Isu yang dibangkitkan adalah isu hak penduduk pribumi, maka janganlah ada yang mengatakan tidak mahu terlibat dengan perkara ini kerana ianya urusan orang politik. Pendapat sebegitulah yang menyumbangkan kepada pembohongan dan penindasan berterusan terhadap hak kita dan generasi seterusnya.
INI BUKAN URUSAN POLITIK SAHAJA, sesiapa sahaja yang mendakwa dan merasakan dirinya adalah anak SABAH harus turut sama berjuang dalam perkara ini.
Saudara Mutalib MD yang bukan anak jati Sabah pun sanggup berdepan rintangan dalam membongkar perkara ini, apa peranan kita sebagai anak jati Sabah yang tercinta ini?
Bersambung...
Salam Saudara Lambunau.
ReplyDeleteTahniah kerana berani mengutarakan isu-isu yang melibatkan kepentingan penduduk Sabah. Jika ada masa terluang, sila berkunjung ke Laman Web Komuniti Membakut. Anda boleh menggunakan kemudahan ruangan blog untuk meletakkan artikel-artkel yang bermanfaat kepada pengunjung laman web, terutamanya isu satu Malaysia yang mula hangat diperkatakan sekarang.
Baru-baru ini saya terbaca satu artikel di sebuah blog yang menyatakan bilangan pendatang tanpa izin (PTI, orang Sabah lebih suka menyebut PTI bukan PATI seperti yang disebut di Semenanjung) yang tinggal di Sabah kini berjumlah 1.7 juta orang?
ReplyDeleteMaknanya bilangan PTI lebih ramai berbanding 1.5 juta penduduk tempatan negeri yang kita sayangi ini (bilangan tersebut termasuk 600,000 warga ASPAL, warga PDI 65,000-80,000 orang). Ini juga menunjukkan penduduk tempatan Sabah yang sebenar hanyalah 820,000 orang atau 25.62% sahaja daripada 3.2 juta penduduk keseluruhan. Jika ditolak angka anak-anak PDI (Stateless Children) kita tidak mencapai 25% pun penduduk tulen Sabah.
Fakta yang dinyatakan itu jika benar-benar tepat tidaklah mengejutkan sangat kerana kesan kebanjiran PTI semakin dapat kita lihat di mana-mana tempat di Sabah ini sama ada di kampung, di pedalaman atau di bandar. Lagi pun sudah terlalu lama masalah besar ini disuarakan oleh pemimpin dan penduduk Sabah tetapi sehingga kini pihak yang sepatutnya menyelesaikan masalah ini buat acuh tidak acuh sahaja untuk mengatasinya. Sudah banyak cara disampaikan penduduk tempatan Sabah meminta masalah ini ditangani segera, melalui surat khabar, radio, televisyen, penghasilan buku-buku yang membongkar betapa seriusnya masalah ini dan yang mutakhir menerusi penyiaran media alternatif-intenet. Namun harapan tinggal harapan. Keluhan tinggal keluhan. Apa yang kita dapat lihat dan rasakan kini masalah semakin merebak dan semakin genting serta boleh membahayakan kita. Tidak mustahil jika masalah ini dibiarkan berpanjangan, penduduk tempatan Sabah akan semakin terancam di negeri sendiri. Sudah banyak contoh hak pribumi di tanah tumpah sendiri dihakis dan dinafikan seperti yang berlaku di negara-negara luar. Kita tidak mahu hak ke atas politik, ekonomi dan sosial di negeri tercinta ini dikuasai oleh orang-orang yang tidak sepatutnya. Tidak ada yang mustahil. Janganlah memandang remeh hal ini. Masalah ini melibatkan masa depan generasi akan datang.
Oleh itu, ayuh anak-anak muda Sabah, tidak kira Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Brunei dan sebagainya, bangkitlah daripada lamunan, mimpi dan tidur nyenyak selama ini. Kita sudah lama bersatu mewarisi tanah indah ini sejak beratus tahun dahulu. Nenek moyang kita sanggup bergadai nyawa untuk membebaskan tanah ini daripada penjajahan luar. Bangunlah daripada tilam empuk yang tersedia selama ini. Ayuh,mari kita bersatu dan berganding bahu mempertahankan, melindungi serta memajukan negeri Sabah tercinta ini demi masa depan generasi akan datang. Jika bukan kita siapa lagi? Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kebangkitan United Tausug Citizen (UTC) dan tuntutan waris Sultan Sulu yang mahu mendapatkan negeri ini semula. Jangan pula kita yang berputih mata nanti apabila menggunakan mata wang Peso. Ini negeri kita. Negeri yang berdaulat di bawah kesatuan Malaysia. Kita yang lebih berhak dan menentukan dengan izin Allah yang Maha Berkuasa.