Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

03 April 2010

Tahniah Rakyat Sabah

Oleh: SURIATI MAHMUD

PERSATUAN Blogger Sabah (PBS) mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada rakyat Sabah yang menghadiri Ceramah Perdana, ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’ di Dewan KDCA, Penampang, pada malam semalam.

“Sekalipun hanya sekitar 2,000 rakyat Sabah yang hadir, namun kita berbangga kerana sekalipun dalam keadaan curiga dan waspada, mereka tetap hadir, apatah lagi majlis ini dianjurkan 16 NGO Sabah dengan kerjasama PBS, yang selama ini difitnah sebagai Anti Kerajaan,” ujar Presiden Penaja PBS, Mutalib M.D.

Kata Mutalib, Majlis berkenaan ditunjangi oleh Persatuan Dusun Sabah (USDA) yang memainkan peranan penting untuk memastikan majlis berkenaan tidak dibauri unsur politik dan perkauman; yang turut diimbangi oleh Tan Sri Simon Sipaun yang menjadi moderator majlis berkenaan.

“Datuk Kalakau Untol telah memberikan dimensi baru dalam majlis seumpama ini yang dilaksanakan dalam keadaan santai sekalipun tetamu yang hadir jauh daripada sasaran,” ujar Mutalib yang menyifatkan satu kejayaan yang besar sekalipun Umat Kristian sibuk beramal di Gereja sempena Good Friday dan dalam persiapan untuk menyambut hari Easter pada Isnin.

Walaupun ada beberapa rungutan yang diterima daripada orang awam dan NGO, namun Mutalib menyifatkan ianya satu kejayaan yang besar bagi NGO kerana rakyat datang secara sukarela; tanpa sebarang tambang, makan minum atau elaun sebagaimana lazimnya jika dianjurkan parti politik atau kerajaan.

“Kehadiran lebih kurang 2,000 orang ini amat memberangsangkan kerana mereka mewakili pelbagai suku kaum, fahaman politik, gender dan umur. Kita harap di masa akan datang, ramai rakyat akan memeriahkan program PBS dan NGO lain,” ujar Mutalib yang menolak kemungkinan berlaku sebarang sabotaj daripada pihak berkuasa.

Sekalipun Tengku Razaleigh Hamzah agak ‘tercekik’ dan ‘kekok’ untuk meluahkan rasa hati dan memberi penjelasan berhubung isu penting berhubung hak royalti minyak, namun kata Mutalib, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tengku yang telah berjaya menjalankan tugas dengan sempurna dalam kekangan birokrasi disebabkan Tengku tertakluk kepada adab seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional

Bagaimanapun Mutalib agak kecewa kerana masalah talian internet dan sistem jalur lebar negara yang berpusat di Putrajaya kerana siaran langsung yang dipancar melalui PasTv tergendala dan hanya dapat menyiarkan siaran langsung berkenaan selama 20 minit sebelum terputus.

Mutalib membayangkan pihaknya akan menganjurkan seminar penting untuk rakyat Sabah bertajuk ‘Sijil Anak Negeri Untuk Siapa?’ dalam masa terdekat dan mempelawa rakyat Sabah yang mempunyai masalah yang berkaitan Sijil Anak Negeri agar tampil mengemukakan aduan.

“Isu sijil anak negeri sudah sampai ke peringkat meruncing dan ada pihak secara sedar telah melakukan jenayah penipuan dan menindas anak negeri yang asal. Kita berharap dengan forum khusus akan meleraikan isu berkenaan secara professional, terutama apabila melibatkan kes mahkamah dan tafsiran undang-undang,” tegas Mutalib lagi.

Sumber: sabahkini.net

1 comment:

  1. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.50/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia