Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

05 September 2009

RM10 JUTA SIASAT 2 JAM - RM2,400 SIASAT 10 JAM HINGGA MATI

– harakah daily

Presiden MCA, Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

1 comment:

  1. awat lu xleh pikir ka..
    1. jika itu saksi bagi kerjasama, mesti cepat keje pegawai penguatkuasa..
    2. jika itu saksi ada banyak rahsia xmau cakap,
    itu penguatkuasa tahan dia lama ooo..dia kena buka mulut wo..
    3. jika itu saksi ada mau cite bende rahsia kpd penguatkuasa, siapa yang tahu, you pun tak tau, u cuma tau mahu hantam penguatkuasa saja.

    boleh jadi, itu saksi cerita rahsia pasal you kepada penguatkuasa, itu yang lu takut wo...you hantam penguatkuasa supaya you pun boleh lepas tangan..

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia