Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

13 May 2008

SABAH: Penentu Masa Depan Kerajaan BN

Perkembangan masa depan politik Sabah kelihatan agak menarik kebelakangan ini. Tahniah kepada pemain-pemain politik Sabah kerana menjadi man on the spot yakni orang yang paling mendapat tumpuan sejak berakhirnya Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Media sentiasa menanti dan bersedia menangkap apa sahaja ayat yang diluahkan dari mulut pemain politik Sabah. Walaupun isu kenaikan harga bekalan makanan terutama beras adalah isu hangat yang perlu diberikan perhatian, perkembangan mutakhir politik Sabah memerlukan kerajaan BN memberikan tumpuan yang lebih kepada Sabah dan tuntutan pemimpin BN Sabah. Kerajaan boleh saja mengumumkan pelbagai pelan, subsidi, dan peruntukan khas membendung kenaikan harga barangan bagi memuaskan hati rakyat agar tidak memberontak. Tetapi isu penghijrahan pemimpin BN Sabah adalah sesuatu yang sangat sulit untuk ditangani kerana isu yang dibawakan bukanlah seperti isu beras yang baru sahaja timbul akibat ketidakstabilan ekonomi dunia. Isu Sabah adalah mengenai tuntutan terhadap kenaikan royalti yang memang menjadi hak Sabah, isu ketidakadilan terhadap Sabah yang warganya mendapat layanan kelas kedua, isu ketidakseimbangan pembangunan antara Semenanjung dengan Sabah walaupun Sabah mempunyai sumber hasil bumi yang bernilai. Di pihak Barisan Nasional, mereka sentiasa diulit mimpi ngeri takut kehilangan kuasa memerintah sekiranya spekulasi penghijrahan pemimpin BN Sabah ke dalam Pakatan Rakyat menjadi realiti. Mereka lebih rela ianya sekadar mimpi walaupun mimpi ngeri. Kenyataan dan ucapan di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli parlimen BN dari Sabah kebelakangan ini membayangkan seolah-olah penghijrahan itu bukan sekadar spekulasi murahan. Datuk Anifah Aman dan Datuk Ghapur Salleh telah memperlihatkan isyarat bahawa mereka tidak main-main dengan tuntutan yang mereka nyatakan. Saya sangat-sangat bersetuju dengan dakwaan Datuk Ghapur bahawa rakyat Sabah diberikan layanan Kelas Kedua selama ini. Datuk Ghapur ada membaca artikel saya agaknya mengenai diskriminasi terhadap rakyat Sabah. Apa yang sangat menarik perhatian saya ialah apabila Datuk Ghapur membayangkan penubuhan sebuah parti baru untuk Sabah menyertai Pakatan Rakyat. Hal ini telah saya bangkitkan lebih awal sebelum Datuk Ghapur menyuarakannya di parlimen. Bukan hendak mengatakan Datuk Ghapur menceduk idea saya, tetapi itulah sebenarnya kehendak rakyat Sabah yang mempunyai kesedaran. Alhamdulillah rupanya suara kecil anak Sabah ini sealiran pula dengan mereka yang jauh lebih tinggi di atas. Mungkin itulah aspirasi keseluruhan rakyat Sabah yang mahukan pembaharuan dan keadilan. Mengenai penubuhan parti baru, idea ini bukan hendak menafikan kebolehan dan kepercayaan terhadap PKR, PAS, atau DAP sebagai wakil rakyat Sabah. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam artikel yang terdahulu, Sabah memerlukan sebuah parti sendiri yang berpusat di Sabah, tetapi ia akan bergabung dalam Pakatan Rakyat untuk menjadi pembangkang yang kuat atau tidak mustahil menjadi Kerajaan Baru Malaysia. Apa relevannya parti baru ditubuhkan boleh anda dapatkan dari artikel saya yang lalu. Salah satu alasan utamanya ialah kita tidak mahu penjajahan bentuk baru yang dimulakan pada 16 September 1963 diperbaharui pula lagi pada hari penghijrahan pemimpin Sabah meninggalkan Barisan Nasional nanti. Cepat atau lambat, hijrah pemimpin Sabah ke dalam Pakatan Rakyat tetap akan berlaku, dan mesti berlaku. Sabah dan rakyatnya tidak akan selamat di bawah pemerintahan kerajaan Barisan nasional yang dikepalai UMNO. Cuma diharapkan mereka yang akan melompat tidak mempunyai sebarang agenda bersifat kepentingan peribadi. Utamakanlah perjuangan untuk anak-anak Sabah yang telah lama tertindas dan dijajah. Penjajahan terhadap Sabah tidak berakhir pada 16 September 1963, tetapi ianya diperbaharui pada tarikh keramat itu tanpa disedari oleh rakyat Sabah seluruhnya. Semoga tumbangnya kerajaan BN akan membawa Harapan Baru Untuk Sabah, Harapan Baru Untuk Malaysia. Tamatkan penjajahan teruskan perjuangan.

3 comments:

  1. A`kum untuk semua para pembaca blog ini,saya orang pertama memberi komen tersebut,,sememangnya wajar dan di ajar kepada pemimpin yang kurang ajar dalam komponen B.N.,!! apa yang kita takut,?apa yang kita segan,?yang selama ini pemimpin B.N, Sabah mengAgong-Agongkan dan mendewa-dewakan mereka,lihat lah,dengan mata kepala kita sediri,menteri-menteri sabah telah bersusah-payah,bertungkus lumus,berkerja keras memberi sumbangan kepada kerajaan Pusat dan juga kepada rakyat,Tetapi malangnya, apakah sudah sumbangan kerajaan pusat kepada negeri sabah khususnya?, ada-kah mereka rasa gelisah dan belas-kasihan kepada rakyat negeri sabah selama ini?tanya-lah kepada mereka,? pernah-kah mereka merayau-rayau ke-dalam kampung,yang ada di-dalam sabah ini? kalau-lah mereka berbuat sedemikian nescaya mereka pun tak akan sangup melihat kepapaan dan kemiskinan yang di-deritai oleh anak-anak sabah,selagi yang di-namakan manusia,melain-kan mereka ini berhati-batu. itu-lah tujuan B.N.persekutuan untuk menggengam sabah,agar dapat hasil-hasil sabah di-bawa lari ke-kampung mereka untuk kemajuan mereka sahaja,tanpa di-sedari sikit-sikit mereka mencuri hasil di-sabah ini,tidak cukup dengan khazanah yang ada di-muka bumi sabah ini,di tambah pula dengan tenaga kerja,dengan alasan kurang tenaga kemahiran disabah,jika benar perkara ini ber-laku tanpa apa-apa tindakan dari MB-MB sabah,10 tahun lagi Sabah,akan bertukar nama seperti WILAYAH, pada waktu itu anak-anak kita akan menyesal seumur hidup dan hayat mereka,INGAT-LAH MENTERI-MENTERI SABAH,BERTINDAK DENGAN BIJAK PADA HARI INI UNTUK MASA AKAN DATANG,, sabah di bawah bayu,jangan di-tukar sabah di-bawah wilayah persekutuan,,

    ReplyDelete
  2. Keberanian MP dari sabah memang selama ini ditagih oleh rakyat sabah demi utk rakyat sabah juga ... pasti suatu hari nanti segala kekayaan di sabah akan dinikmati bersama-sama rakyat sabah sendiri .... Mengapa rakyat sabah masih memilih Bn sebagai pemerintah sedangkan sudah tahu mereka tidak akan mempedulikan rakyat sabah .... pelik!!!

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  3. memang betul cakap ANAKMUDAPARLIMENBATU,awak tanya mengapa rakyat sabah masih memilih BN,sedangkan sudah tahu mereka mengabaikanya? saya nak tanya pada awak?anakparlimenbatu? sudah berapa lamakah agaknya parti pembangkang menang di seluruh semenanjung? saya nak tanya pada awak? sejak bila parti pembangkang menguasai 5 negeri di semenanjung malaysia? bagi awak `PELIK' tetapi bagi kami tidak,tetapi bagi kami lagi amat`pelik' bila orang-orang melayu meminggirkan kepada anak-anak sabah,menganak-tirikan orang-orang sabah,memandang sangat rendah orang-orang sabah,saya nak tanya satu soalan pada anakmudaparlimenbatu? kenapakah sampai sekarang ni parti Pembangkang masih belum boleh menunbang kan parti BN di Semenanjung Malaysia?? nak bagi tumbang kat BN pusat pun terkehel-kehel lamanya,dah nak mengada-gada,,

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia