Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

28 May 2011

Fikir-fikirkan


Setelah agak lama tidak menulis sebarang artikel dan membiarkan blog ini 'terlantar' hampir setahun, minda saya seolah-olah telah kehilangan daya untuk mencoretkan kata-kata, menganyam idea-idea menarik untuk tatapan para pembaca blog ini. Sebagai pemangkin kepada kebangkitan semula minat saya dalam bidang penulisan blog dan artikel, saya siarkan semula tulisan pertama saya di blog ini (pasca PRU ke12,pada April 2008) yang merupakan cetusan pendapat secara peribadi.

Artikel ini pada asalnya bertajuk "USNO Perlu Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah" dan ditulis dalam dua bahagian tetapi kini saya satukan dalam sebuah artikel dengan mengekalkan ayat yang asal (beberapa bahagian perenggan telah ditiadakan) tanpa sebarang penambahan. Semasa menulis artikel ini saya masih lagi bertugas di semenanjung (Selangor) dalam kehangatan suasana politik yang menyaksikan kekuasaan BN tergugat dengan beberapa kejayaan pembangkang merampas tampuk pemerintahan pentadbiran negeri-negeri yang sebelum itu dikuasai oleh BN. Saya akui banyak kekurangan dalam hujah-hujah yang dilakarkan pada masa itu tetapi pada dasarnya idea utama masih lagi releven untuk difikirkan seterusnya dikembangkan agar bersesuaian dengan suasana politik hari ini. Sebarang komen dari pengunjung/pembaca blog ini adalah amat dialu-alukan.

Kusangka Panas Hingga ke Petang

Kenyataan saya ini hanyalah satu pandangan peribadi sebagai seorang anak Sabah yang prihatin dengan perkembangan semasa di negeri itu walaupun saya kini berada di semenanjung. Tindakan UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990 telah menguburkan USNO (UNITED SABAH NASIONAL ORGANIZATION)secara langsung dengan menyerap semua ahli dan pemimpin USNO menyertai UMNO . Dengan masuknya UMNO ke Sabah, tiada lagi cawangan-cawangan USNO yang wujud. Pada awalnya, kehadiran UMNO bagaikan membawa rahmat kepada Sabah. Pemimpin-pemimpin pusat bersilih ganti melahirkan kekaguman terhadap pemimpin dan ahli-ahli USNO serta rakyat Sabah atas kesanggupan membubarkan USNO dan menerima kehadiran UMNO untuk membela Sabah (kononnya). Pelbagai projek dilimpahkan kepada ketua-ketua cawangan, ajk bahagian dan tentunya ketua bahagian juga, semasa UMNO mula bertapak di Sabah. Semuanya mendapat layanan yang boleh dikatakan sangat istimewa. Ini adalah hakikat yang saya saksikan sendiri kerana ada ahli keluarga saya adalah pejuang-pejuang USNO yang kelihatan lebih selesa kehidupannya setelah menyertai UMNO dan memegang jawatan yang agak selesa dalam UMNO bahagian. Namun bak kata pepatah "kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari" Secara perlahan dan teratur, seorang demi seorang bekas pemimpin USNO yang di lihat tidak boleh dikudakan dan mampu pula merencatkan rencana UMNO 'menjajah' Sabah di pinggirkan ke tepi. Hanya mereka yang sanggup menjadi 'yes man' dan mengikut apa sahaja arahan yang datang dari pusat akan mendapat jawatan dan kedudukan. Kebebasan anak Sabah mentadbir negerinya telah dirampas oleh pentadbiran BN-UMNO di Sabah.


Kisah Rumah Kami

Bagaimanakah agaknya perasaan anda sekiranya ada orang yang mengaku sahabat datang ke rumah anda kemudian mengatakan anda tidak tahu cara menjaga dan menguruskan rumah anda? Lalu orang yang mengaku sebagai sahabat itu tadi meminta kita menyerahkan kuasa sebagai ketua rumah supaya mudah pula dia mengemas dan mengurus rumah itu. Apabila kita masuk kembali, dengan rumah yang sudah dikatakan dikemas, kita tidak lagi dibenarkan melakukan apa sahaja sesuka hati seperti sebelum rumah kita dikemaskan. Mungkin ianya positif bagi tabiat atau kelakuan kita yang tidak baik yang mencemarkan keadan dalam rumah. 


Apakah waras kita dengan penghuni seramai lima orang contohnya, tetapi hanya dibenarkan memasak makanan hanya untuk kurang dari dua orang, walaupun bekalan makanan sebenarnya cukup untuk sepuluh orang lagi. Tetapi kerana kita hanya mengikut nasihat sahabat yang datang 'membantu' menguruskan rumah, cukup atau tidak kita tidak boleh lagi membantah. Tetapi sekiranya segala urusan dalam rumah kita sendiri tidak boleh kita lakukan tanpa persetujuan 'sahabat' itu, apakah ertinya rumah itu dikatakan rumah kita? Takkan hendak masak pun kena dapat persetujuan si sahabat? Cukuplah nasihat 'sahabat' mengenai bagaimana nak menghias rumah agar cantik, penghuni dapat duduk dengan 'sejahtera, aman, dan makmur'..

Secara peribadi, keadaan rumah kita adalah terpulang kepada kita untuk menguruskannya selagi keadaan rumah tersebut tidak mengganggu jiran dan sahabat. Tidak ada pergaduhan yang merunsingkan, tiada penghuni yang kebuluran. Sesekali memang kita perlu nasihat orang lain dari luar rumah. Sesekali apabila perlukan nasihat untuk sesuatu permasalahan kita undang sahabat untuk bertandang, mungkin masa itu lebih sesuai kita berbicara dengan sopan meminta pandangan. Tetapi menjemput sahabat itu untuk berkuasa dan menentukan siapakah ketua rumah, apakah yang boleh dan tidak boleh, memang satu tindakan kurang waras. Itulah kisah rumah kami yang bernama Sabah.

Semua itu sekadar kiasan kepada apa yang berlaku kepada negeri Sabah dengan kehadiran UMNO yang menguasai Kerajaan BN di Sabah. Saya tahu pembaca sekalian mempunyai minda yang mampu memahami kiasan tersebut dengan jelas.

Kerajaan BN-UMNO di Sabah, lebih-lebih lagi setelah ditiadakan penggiliran jawatan Ketua Menteri, dikuasai oleh orang Sabah yang tidak lagi berjiwa Sabah. Jika mereka berjiwa Sabah, mereka seharusnya faham dan jelas apakah yang benar-benar diperlukan oleh Sabah dan rakyatnya. Setiap tahun ke perhimpunan Agung UMNO di PWTC, apakah mereka tidak sedar akan jurang perbezaan pembangunan fizikal antara semenanjung Malaysia dengan Sabah? Tidakkah mereka merasa sedikit pun keinginan untuk melakukan sesuatu yang mampu menjana pembangunan sebegitu. Sekiranya ada kalangan mereka yang terbaca tulisan ini pastinya mereka mengatakan yang sebaliknya, maka keluarlah Koridor Pembangunan Sabah kononnya untuk menjana pembangunan, Sabah lebih membangun berbanding sebelum BN mengambilalih kuasa pemerintahan negeri.


Kenapa USNO perlu bangkit?

Pada dasarnya kebanyakan pemimpin UMNO di Sabah adalah mantan pemimpin USNO. Tetapi ramai yang telah alpa dan leka, terlupa dengan perjuangan asal semasa meninggalkan perahu kecil USNO untuk menyertai kapal besar dan mewah UMNO. Di awal pentadbiran UMNO BN di Sabah, taring UMNO belum berapa kelihatan kerana masih ada PBS. Tetapi apabila PBS kembali ke pangkuan BN, SABAH ADALAH UMNO, UMNO ADALAH SABAH. Manakala seorang demi seorang pejuang asal USNO tersingkir dan terpinggir. Mungkin ada yang terlupa atau langsung tidak mengetahui bahawa pengasas dan pemimpin agung USNO yang juga merupakan Bapa Kemerdekaan Sabah telah meninggal dunia bukan dalam Parti Barisan Nasional, tetapi meninggal dunia dalam barisan pembangkang pada masa itu yang dikenali sebagai PBS+(plus). Kenapakah beliau meninggalkan UMNO yang beliau sendiri membawanya ke Sabah? Pastinya ada 'sesuatu' yang daya sendiri tidak dapat huraikan disini.

Seperti yang dikatakan oleh dikyang dalam komennya terhadap artikel saya terdahulu menyatakan bahawa "minda politik orang-orang di sabah berbeza dgn mereka di semenanjung. Mereka hanya akan 'berubah' parti sekiranya ada parti 'sabah' yg khusus utk memperjuangkan nasib atau hak orang2 di sabah. walaupun PKR da cukup baik di sabah tapi bagi orang2 sabah, mereka lebih suka sekiranya ada parti seperti USNO / BERJAYA yg boleh mereka percayai utk berjuang demi hak mereka sebagai peribumi sabah. sebab itu kalau kita lihat ramai calon2 bebas tdk menang di sabah kerana bagi mereka calon2 bebas tdk mempunyai pendirian / haluan yg tepat... seperti apa yg berlaku kepada calon bebas di Kuala Penyu, Sabah, pada saat2 akhir pilihanraya ke-12 menyerahkan ADUN Kuala Penyu kpd parti BN.Orang2 Sabah kecewa dgn keadaan seperti ini... mereka amat berharap ada parti 'Sabah' yg benar-benar memperjuangkan hak mereka...

USNO diperlukan bagi menyatupadukan seluruh rakyat Sabah agar bergabung dalam satu kesatuan yang kuat agar suara rakyat Sabah didengar oleh pemimpin persekutuan.. Bukan tidak mahukan kehadiran Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan tidak percayakan mereka. USNO adalah satu legenda kepada rakyat Sabah yang mempunyai kesedaran siasah.

Dari segi rasionalnya, menyertai PKR ada sedikit persamaan dengan menyertai UMNO seperti pada masa sekarang. Apabila tiba saat perhimpunan atau mesyuarat agung, maka berbondong-bondonglah rakyat Sabah menaiki kapal terbang untuk ke semenanjung tentunya. Secara tidak langsung inilah antara punca berlakunya rasuah politik yang istilahnya dalam UMNO 'Politik Wang'.

Pada masa ini pemimpin-pemimpin bekas USNO telah menubuhkan sebuah kelab yang di kenali sebagai Ex-USNO. Mereka telah berjaya mengumpulkan ramai bekas ahli USNO dan mendapat sambutan yang positif daripada mereka. Dengan diketuai oleh Datu Badaruddin Bin Tun Datu Mustapha, saya secara peribadi berharap beliau akan mendaftarkan semula USNO sebagai sebuah pertubuhan politik (parti) yang boleh bertanding dalam pilihanraya. Sungguhpun mungkin tidak mampu membentuk kerajaan, namun pasti ada kerusi yang mampu dimiliki USNO yang akan pastinya menjadi suara sebenar rakyat Sabah. USNO telah 'mati dari segi undang-undang pendaftaran pertubuhan tetapi TIDAK PERNAH MATI DALAM HATI PEJUANG-PEJUANG DAN PENYOKONGNYA. Ingatlah akan slogan USNO ini, BERJUANG TETAP BERJUANG!

6 comments:

  1. Saya setuju dengan pandangan dan tulisan tuan. Saya juga ahli UMNO, tetapi lama sudah hati tidak berkenaan dengan parti UMNO ini. Dahulu saya menyertai UMNO kerana penganut agama Islam pada masa itu ditindas dengan teruk dalam zaman PBS. Ini kerana PBS terbentuk berdasarkan dendam terhadap orang Islam walhal rakyat Sabah sebelum itu hidup harmoni dan aman sekali pun berbeza agama. PBSlah yang meniupkan sentimen keagamaan dan kebencian terhadap rakyat yang beragama Islam. Penindasan ketelaluan pemimpin-pemimpin PBS menyebaban rakyat Islam menyokong kemasukan UMNO. Semua pemimpin politik Sabah khususnya pemimpin-pemimpin PBS harus dipersalahkan dengan kemasukan UMNO ke Sabah hari ini. PBSlah punca segala-galanya. Inilah hakikatnya maka UMNO dibawa masuk ke Sabah.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan tuan bahawa UMNO telah menjajah Sabah. Dalam bidang pendidikan, lihat sahaja lambaka guru-guru Semenanjung yang menjawat jawatan utama di sekolah. Maklumlah Pegawai tertinggi Pusat Sumber Manusia dan JPA orang mereka, maka ramailah guru-guru Malaya menduduki jawatan utama di Sabah, Timbalan Pengarah JPN, pengetua, penolong kanan,ketua bidang dan sebagainya. Saya bukan anti orang Sememanjung tetapi penjajah ini begitu ketara sekali. Akibatnya sekolah ditadbir mengikut cita rasa mereka tanpa mengambil kira keadaan dan budaya rakyat Sabah. Orang Saba perlu bangkit untuk menentang penjajahan tidak ketara ini.

    ReplyDelete
  3. Betul tuan, saya juga bukan anti semenanjung.. kita cuma mau sabah dilayan seperti yang sepatutnya berlandaskan perkara-perkara dalam perjanjian pembentukkan MALAYSIA.

    ReplyDelete
  4. saya ISLAM Juga dan saya setuju bahawa PBS lah yang membawa UMNO ke sabah tapi tidak bersetuju dengan saranan saudara Anon yang pertama bahawa PBS menindas ISLAM disabah,contoh di Tenom selama 9 tahun Datuk Haris(ISLAM) sebagai wakil Rakyat kelibat untuk membina Masjid tidak ada untuk keperluan sembayang umat ISLAM tidak dibina tapi bila datuk kadoh sebagai Kristian sebagai wakil rakyat telah memohon pembinaan Masjid yang tersergam indah dekat Pekan Tenom dan telah diresmikan oleh TYT Tun sakaran Dandai walau pun masjid itu siap dibina semasa pemerintahan PBS,saya rasa masaalah umat ISLAM pada zaman PBS telah termakan dengan pemfitnaan dari golongan UMNO seperti di Pulau Pinang sekarang kerana bila kalah bermacam-macam fitnah yang akan dilakukan bagi mengambalikan sokongan Rakyat kepada UMNO,tapi sekarang rakyat dan UMAT ISLAM telah nampak dimana kaca an dimana intan....fikir-fikir lah

    ReplyDelete
  5. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.50/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete
  6. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia