana saya sendiri menjadi Setiausaha Agung sebagai tenaga pengerak menghidupkan semula Parti ini.

36 kerusi sasaran USNO di Sabah adalah secara mutlak sementara itu 2 kerusi di kawasan kadazan dan 3 kerusi di kawasan Cina yang menjadikannya 41 kerusi boleh disasarkan oleh EX-USNO bagi membantu sesiapa pun calon yang akan bertanding dalam pilihanraya Sabah atau 70% Kerusi DUN Sabah diwakili oleh orang Islam sementara KDM dan China 30% kerusi Negeri Sabah.

Berbalik kita kepada isu PKR tadi, elok saya memetik pandangan dan kenyataan Daniel John Jambun (DJJ) dalam beberapa akhbar tempatan seperti Sabah Times, The Borneo Post dan Blog-blog seperti Malaysiakini, Sabahkini.net, Din Marican, Sabahdaily dan sebagainya yang dikeluarkan beberapa hari lalu.

"We will discuss Thamrin's appointment at an emergency meeting on Tuesday in Kota Kinabalu. Everybody will also agree that he's a poor performer.

Jambun indicated that only members of the party's powerful KadazanDusunMurut Task Force (KDMTF), headed by him, would meet. He described the KDMTF as a pro-autonomy group within PKR that controls 18 of the party's 25 Divisions in Sabah…..”

EX-USNO berpendapat tidak wajarlah saudara DJJ mengeluarkan kenyataan ini jika dia faham situasi dan senario politik Sabah serta kekuatan sebenar dan juga kedudukan nisbah rambang pengundi Sabah.

Kepada DJJ, sama ada sedar atau tidak, sebenarnya perlantikan T.J daripada jurai keturunan BajauSuluk sebagai Pengerusi Baru PKR Sabah telah mendapat perhatian besar dari bekas ahli-ahli USNO yang kehilangan tempat berpaut dan berjuang.

Hampir 30%-40% bekas ahli USNO yang berada di luar UMNO di setiap Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) dan 80% WARIS USNO yang tidak menyokong UMNO memberi perhatian kepada perkembangan terbaru PKR Sabah.

Kumpulan ini yang mampu menghadapi UMNO di semua kerusi Islam di Sabah atau 41 kerusi yang sedang retak dan goyang dan bersedia untuk menyertai perjuangan T.J dalam PKR jika mereka melihat PKR adalah alternatif sebenar bagi kehilangan USNO.

Kenapa saya katakan faktor USNO itu penting? Sebenar Ex-USNO telah menyiapkan Jenteranya sejak 2006 dan telah mengelilingi seluruh pelusuk Negeri Sabah untuk menubuhkan semula USNO Sabah yang mempunyai wakil di 25 Parlimen, 60 DUN Sabah dan hampir semua daerah mengundi khasnya di semua kawasan di Pantai Timur Sabah yang bersiap sedia untuk menggempur lawan melalui tenaga mudanya yang telah direkrut dari generasi muda penyokong USNO Sabah.

Bagi membuktikan persediaan EX-USNO untuk bertempur menghadapi seberang kemungkinan sila lawat laman www.kelabusnosabah.blogspot.com

USNO akan berjuang bersama T.J jika dilihat PKR bersedia berubah dari kepimpinan dahulunya.

T.J dan USNO.

Mengikut pengalaman kami semasa dalam USNO dulu T.J adalah seorang ‘Low Profile’, tidak bercita-cita tinggi, bersifat sederhana dalam pergaulan, seorang pengikut yang baik dan penyabar, tahan lasak dalam perjuangan serta mempunyai keikhlasan berjuang juga bersahabat kerana mempunyai semangat setiakawan yang tinggi; pada kesimpulannya beliau adalah seorang pemimpin yang ‘Versitile’ kerana mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi apabila berjuang bersama beliau dan itulah ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki oleh majoriti EX-USNO.

Bukankah perlantikan T.J ini akan menguntungkan PKR Sabah untuk menarik perhatian EX-USNO dan memberi sinar baru bagi EX-USNO meneruskan perjuangan bersama PKR Sabah.

‘KDMTF’ kurang memberi kesan dan menidakkan sokongan Rakyat Sabah terhadap PKR, seperti yang saya nyatakan di atas ‘KEHILANGAN’ 20% atau 18 kerusi Dun Sasaran tanpa sokongan KDM sebenarnya telah memberi peluang kepada PKR untuk mendapat sokongan dari 70 % atau 41kerusi dari ‘TRIPLE BS’. Inilah hakikat dan fakta yang perlu dilihat dan dikaji.

Terdapat satu lagi petikan mendakwa T.J ini ‘Non-Performance’. Jika kita imbas kembali sejarah USNO, pada kebiasaanya USNO melantik pemimpinnya berdasarkan kelayakan semua sudut termasuk Ikhlas, jujur, tahanlasak, tahan tukul, redha, berani, bersedia dari semua sudut dan kemungkinan serta beberapa syarat lain mengikut kriteria Pimpinan USNO.

DJJ mungkin tidak sedar bahawa T.J adalah mantan Naib Presiden USNO Sabah di zaman Tun Mustapha dulu, dia tidak akan mencapai kedudukan itu dalam USNO jika dia ‘None-Performance’, tetapi mungkin DJJ melihat dari sudut yang lain.

Pada pendapat saya, KDMTF (Kadazan Dusun Murut Task Force) yang dipimpin oleh DJJ tidak boleh berbangga sangat sehinggakan menggunakan perkataan ‘Powerful’ dan menyinggung sensitivi Bumiputera lain yang sebenarnya lebih ‘SuperPower’ jika diizinkan akan menyokong saudara T.J bersama PKR menghadapi pilihanraya akan datang.

Ada desas-desus mengatakan secara senyap-senyap 24 jam selepas T.J diumumkan sebagai Pengerusi baru PKR Sabah, beliau telah berkerja dan menemui beberapa rakan lama dalam USNO, Pemimpin-Pemimpin USNO yang berada di luar kerajaan dan yang berkecuali dengan tujuan untuk menarik mereka berjuang bersama semula dalam PKR , bukan ke ini satu ‘Perfomance’?

Lihat sahaja situasi dan senario komposisi pengundi, bukankah perlantikan itu akan mengukuhkan PKR Sabah menghadapi pilihanraya akan datang kerana T.J mewakili kumpulan komposisi pengundi terbesar di Sabah iaitu BajauSuluk dan USNO yang tidak dimiliki oleh 4 pemimpin PKR Sabah sebelum ini dan 3 Pemimpin PKR Nasional.

Pengerusi-Pengerusi PKR Sabah sebelum ini seperti Abdul Rahman Osman, Saidatul Badru Said Keruak, Haji Awang Tengah, Ansari Abdullah dan Azmin Ali tidak memiliki kekuatan kumpulan SASARAN seperti mana di miliki oleh T.J. Saya tidak bermaksud memuji T.J, tetapi itulah hakikat dan faktanya yang kita mesti lihat bersama.

KEPIMPINAN DR. JEFFRY KITINGAN

Saya bersetuju dengan Dr.Jefry Kitingan yang berjuang untuk Rakyat Sabah, yang menyuarakan soal 20 Perkara, yang menyuarakan hak status Sabah untuk melantik pemimpinnya. Dr.Jeffry memang layak untuk jadi pemimpin besar apabila sampai masanya, tapi pada pendapat saya, Barisan PKR perlu ‘berstrategi’ di Sabah bagi menarik pengundi Islam dan suku kaum bumiputera yang terbesar di negeri Sabah berdasarkan kedudukan Dun Sabah hari ini.

Kita lupakan dulu soal komposisi kaum berdasarkan kedudukan bilangan jumlah undi kerana kita harus melihat soal komposisi kaum berdasarkan bilangan jumlah kerusi untuk menghadapi pilihanraya akan datang, di mana komposisi kerusi DUN Sabah didahului oleh kaum BAJAUSULUK (21 Kerusi) dan BAJAU (Bajau Pantai Barat 7 Kerusi ) berbanding kaum-kaum lain.

Anwar Ibrahim mungkin berpandangan jauh soal Kepimpinan PKR Sabah bila menoleh ke belakang prestasi PKR sebelum ini apabila pimpinan PKR Sabah tidak memperolehi kerusi di Negeri Sabah atau lebih senang kalau kita panggil prestasi PKR Sabah sebelum ini 2004 dan 2008 adalah ‘Telur’ dalam bahasa suluk ‘TULLUL’ atau ‘IGLUG’ dan adakah kita mahu rekod ‘TULLUL’ ini berulang semula?.

Perlantikan T.J, mungkin pada pendapat Anwar adalah menseimbangkan semua sudut dan sokongan rakyat Sabah yang diwakili oleh 3 suku kaum besar di negeri ini.

Perlu DJJ ingat, tanpa Anwar ‘PKR’ tidak akan ke mana, begitu jugalah tanpa Pairin dalam PBS, “PBS is Nothing“. Jadi keputusan Anwar melantik T.J adalah keputusan pemimpin ‘de-facto’.

Dr.Jeffrey dilantik Naib Presiden PKR Nasional dan disebut-sebut bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan membentuk Kerajaan, ada kah ini masih tidak memuaskan hati KDMTF? Christina Liew dilantik AMT PKR Nasional walaupun dalam pakatan sudah ada DAP, bukankah ini satu penghormatan kepada China dari masyarakat Sabah? Apa pula pandangan DJJ kepada Bumiputera Islam dalam PKR Sabah seperti T.J?

Adakah DJJ berfikiran Ansari sudah jadi AJK Nasional?, namun Ansari tidak mampu untuk menarik Bumiputera Islam Sabah yang berada di Pantai Timur, lebih-lebih lagi identitinya lebih dikenali sebagai identiti kumpulan API (Arab Pakistan India) yang hanya dominan di kawasan 2 atau 3 kerusi Islam sahaja.

T. J yang telah dilantik oleh Anwar dianggap sebagai Proksi oleh DJJ dan disokong oleh Christina ‘Proxy KL’, apa pula yang kita perlu panggil kepada Pemimpin PKR Sabah yang telah dilantik oleh KL sejak bertahun-tahun dahulu?. Mungkinkah pula boleh kita panggil orang seperti ini ‘Poke Kerusi’ atau kejar kedudukan?

Apa beza PROKSI dan POKE KERUSI?

Apa pun ini adalah sekadar pandangan Ikhlas saya sebagai rakyat Sabah yang melihat perkembangan dari luar PKR, tiada niat untuk campur tangan atau mengganggu urusan dalaman PKR dan memperkecilkan kaum-kaum lain di Sabah.

Secara peribadi saya menghormati keputusan Dr.Jeffrey berundur daripada jawatannya sebagai Naib Presiden PKR bersama Christina, tetapi berilah peluang kepada T.J memimpin PKR Sabah dan mempaemerkan ‘Performance’ nya, sebagaimana T.J sebelum ini memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin PKR Sabah.

Kepada Haji Awang Tengah, Ansari dan khasnya kepada rakan seperjuangan saya dalam ABIM (Angkatan Belia Islam) dulu di Sabah 1980/1981, Mantan Pengerusi PKR Sabah pertama Abdul Rahman Osman, sokonglah T.J dan berilah dia peluang seperti mana anda disokong sebelum ini oleh ahli-ahli PKR Sabah dan juga T.J.

Anggaplah pergolakan PKR itu umpama air yang berkocak di dalam cawan, jangan sampai menghancurkan peluang PKR untuk membelah dan merubah Kerajaan yang ada. Jadilah contoh kepada rakyat supaya anda diyakini boleh membawa perubahan bagi negeri yang kita semua cintai ini.

Kehilangan Dr Jeffrey dari Barisan kepimpinan PKR Sabah memang dilihat sebagai satu kehilangan amat besar kepada PKR Sabah, namun perlantikan T.J adalah satu petanda bahawa PKR bergerak secara pragmatik untuk memenangi pilihanraya umum akan datang di Sabah.

Ex-USNO akan terus melihat perkembangan dan perjuangan PKR (Perfomance) kerana sesungguhnya kita telah hampir kepada kumpulan yang mampu menumbangkan Kerajaan BN Sabah iaitu EX-USNO untuk berjuang bersama PKR.

Perlantikan T.J selaku Mantan Naib Presiden USNO sebagai Pengerusi PKR Sabah yang baru dan John Ghani yang juga mantan Naib Presiden USNO sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah yang baru dan beberapa pemimpin kanan PKR yang berasal dari USNO seperti Datuk Nahalan Hj. Damsal (Sandakan), Johani Abdul Halim (Silam), Wahab Datuk Abdullah (Semporna) dan lain-lain sudah memperlihatkan bahawa ada ruang bagi bekas USNO untuk berjuang bersama terbuka luas.

Jika 19 tahun dahulu USNO bersedia membawa UMNO ke Sabah, adalah tidak salah USNO menerima PKR dan Pakatan di Sabah untuk sama-sama berjuang seiring sejalan, walaupun didakwa bahawa Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim pernah tidak sependapat dengan beberapa pemimpin USNO 17 tahun dahulu, Tapi dalam dunia politik tiada musuh sebenar-benar musuh dan tiada kawan sebenar-benar kawan.

Justeru itu bermusuh seketika dulu dan berkawan ketika ini boleh diterima pakai dalam dunia politik secara sihat.

Mungkin langkah pertama tulisan ini adalah petanda bahawa USNO sudah boleh menerima Anwar dan Anwar sudah tunjukkan keikhlasan menerima pemimpin USNO pada hari ini bersama PKR, teruskanlah senario ini bersiaplah untuk menerima kepimpinan orang lain. Inshaallah impian kita akan menjadi kenyataan.

Kepada Barisan pemimpin PKR Pusat dan Ketua Umum PKR, bagi merialisasikan matlamat ini, PKR mungkin boleh mengubah dasarnya dalam kes Sabah, Hak dan Autonomi rakyat Sabah harus diambil kira oleh PKR pusat supaya ia ada kelainan daripada UMNO Sabah.

Saya yakin jika saranan ini akan menjadi realiti, Kerajaan Pakatan akan dibentuk di Negeri Sabah pada pilihanraya ke 13 sebelum pertarungan bermula.

Rakyat Sabah harus bersatu untuk memperjuangkan hak autonominya memilih pemimpinnya sendiri, pada masa yang sama harus juga melihat kumpulan majoriti untuk mengetuai pimpinan PKR Sabah bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia