Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

16 April 2009

Tulisan di bawah ini adalah surat terbuka yang dibuat oleh Saudara Abdullah Hj. Sani (Setiausaha Agung Penaja Kelab USNO/ Ex-USNO)yang disiarkan di SabahKini.net..

Saudara Pengarang, (Mutalib M.D)

Setelah Siap membaca buku tuan '007- LELAKI MALAYSIA TERAKHIR?' yang mengandungi 549 Muka dalam Masa 8 jam tanpa henti, saya benar-benar Insaf dan sedar bahawa Operasi Pemberian KAD PENGENALAN kepada PTI di Sabah amat membahayakan masa depan Negara ini, khasnya Rakyat Malaysia yang berada Negeri Sabah

Kepada mereka yang telah menjadi KAMBING HITAM (scape goat) syabas saya ucapkan kerana keberanian saudara-saudara menyatakan fakta secara jujur, ikhlas serta rasa keinsafan yang amat tinggi, saudara semua layak bergelar LELAKI MALAYSIA kerana saya tahu saudara adalah Kambing-kambing hitam Di zaman Kerajaan PERIKATAN, zaman Kerajaan BERJAYA, zaman Kerajaan PBS dan zaman Kerajaan UMNO.

SUKARNO pernah berkata 50 tahun dahulu:

“Berikan aku 1000 orang tua aku hanya boleh mengoncang Gunung Mahameru, Berikan aku 100 Pemuda aku akan Goncang Dunia “.

Andai kata mereka masih muda saya yakin mereka boleh mengoncang KEMUNGKARAN dan menegakan KEADILAN Di Bumi Malaysia yang kita Cintai ini khasnya Negeri Sabah seperti mana mereka menjahanamkan tiga Kerajaan Sabah yang lalu.

Malang sekali mereka semua sudah TUA-TUA belaka (Hj. Jabar, Hassnar, Yakub, Hamid , Tan Sri Simon , Patrik Sindu, Jeffry Kitingan dan Lelaki Tua Cina Apek Chong juga RPK yang telah bercucu itu yang akhirnya BELUM mampu menggoyang SUNGAI BUNSIT di Bingkul ,Keningau Sabah (Kampung Halaman Ibu Datuk Musa Aman )...........

Amat sedih sekali apa yang berlaku kepada negeri ini, 1.7 juta PTI berbanding 1.5 penduduk Asal Negeri ini (Termasuk 600,000 warga ASPAL, Warga PDI 65,000 – 80,000). Ini menunjukan Warga Sabah sebenar hanya 820,000 orang atau 25.62% sahaja daripada 3.2 juta itu yang berada di negara ini dan jika di tolak angka anak-anak PDI (Stateless Children) kita tidak mencapai 25% penduduk tulin Sabah atau tidak cukup korum.

Jangan kata kita hendak menentang mereka( PTI, PDI dan ASPAL ) mahu memanggil mesyuarat pun kita masih tidak cukup korum untuk mencapai ANGKA 25 % diperlukan untuk kita memanggil mesyuarat sebagai mana yang ditetapkan oleh Peraturan Mesyuarat.

Persoalannya, sekarang kita cuma ada LELAKI LELAKI TUA yang ingin berjuang demi negara ini khasnya Negeri Sabah untuk membetulkan KERAYATAN RAKYAT DI NEGERI SABAH.

Memorandum yang dikemukakan oleh CASH (Persatuan Pengguna Sabah & Labuan) dan YAYASAN PEMBANGUNAN INSAN kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong, syabas saya ucapkan kerana hasil usaha dan semangat tuan-tuan, tapi saudara semua sudah tua !!! tak memenuhi syarat BUNG KARNO yang memerlukan pemuda-pemuda perkasa!

Mana Pemuda-Pemuda Sabah, Mana Pemuda-Pemuda UMNO Sabah, Pemuda PBS Sabah , Pemuda UPKO Sabah, Pemuda LDP Sabah, Pemuda PKR Sabah dan Pemuda NGO Sabah ? Adakah kamu masih tidur lagi bagi mempejuangkan HAK KAMU, adakah kamu tidak ingin turut sama berjuang menyahut seruan BUNG KARNO turun ke gelanggang memperjuangkan masa depan kamu?

Dalam soal KERAKYATAN kita tidak boleh bertolak-ansur sehingga boleh merampas hak kita di dalam PETI UNDI yang tidak SAH dan HARAM ini, kerajaan harus tegas membawa mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dan dihukum mengikut undang undang.

Kerajaan harus tegas membatalkan semua KERAYATAN ASPAL (Asli Tapi Palsu) yang telah diperolehi secara songsang oleh PTI ( Pendatang Tanpa Izin ) dan PDI ( Pendatang Dengan Izin ). Kerajaan ATAU Mahkamah Harus membatalkan Kemenangan PILIHANRAYA-PILIHANRAYA HARAM yang melibatkan PENGUNDI HANTU dan PENGUNDI ASPAL.

Jika mengikut rekod laporan tuan dalam buku 007- LELAKI MALAYSIA TERAKHIR? muka surat 153 yang dikemukakan oleh tuan dalam akuan berkanun AFFIDAVIT SAKSI di hadapan Jawatankuasa Parlimen bertarikh 24 Februari 2006 selaras dengan laporan Pos-Mortem Parti PBS pada tahun yang sama 1999 dan diakui wujudnya pengundi hantu oleh Mahkamah seperti mana diputuskan dalam Prosiding Pilihanraya dalam Petisyen Pilihanraya LIKAS . Di mana Pertambahan Pengundi Mi Segera ( Pengundi Hantu ) 1,735 orang di DUN SINALLANG.

Maka saya juga adalah mangsa SKANDAL PENGUNDI HANTU atau WARGANEGARA ASPAL ini, 10 tahun yang lalu saya pernah bertanding menantang CALON BN dan PBS menggunakan Tiket PARTI BERSEKUTU di DUN SINALLANG dengan Keputusan UNDI.

1.DATUK NASIR TUN SAKARAN – 4,617 UNDI ( BN – UMNO )

2.ABDULLAH SANI HJ.ABDUL SALLEH – 3,297 ( BERSEKUTU )

3.HJ. SABARDDIN UMBRAH – 1,637 ( PBS )

Jika ditolak Pengundi HANTU atau ASPAL – 1,735 Dari undi UMNO BN.

4,337 ( BN-UMNO ) – 1,735 ( Hantu ) = 2,602 undi ( Undi Kasar BN )

Ini Bererti SAYA adalah Pemenang DUN SINALLANG dengan kelebihan Majoriti 415 Kepada CALON BN Datuk Nasir Tun Sakaran (Anak kepada Legasi Lepa-Lepa tulisan dalam Blog tuan ).

Sepatutnya, 10 tahun yang lalu ABDULLAH SANI HJ. ABDUL SALLEH adalah Pemenang Kerusi DUN SINALLANG, Malangnya tuan membongkar perkara ini pada tahun 2009. Saya telah di nafikan Hak sebagai pemenang sejak 10 tahun yang lalu. (Masa itu saya Berumur 36 tahun ) orang Muda yang dinafikan Haknya dalam Proses Pilihanraya Negeri kita pada tahun 1999.

Hari ini saya berusia 46 tahun, saya di bohongi, saya di nafikan sebagai Rakyat yang BERHAK untuk menang Pilihanraya oleh Pembohong-pembohong yang berlegasi.

Syabas saudara Mutalib MD kerana Pembohongan demi Pembohongan selama ini TERBONGKAR, saya tidak menyangka saya diwakili oleh KETUA PEMBOHONG, WAKIL PEMBOHONG, KUMPULAN PEMBOHONG di Kawasan saya.

Insya-allah seperti kata seorang Jeneral Amerika semasa perang dunia kedua dulu :“ MAC ARTHUR - We shall Return “ .

Saya akan kembali ke Senallang untuk menebus HAK saya sebagai pemenang DUN Berkenaan,Walau berhadapan dengan sesiapa pun CALON-CALON LEGASI PEMBOHONG pada Pilihanraya akan datang.

Saya tidak rela jadi mangsa PENGUNDI HANTU lagi secara berterusan, Pengundi ASPAL harus dibersihkan dari Bumi Sabah, Ayuh wahai Pemuda- Pemuda Sabah marilah kita perbetulkan keadaan ini.....

Saya pernah jadi orang muda seperti tuan-tuan, dalam USIA 36 tahun Hak SAYA telah dinafikan secara sistematik dan terancang sebagai pemenang DALAM pilihanraya 1999, adakah kamu orang muda bersedia untuk merobah KETIDAKADILAN ini?

Ayuh kita bersama-sama bergandingan tangan bukan sahaja ORANG MUDA, ORANG TUA, KAMBING HITAM dan yang TERANIAYA untuk mencegahnya bermula dari sekarang, masa belum terlambat untuk memulakan LANGKAH SERIBU, KITA MULAKAN DARI SATU LANGKAH PERTAMA.

Jika ia boleh terjadi kepada saya sebagai anak Watan negeri ini yang mempunyai asal usul dan susul galur Keturunan Bangsawan BajauSuluk Darvel Bay, Keturunan Pengembang Agama, Keturunan Imam imam yang hebat, Keturunan Khatib yang handal, Panglima dan Pahlawan Pahlawan gagah serta Perjuang Kemerdekaan Nationalis Melangkau ke Asia Tenggara di Negeri ini yang telah saya warisi dari nenek moyang saya, tidak mustahil ia juga terjadi kepada warga asal rakyat Sabah negeri ini pada masa akan datang.

Nampaknya ancaman kita bukan Setakat dari LUAR, ancaman kita sebenar adalah dari DALAM, Semua Bumiputera Sabah tidak kira apa suku kaum harus bersatu menentang PEMBOHONGAN ini, secara teorikal dan praktikal.

PEMBOHONG–PEMBOHONG BERLEGASI akan terus muncul, akan terus merancang untuk memastikan LEGASI mereka berterusan di BUMI Sabah, anak-anak kita akan menjadi MANGSA, generasi kita akan TENGGELAM dan akhirnya kita akan terhimpit di tengah tengah kebanjiran ASPAL pada masa akan datang juga akhirnya kita akan menjadi PTI yang bergelar BT iaitu BUMIPUTERA TERAPUNG-APUNG yang tiada apa-apa.

“Kita Semua masing-masing adalah 'SON of The Soil' yang tiada pertindihan Penempatan di negeri ini, tiada pernah terjadi tuntutan bertindih kawasan oleh suku-suku kaum di Negeri Sabah, jesteru itu mengapa kita mempersoalkan hak SUKU Bumiputera lain untuk berada di bumi tercinta ini, musuh kita sebenar adalah mereka yang menjadi Warganegara ASPAL yang direkrut oleh PEMBOHONG-PEMBOHONG BERLEGASI.

Lagu KEBANGSAAN NEGERI SABAH telah mengajar kita UNTUK bersatu semenjak kita di bangku sekolah lagi. Lagu ini tidak mengajar orang Tua-Tua tetapi menghendaki orang Pemuda dan Pemudi untuk BERSATU.

Saya amat kesal sekali jika kita membiarkan isu KERAKYATAN negeri ini diserahkan kepada orang Tua-tua yang sudahpun masuk jam 5 petang untuk memperjuangkannya. Kalau mereka sanggup ditangkap ( Hassanar ), Dihukum mati ( Hamid ), ke Pejabat Tuhan (Patrik Sindu) dan di penjarakan ( Jeffry Kitingan) untuk memperjuangkan HAK RAKYAT SABAH, apa pula sumbangan Muda -Mudi, Putera-Puteri rakyat Negeri ini kepada Negeri dan Negaranya.

Mereka semua pernah diheret dalam ISA kerana kes-kes tertentu ada yang menjadi Kambing Hitam, ada yang dirancang penangkapannya, ada yang disuruh 'Membunuh' semata mata untuk mempertahankan LEGASI PEMBOHONG-PEMBOHONG ini.

“ Sabah Tanah airku, Negeri Kita Yang Tercinta, PEMUDA PEMUDI marilah BERSAMA BERSATU....... (Lirik lagu Negeri Sabah).

Ajar dan Ganyang mereka yang BERTANGGUNGJAWAB mendatangkan KEGELAPAN kepada Kita.

UTC (United Tausug Citizen)

UTC yang diasaskan di Jolo, Selatan Filipina oleh Bangsa Moro telah belanjutan sehingga 603 tahun,. Mereka telah kehilangan identiti, Kehilangan legasi, Kehilangan Digniti, mereka telah berjuang untuk mendapatkan hak mereka sebagai Penduduk asal Kepulauan Filipina.

Satu ketika duhulu mereka adalah penduduk Majoriti dan Pemerintah di Negara itu, tetapi hasil dari penghijrahan beramai-ramai penduduk Utara, mereka telah menjadi Minoriti dan HAK mereka telah terhakis kerana penghijrahan penduduk luar, mereka terus berjuang untuk mendapat tempat di tanah air sendiri. Bukan kah ini menjadi pengajaran kepada kita ?

PLO ( Palastine Liberation Front )

Pelastin adalah tanah air mereka, satu ketika mereka adalah Penduduk Majoriti Pelastin, hasil dari Penghijraan Yahudi berama-ramai, mereka telah menjadi minoriti yang akhirnya terpaksa berjuang untuk mencari Keadilan bagi menghadapi pihak majoriti yang bersekongkong dengan PEMBOHONG- PEMBOHONG yang Berlegasi.

Yasser Arafat sehingga akhir hayat terpaksa berjuang untuk mencari identiti, digniti dan legasinya demi Negara Pelastin

Dua Contoh Pertubuhan di atas cukup untuk menagajar kita betapa bahayanya menjadi penduduk minoriti di dalam NEGARA sendiri, mereka dibuli, mereka di pandang rendah, mereka di sembelih, mereka di bunuh, mereka dinafikan Hak, mereka dianggap PEMBERONTAK, PENGANAS, PEMINTA SEDEKAH, PENDATANG dan lain-lain hanya kerana PEMBOHONG-PEMBOHONG berlegasi mempertahankan Agenda.

Kita akan jadi seperti mereka, jika kita tidak BERSATU memulakan Bantahan dan membiarkan Generasi akan datang untuk membetulkannya.

Mungkin kita penduduk asal Sabah boleh menubuhkan Pertubuhan-Pertubuhan Berdaftar bagi melaksanakan tugas ini mengikut lunas Undang Undang dan Perlembagaan.

Kesimpulannya :

Saya boleh umpamakan PEMBOHONG-PEMBOHONG berlegasi ini adalah Umpama YAHUDI yang tidak pernah berpuashati dengan apa yang ada selain dari menjahamkan KEADILAN.

Saudara Mutalib MD.,

Saya yakin perjuangan saudara untuk menegakkan KEBENARAN akhir tercapai juga, jangan tunduk dan takut kepada mereka yang ingin mengancam saudara, keselamatan saudara, masa depan saudara dimana YAHUDI SABAH ini akan menggunakan perbagai cara untuk memberhentikan saudara.

Mereka akan menggunakan taktik KASAR, HALUS, UNDANG-UNDANG, EKONOMI, ANCAMAN dan lain lain untuk memberhentikan saudara, tetapi kita sama-sama faham memang itu adalah sifat YAHUDI dan di SABAH mereka adalah anak-anak YAHUDI.

Ingatlah :

“ Apabila KEBENARAN datang KEBATHILAN akan HANCUR “

Tuhan tidak mematikan seseorang sebelum dia melihat sendiri KEJATUHANnya dan KEHANCURANnya mungkin sebab itu mereka mereka yang terlibat dalam LEGASI PEMBOHONGAN belum dimatikan dan dipanjangkan umur kerana menunggu orang MUTALIB MD untuk membongkar semua PEMBOHONGAN dan lepas itu mereka akan mati dalam keadaan HINA disebabkan perbuatan mereka, Seterusnya anak Cucu Keturunan mereka akan dihukum oleh semasa HIDUP mereka.

Pandangan Bebas ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau oleh parti -parti politik atau mana -mana Pertubuhan NGO dalam dan luar Negeri, Pandangan ini adalah atas dasar PROTES sebagai anak watan Sabah yang merasakan diri tertipu oleh sistem yang tidak adil terhadap warga Bumiputera Negeri ini. Jika ia terjadi pada saya, itu juga akan terjadi kepada semua generasi muda yang lain di Negeri ini.

Saya mengajak Generasi muda Negeri ini supaya sama-sama bangkit untuk menyatakan protes pada Pilihanraya akan datang jika sistem dan cara yang terjadi pada pilihanraya 1999 masih diteruskan.

Perjuangan tidak pernah berakhir selagi Hak dinafikan, Keadilan diketepikan, Rasuah, Nepotisma dan Kronisma masih diamalkan oleh PEMBOHONG PEMBOHONG besar dalam Negara ini.

Bagi mereka yang saya anggap Tua, itu bukan bermakna saya menghina mereka bahkan hati kecil saya menghargai keikhlasan, pengorbanan, keberanian dan kesediaan tuan-tuan memperjuangkan rakyat Negeri ini, tetapi bagi maksud menyedarkan generasi muda supaya menyahut seruan dan kata-kata hikmat BUNG KARNO.

Saya Tetap Berpegang kepada Prinsip :

YANG TUA DIHARGAI ! ,

YANG MUDA DISAYANGI ! ,

YANG BERJUANG DI SANJUNGI ! ,

YANG TERANIAYA DILINDUNGI !,

AYUH...MULAKAN PERJALANAN HEBAT INI.

Syabas saudara MUTALIB MD.

Sekian

Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh

14 April 2009

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia