16 September 1963, seluruh rakyat di Borneo Utara tanpa mengira kecil, besar, tua, muda pada masa itu bersama-sama rakyat Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergembira meraikan kelahiran sebuah nama keramat iaitu MALAYSIA. Walaupun mendapat tentangan dari beberapa negara jiran, MALAYSIA tetap lahir dan akhirnya menjadi sebuah negara yang berjaya keluar dari kepompong negara mundur menjadi sebuah negara yang berdaya saing menuju kemajuan. Walaupun Singapura akhirnya meninggalkan Malaysia, namun negara bertuah ini tetap makmur dengan kepintaran para pemimpinnya... Itulah yang saya, dan kita semua rakyat Malaysia yang pernah baca sewaktu mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah.
Kira-kira 20 tahun yang lalu, semasa saya masih lagi seorang budak hingusan di sekolah rendah, pernah saya tertanya-tanya kenapa TYT (Tuan Yang Terutama Yang DiPertuan Negeri Sabah) menyambut harijadi pada dua tarikh yang berlainan dalam satu tahun, tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang saya mahukan (mungkin juga saya belum cukup memahami jawapan yang diberikan kepada saya pada masa itu). Mungkin pembaca dari semenanjung Malaysia juga tidak memahami apa yang saya perkatakan ini. Untuk pengetahuan pembaca, terutamanya yang berada di Semenanjung, tarikh 16 September setiap tahun adalah merupakan cuti umum di Sabah bagi menyambut harijadi TYT Sabah, dan kemudiannya harijadi sebenar TYT Sabah seperti yang tertera pada sijil kelahiran beliau juga akan diumumkan sebagai cuti umum bagi negeri Sabah. Sekali pun tidak pernah saya mendengar cuti umum pada 16 September adalah bagi memperingati hari Malaysia ditubuhkan.
Kini dengan sentuhan politik tiba-tiba tarikh itu menjadi sebuah tarikh keramat yang menjadi sebuah polemik antara Kerajaan BN dengan pimpinan barisan pembangkang yang lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Jika setiap tahun 31 Ogos disambut dengan meriah sekali, 16 September hanyalah cuti umum harijadi TYT di Sabah. Tidak ada stesen TV yang berlumba-lumba menyiarkan dokumentari pembentukkan Malaysia yang juga merupakan hari kemerdekaan anak-anak Sabah dan Sarawak, atau sumbangan penyertaan Sabah dan Sarawak, serta fakta paling penting iaitu kelahiran sebuah nama baru di peta dunia yakni Malaysia. Jika ada yang berpendapat ianya telah dipelajari di sekolah dan tidak perlu diperbesarkan atau diingati setiap tahun, maka saya ingin mencadangkan 31 Ogos juga perlu diingati sekadar hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu/ Semenanjung Tanah Melayu. Memadailah ianya diumumkan sebagai cuti umum sempena hari keputeraan Rasmi SPB Yang DiPertuan Agung!
Kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya dahulu bahawa warga Sabah mendapat layanan warga kelas kedua, inilah antara contoh yang paling ketara.
Sudah semestinya saya sebagai anak jati Sabah sangat-sangat bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan 16 September mendapat haknya yang telah dinafikan selama hampir 45 tahun. Inilah hak Anak Sabah Anak Malaysia yang seharusnya dituntut oleh bukan sahaja anak-anak Sabah dan Sarawak, tetapi juga saudara- saudari di semenanjung yang menggelarkan diri sebagai Anak Malaysia kerana JIKA TIADA PENYERTAAN SABAH DAN SARAWAK, JIKA TIADA 16 SEPTEMBER 1963, YANG WUJUD PADA HARI INI HANYALAH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, TIADALAH SEBUAH NEGARA YANG BERNAMA MALAYSIA.
Anak Sabah Anak Malaysia --- Lambunau.
Betul tuan saya setuju tentang pendapat ini,,
ReplyDeleteMacam seolah-olah ada sesuatu di sebalik tarik ini,,
Siapa kah dia TYT ini yang melebihi taraf-taraf Sultan atau pembesar-pembesar,?
Sememangnya ini adalah satu agenda politik dan rahsia yang di simpan berkurun lamanya dan tidak akan di bongkar untuk pengetahuan umum terutama sekali warga sabah,
Sebab isu ini ada kaitan dengan royalti minyak sabah dana beberapa perjanjian yang lain-lain,,
ye, ini sahaja masa yang sesuai utk org sabah mengubah diri mereka,
ReplyDeletejika 50 tahun mendapat layanan kelas ke dua, adakah org sabah sanggup tunggu 50 tahun lagi untuk berubah, jika mereka(umno) berniat untuk mengubah sabah... 50 tahun bukannya 5 saat atau 5 hari.. nescaya mereka dah buat..tetapi tiada2.. walaupun sudah 51 tahun negara merdeka
chaiyook.. sabah.. bangkitlah.. yang korg sembrono sgt 8 mac dulu, percaya sgt kepada kerajaan yng korup.. ini siapa suruh... skrg ini umno hanya selamat krn sabah dn sarawak, org semenanjung dh muak dgn mereka.. so org sabah.. buktikan.. kamu selari dgn semenanjung.. yg inginkan perubahan.. inginkan lenyapkan kerajaan yang korup ini.. jika 50 tahun yang lalu tidak mampu membangkitkan semangat kamu.org sabah.. untuk perubahan.. semoga kamu gembira la dengan keadaan yang kekal ini...
rgds...
minta kebenaran utk terbitkan article ini di www.arkib.tk , dapatkan widget "malaysia bookmark" utk blogspot di :
http://ringgittune.blogspot.com/2008/09/negaraku-bookmark-button.html
Tolonglah, please get your facts right. Bila lagi personal birthdate of the Governor is ever a public holiday? And if it was practiced in the past, it certainly isnt being practiced anymore.
ReplyDeleteOther than that mos of the points you raised are interesting and has truth.
Hope that helps.
Anak-Sama