Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

07 June 2008

Setelah lebih dua minggu tidak online, saya jadi tidak tahu apa yang hendak dituliskan di blog ini. Dalam tempoh dua minggu yang disia-siakan ini terlalu banyak isu yang perlu diberikan perhatian, banyak isu hangat yang hendak saya kongsikan idea serta pendapat saya bersama para pengunjung/pembaca blog lambunau ini. Kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang diumumkan oleh KERAjaan baru-baru ini hampir memadamkan segala isu-isu lain yang tidak kurang pentingnya kepada kita rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi anak-anak Sabah. Jangan pula kita lalai dengan kemenangan anak seni Sabah, Stacey, yang menjadi anak Sabah pertama menjadi juara Akademi Fantasia, program yang banyak menghabiskan wang rakyat Sabah.

Saya ada terniat hendak menulis mengenai pembinaan semula landasan keretapi dari Beaufort ke Tanjung Aru, dan dari Beaufort ke Tenom, dan mengaitkannya dengan pembaziran. Tetapi dengan situasi kenaikan harga petrol dan diesel yang melambung tnggi ianya (pembinaan semula landasan) kelihatan releven. Namun begitu masih ada perkara lain yang boleh diperkatakan berkenaan projek tersebut. Insya Allah, nantikan kupasan mengenai bagaimana projek pembinaan semula landasan tersebut meminggirkan anak Sabah sekadar menjadi buruh kasar sahaja. Saya sedang mengumpul maklumat mengenai siapakah kontraktor-kontraktor yang mendapat laba daripada projek mega ini. Maklumat awal yang saya terima kebanyakkan kontraktor yang mengendalikan projek ini dari Semenanjung Malaysia, seolah-olah rakyat Sabah hanya layak menjadi kuli batak mereka sahaja.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum Sdra AL,
    Mudah-mudahan saudara dapat 'bongkar' siapa-siapa kontraktor yang sedang membina landasan keretapi Tenom ke Tanjung Aru itu. Kita orang Sabah ini ingin jua tahu.Kita yang selalu melintas di landasan yang sedang dibina tu selalu juga tertanya-tanya.Entah betul, entah tidak khabarnya selipar konkrit itu pun diimport dari India. Kalau zaman dulu masa keretapi diesel dan arang itu kayu seliparnya dibeli dari kontraktor-kontraktor tempatan, ramailah pakcik-pakcik kita dulu yang bekerja bergaji mengambil kayu di hutan.

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia