Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

26 May 2011

Apakah itu FASIS?

"1Malaysia tidak akan berjaya jika Melayu tidak bersatu padu".

"Kita perlu bersatu padu untuk kekuatan ummah dan kekuatan bangsa".

"Melayu kini berpecah belah,adalah tugas kita untuk menyatukan mereka".

"Perpaduan ini demi bangsa,demi agama kita".


Selama ini,aku duduk menonton berita,sejak aku berhenti kerja dari FOS ni aku sudah mampu banyak menonton televisyen berbanding dahulu.Banyak ahli politik bercakap tentang perpaduan,bersatu,demi agama,demi bangsa,demi negara.

Lalu aku bandingkan dengan akhbar-akhbar Utusan Meloya yang aku baca (sebab aku nak baca bab sukan),rencana-rencana seperti yang ditulis oleh Awang Selamat(yang dibenci olehBasuh Baju),Senyum Kambing mahupun apa-apa rencana pun,bertulis tentang Melayu perlu bersatupadu.

Lalu aku bandingkan dengan akhbar-akhbar dari England dan Wales yang sering Ravi CWIberikan kepada aku,cerita tentang satu parti politik di Britain yang diberi nama British National Party(BNP).

Slogan-slogan BNP seperti "Defend Rights of The White","British is only for White","White Power" dan kata-kata pemimpin utama mereka seperti Nick Griffith seperti "Jermaine De Foe or Ashley Cole are not British" and "Asian and Paki people go home" seringkali menakut-nakutkan penduduk yang bukan kulit putih.Mereka juga melaungkan slogan seperti "White People Unite",dan mereka merasakan mereka adalah peribumi Britain dan mereka mahu perpaduan dikalangan kaum kulit putih untuk berkuasa menentang kulit lain yang 'menyempitkan' hidup mereka.

Kalau di BNP kita rasa slogan-slogan itu seperti melampau,slogan-slogan di Israel,Zionis berbunyi begitu juga."Yahudi Bersatu","Yahudi Kaum Paling Mulia" dan sebagainya.

Selepas itu,kembali ke tanah air kita,kita akan dengar benda-benda yang buruk seperti gejala sosial,mat rempit mahupun dadah datangnya dari Barat.Pengaruh Barat.Yang buruk semuanya datang dari Barat.Kemudian ada iklan akan berkata "kita sebenarnya baik dengan nilai-nilai ketimuran".Lee Kuan Yew dan Mahathir Mohammad berkata tentang "Asian values",tak caya sila wiki.Nilai-nilai Timur yang baik,nilai-nilai Barat yang jahat.Kita sering dipisah-pisahkan dengan istilah Barat dan Timur,Islam dan kafir,Melayu dan bukan Melayu.

Jadi,salahkah kalau aku kata,slogan-slogan diatas tu secocok dengan BNP?Secocok dengan Zionis?Secocok dengan Nazi?


"Strength through purity,purity through faith" - Kekuatan melalui ketulenan,ketulenan melalui kepercayaan.Apa yang anda percaya dan apakah anda menentang apa yang orang lain percaya?

Satu soalan pernah diajukan,mungkin tidak bersifat perkauman tetapi sekadar bertanya;"Sudikah anda menerima seorang Perdana Menteri bukan Melayu?".

Jika tahun lepas anda di Amerika Syarikat,anda berkata "saya tidak mahu Barack Obama menjadi Presiden Amerika",dan anda seorang berkulit putih,tinggal di negeri-negeri seperti Texas,Oklahoma atau Tennessee,anda akan dicop sebagai perkauman,fasis,Nazi,BNP atau Klu Klux Klan.Anda akan dibenci oleh masyarakat yang kini semakin hari semakin bercampur dan global.

Saya juga membenci orang yang seperti ini.Orang yang seperti ini,merasakan dirinya lebih mulia,darahnya lebih suci,orang-orang begini adalah orang gila yang tak sedar dia hanyalah seorang manusia.Dan orang yang dia hina itu adalah manusia juga.

Tetapi kini,sekiranya anda berkata "saya tidak mahu Barack Obama menjadi Presiden Amerika" ditambah dengan statement yang berikut "...kerana dia tidak akan mampu menyelesaikan masalah ekonomi,kerana dia hanya mementingkan kroni-kroninya,dan mahu membantu kaum borjois nasional,golongan komprador,kapitalis-kapitalis,dan bukannya membantu rakyat yang mengundi",saya rasa rakyat Amerika juga akan bersetuju.

Ini bukan soal kaum,ini soal kelas.Kelas masyarakat.

Sebab itu saya kata,"kalau seorang Perdana Menteri itu sanggup bergaji seperti tukang angkat barang di Tesco atau seorang Bangladesh mengangkat sampah,atau seorang buruh pembinaan Indonesia,tak kira apa bangsa pun,saya setuju.Kalau masih nak hidup kaya raya dan senang lenang,apa bangsa pun saya tentang".

Di tahun 1979 Revolusi Islam Iran,rakyat merusuh menentang pemerintahan raja Iran,Shah Iran dan menyokong Ayatollah Khomeini.Khomeini kemudian mengatakan agama akan menyatukan semua penduduk Iran.Malangnya,beratus-ribu orang yang menganut agama Islam tetapi Sunnah dibunuh beramai-ramai sekitar 80an kerana kepimpinan Iran adalah Syiah.Kerana Saddam Hussein,musuh merangkap jiran sebelah adalah seorang Sunnah.Di Iraq pula Saddam Hussein menyebarkan gas saraf membunuh kaum Kurdis di utara Iraq,ratusan ribu yang mati hanya kerana mereka kaum Kurdis.Tetapi Saddam Hussein mendakwa,ini adalah perang demi agama.Kerana Sunnah benar dan Syiah salah.Tetapi kenapa membunuh?Agama yang benarkan kita untuk membunuh?Kenapa kita membunuh kerana berlainan fahaman dalam agama?Apa tujuan kita berbunuh?

Kita imbas sejarah Perang Dunia Kedua,Nazi membunuh 13 juta Yahudi kerana mahu 'membersihkan' dan 'menyucikan' Jerman.Bangsa Aryan bangsa yang suci,kata Adolf Hitler.Begitu juga dengan Benito Mussolini si fasis Itali,dan juga Francisco Franco si fasis Sepanyol.Semasa pemerintahan Franco di Sepanyol,berbahasa selain bahasa Castilia(bahasa Sepanyol standard) akan dihukum tembak.Ribuan rakyat Catalan dibunuh di Barcelona.Di Basque bandar Guernica dibom oleh tentera Nazi dan Franco.

Jadi kita dengar pembunuhan etnik,pembersihan etnik dan bermacam-macam lagi jenis gerakan fasis yang berlaku di Bumi ini,seolah-olah ada satu privilage kepada satu bangsa untuk hidup,bangsa lain hanya layak untuk mati.

Dan dalam konteks di sini,pada masa ini,kita sering merasakan bangsa dan agama yang berkuasa di negara ini.Kita sering diajar untuk berfikir yang "bangsa lain sedang cuba menguasai dan menghancurkan kita".

Mereka beri contoh yang sangat terang dan nyata.Saya terpaksa menyatakan di sini.Orang Cina banyak yang kaya.Orang Cina banyak yang berniaga.Saya juga pernah bekerja di bawah syarikat Cina.Apabila si towkey Cina datang,maka tersimpul senyum terhegeh-hegeh si supervisor Melayu.Dan si pekerja Melayu pun senyap dan takut tatkala si Cina datang ke kedai.Si Cina memaki hamun si Melayu tanpa belas.Jadi mereka yang Melayu ini merasakan si Cina sedang menindas si Melayu.

Biar saya beritahu keadaan yang sebenar.Si Cina tidak memarahi si Melayu kerana bangsanya,tetapi kerana KELAS MASYARAKATNYA.Si Cina tidak memarahi si Melayu pergi solat Jumaat kerana si Melayu Islam dan si Cina Buddha tetapi kerana KELAS MASYARAKATNYA.

Cuba lihat antara towkey Cina dan Datuk Melayu,mereka bersalam-salaman dan bergelak-gelakan sambil si amoi Cina memicit-micit dan mengurut-urut mereka.Di strata teratas mereka bersatu padu merompak rakyat bawahan.Si Cina tidak kisah minah Melayu mengurut mereka dan si Melayu juga tidak kisah amoi Cina mengurut mereka.Tetapi di sebelah bawah,si Melayu salah sangka dan berkata "Melayu sedang ditindas oleh Cina di bumi sendiri".Jadi Datuk Melayu,demi keuntungan dan kantung kocek mereka,memerlukan undi untuk terus berkuasa dan kaya.Kalau nak terus diurut oleh amoi Cina mesti kena ada banyak wang.Maka mereka pun melaung-laungkan slogan "Melayu perlu bersatu!","Bersatu demi agama dan bangsa!".Nah,bila mereka memperoleh undi dan menang pilihanraya,si Datuk Melayu boleh terus kaya dan bergelak-gelak dengan towkey Cina.

Sama seperti kes di Jerman.Adolf Hitler kata bangsa Jerman,bangsa Aryan,bangsa yang paling suci.Tapi kalau begitu,kenapa perlu bergabung dengan Jepun dan Itali?Tentu sekali si Jepun tidak bercakap Jerman dan si Itali bukan orang Jerman.

Golongan fasis ini bersatu bukan kerana bangsa mereka paling suci,tetapi kerana faktor ekonomi.Sama juga dengan Francisco Franco yang meminta bantuan Hitler untuk menentang tentera anarkis-sosialis di Sepanyol,tetapi mengharamkan semua bahasa kecuali Castilia yang kini bahasa Sepanyol standard.

BNP juga mengatakan "British is for White" dan anti bangsa lain selain bangsa Anglo Saxon.Bahkan mereka juga anti orang Irish,Scottish dan Welsh kerana mereka berbangsa Celtic.Mereka kata mereka "White Power",tapi kenapa bekerjasama dengan fasis Perancis,National Front France Jean Marie Le Pen?

Sebab mereka adalah ahli politik dan suara rakyat adalah perniagaan mereka.Kalau rakyat tidak menyokong mereka,mereka out of business.Takde fulus yang akan masuk.Sebab mereka perlu sokongan orang bawahan,sebab itu mereka akan terus menjual slogan-slogan yang sedemikian.Apabila ketua kampung berkata mahu mandikan keris dengan darah pada tahun 1988,kini ketua kampung berkata kita perlu bersatu padu dalam prinsip 1Malaysia.Saya rasa orang-orang Cina tidak akan lupa istilah 'mandi keris dengan darah' tu,bukan?

Fahaman fasis dibuat untuk manusia berpecah-belah."Bersatu untuk bergocoh" mungkin sesuai.Macam kalau tengok cerita "Gadoh" yang Namron tu.Kita rakyat marhein sedang dipecah-pecahkan,dan sedang dilaga-lagakan.

Dan fahaman fasis ni datang bukan dalam bentuk bangsa saja.Ada juga yang datang dalam bentuk agama,bentuk bahasa dan bermacam-macam bentuk lagi.Fasis agama selalunya meletakkan diri mereka seperti "holier than thou",mereka lebih alim dan tidak ada siapa boleh bersuara menentang mereka.Kerana mereka ahli ulama,kerana mereka alim dan berpengetahuan agama.Fasis bahasa adalah orang seperti Francisco Franco dan Jean Marie Le Pen.

Satu masa dahulu kepimpinan parti Islam pernah berkata "ulamak harus memimpin negara",dan Encik Hadi pun pernah berkata "PAS menawarkan diri untuk menjadi pemimpin negara dan akan memimpin melalui Islam".Persoalannya,berapa ramai yang akan setuju?

Seorang yang benar-benar berpegang kepada agama takkan gelap hati dan buta mata melihat kekayaan duniawi.Ulamak-ulamak zaman Khalifah ar-Rasyiddin selalu menolak diri untuk menjadi pemimpin kerana memikirkan tanggungjawab yang berat.Tapi dengan statement sedemikian,by the way,siapa yang angkat diri anda sebagai ulamak melainkan diri anda sendiri?

Dan teringat kata-kata Ravi semalam,

"Untuk apa kita bersatu-padu?Kalau si kaya terus menindas dan si miskin terus tertindas?"

Ingat,peribadi anda,seperti bangsa,agama dan warna kulit anda sedang dijual-beli oleh penyangak-penyangak fasis yang menjadi ahli politik.

Satu bangsa manusia.Tanpa prejudis,stigma dan diskriminasi..


disedut dari blog http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com

4 comments:

  1. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.50/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete
  2. sudahlah.... laman yang merepek2

    ReplyDelete
  3. kupasan yang menarik, mberikan saya gambaran awal untuk lebih memahami hubung kait antara fasis-kuasa-politik.

    ReplyDelete
  4. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia