Bila Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan di Alor Star, Kedah, bahawa beliau keluar daripada UMNO, banyak pihak yang sayangkan parti ini jadi gempar.
Soalnya, kalau beratus-ratus atau beribu-ribu ahli UMNO keluar parti dan banyak pula cawangan UMNO dibubarkan di seluruh negara, mungkinkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi gempar dan mula memahami mesej di sebalik tindakan ini?Saya tanyakan soalan di atas kerana tindakan Tun Mahathir yang saya pasti akan diikuti oleh beribu-ribu ahli UMNO akar umbi, adalah usaha terakhir untuk memahamkan Abdullah bahawa beliau wajar meninggalkan gelanggang perjuangan parti dan persada kekuasaan kerajaan dengan serta merta.
Sebenarnya, mesej untuk Abdullah ini sudah pun diberikan menerusi keputusan PRU 12. Namun Abdullah terus menafikan kehendak rakyat. Sebaliknya, Abdullah menyatakan beliau akan terus berkuasa kerana kononnya dapat sokongan penuh pemimpin UMNO.Oleh itu, bila segolongan besar para pemimpin UMNO terus bersatu untuk mempertahankan Abdullah, pilihan yang ada pada ahli-ahli UMNO akar umbi adalah untuk bersatu demi menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair.Lantas, bila Mahathir keluar daripada UMNO, mungkinkah ahli-ahli UMNO akar umbi akan bersatu mengikuti jejak Mahathir dan secara beramai-ramai keluar parti bagi dijadikan tekanan supaya Abdullah berhenti serta merta?
Saya keluarkan persoalan ini kerana cara yang dipelopori oleh Tengku Razaleigh Hamzah, menerusi penganjuran Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), walau diizinkan oleh Perlembagaan UMNO, adalah berhadapan dengan pelbagai rintangan.
Lantas, mungkinkah cara yang terbaik, menyeluruh dan berkesan adalah cara yang dilakukan oleh Mahathir? Kalau begitu, mampu dan beranikah pemimpin UMNO di seluruh peringkat menyahut cabaran Mahathir untuk keluar parti?Jika Majlis Tertinggi UMNO dan Perhubungan UMNO di negeri-negeri keberatan untuk “menyingkirkan” Abdullah demi agama, bangsa dan tanahair, mampu dan beranikah pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan mengikuti jejak Mahathir?
Di Johor Bahru Sabtu lalu, Mahathir menyatakan bahawa ahli-ahli UMNO wajar berani bertindak dan berani mengambil risiko besar demi menyelamatkan UMNO yang sepatutnya memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, dan bukan UMNO yang mempertahankan kedudukan Abdullah. Fikir-fikirkanlah. – Ruhanie Ahmad(kuda-kepang.blogspot.com)
Assalamualaikum, Selamat Datang
Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?
Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.
Anak Sabah Anak Malaysia
Anak Sabah Anak Malaysia
"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.
No comments:
Post a Comment