Assalamualaikum, Selamat Datang
Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?
Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.
Anak Sabah Anak Malaysia
Anak Sabah Anak Malaysia
"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)
17 March 2010
ARAH BUDAYA SENIMAN KITA
Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga dalam negara kita ini kurang membaca. Dari kajian dan pukul rata seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun. Berbanding dengan 40 ke 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland.
Hasilnya buku buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga dalam negara kita ini tidak ambil pot tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buka sastera, buku falsafah atau buku budaya, pamiran lukisan, pementasan sandiwara atau teater.
Megapa ini berlaku? Apakah warga Malaysia ini – terutama manusia Melayu - amat culas dalam hal baca membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keingian untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekelilingnya. Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi bagitu mandul sehinggakan dia tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri.
Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang-orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman , para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun dan menentang dan melawan proses pembodohan ini.
Disini peranan penulis/seniman/sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya yang disebar luas oleh United Malays National Organisation.
Selama lebih dari 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruk cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu befikir dan bergerak.
Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini adalah sikap yang salah. Inilah sikap hasil dari hegemoni budaya United Malays National Organisation. Budaya ini memalaskan kita untuk berfikit. Seharusnya - kita menimbulkan persoalan demi persoalan ke atas kenyataan tadi.
Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca ?
Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah nobel maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh si penulis dalam didalam nobel itu. Jika manusia Melayu gagal untuk menghayati sebuah puisi – maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya pusi itu. Jika mansia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan maka mari kita selami apa dia yang telah dilukis.
Selama lebih dari 20 tahun ini – buku-buku dari tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa , buku buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakan bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara yang dipentaskan ke hadapan penonton banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu.
Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadari dahulu banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadari. Banyak seminar-seminar akdemik dianjurkan tentang Islam Hadari. Ada tetaer dipentaskan tentang Islam Hadari. Ada kajian-kajian di jalankan tentang Islam Hadari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pamiran lukisan tentang Islam Hadari.
Seorang penulis puisi yang bercita cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadari. Ini untuk memastiikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan essei tentang Islam Hadari. Akan diadakan pertanding berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadari.
Sebuah pereka desin papan tanda juga akan meletakan logo Islam Hadari - agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum di sebarkan ditepi tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadari. Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadari.
Apabila pencadang Islam Hadari ini tidak ada kuasa lagi maka semua beralih kepada satu Malaysia. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh ke dalam masyarakat kita.
Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis , si penyaer, si pengkaji, si pembuat teater, si pembuat lagu, si pereka – semua tahu – apa yang mereka buat adalah membodek orang yang berkuasa pada ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan.
Kerja kerja bodek – tidak menarik. Kerja kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidakkan mengancam untuk mengelodakkan fikrah yang beku. Kerja kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa. Nobel-nobel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil dari peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah jika buku buku bodek ini ini di beri percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek.
Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa apa manafaat kepada kehidupan mereka.
Bayangkan jika buku-buku atau kerja kerja seni ini ada berkaitan – ada hubungan dengan kehidupan mereka - pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi ini indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu – pasti puisi ini akan dihayati.
Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawaan ini adalah perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayatinya kerja seni ini. Bukan buku buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan manjoriti manusia Melayu.
Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau shaer dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman pasti kerja seni mereka merebak luas.
Contoh terbaik – hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyaer, pemusik, pelukis – untuk digarap seseni mungkin.
Jika para penulis/ seniman/saterawan/pelukis/ pengiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar. Jangan kecewa apabila pamiran lukisan hanya dilihat sebagai pamiran syiok sendiri. Jangan marah jika tak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli.
Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikkan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan pusi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan. Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu.
15 March 2010
FORUM KHAS ‘MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?’ 2 APRIL 2010
PERSATUAN Blogger Sabah akan mengadakan mesyuarat sebagai persediaan untuk mengadakan Forum Khas ‘MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?’. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 19 Mac 2010 di Tingkat Satu, Hotel Deleton, Kota Kinabalu.
Sehubungan itu, Persatuan Blogger Sabah menjemput semua ahli yang tersenarai di portal www.sabahkini.net dan semua NGO yang berminat agar hadir ke mesyuarat berkenaan bermula pada jam 10 pagi.
Untuk makluman, Persatuan Blogger Sabah akan menjemput Mantan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi ‘Tetamu Utama’ dalam Forum Khas, ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’ yang dijadualkan pada 2 April 2010 di Kota Kinabalu.
Sabahkini.net yang dilantik sebagai ‘Portal Rasmi’ forum berkenaan akan membawa kepada anda liputan langsung daripada Forum PENTING tersebut.
Pastikan semua ahli Persatuan Blogger Sabah dan NGO yang berminat menghadiri mesyuarat Ad-Hoc untuk membincangkan beberapa perkara termasuk pengisian forum agar memberikan manfaat kepada rakyat Sabah dan Anak Negeri keseluruhannya.
03 March 2010
PENGETUA, GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN GURU DI SOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI – laman reformasi
PULAU PINANG - 2 Mac: Seramai 32 guru telah di soal siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca dari tindakan Umno negeri yang menggunakan jabatan Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan” guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang” atau pun “menyokong pembangkang”.Tindakan tidak demokratik ini di lihat cuba kembali di zaman “Mahathirisme” dimana pada ketika itu, umno dianggap sebagai “tuan” kepada yang lain.Hanya ahli Umno sahaja yang boleh bercakap soal politik,hanya ahli Umno sahaja yang boleh berkempen, orang lain,parti lain tidak boleh berkempen.Jika tidak akan di tukar serta merta.
Menurut beberapa guru yang di Tanya oleh Era Pakatan, memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan adakah ini di anggap sebagai pembangkang?
“Malah kami dapati bahawa Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNPP, Daud Hasanuddin merupakan 2 orang wakil JPNPP yang bertanggungjawab menyoal kami, malah kami menganggap bahawa mereka adalah menjalankan tugas seperti yang di arahkan Umno negeri.”
“Badan perhubungan Umno Pulau Pinang yang membuat aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan KPPM yang arah Pengarah JPNPP mengadakan siasatan tidak rasmi itu.,” jelasnya kumpulan terbabit.
Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan berkali-kali daripada pihak atasan.
Selain itu, ada juga maklumat yang menjelaskan bahawa ekoran keengganan beberapa pengetua,guru besar tidak mahu terbabit dengan program “Umno Juara rakyat” , dimana pihak Umno mahu menggunakan sekolah sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti di sekolah , dan ada pengetua dan guru besar yang tidak mahu mengunakan sekolah mereka sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka.
“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPNPP sendiri memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.
Menurut maklumat yang di berikan, punca utama ialah bagaimana seorang pion yang mengadu untuk bertukar ke sekolah lain.Namun pertukaran beliau tidak di layan.Dalammasa yang sama apabila tidak di layan beliau berjumpa datuk Shahbudin dan menyatakan bahawa Umno sudah tidak punya kuasa dan pertukaran beliau tidak dilayan. Maka Shahbudin sendiri juga telah mengarahkan agar peon tadi ditukar.Dalam masa yang sama Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi perhubungan Umno, mengarahkan agar mereka di siasat aktiviti mereka.
“Malah ada Pengetua dan guru besar juga di soal siasat, pegawai PPD juga di soal siasat hanya kerana berbual biasa dengan rakan-rakan berkenaan dengan politik.Apa salahnya berbual tentang politik dan kita bukannya negara diktaktor yang langsung tidak boleh berbual soal politik.
Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan JPNPP supaya tidak menganggap mereka sebagai agen pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai demontrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini, dan ada sesetengah pengetua dan guru besar yang tidak mahu sekolah mereka dijadikan tempat untuk sebarang aktiviti Umno.
“Kami kesal kerana Umno cuba menjadikan sekolah sebagai tempat untuk aktiviti Mereka, malahan memaksa pula orang ramai dan kaum guru hadir bagi menjayakan program mereka.perkara ini tdak pula bersalah bagi mereka,hanya kerana Bn memerintah.Umno adalah parti sebuah parti yang sama sahaja dengan parti lain.Kerajaan adalah rakyat.” Demikian jelas kaum guru yang di temui.
Sementara itu kumpulan terbabit tidak pula bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pegawai yang menyoal mereka kerna memahami mereka hanya menjalankan tugas atas arahan Umno .Ini adalah kerana tindakan ini seolah-olah mengganggu privasi dan hak asasi kaum guru, walupun ianya mengganggu emosi mereka ekoran surat panggilan itu datangnya dari bahagian tindakan dispilin JPNPP.
“ Kita tidak pula bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kita tahu ini bukan arahan sesiapa kecuali perhubungan umno negeri dan walau kita tahu Umno di sebalik semua tindakan ini.Malah tindakan terkebelakang inilah yang menyebabkan makin banyak yang menolak parti tersebut akhir-akhirnya . Malah mungkin ada orang yang bercita-cita hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri gamaknya “, kata seorang guru yang terbabit yang mengakui tidak lagi menyokong parti tersebut akhir-akhir ini kerana tidak demokratik dalam tindakan mereka.
28 February 2010
Nota Tukar Tiub
orang Melayu
pagi melopong kena tipu
tengah hari melopong kena kelentong
petang melopong kena torak
malam melangok depan tv kena pukau
tanah sekangkang jadi sekaki
nak bersorak tak ada suara
kampung dah lama tergadai
yang tinggal hanya ketuanan Melayu
nak jual pun sudah tak laku kah kah kah
dulu tnb ialah lembaga letrik negara
ini syarikat milik rakyat.
mahafirun swastakan harta rakyat untuk bagi
kroni kaya.
paksa tnb beli tenaga leterik dari
syarikat kroni.
ini ipp – independent power produceer.
ipp jadi orang tengah. orang tengah ini makan duit buta.
dulu lln tak ada orang tengah. kalau untung ertinya rakyat yang
untung. sekarang kalau untung masuk dalam saku para kroni.
ini pun orang melayu tak sedar sedar.
kena tipu siang malam
cocok api leterik pada ibu jari mungkin
baru orang melayu menjerit sedar kah kah kah
http://tukartiub.blogspot.com
UMNO JUAL 3,000 EKAR TANAH DI KOTA KLIAS
Oleh: ISMAILY BONGSU
TANAH seluas 3,000 ekar yang terletak di Kampung Nukahan, Kota Klias, Beaufort, Sabah yang dipohon atas nama ‘Imej?’ Sendirian Berhad dan dimiliki empat orang pemimpin politik UMNO telah dijual kepada taukeh Sarawak.
Semasa kerja pembangunan ladang kelapa sawit berkenaan, ramai juga orang kampung berkerja di ladang kelapa sawit milik pemimpin UMNO itu yang sepatutnya menjadi milik orang kampung berkenaan tetapi dirampas pemimpin UMNO yang rakus melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Paling menyedihkan, rupanya empat pemimpin UMNO itu mempunyai niat lain kerana tiga tahun kemudian ladang itu dijual kepada tauke Cina Sarawak dengan harga RM8 juta. Natijahnya semua orang kampung yang bekerja di ladang ini diberhentikan kerana taukeh Cina Sarawak berkenaan mengambil pekerja asing menggantikan khidmat mereka.
Dalam pada itu, seorang pemimpin tempatan, Taufick Ruschi berkata yang berhak ke atas tanah tersebut ialah penduduk sekitar Kampung Nukanan, Kota Klias, Manalan, Laba, Klias Kecil, Kakuro dan Kampung Layung.
“Kalaulah keluasan tanah tersebut diberikan kepada setiap orang penduduk kampung seluas 5 ekar satu keluarga, kemudian tanah yang dimiliki oleh penduduk itu diusahakan secara usahasama dengan agensi swasta kerajaan seperti Felda, Felcra, KPD dan LKTNS, saya fikir masaalah kemiskinan rakyat akan berakhir,” kata Taufick yang yakin rakyat dapat keluar dari kepompong kemiskinan.
Sumber: Sabahkini.net
Subscribe to:
Posts (Atom)
“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.
Hakikat Satu Malaysia