Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum, Selamat Sejahtera pada semua saudara dan sahabat pengunjung laman blog ini.
Saya meminta maaf kerana telah membuatkan blog ini terbiar selama lebih dua bulan. Bukan kerana kecewa, atau ketandusan idea, tetapi sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari dari menghadapi masalah. InsyaAllah blog ini tidak akan terbiar berkubur walaupun saya tidak lagi dapat menulis sekerap waktu dahulu.
Alhamdulillah, hari ini saya dapat lagi menulis walaupun mungkin tidak ada sesiapa lagi yang mengunjungi blog ini setelah sekian lama terbiar sepi.
Setelah agak lama tidak masuk ke alam siber, menulis di blog ini, membaca tulisan-tulisan di blog-blog sahabat blogger yang lain, saya terasa kerugian yang amat sangat kerana ketinggalan banyak isu untuk di ulas dan tidak dapat memberikan pandangan dan idea saya seperti selalunya..
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada sahabat blogger yang lain kerana masih meletakkan blog ASAM-Lambunau ini dalam link blog mereka walaupun blog ini telah lama tidak aktif. Nampaknya semakin ramai anak-anak Sabah yang telah membina laman blog sendiri dengan pandangan dan idea masing-masing yang tersendiri. Apa pun pandangan dan luahan, yang pastinya semua mahukan kebaikan dan kemakmuran kepada negeri Sabah yang tercinta, teruskan perjuangan. Tulislah apa sahaja yang anda fikirkan demi kebaikan selagi tidak menggugat keamanan dan perpaduan rakyat Sabah khasnya, dan Malaysia keseluruhannya..
No comments:
Post a Comment