Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

30 August 2009

Anak Sabah Mahu Nikmat Merdeka

Membaca artikel PENGEMIS KEMERDEKAAN YANG TERCICIR (dipetik dari www.sabahkini.net) yang saya ubah tajuknya SABAH MERDEKA? di dalam blog ini, bagi pembaca yang mempunyai perasaan dan nilai kemanusiaan, siapakah yang harus dipersalahkan? Merdekakah negeri Di Bawah Bayu Ini?

 

Sampai bilakah agaknya Anak-anak Sabah yang juga merupakan Anak-anak Malaysia ini akan terus mengalami penderitaan? Kalau bukan penindasan dan diskriminasi, apakah lagi istilah yang sesuai terhadap layanan pihak kerajaan (wakil rakyat, para pegawai dan agensi-agensi kerajaan), terhadap mereka. Mereka bukan PENDATANG HARAM, juga bukan legasi pendatang yang mendapat taraf penduduk yang akhirnya dianugerahkan kewarganegaraan. Mereka adalah anak jati negeri Sabah, malah pengadu adalah seorang pengerusi JKKK yang selalu diuar-uarkan sebagai mata dan telinga kerajaan. Saya sangat-sangat berkeyakinan bahawa ini bukan satu-satunya kes yang seumpamanya berlaku di Sabah.

 

Alangkah sedihnya mereka dinafikan hak sebagai anak negeri Sabah untuk mendapat jaringan perhubungan (jalanraya) yang baik, bekalan air bersih, tenaga elektrik, menerima pendidikan yang sempurna, mengamalkan ajaran agama dengan selesa, apatah lagi untuk mendapatkan kemudahan rawatan perubatan, yang mana kesemua itu adalah perkara paling asas yang harus diberikan oleh pihak kerajaan. Apa ertinya mereka menjadi pengundi dan penyokong kepada kerajaan Barisan Nasional??

 

"Janji mereka untuk membina balairaya, klinik, sekolah , tadika, 46 rumah PPRT dan 2,500 keping zing belum satu pun yang terlaksana. Kami hanya menerima janji yang diperbaharui setiap tahun dan setiap pilihanraya, tetapi belum menerima projek yang dijanjikan," ujar Amau dalam keadaan tertekan kerana memikul harapan menggunung penduduk kampung Tagapalang."

 

"Sejak Sabah merdeka, kami hanya dikunjungi tiga jabatan kerajaan iaitu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPPS) dan Jabatan Kesihatan, jabatan lain tidak pernah masuk ke kampung kami. Kami tidak mahu minta apa-apa lagi selain jalan raya dari Kampung Sumbilingon, Melinsau Ranau ke Kampung Tagapalang Lama. Cukuplah itu," ujar Amau yang sudah muak dengan janji pemimpin dan mula lali dengan kutukan penduduk kampung terhadapnya."

 

Apakah lagi yang hendak dijelaskan Kerajaan, wakil rakyat DUN dan Parlimen, para pegawai kerajaan, agensi-agensi dan jabatan kerajaan berdasarkan kenyataan di atas. Tulisan ini bukan untuk menunjukkan kesalahan dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional tetapi hakikatnya Kerajaan Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai PERIKATAN) lah yang memerintah negara ini semenjak awal kemerdekaan, oleh itu wajarkah saya hendak menyalahkan pembangkang atau kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia??

 

Jadi, mahu tidak mahu, rela atau tidak, memang Kerajaan Barisan Nasional jugalah yang harus dipersalahkan. Hendak meminta pembangkang membina jalanraya, sekolah, rumah ibadat, bekalan air dan elektrik, adalah satu perbuatan yang tidak masuk akal. Mereka tidak meminta kerajaan menyediakan pekerjaan atau bantuan kewangan, apa yang mereka mahukan ialah hak mereka iaitu kemudahan asas dan jaminan bahawa tanah mereka kekal milik mereka.

 

Kemanakah perginya SABAH BARU yang dilaung-laungkan oleh Barisan Nasional semasa hendak merampas Sabah dari tangan PBS pada tahun 1994? Ketua menteri sudah bersilih ganti, malah para pegawai dan pengarah kepada agensi dan jabatan kerajaan juga telah ramai yang pencen sejak Sabah ini dijelmakan sebagai Sabah Baru pada tahun 1994, tetapi yang nampak perubahan hanyalah pembangunan fizikal di bandar-bandar besar, bagaimana nasib rakyat di pedalaman?

 

Satu perkara yang nyata baru hasil gerakan Sabah Baru pada tahun 1994 itu ialah kereta baru dan rumah baru para pemimpin politik serta para kroni mereka.

 

Andainya kerajaan Barisan Nasional ini baharu sahaja memerintah negeri Sabah tercinta ini, mungkin mereka perlukan masa untuk melaksana program pembangunan, tetapi sudah berpuluh tahun memerintah pun keadaan rakyat marhain tetap kurang terbela. Itulah sebabnya saya menukar tajuk artikel tersebut kepada Sabah Merdeka? kerana senario kehidupan masyarakat di ceruk pedalaman menggambarkan keadaan bahawa Sabah belum dan tidak pernah merdeka, sebab itu kita tidak pernah mendengar ketuanan bumiputera Sabah, yang ada hanyalah ketuanan mereka sahaja.

 

Anak Sabah Mahu Nikmat Merdeka

 

Anak Sabah mahu nikmat merdeka,

Merdeka dari kemiskinan,

Merdeka dari pemimpin yang pentingkan diri sendiri,

Merdeka dari penindasan,

Merdeka dari kegelisahan,

Merdeka dari ketidakadilan layanan sahabat di persekutuan,

 

Anak Sabah mahu nikmat merdeka,

Merdeka dari ketinggalan arus kemajuan,

Merdeka walaupun di pedalaman,

Merdeka yang benar-benar merdeka,

Merdeka dari penafian nikmat merdeka,

Merdeka dari keadaan tidak merdeka!

 

ANAK SABAH MAHU MERDEKA??

 

Apa pun jawapan dan pandangan sila berikan komen anda.

3 comments:

  1. Yang salah bukan AHLI POLITIK kerana mereka memang begitu tidak kira apa parti sekalipun...akan terus berPOLITIK sampai mati..

    Yang menjadi MASALAH utama adalah majoriti RAKYAT yang sewenang2nya terLALU mudah untuk dibeli dan dirayu...untuk memilih mereka yang memang telah terbukti MENIPU rakyat semenjak 1963 lagi sehingga sekarang...

    Justeru, anak2 SABAH yang majoriti memilih pemimpin ini semestinya diusahakan agar mereka menggunakan sepenuhnya kuasa UNID mereka setiap 5 tahun agar TIDAK dipengaruhi oleh wang RM50 atau nasi bungkus atau apa saja khususnya di hari mengundi.

    Biasanya, majoriti ini sepanjang 4 tahun setengah, mereka mungkin akan MARAH, KECEWA dan GERAM dengan sifat pemimpin PLOTIK tapi ketika hari pengundian tiba, bila mereka diberi jamuan, wang ringgit atau apa sahaja bentuk materialistik...terussssss LUPA dan memangkah parti ITU lagi dan lagi...lepas tu, 4 setengah tahun mendatang KECEWA lagi, GERAM lagi, etc...begitulah.

    SO, bukan salah pemimpin POLITIK tapi salah RAKYAT SABAH...jadi kalau betul mahu MERDEKA...merdekakan dulu diri dan jiwa agar BOLEH membuat leputusan dengan BIJAKSANA...bukan BIJAKSINI..

    Batul BAH kan?

    ReplyDelete
  2. Ada betul dan ada juga tak betul, bagaimana pula dengan para pegawai kerajaan, agensi dan jabatan kerajaan yang tidak melaksanakan amanah terhadap tanggungjawab terhadap masyarakat.

    Anonymous kata ahli politik memang begitu tidak kira parti apa sekalipun, kalau camtu siapa yang hendak diundi agaknya ya? kalau dah sama, siapa pun perintah tetap sama la tu.

    ReplyDelete
  3. ya, bagaimana pula dengan guru yang asyik hendak menyibuk hal politik?. tapi berdolak dalik apabila diminta untuk memajukan diri sendiri demi kualiti perkhidmatan? (e.g. guru lemah berbahasa Inggeris, tidak mahu melanjutkan pelajaran sarjanamuda).

    politikus kerjanya berpolitik. guru kerjanya mengajar.

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia