Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

20 August 2009

UMNO Kehabisan Calon di Permatang Pasir?

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.

http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

19 August 2009

Siapa Pengkhianat ?

Oleh : DPPN Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Lahirul Latigu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam akhbar New Sabah Times bertarikh 17 Ogos semasa lawatannya ke Kudat untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kudat dan Kota Marudu pada 16 Ogos 2009.

Jelas Sdr Lahirul, bukannya rakyat Sabah tidak tahu apa yang UMNO dan BN lakukan selama ini terhadap hasil mahsul di negeri ini. Jika benar Kerajaan UMNO dan BN mendakwa merekalah selama ini yang memperjuangkan nasib rakyat, mana mungkin Sabah pada hari ini kekal pada kedudukan tertinggi sekali kadar kemiskinannya. Tegas beliau, UMNO-BN bukan sahaja gagal menaik taraf kedudukan bumiputera Sabah, malah mereka juga telah gagal membantu orang melayu di semenanjung walaupun sebahagian besar pemimpinnya terdiri daripada orang nombor satu di Malaysia dan kakitangan kerajaan yang terdiri dari kalangan orang melayu. Sdr Lahirul juga menegaskan pengkhianatan UMNO terhadap orang melayu juga terbukti apabila cuba menyekat pembangunan orang melayu di Kelantan dengan melantik konco-konco meraka dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Telah banyak wang rakyat dibazirkan di Kelantan, dakwa beliau, semata-mata kerana dendam kesumat UMNO sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga sekarang. Ketidakadilan UMNO dalam memberikan hak kepada rakyat juga dapat dilihat sewaktu PAS memerintah pada tahun 1059 sehingga 1978. Tambah Lahirul, pengkhianatan UMNO-BN terhadap rakyat Sabah juga apa kuranganya. Melalui kroni-kroni mereka yang diserap masuk kedalam USIA dan MUIS, akhirnya tanah yang menjadi tempat berdirinya 1 Borneo bersebelahan UMS, menjadi mercu tanda bahawa UMNO telah merompak hasil mahsul negeri ini dengan sesuka hati. Sementara itu, juak-juak UMNO terus bermaharajalela dengan menipu perjanjian tanah kononnya untuk menyewa tetapi sebenarnya cuba untuk melupuskan hak bumiputera terhadap tanah tersebut. Mengulas berkenaan tuduhan Muhyiddin terhadap PAS, beliau berkata, UMNO sepatutnya cermin diri sendiri sebelum menuduh pembangkang sebagai pengkhianat. Saudara Lahirul mengingatkan pemimpin UMNO, bahawa rakyat Sabah sudah sedar dan akan bangkit membuat perubahan. Soal siapa pengkhianat, rakyat Sabah sudah tahu membuat penilaian.

http://dppsabah.blogspot.com/

14 August 2009

Pergi Tak kembali

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani yang telah dijemput menemui Illahi. Takziah kepada seluruh kaum keluarga Allahyarham daripada Anak Sabah Anak Malaysia. Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham dengan keberkatan, amin.

11 August 2009

Siapa peduli kerugian ekonomi keluarga ISA

Oleh MAT ZAIN MAT ISA-www.detikdaily.net

Sepertimana lazimnya, media massa arus perdana sekali lagi menjadi senjata utama merasionalkan pendirian dan mempertahankan tindakan kerajaan dalam isu demonstrasi rakyat membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Sabtu (1 Ogos) lalu. Di masa sama segala macam persepsi dan implikasi negatif dihalakan kepada pihak penganjur perhimpunan yang menuntut akta zalim itu dihapuskan.

Sementara akhbar-akhbar utama berbahasa Cina pada Ahad (2 Ogos) merakamkan detik penentangan rakyat itu dari perspektif lebih telus dan adil, akhbar-akhbar berbahasa Melayu pula memilih mencorakkan minda pembaca dengan perspektif sempit selari dengan kehendak parti pemerintah.

Sekurang-kurangnya empat akhbar Cina, iaitu Sin Chew Daily, China Press, Guang Ming Daily dan Nanyang Siang Pau memuatkan gambar para demonstran yang diambil dari sudut luas di muka depan masing-masing. Tepat seperti dikata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkara. Gambar-gambar yang termuat di muka depan keempat-empat akhbar itu menunjukkan puluhan ribu demonstran sedang berarak, masing-masing di lokasi berbeza. Sebaliknya, akhbar-akhbar Melayu hanya memuatkan gambar yang tidak menggambarkan situasi keseluruhan. Ada gambar lima-enam demonstran memulangkan tin bom asap ke arah pihak yang menembaknya, ada gambar sebilangan mereka sedang lari dari asakan pasukan polis dan ada gambar polis sedang menangani keadaan. Ulasan dan kenyataan pelbagai pihak mengenai demonstrasi turut dipilih-pilih. Hanya yang positif terhadap kerajaan disiarkan di ruang utama. Walaupun ada juga dimuatkan komen dan pandangan yang bersetuju ISA dimansuhkan, ia tenggelam di celah-celah puluhan ulasan yang mempertahankan akta itu. Sebahagian pandangan pro-ISA mahu ia dikekalkan dalam keadaan yang ada, manakala sebahagian lain mencadangkan ia hanya dikaji semula dan dipinda, bukan dimansuhkan. Pandangan kedua itu dianggap bertepatan dengan pendirian kerajaan. Bertolak dari situ, beberapa pihak menyifatkan tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan itu sebagai tidak bijak. Ia dikatakan gagal mengambil kesempatan atas keterbukaan kerajaan mendengar pandangan rakyat menerusi perbincangan dan cadangan rasional. GMI yang turut didokongi parti-parti Pakatan Rakyat juga dianggap gagal memanfaatkan saluran yang betul. Ia sepatutnya menggunakan medan Parlimen untuk menyuarakan pandangan mahupun bantahan, bukannya memilih jalan raya. Dikatakan ISA lahir di Parlimen. Maka sebarang usaha membantahnya juga perlu menggunakan saluran Parlimen. Sebenarnya, pihak yang berpandangan begini sama ada jahil fakta sejarah atau pun sengaja mencari hujah demoralisasi terhadap GMI dan perjuangan menuntut keadilan. Sebabnya, selama hampir separuh abad ISA wujud, bantahan dan pandangan kedua mengenainya tidak pernah berhenti disuarakan termasuk di Parlimen. Malangnya, pandangan pemimpin pembangkang tidak pernah dihiraukan Barisan Nasional (BN). Pekikan dan rayuan rakyat agar akta itu dihapuskan bagaikan singgah di telinga yang 'pekak badak'. Ertinya, saluran Parlimen telah terbukti tidak memberi kesan kepada keangkuhan BN. Paling banyak disensasikan akhbar-akhbar selepas demonstrasi ialah apa yang didakwa implikasi ekonomi. Kononnya pelbagai pihak, terutama para pengusaha pusat beli-belah, peniaga dan penjaja serta pemandu teksi di sekitar kawasan perhimpunan mengalami kerugian besar. Seorang pengurus rangkaian pasaraya terkenal menganggarkan kerugian pihaknya sehari tersebut mencecah RM300,000 apabila dua pasarayanya terpaksa ditutup. Jurucakap sebuah persatuan penjaja pula dipetik sebagai mendakwa ahli-ahli persatuannya kerugian lebih RM250,000 ekoran operasi terjejas. Seorang menteri turut menganggarkan kerugian keseluruhan dari sudut ekonomi lebih RM100 juta. Jika benar segala angka didakwa itu, maka dapatlah kita bayangkan betapa kesal, marah dan kecewanya pihak terlibat apabila hak dan kebebasan mereka berurusniaga disekat atau tergendala, walau pun hanya sehari. Sepatutnya, di atas naluri kemanusiaan, mereka yang begitu marah itu lebih mudah memahami betapa kecewa, sedih dan deritanya sebuah keluarga yang hilang punca pendapatannya apabila bapa atau ketua keluarga mereka ditahan ISA. Kerugian ekonomi ditanggung keluarga mangsa ISA bukan setakat sehari-dua, tetapi berbulan atau bertahun. Bahkan, ada ketua keluarga yang sudah melangkaui tujuh tahun ditahan tanpa bicara. Jika pendapatannya serendah RM50 sehari pun, sudah berapa ratus ribu "kerugian ekonomi" ditanggung keluarga tersebut? Bagaimana pula dengan kerugian emosi atau kesan psikologi negatif ditanggung isteri dan anak-anak yang dipaksa berpisah dari suami dan bapa mereka? Kehadiran semua anggota keluarga tersayang di setiap waktu yang diperlukan adalah kunci keharmonian dan kebahagiaan sesebuah keluarga. Demi Allah, peluang dan ruang itu terlalu mahal untuk ditukar dengan wang ringgit, biar pun berjuta nilainya. Puluhan ribu demonstran Sabtu lalu bukan sahaja meninggalkan kerja harian, malah mengeluarkan belanja pula semata-mata untuk menyatakan pendirian mereka tentang ISA. Mereka juga membayar harga yang mahal untuk sebuah perjuangan menuntut keadilan dan hak asasi kemanusiaan.

06 August 2009

SIAPA KATA MUSA AMAN TIDAK BANTU RAKYAT, RM50 DALAM 5 TAHUN?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

 

SEMENJAK Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah, Kuala Lumpur bertambah yakin kepada kepimpinannya, kerana beliau pimpin UMNO Sabah senada dan seirama dengan halatuju pimpinan Kerajaan Pusat. "Yang kaya terus kaya, yang miskin papakedana".

Rakyat diminta memberikan sokongan padu kepada UMNO. Sudah 52 tahun orang Islam dan Melayu bersatupadu seiring dan sejalan dengan UMNO. Namun nasib orang Islam dan Melayu masih lagi "kais pagi makan petang, kais petang makan lagi" .Yang berubah nasib para pemimpin dan anak-anak mereka, anak anak buah mereka dan kroni UMNO sahaja.

Siapa kata rakyat tidak dibantu oleh UMNO/BN?  Dari dulu lagi 'rakyat sudah didahulukan'.  Setiap 5 tahun sekali rakyat dapat bantuan RM50. Tugas rakyat untuk undi UMNO/BN dan mencari 'Hantu Bangkit'  dari kubur untuk undi UMNO/BN supaya para pemimpin Melayu kekal berkuasa dan kekal pendapatan mereka kalau UMNO berkuasa. Anak-anak dan kroni pun turut mewah.

Wang sagu hati untuk rakyat RM50 untuk 5 tahun sekali sudah cukup. Itu pun boleh dikira menolong rakyat juga. Bukankah Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sudah buat prosedur baru? "Undi calon UMNO/BN dulu, baru Kerajaan bantu buat jambatan Manek Urai."

Tentu sekali para pemimpin UMNO tidak suka dengan halatuju Pakatan Rakyat, yang paling tidak disenangi oleh para pemimpin UMNO ialah untuk mengecualikan dari pengaruh politik kepada polis, kehakiman, SPRM dan SPR agar kuasa  badan badan instituisi itu berfungsi secara bebas tidak berpihak kepada mana- mana pengaruh politik.

Bila sahaja politik UMNO meng'UMNO'kan badan badan instituisi seperti polis, mahkamah, SPRM dan SPR maka peluang itupun  digunakan oleh Datuk Seri Musa Aman untuk membina empayarnya di Sabah. Beratus ratus aduan rasuah dari orang ramai kepada SPRM sudah tidak mengena lagi.

Musa tidak makan saman lagi bila Pengerusi SPRM mengatakan "Musa is clean. No case to answer". Maka dia pun dalam masa yang sama mendapat anugerah gelaran Datuk Seri Penglima Darjah Kinabalu. Percaya kah anda Musa is clean? Mansionnya pun  tidak sepadan dengan gaji Ketua Menteri.

Para pemimpin UMNO di Sabah bukannya semua ikut style Musa Aman. Bukan semua 'kejam' seperti Datuk Musa Aman. Ada juga para pemimpin UMNO yang baik, yang lebih bijak, yang lebih beraura dan berwibawa seperti Datuk Seri Mohd.Salleh Tun Said, Datuk Rahim Ismail dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Tapi nasib politik mereka tidak terlalu baik seperti Datuk Seri Musa, nasib tidak berpihak kepada mereka untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah kerana para pemimpin UMNO ini  tidak suka jadi hero pelakon filem Hindustan. Musa Aman ada bakatnya. Beliau sangat pintar main 'pintas memintas dalam parti UMNO Sabah'.

Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, disekat untuk menjadi calon ADUN Usukan Kota Belud dan parlimen Kota Belud, kerana Musa takut tercabar kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah. Datuk Shafie Apdal pun boleh menggugat kedudukan Musa, cuma Datuk Shafie dibenarkan jadi calon parlimen sahaja. Musa tidak beri peluang beliau bertanding DUN. Musa pun selamat menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah. 'Musa pandai susun daun politiknya.'


Rahim Ismail, satu ketika dulu pernah jadi menteri penuh dalam kabinet Musa Aman, PRU12 Rahim Ismail menang lagi tapi beliau digugurkan dalam senarai kabinet Musa Aman. Rahim Ismail dianggap bahaya kerana berbakat jadi Ketua Menteri Sabah.

Pemimpin yang berpengaruh, seperti Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Rahim Ismail, karier politik mereka semua disimpan oleh Datuk Seri Musa Aman dalam peti ais dan
dibekukan. Kalau mereka tidak mahu jadi 'Yes man' maka mereka jangan harap boleh jadi calon PRU13 nanti.


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia