Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

13 May 2008

Rakyat Sabah Bukan Warga Kelas kedua

KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Barisan Nasional (BN) diminta tidak terus mengetepikan rakyat Sabah dalam arus pembangunan negara jika mahu mengelakkan tsunami politik melanda negeri itu seperti di Semenanjung pada pilihan raya umum lalu. Ahli Parlimen Kalabalakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam nada tegas, berkata pembangunan Sabah harus disegerakan, manakala royalti minyak dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus atau RM2 bilion supaya pembangunan dapat dilakukan segera. "Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia tetapi dianggap seperti rakyat kelas kedua. Sudah lama kita menunggu pembangunan tetapi sampai sekarang tidak kunjung tiba. "Jawapan yang sering diberikan apabila kita minta peruntukkan ialah wang sudah tiada. Rakyat Sabah beri BN kuasa, jangan sampai mereka melucutkan kuasa itu daripada kita," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam. Beliau juga sekali lagi mengingatkan kerajaan pusat Sabah sudah banyak berjasa termasuk menjadi tonggak kemenangan BN untuk terus mengekalkan kuasa dan wajar jika segala tuntutan pembangunan di negeri itu dipandang serius. Abdul Ghapur yang menolak menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga menggesa rombakan Kabinet dilakukan segera bagi memberi peluang kepada lebih banyak wakil rakyat Sabah memegang jawatan dalam kerajaan. "Kita ada tiga menteri di Kabinet tetapi yang jaga muzium...semuanya bukan kementerian penting sedangkan Sabah dan Sarawak mewakili 58 kerusi yang dimenangi BN. "Walaupun saya minta ambil tindakan serius, tidak bermakna membayangkan nak lompat parti. Tak pernah... kita tidak masuk pembangkang tapi kalau buat parti baru, kita join (sertai) sini (menunjukkan kepada pembangkang), ini kemungkinan. "Kalau tsunami politik sampai ke Sabah, dengan saya-saya sekali tenggelam jika kerajaan pusat tidak mengambil tindakan," katanya yang berharap segala yang diperkatakannya itu tidak disalah tafsir sebagai mewakili pembangkang, sebaliknya dianggap sebagai teguran membina. Beliau juga menegaskan wakil rakyat BN Sabah tidak akan melompat parti, tetapi tidak menolak kemungkinan akan wujud parti baru di negeri itu jika tuntutan rakyat Sabah tidak dihiraukan pemimpin negara dengan segera. "Sabah dan Sarawak selamatkan BN tetapi ada negeri dapat sampai tujuh menteri, malah ada negeri yang kalah dapat empat menteri penting. Jadi, kita minta Perdana Menteri rombak Kabinet, bagi balik jawatan menteri penting kepada Sabah. "Saya dan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) tak berani terima jawatan timbalan menteri kerana ini penghinaan...orang Sabah marah," katanya. Beliau berkata antara isu yang belum diselesaikan adalah pendidikan dan menggesa Kementerian Pelajaran turun padang menyaksikan sendiri kedaifan sekolah di negeri itu sehingga ada pelajar yang terpaksa meniarap di lantai berlapikkan surat khabar berikutan ketiadaan kerusi dan meja. "Sebagai contoh, makanan berzat di sekolah, ada yang diberikan mi segera Ini budak sekolah tetapi di beri makanan tidak berzat macam kucing di rumah," katanya.
sabah-kita.net

2 comments:

  1. Apakah benar niat ikhlas datuk Gafur?,kalau memangnya ikhlas,insyallah ALLAH akan memakbulkan doa-doa rakyat yang teranya,dan sekali gus mengangkat darjat DATUK ABDUL GAFUR SALLEH,dengan nama ALLAH yang maha pengasihani kepada hamba-hambanya panjang kan lah umur DATUK GAFUR SALLEH,agar dapat memberi pimpin dan teladan kepada menteri-menteri Sabah dan khususnya rakyat sabah,,AMINN,,

    ReplyDelete
  2. Apakah benar niat ikhlas datuk Gafur?,kalau memangnya ikhlas,insyallah ALLAH akan memakbulkan doa-doa rakyat yang teranya,dan sekali gus mengangkat darjat DATUK ABDUL GAFUR SALLEH,dengan nama ALLAH yang maha pengasihani kepada hamba-hambanya panjang kan lah umur DATUK GAFUR SALLEH,agar dapat memberi pimpin dan teladan kepada menteri-menteri Sabah dan khususnya rakyat sabah,,AMINN,,

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia