EPISOD 1 Oleh : OKK HASSNAR HJ EBRAHIM MASYARAKAT antarabangsa tiba-tiba saja bangkit marah apabila kapal Mavi Marmara yang membawa sekumpulan sukarelawan bersama barang bantuan untuk penduduk Gaza diserang oleh Komando Israel menyebabkan sembilan orang maut. Malaysia tidak terkecuali. Malah Perdana Menteri dengan lantang menggelar Isreal sebagai ‘Samseng Dunia’. Kisah penderitaan masyarakat Palestin dijadikan isu oleh Pemimpin UMNO bukan perkara baru. Dalam perhimpunan Agung UMNO tahun 2008, satu galeri penuh dengan gambar yang mempamerkan wajah-wajah sedih penduduk Palestin melihat harta benda serta rumah-rumah mereka yang hancur musnah diroboh oleh jentolak tentera Isreal, sememangnya menyayat hati mereka yang melihatnya. Persoalaannya apakah UMNO jujur dalam memperjuangkan nasib malang yang menimpa penduduk Palestin? Atau apakah pemimpin UMNO ibarat kata pepatah, modern ‘kuman di seberang lautan nampak, tetapi buaya darat di hadapan mata tidak kelihatan.’ Isu Palestin adalah merupakan isu tanah. Tanpa tanah kaum Yahudi terpaksa menjadi pelarian ke seluruh pelusok dunia. Sebagai rakyat ‘menumpang’ mereka sering dihadapkan dengan pelbagai masalah. Persoalannya apakah masalah dihadapi rakyat Palestin sekarang tidak diwujudkan oleh pemimpin dan kerajaan UMNO BN di Malaysia? Antara 25 Februari 2002 hingga 25 Mac 2002, lebih kurang 50,000 kaum Anak Negeri berasal dari Sabah telah menjadi pelarian di negeri mereka sendiri apabila mereka diusir keluar dari tanah mereka sendiri. Semuanya adalah hasil kerja pemimpin UMNO yang gemar ‘melempar batu, sembunyi tangan.’ Kalau Israel boleh digelar ‘Samseng Dunia’ oleh Najib, apa kurangnya kerajaan UMNO BN? Najib Rajak wajib cermin Kerajaan UMNO BN terlebih dahulu sebelum label orang lain dengan tohmahan yang diri sendiri juga serupa. Tanah Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah satu ketika dahulu telah dihuni oleh penduduk Anak Negeri berasal dari seluruh Sabah. Antara mereka adalah dari suku kaum orang Sungai, Murut, Kadazan dan berbagai lagi. Hak mereka ke atas tanah yang telah pun menjadi tanah adat milik kaum Anak Negeri Sabah telah dinafikan apabila pemimpin Kerajaan UMNO/BN dengan kejam menghantar Tentera Melayu Di-Raja Malaysia bersama anggota Polis Di-Raja Malaysia; lengkap dengan senjata perang, merobohkan rumah-rumah mereka seterusnya merampas tanah milik mereka. Turut musnah adalah harta benda yang berpuluh tahun dikumpul oleh mangsa. Kini tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah bukan lagi milik penduduk Anak Negeri. Dahulunya, para pemimpin sebelum dan selepas merdeka galakkan kaum anak negeri membuka dan membangunkan tanah tersebut dengan bantuan Kerajaan seperti bekalan eletrik, air dan sebagainya. Akibat keganasan dilakukan oleh anggota Polis Di-Raja Malayisa, tanah seluas 100 ekar lebih itu sudah dikeluarkan geran dan ditimbus. Gerannya pula sudah digadai. Syarikat yang menjadi Kontraktor menimbus tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah beralamat di Rumah Ketua Menteri Negeri Sabah sekarang, Musa Aman di Sri Libaran, Batu 7, Sandakan, Sabah. Mungkin inilah dimaksudkan Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Berikut adalah berita disiarkan dilaman web Berita Harian online; (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HukumIsrael/Article/ ) WAKIL PEMBANGKANG, KERAJAAN SEPAKAT MAHU TEKANAN DIKENA TERHADAP AMERIKA KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam sebulat suara meluluskan usul mengandungi 15 ketetapan termasuk mendesak supaya Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana bertindak biadab menyerang dan menawan kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, akhir bulan lalu. Wakil kerajaan dan pembangkang yang membahaskan usul dibentangkan Datuk Seri Najib Razak itu juga sepakat mahu masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) agar kuasa besar itu tidak lagi melindungi keganasan Israel yang disifatkan Perdana Menteri sebagai samseng dunia. Usul itu diluluskan setelah lebih lima jam dibahaskan 28 Ahli Parlimen, 12 wakil Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang (14) dan dua wakil Bebas, manakala penggulungan dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam perbahasan di atas sedarilah Kerajaan UMNO BN juga lakukan jenayah serupa seperti dilakukan oleh Isreal terhadap penduduk Palestin. Bezanya yang terlibat menjadi mangsa di Malaysia adalah merupakan penduduk Anak Negeri Sabah yang miskin dan tidak mampu mengheret Polis-Polis dari ‘Malaya’ kemuka pengadilan. Lebih malang lagi walau diheret ke Mahkamah belum tentu para pengadil yang hidup di bawah telunjuk pemimpin UMNO akan berlaku adil! Dari budaya kerja merompak harta rakyat tidak ada beza antara Pemimpin UMNO BN di Malaysia dengan pemimpin di Israel yang aniaya masyarakat Palestin. Mereka sama dan serupa. Sebagai mengakhiri episod pertama ini, sama-samalah kita renungi kata-kata berikut: "If the citizens neglect their Duty and place unprincipled men in office, the government will soon be corrupted; laws will be made, not for the public good so much as for selfish or local purposes; corrupt or incompetent men will be appointed to execute the Laws; the public revenues will be squandered on unworthy men; and the rights of the citizen will be violated or disregarded." Noah Webster - (1758-1843)
Assalamualaikum, Selamat Datang
Anak Sabah Anak Malaysia
08 June 2010
SIAPA KHIANATI KAUM ANAK NEGERI SABAH?
EPISOD 1 Oleh : OKK HASSNAR HJ EBRAHIM MASYARAKAT antarabangsa tiba-tiba saja bangkit marah apabila kapal Mavi Marmara yang membawa sekumpulan sukarelawan bersama barang bantuan untuk penduduk Gaza diserang oleh Komando Israel menyebabkan sembilan orang maut. Malaysia tidak terkecuali. Malah Perdana Menteri dengan lantang menggelar Isreal sebagai ‘Samseng Dunia’. Kisah penderitaan masyarakat Palestin dijadikan isu oleh Pemimpin UMNO bukan perkara baru. Dalam perhimpunan Agung UMNO tahun 2008, satu galeri penuh dengan gambar yang mempamerkan wajah-wajah sedih penduduk Palestin melihat harta benda serta rumah-rumah mereka yang hancur musnah diroboh oleh jentolak tentera Isreal, sememangnya menyayat hati mereka yang melihatnya. Persoalaannya apakah UMNO jujur dalam memperjuangkan nasib malang yang menimpa penduduk Palestin? Atau apakah pemimpin UMNO ibarat kata pepatah, modern ‘kuman di seberang lautan nampak, tetapi buaya darat di hadapan mata tidak kelihatan.’ Isu Palestin adalah merupakan isu tanah. Tanpa tanah kaum Yahudi terpaksa menjadi pelarian ke seluruh pelusok dunia. Sebagai rakyat ‘menumpang’ mereka sering dihadapkan dengan pelbagai masalah. Persoalannya apakah masalah dihadapi rakyat Palestin sekarang tidak diwujudkan oleh pemimpin dan kerajaan UMNO BN di Malaysia? Antara 25 Februari 2002 hingga 25 Mac 2002, lebih kurang 50,000 kaum Anak Negeri berasal dari Sabah telah menjadi pelarian di negeri mereka sendiri apabila mereka diusir keluar dari tanah mereka sendiri. Semuanya adalah hasil kerja pemimpin UMNO yang gemar ‘melempar batu, sembunyi tangan.’ Kalau Israel boleh digelar ‘Samseng Dunia’ oleh Najib, apa kurangnya kerajaan UMNO BN? Najib Rajak wajib cermin Kerajaan UMNO BN terlebih dahulu sebelum label orang lain dengan tohmahan yang diri sendiri juga serupa. Tanah Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah satu ketika dahulu telah dihuni oleh penduduk Anak Negeri berasal dari seluruh Sabah. Antara mereka adalah dari suku kaum orang Sungai, Murut, Kadazan dan berbagai lagi. Hak mereka ke atas tanah yang telah pun menjadi tanah adat milik kaum Anak Negeri Sabah telah dinafikan apabila pemimpin Kerajaan UMNO/BN dengan kejam menghantar Tentera Melayu Di-Raja Malaysia bersama anggota Polis Di-Raja Malaysia; lengkap dengan senjata perang, merobohkan rumah-rumah mereka seterusnya merampas tanah milik mereka. Turut musnah adalah harta benda yang berpuluh tahun dikumpul oleh mangsa. Kini tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah bukan lagi milik penduduk Anak Negeri. Dahulunya, para pemimpin sebelum dan selepas merdeka galakkan kaum anak negeri membuka dan membangunkan tanah tersebut dengan bantuan Kerajaan seperti bekalan eletrik, air dan sebagainya. Akibat keganasan dilakukan oleh anggota Polis Di-Raja Malayisa, tanah seluas 100 ekar lebih itu sudah dikeluarkan geran dan ditimbus. Gerannya pula sudah digadai. Syarikat yang menjadi Kontraktor menimbus tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah beralamat di Rumah Ketua Menteri Negeri Sabah sekarang, Musa Aman di Sri Libaran, Batu 7, Sandakan, Sabah. Mungkin inilah dimaksudkan Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Berikut adalah berita disiarkan dilaman web Berita Harian online; (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HukumIsrael/Article/ ) WAKIL PEMBANGKANG, KERAJAAN SEPAKAT MAHU TEKANAN DIKENA TERHADAP AMERIKA KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam sebulat suara meluluskan usul mengandungi 15 ketetapan termasuk mendesak supaya Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana bertindak biadab menyerang dan menawan kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, akhir bulan lalu. Wakil kerajaan dan pembangkang yang membahaskan usul dibentangkan Datuk Seri Najib Razak itu juga sepakat mahu masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) agar kuasa besar itu tidak lagi melindungi keganasan Israel yang disifatkan Perdana Menteri sebagai samseng dunia. Usul itu diluluskan setelah lebih lima jam dibahaskan 28 Ahli Parlimen, 12 wakil Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang (14) dan dua wakil Bebas, manakala penggulungan dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam perbahasan di atas sedarilah Kerajaan UMNO BN juga lakukan jenayah serupa seperti dilakukan oleh Isreal terhadap penduduk Palestin. Bezanya yang terlibat menjadi mangsa di Malaysia adalah merupakan penduduk Anak Negeri Sabah yang miskin dan tidak mampu mengheret Polis-Polis dari ‘Malaya’ kemuka pengadilan. Lebih malang lagi walau diheret ke Mahkamah belum tentu para pengadil yang hidup di bawah telunjuk pemimpin UMNO akan berlaku adil! Dari budaya kerja merompak harta rakyat tidak ada beza antara Pemimpin UMNO BN di Malaysia dengan pemimpin di Israel yang aniaya masyarakat Palestin. Mereka sama dan serupa. Sebagai mengakhiri episod pertama ini, sama-samalah kita renungi kata-kata berikut: "If the citizens neglect their Duty and place unprincipled men in office, the government will soon be corrupted; laws will be made, not for the public good so much as for selfish or local purposes; corrupt or incompetent men will be appointed to execute the Laws; the public revenues will be squandered on unworthy men; and the rights of the citizen will be violated or disregarded." Noah Webster - (1758-1843)
15 May 2010
Apa Sudah Jadi?
JUDI BOLA, NAJIB MASIH MEMBISU - harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Keengganan Najib Razak menjelaskan sebab meluluskan lesen judi bola sepak sempena piala dunia Jun ini dilihat sebagai takut berdepan Masyarakat Islam di negara ini.
Bekas Pengarah Jabatan Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mustahil Najib tidak tahu berhubung kelulusan kerajaan itu dan hanya mahu berrselindung di belakang . Awang Adek Hussein.
"Takkan itu semua dibuat secara peribadi oleh Dr. Awang Adek saja yang Najib sendiri tidak tahu.
"Takkan dia bersembunyi dalam baju Dr. Awang Adek, takut untuk berdepan dengan orang-orang Melayu yang beragama Islam," katanya.
Kerajaan awal minggu ini meluluskan permohonan lesen judi sempena Bolasepak Piala Dunia yang dipohon oleh Kumpulan Berjaya Corp. Bhd. yang dimiliki oleh Vincent Tan Chee Yioun.
KAH KAH KAH…
woit…. SURAT KHABAR MELAYU LANGSUNG TAK ADA LAPOR….kah kah kah….
woit… WARTAWAN CHINA YANG MAKAN BABI … BERANI LAPOR….kah kah kah…
woit….WARTAWAN MELAYU… YANG BERBUIH BUIH BACA YASSIN… TAK BERANI LAPOR… kah kah kah…
nota:
mana dia pejuang islam yang tunggul al ustaz aal ketayap zulkifly nordin?
mana dia al apiz haruul sonny al fatwa fatwi dari ipoh?
mana di kumpulan GST – geng songkok tinggi?
mana dia pukipm?
mana dia gpms?
mana dia prowaris?
mana dia pekasam
KAH KAH KAH…
woit… DULU HEBOH ZAID MINUM ARAK…. kah kah kah..
woit… DULU HEBOH ZAID ADA KUDA…. kah kah kah…
woit… SEKARANG PASAL APA SENYAP… kah kah kah..
kah kah kah... TAKUT PADA AL SHEIKH AL HAFIZI VINCENT TAN KE?...kah kah kah..
Sumber: http://tukartiub.blogspot.com
‘THREE BILLION DOLLAR MAN’ DI ARAH ISTIHAR HARTA?
Oleh: DR DAVID P.MATTA
KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang mendakwa mempunyai harta bernilai RM300 juta sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Kabinet ‘April Fool’ pada 1 April 2003; kini dipercayai mempunyai harta lebih USD 3 bilion telah diarah secara mandatori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengistiharkan harta melalui notis yang diserahkan kepadanya pada 29 April 2010.
Mengikut Notis berkenaan yang disampaikan kepada Musa Aman di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mula dikuatkuasa pada 1 Januari 2009;
Seksyen 36. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi, jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai, berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh seseorang pegawai Suruhanjaya, bahawa apa-apa harta dipegang atau diperoleh oleh mana-mana orang hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, boleh dengan notis bertulis:
(a) menghendaki orang itu supaya memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar,
(i) yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau dimiliki olehnya, atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana ia diperoleh, sama ada dengan jalan urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain;
(ii) yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;
(iii) yangmenyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa;
(iv) yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah hakmilik, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada ia telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
(v) menyatakan segala maklumat lain yang berhubungan dengan hartanya, perniagaannya, perjalanannya, atau kegiatan-kegiatannya yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan
(vi) menyatakan segala punca pendapatannya, perolehannya atau asetnya;
Mengikut Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, jika gagal mengistiharkan harta Musa Aman boleh disabitkan kesalahan dan dihukum;
a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan
b) Didenda tidk kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi
Setelah Notis Pengisytiharan Harta tersebut diserahkan kepada Musa Aman, Sabahkini.net telah berjaya mengesan Pemegang Amanahnya, Peguam Richard Barnes telah diarah berlepas ke Australia pada 3 Mei 2010 untuk mengurus dan mengalihkan kesemua wang ‘cucian’ (laundering) berbillions USD dan hartanya di luar negara, terutamanya Australia, Hong Kong dan Singapura.
Mengikut sumber dalaman SPRM, semasa Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman ditahan di Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008, dia telah memberi maklumat terperinci bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ dideposit ke akaun Richard Barnes, Nasir Yeo dan Musa Aman.
Mikhael Aman yang ingin mengelak daripada didakwa ICAC, Hong Kong juga telah menyenaraikan semua nama kroni Musa Aman seperti Pengarah Urusan Priceworth Wood Products Bhd, Andrew Lim Nyuk Foh; CEO Kretam Holding Berhad, Freddy Lim Nyuk Sang; CEO Java Incorporated Bhd, Datuk Admond Looh Chai Boon, Pengarah Urusan Asiatic Lumber Industries Sdn Bhd, John Nip Wing Hon; Pengarah Urusan Usahawan Borneo Group, Datuk Albert Lim Yu Min; Datuk Amin Khan; Datuk Nasir Yeo Guan Hock; Hafiz Musa Aman dan sebagainya.
Mikhael Aman yang mengetuai Kumpulan Kongsi Gelap dan Gangster Sandakan sentiasa dilindungi pengawal peribadinya, Sai Pao yang begitu berbangga sehingga dia masih kebal untuk disentuh SPRM! The Untouchable Of The Untouchable!
Siapakah kroni Musa Aman yang seterusnya akan diberkas oleh SPRM? Datuk Admond Looh, Datuk Nasir Yeo, John Nip atau…?
Sumber; sabahkini.net
25 March 2010
MINYAK SABAH KHAS UNTUK SABAH?
Oleh: TULUN TINARU
WAKIL Sabahkini.net di daerah Beluran setakat ini telah menemuramah 250 individu berkaitan dengan isu 'Minyak Sabah untuk Siapa?', 100% menjawab 'khasnya untuk Sabah'
Sabah mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar minyak dan gas asli yang terbesar bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara kerana medan minyak di Sabah masih mempunyai simpanan semasa (current crude oil and natural gas reserve) dianggarkan 1.4 billion tong (barrel) minyak dan 7.7 trillion Scf (standard cubic feet) gas cecair asli.
Kewujudan simpanan sebanyak ini membuktikan sebagai wajar untuk Petronas membangunkan perindustrian asas minyak dan gas kepunyaan Kerajaan negeri Sabah, selain memberi hak ekuiti carigali, pengeluaran dan pemasaran supaya Sabah benar-benar dapat menikmati hasil sumber asli nya sendiri.
Pada tahun 2008, Petronas adalah koporasi yang ke 95 terbesar di dunia dan ke 80 terbesar pada 2009 dan ke 8 teruntung di dunia dan nombor 1 di Asia. Perolehan kasar Petronas pada tahun 2009 mencecah 77 billion USD dan setelah ditolak kos penyembuhan, (cost recovery) mempunyai pendapatan bersih berjumlah 15 billion USD.
Adakah angka ini boleh dipercayai? Akan menjadi persoalan rakyat Sabah selama ini kerana berada dalam kegelapan mengenai Akta Minyak Petroleum yang tidak wujud atau belum dikuatkuasakan dalam undang-undang negeri Sabah, dan perjanjian pengambilalihan sumber minyak dan gas asli kepunyaan Sabah oleh Petronas telah dibuat secara tersembunyi.
Adalah dipercayai oleh rakyat Sabah bahawa 5 % royalti yang diterima Negeri Sabah adalah daripada sumber minyak sahaja dan tidak termasuk gas asli.
Petronas pada masa kini mempunyai kepentingan di dalam 31 buah Negara pada 2005, kumpulan Petronas terdiri daripada 103 buah anak Syarikat, 19 buah separuh pemilikan dan 57 buah syarikat berkepentingan, kesemua terlibat dalam aktiviti asas gas dan minyak.
Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar 290,000 tong minyak sehari. Bagaimanapun, Sabah (NEGARA) adalah sebuah negeri yang paling miskin dan paling mundur di Malaysia.
Pandangan dan nasihat Rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan Petronas agar melepaskan pegangan ke atas sumber minyak dan gas Sabah serta merestui kerajaan Negara Sabah untuk mengendali sumbernya sendiri dan sebaliknya menerima 5% royalti minyak dari Sabah.
Sumber: www.sabahkini.net
03 March 2010
PENGETUA, GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN GURU DI SOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI – laman reformasi
28 February 2010
UMNO JUAL 3,000 EKAR TANAH DI KOTA KLIAS
24 January 2010
Masihkah Anda Ingat Kes Kehilangan Enjin F-5E?
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.
Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.
Analisis Gong Zheng Bao
Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira 100 juta ringgit Malaysia ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Januari tahun ini.
Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Suara Keadilan edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-
1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?
2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?
3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?
4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?
5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?
6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?
7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?
8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.
Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?
9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?
10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?
GULA DIRAMPAS APMM UNTUK DILELONG?
Oleh: IBRAHIM SAHING
BELUM pun sampai 24 jam Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menangkap sebuah kumpit ML Menham yang sarat muatan 175 tan gula pasir yang sedang dalam perjalanan menuju Zamboanga, Filipina daripada Pelabuhan Barter Trade Sandakan, berdekatan Pulau Berhala, Sandakan; Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) sudah merundingkan bagaimana untuk melupuskan gula yang dirampas APMM.
Apakah jenaka yang dimainkan oleh APMM, KPDNK, Pasukan Gerak Marin (PGM) apabila ramai peniaga lintah darat mula mengerumuni gula yang dirampas APMM dan diserahkan kepada KPDNK untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Memandangkan Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja telah mengeluarkan Deklarasi Kastam (dengan apa cara sekalipun) maka KPDNK hanya mentertawakan APMM yang menangkap gula yang akan menjadi milik mereka jika dilupuskan untuk ditender kepada pembeli lain termasuk penyeludup berkenaan.
Oleh kerana itu, seorang lelaki Cina yang hanya dipanggil sebagai ‘Taukey’ sanggup membelanja 13 orang pegawai KPDNK Sandakan termasuk seorang yang memakai Uniform makan tengah hari di sebuah restoran di Sandakan.
Ketika sedang menjamu selera, kelihatan seorang ‘Macai’ sedang mengisi borang KPDNK dan seorang wanita sedang melayan seorang Pegawai Kanan KPDNK, manakala pegawai lain sedang menikmati makanan dengan penuh lahap tanpa mempedulikan apa yang dirundingkan ketua mereka dengan ‘Taukey’ berkenaan.
“Saya mau lima tan saja boss!,” kata Taukey berkenaan kepada seorang pegawai yang hanya tersenyum apabila dipanggil ‘Boss’ ketika Taukey tersebut menyebut perkataan gula yang dirampas APMM dan kapal ML Menham semasa asyik bercerita dan memerhati seorang lelaki mengisi beberapa keping borang sebelum menyerahkannya kepada pegawai berkenaan beserta satu sampul surat yang dipercayai mengandungi wang.
Apakah pejabat KPDNK Sandakan sudah ditutup sehingga mereka terpaksa beroperasi di sebuah restoran atau mahu menghilangkan jejak jika dibuat secara terbuka dan di tempat yang terbuka?
Sehingga kini, KPDNK belum membuat sebarang sidang akhbar berhubung penangkapan gula yang cuba diseludup keluar menggunakan Deklarasi Kastam yang dikhuatiri palsu kerana sejak dua minggu lalu tidak ada walau sebuah kumpit belayar di Perairan Sandakan setelah kes Barter Trade dibongkar Sabahkini.net.
Mengikut sumber dalaman, gula berkenaan akan dirampas daripada ML Menham dan dilelong kepada beberapa pemborong yang telah menyerahkan ‘envelop’ kepada pegawai KPDNK. Tidak kurang juga ada pihak yang mendakwa gula tersebut dikembalikan kepada Sunrise (M) Sdn.Bhd atas arahan seorang Tan Sri yang berpengaruh!
Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengantuk dan tertidur kerana mereka masih teragak-agak untuk bertindak tanpa ‘arahan’ pihak atasan yang merupakan kenalan rapat Tan Sri berkenaan?
sabahkini.net
13 January 2010
Mereka Semakin Melampau!!
IMEJ Polis Kunak yang sebelum ini tercemar dengan Kes Pertikaian Tanah di Tingkayu sehingga menyebabkan Ketua Polis Daerah ditukar ke Semenanjung Malaysia, kini semakin parah kerana seorang pekebun mendakwa beliau ditahan secara salah melebihi 24 jam, iaitu selama lima hari di Lokap Balai Polis Kunak tanpa sebarang perintah reman.
“Sejak ditahan pada jam 11 pagi 3 Disember 2009 dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 8 Disember 2009, saya tidak pernah di bawa berjumpa sebarang Majistret untuk perintah tahanan reman. ASP Tan tidak memberitahu sebab saya ditangkap. Oleh itu saya beranggapan ditahan secara tidak sah semata-mata untuk mencari dan menghapuskan bukti kegiatan jenayah pegawai terbabit,” ujar Richard Mekulis yang memaklumkan kepada Sabahkini.net.
Richard yang ditahan polis ekoran sms yang dikirimkan Peguam James Valentino kepada beliau dan pekebun lain berhubung 98 tan buah kelapa sawit yang dicuri ASP Tan lalu beliau menelefon rakannya bernama Lau untuk membuat laporan polis kerana rakan ASP Tan, Alex Sia enggan menjelaskan pungutan tol buah yang dicuri daripada Ladang Dukawan.
“Alex kata saya ugut dia melalui sms dan dia buat laporan polis. Anehnya ASP Tan segera memberkas saya tanpa sebarang alasan atau bukti dan menuduh saya di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan atas tuduhan melakukan peras ugut” ujar Richard yang kesal kerana ASP Tan telah menyalahguna kuasanya sebagai pegawai awam.
Turut menerima nasib yang sama kata Richard, orang Lau yang membuat laporan polis telah ditangkap dan disumbat ke lokap, namun sehingga ke hari ini tidak siapa tahu ke mana orang tersebut menghilang.
Akibatnya, kata Richard, pada 3 Disember 2009, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kunak, ASP Tan Hiap Wah menggeledah kereta dan bilik tidurnya tanpa sebarang waran atau perintah mahkamah semata-mata untuk mendapatkan bukti rakaman percakapan antara seorang pekebun, Lawrentius dengan Halik (saki baki orang suruhan Alimuddin Mohd Ajay yang kini ditahan di Penjara Tawau atas tuduhan membunuh).
“Dia tidak percaya saya tidak ada rakaman itu. Dia rampas telefon saya. Bila tidak jumpa juga baru dia bebaskan saya,” ujar Richard yang menjelaskan bahawa peguamnya tidak mengetahui beliau ditahan kerana ASP Tan tidak membenarkan beliau berbuat demikian.
Richard yang sebelum ini pernah ditahan selama lebih 14 hari atas tuduhan palsu polis Kunak mendakwa bahawa beliau ada mendengar rakaman percakapan antara Lawrentius dengan Halik, namun beliau tidak memiliki rakaman berkenaan yang dipercayai telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Peguam James Valentino Tanggar.
“Saya hanya mendengar bahawa Halik mengakui memberi RM1,000 kepada ASP Tan sebagai yuran perlindungan bagi kegiatannya mencuri buah milik pekebun kecil. Yang lain saya tidak sempat dengar dan tidak ingat,” kata Richard yang turut terkejut kerana bahan bukti yang ditahan di Balai Polis Kunak, iaitu buah kelapa sawit di atas kenderaan yang ditangkap kerana mencuri buah kelapa sawit milik pekebun kecil Tingkayu hilang begitu sahaja tanpa sebarang kesan.
Kata Richard, ASP Tan telah merampas telefon bimbit dan sim kad telefonnya bernombor 0198328049 yang belum dikembalikan sehingga kini.
“Saya akan membuat laporan polis berhubung tahanan tidak sah apabila berjumpa peguam saya di Kota Kinabalu kelak kerana saya tidak percaya polis Kunak,” ujar Richard ketika ditanya kenapa tidak membuat laporan polis.
Percubaan Sabahkini.net menghubungi Lawrentius gagal kerana menurut maklumat dibeliau diburu polis semata-mata untuk mendapat bukti rakaman percakapan antara beliau dan Halik, namun James Valentino ada menghantar transkripsi bertulis sedutan rakaman melalui email seperti berikut;
Lawrentius: Yang baru-baru ini dia orang tidak minta duit jugakah?
Halik: Ada juga kami kasi RM1,000..
Lawrentius: Siapa? Hafizi?
Halik: Tan (ASP)
Valentino juga mencatatkan bahawa Sarkawi dan Hafizi juga ada disebut menerima wang daripada Halik dalam percakapan telefon antara Halik dengan Lawrentius yang dirakam dan diserahkan kepada SPRM.
Percubaan Sabahkini.net untuk mendapatkan rakaman berkenaan juga gagal kerana tiada siapa mengetahui rakaman tersebut melainkan James Valentino dan Lawrentius yang masih bersembunyi.
Sumber:www.sabahkini.net
04 January 2010
Nak Lapor Ke Mana Ni??
Dari kiri: Zainuddin, Susilo dan Hivilin
Oleh: SALIHIN LADJA MURA
PENAFIAN ‘Operator Komputer’, Hivilin Binijin @ Haslinda, 49, yang mengaku ‘dilantik’ sebagai Penolong Penguasa Pejabat Ko-Nelayan Kawasan Kunak oleh Pengurus Besar Ko-Nelayan mendedahkan amalan yang tidak sihat dan penyalahgunaan kuasa dalam Ko-Nelayan yang memerlukan siasatan segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara.
Ketua Penerangan, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Zainuddin Hassan, menyifatkan penafian Hivilin telah membongkar rahsia yang tersimpan sekian lama terutama perlantikannya yang tidak menurut peraturan dan penyalahgunaan kuasa Pengurus Besar serta campurtangan politik.
“Dalam surat Pengurus Besar Ko-Nelayan bil. KONEL (HQ) 500 bertarikh 1 Ogos 2007 menyebut pertukaran tempat bertugas Hivilin daripada Unit Petroleum ke Bahagian Pembangunan untuk menjalankan tugas sebagai Penolong Penguasa Pejabat KO-NELAYAN Kunak berkuatkuasa pada 16 Julai 2007. Namun pertukaran tersebut tidak melibatkan perubahan gaji dan gred jawatan. Beliau masih kekal F17,” ujar Zainuddin yang mendesak Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Masood Salleh dikenakan tindakan ‘Surcaj’ dan tata tertib kerana menyalahguna kuasanya memindahkan Hivilin tanpa mengikut prosedur perpindahan yang sah.
Kata Zainuddin, beliau juga mendapati bahawa ‘perpindahan’ Hivilin yang berkuatkuasa pada 16 Julai 2007 menunjukkan bahawa Hivilin ‘ponteng kerja’ selama empat bulan iaitu daripada tarikh suaminya, Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto ditukarkan ke Kunak pada Februari 2007, namun terus menikmati ‘gaji buta’ selama tempoh tersebut.
Sebagai isteri kepada Ex-Officio, Hivilin lupa bahawa beliau tidak seharusnya mencemarkan imej perkhidmatan awam dengan ‘ponteng kerja’ kerana beliau tidak pernah kembali bekerja di Ko-Nelayan Kota Kinabalu setelah suaminya ditukarkan ke Kunak.
“Saya membuat dakwaan berasaskan kepada siasatan dan bukannya tuduhan atau fitnah melulu. Hivilin bukanlah VIP tetapi BN melayan beliau sebagai VVIP semata-mata kerana beliau isteri kepada Pegawai Daerah,” ujar Zainuddin yang mendesak agar Hivilin membayar balik gaji buta yang diterimanya selama ponteng kerja atau Haji Masood dikenakan ‘surcaj’ kerana bersubahat dengan Hivilin.
Zainuddin menyifatkan penafian Hivilin bagaikan cuba menegakkan benang yang basah kerana Kursus Induksi yang beliau ikuti pada 31 Januari 2003 ialah ketika beliau menjawat jawatan operator komputer dan bukannya Kursus Induksi Kenaikan Pangkat sebagai Pembantu Tadbir N17 dan memangku jawatan Penolong Penguasa Pejabat Ko-Nelayan Kunak.
“Pengwujudan jawatan yang tidak wujud dan status Ko-Nelayan Kunak masih di bawah Tadbir Urus Ko-Nelayan Tawau membuktikan bahawa perlantikan Hivilin semata-mata untuk membolehkan beliau mengikuti suaminya dan bukannya keperluan mendesak,” ujar Zainuddin yang kesal kerana Susilo mendiamkan perkara ini sejak sekian lama.
Agak keterlaluan kata Zainuddin, sebagai pegawai awam, Hivilin tidak sewajarnya membuat kenyataan akhbar kerana penjelasan isu perlantikan ini harus dibuat oleh Haji Masood yang mempunyai kuasa eksekutif mentadbir urus Ko-Nelayan tetapi tidak mempunyai locus-standi untuk memindahkan Hivilin menanggung kerja skel jawatan yang tidak tercapai Hivilin.
Zainuddin turut kesal kerana Susilo telah menyalahguna kuasanya membenarkan Ko-Nelayan berpejabat di Urusetia Daerah sedangkan sebagai entititi Badan Berkanun, Ko-Nelayan sewajarnya mempunyai bangunan sendiri atau menyewa premis lain.
“Saya mendesak agar Jabatan Audit dan SPRM menyiasat siapa yang menanggung kos pengubahsuaian dan pembaikan Pejabat Ko-Nelayan Kunak kerana kita dimaklumkan kesemuanya dibiayai pihak tertentu yang berkepentingan,” ujar Zainuddin yang akan membongkar lebih banyak amalan Ko-Nelayan Kunak terutama penyelewengan subsidi diesel dan pengagehan bantuan yang tidak sekata.
Ini Memang Melampau..
GEJALA rasuah yang berleluasa di kalangan anggota dan pegawai kanan polis menyebabkan mereka semakin kurang ajar dan gagal menjaga imej PDRM yang selama ini dikaitkan dengan pelbagai salah laku jenayah dan kekerasan.
Terbaru, seorang pegawai polis, Inspektor Razali telah mencemarkan imej PDRM apabila menunjukkan isyarat lucah (menunjukan jari hantu) kepada seorang pemandu ketika memotong sebuah kereta Toyota SR di Batu 11, Jalan Apas sekitar jam 11 pagi, 31 Disember 2009 dan menunjukkan sikap bengis dan kasar kepada orang awam.
Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Citra Masadi (gambar) ketika menghubungi wartawan Sabahkini.net di Pantai Timur Sabah berkata, beliau kesal dengan kejadian dan kekasaran yang dilakukan oleh Inspektor Razali yang ‘membuli’ pengguna jalan raya.
“Walaupun siapapun dia, perlakuan menunjukkan isyarat lucah kepada orang awam dan menunjukkan kad kuasa dan menyalahguna kuasa polis adalah keterlaluan. Saya anggap sikap pegawai kanan polis ini amat biadap dan wajar disiasat oleh Lembaga Tata Tertib PDRM,” ujar Citra yang kesal kerana kejadian ini berlaku ketika manusia di seluruh dunia gembira dengan kedatangan tahun baru 2010.
Lebih memalukan kata Citra, pegawai Kanan Polis di Balai Polis Tawau enggan menerima laporan yang dibuat mangsa, sebaliknya pegawai polis yang bernama Kamaruddin memujuk mangsa agar membatalkan niatnya membuat laporan polis dan memanggil Inspektor Razali untuk menyelesaikan isu berkenaan secara penuh ‘tipu’ muslihat.
Dua jam sebelum membuat laporan, kata Citra, mangsa telah menghantar sms kepada beliau untuk mendapat nasihat dan tunjuk ajar beliau berhubung laporan polis yang akan dibuat di Balai Polis Tawau. Setelah disemak, Citra bersetuju dengan draf tersebut.
Namun mangsa dihalang daripada membuat laporan dan polis yang bernama Kamaruddin cuba memberi pelbagai helah termasuk melengahkan mangsa yang ingin membuat laporan sehinggalah Inspektor Razali datang dan memujuk mangsa agar tidak membuat laporan kerana beliau kesal dengan kejadian kekasaran pada waktu tengah hari tadi.
Mengikut draf laporan yang dihantar melalui sms kepada Citra, mangsa menyatakan bahawa;
“Pada lebih kurang jam 11 pagi, 31 Disember 2009, bertempat di Batu 11, Jalan Apas, Tawau, ketika ingin membuat pusingan di ‘U-Turn’, penumpang sebuah Ninja King putih bernombor SAA9322X yang dipandu terlalu rapat di belakang kereta saya menunjukkan isyarat lucah (menunjukkan jari hantu) ketika memotong, lalu saya mengekori kenderaan tersebut dan apabila sampai di kilometer 15, kenderaan tersebut berhenti dan lelaki tersebut keluar dari kereta dan dengan nada kasar bertanya saya, “Kenapa? Apa kau mau?”. Belum sempat saya bertanya kenapa beliau menunjukkan isyarat lucah, lelaki tersebut berkata, “Saya Inspektor Razali. Bah apa kau mau?” Saya datang ke balai membuat laporan agar polis menyiasat dan mendakwa lelaki berkenaan di bawah Undang-Undang Jenayah kerana berkelakuan kurang sopan menunjukkan isyarat lucah dan menyalahguna kuasanya menakutkan orang awam.”
Sehubungan itu, Citra akan menulis surat bantahan kepada Ketua Polis Negara agar mengambil tindakan tegas terhadap Inspektor Razali dan Kamaruddin yang bersuhabat kerana menafikan hak mangsa membuat laporan polis bagi menutupi kesalahan jenayah dan ‘pembuli jalanan’.
“Jika kita turut mendiamkan perkara jenayah ini, semakin ramai polis tidak sedar diri, terutama mereka yang menyalahgunakan kedudukan mereka menindas rakyat yang tidak berdosa. Kita juga mendesak agar Ketua Polis Negara menyiasat bagaimana seorang pegawai polis berpangkat Inspektor boleh memandu Ninja King yang bernilai ratusan ribu berbanding dengan gaji yang mereka terima,” kata Citra yang kesal dengan sikap pegawai polis berkenaan.
Bagaimanapun Citra memberi amaran keras agar Inspektor Razali dan Kamaruddin tidak mengganggu mangsa yang akan dikemukakan sebagai saksi dan beliau akan membuat laporan polis bagi pihak mangsa atas layanan ‘buruk’ ketika ingin membuat laporan polis terhadap pegawai berkenaan.
Sumber: Sabahkini.net
Inspektor Yang Terlampau...
Oleh: SALIHIN LADJA MURA
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Silam mendesak Ketua Polis Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi berhubung tindakan seorang pegawai polis, Inspektor Razali yang telah mencemarkan imej PDRM apabila bertindak di luar batasan tatasusila dengan menunjukkan isyarat lucah kepada orang awam.
“Jika orang awam menunjukkan isyarat lucah boleh dipenjara sehingga 20 tahun, kenapa pegawai polis yang menguatkuasa undang-undang tidak dikenakan sebarang tindakan malah cuba dilindungi pegawai yang bertugas di Balai Polis Tawau,” kata Ketua Angkatan Muda PKR Silam, Citra Masadi.
Sehubungan itu, Citra telah membuat laporan polis di Balai Polis Kunak bernombor TD/RPT/0020/2010 yang diterima oleh Lans Koperal Devenran seperti berikut;
“Pada lebih kurang jam 11.30 pagi, 31 Disember 2009, bertempat di rumah saya di Kunak, saya menerima panggilan telefon daripada rakan saya, Amran Ariffin bahawa seorang pegawai polis telah menunjukkan isyarat lucah kepadanya di Batu 11, Jalan Apas, Tawau, ketika beliau ingin membuat pusingan di ‘U-Turn’. Saya menasihati beliau membuat laporan polis dan meminta beliau sms draf laporan polis untuk semakan saya. Namun seorang polis bernama Kamaruddin di Balai Polis Tawau telah melengahkan hasrat Amran membuat laporan polis sebaliknya memanggil tertuduh, Inspektor Razali memujuk Amran agar membatalkan niatnya membuat laporan polis dan menyelesaikan kes tersebut. Lanjutan daripada itu, saya telah menghubungi Wartawan Sabahkini.net, Salihin Ladja Mura dan memaklumkan kes ini yang disiarkan (seperti berkepil). Saya datang ke balai membuat laporan agar polis menyiasat, menangkap dan mendakwa tertuduh di bawah Undang-Undang Jenayah kerana berkelakuan kasar, kurang ajar dan kurang sopan kepada orang awam. Laporan ini juga dibuat terhadap Kamaruddin kerana bersubahat secara malafide melindungi jenayah yang dilakukan oleh Inspektor Razali. Laporan ini juga dibuat agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mendakwa Inspektor Razali di bawah Akta Pencegahan Rasuah terutama bagaimana beliau memperolehi sumber kewangan membeli Ninja King SAA9322X sedangkan beliau hanya pegawai rendah yang bergaji kecil. Jika sekiranya kenderaan tersebut milik orang lain, siasatan harus dilakukan kenapa kenderaan tersebut dipinjamkan atau dibenarkan digunakan oleh beliau untuk tujuan membuli pemandu lain di jalanraya dan menyalahguna kuasanya menakutkan orang awam."
Kata Citra, PDRM harus sedar bahawa rakyat Sabah bukanlah mudah diperbodohkan terutama pegawai kanan polis yang gemar ditukarkan ke Lahad Datu, Tungku, Kunak dan Tawau kerana mempunyai peluang mendapat rasuah dan memperolehi hartanah.
“Ada yang mampu membeli Ninja King dan rumah mewah sehingga mereka lupa tanggung jawab mereka menjaga keselamatan dan menghormati pembayar cukai yang membayar gaji mereka dan membolehkan mereka megah dengan pakaian seragam,” ujar Kusnadi yang membidas ramai pegawai polis di Kunak yang terlibat dengan kes perebutan tanah di Tingkayu
Sumber: Sabahkini.net
“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.
Hakikat Satu Malaysia
