Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

06 August 2009

SIAPA KATA MUSA AMAN TIDAK BANTU RAKYAT, RM50 DALAM 5 TAHUN?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

 

SEMENJAK Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah, Kuala Lumpur bertambah yakin kepada kepimpinannya, kerana beliau pimpin UMNO Sabah senada dan seirama dengan halatuju pimpinan Kerajaan Pusat. "Yang kaya terus kaya, yang miskin papakedana".

Rakyat diminta memberikan sokongan padu kepada UMNO. Sudah 52 tahun orang Islam dan Melayu bersatupadu seiring dan sejalan dengan UMNO. Namun nasib orang Islam dan Melayu masih lagi "kais pagi makan petang, kais petang makan lagi" .Yang berubah nasib para pemimpin dan anak-anak mereka, anak anak buah mereka dan kroni UMNO sahaja.

Siapa kata rakyat tidak dibantu oleh UMNO/BN?  Dari dulu lagi 'rakyat sudah didahulukan'.  Setiap 5 tahun sekali rakyat dapat bantuan RM50. Tugas rakyat untuk undi UMNO/BN dan mencari 'Hantu Bangkit'  dari kubur untuk undi UMNO/BN supaya para pemimpin Melayu kekal berkuasa dan kekal pendapatan mereka kalau UMNO berkuasa. Anak-anak dan kroni pun turut mewah.

Wang sagu hati untuk rakyat RM50 untuk 5 tahun sekali sudah cukup. Itu pun boleh dikira menolong rakyat juga. Bukankah Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sudah buat prosedur baru? "Undi calon UMNO/BN dulu, baru Kerajaan bantu buat jambatan Manek Urai."

Tentu sekali para pemimpin UMNO tidak suka dengan halatuju Pakatan Rakyat, yang paling tidak disenangi oleh para pemimpin UMNO ialah untuk mengecualikan dari pengaruh politik kepada polis, kehakiman, SPRM dan SPR agar kuasa  badan badan instituisi itu berfungsi secara bebas tidak berpihak kepada mana- mana pengaruh politik.

Bila sahaja politik UMNO meng'UMNO'kan badan badan instituisi seperti polis, mahkamah, SPRM dan SPR maka peluang itupun  digunakan oleh Datuk Seri Musa Aman untuk membina empayarnya di Sabah. Beratus ratus aduan rasuah dari orang ramai kepada SPRM sudah tidak mengena lagi.

Musa tidak makan saman lagi bila Pengerusi SPRM mengatakan "Musa is clean. No case to answer". Maka dia pun dalam masa yang sama mendapat anugerah gelaran Datuk Seri Penglima Darjah Kinabalu. Percaya kah anda Musa is clean? Mansionnya pun  tidak sepadan dengan gaji Ketua Menteri.

Para pemimpin UMNO di Sabah bukannya semua ikut style Musa Aman. Bukan semua 'kejam' seperti Datuk Musa Aman. Ada juga para pemimpin UMNO yang baik, yang lebih bijak, yang lebih beraura dan berwibawa seperti Datuk Seri Mohd.Salleh Tun Said, Datuk Rahim Ismail dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Tapi nasib politik mereka tidak terlalu baik seperti Datuk Seri Musa, nasib tidak berpihak kepada mereka untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah kerana para pemimpin UMNO ini  tidak suka jadi hero pelakon filem Hindustan. Musa Aman ada bakatnya. Beliau sangat pintar main 'pintas memintas dalam parti UMNO Sabah'.

Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, disekat untuk menjadi calon ADUN Usukan Kota Belud dan parlimen Kota Belud, kerana Musa takut tercabar kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah. Datuk Shafie Apdal pun boleh menggugat kedudukan Musa, cuma Datuk Shafie dibenarkan jadi calon parlimen sahaja. Musa tidak beri peluang beliau bertanding DUN. Musa pun selamat menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah. 'Musa pandai susun daun politiknya.'


Rahim Ismail, satu ketika dulu pernah jadi menteri penuh dalam kabinet Musa Aman, PRU12 Rahim Ismail menang lagi tapi beliau digugurkan dalam senarai kabinet Musa Aman. Rahim Ismail dianggap bahaya kerana berbakat jadi Ketua Menteri Sabah.

Pemimpin yang berpengaruh, seperti Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Rahim Ismail, karier politik mereka semua disimpan oleh Datuk Seri Musa Aman dalam peti ais dan
dibekukan. Kalau mereka tidak mahu jadi 'Yes man' maka mereka jangan harap boleh jadi calon PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia