Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

24 August 2009

MITOS DAN PENIPUAN




Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat. 

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk. 

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan. 

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


MITOS PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG.Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India. 

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di'telan' oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik. 

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS


Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

Nota:
 
Tulisan ini bebas untuk diambil untuk tujuan memecahkan mitos –http://tukartiub.blogspot.com

2 comments:

  1. nak tunjuk pandai, jangan la copy paste. tapi kalau dia pandai sangat, dia akan cited sumber. source.

    tapi gamaknye bulan posa bulan mulia ni taknak pakai otak sangat, dan hanya ada benci kesumat dalam hati, maka dia pun secara tak langsung, jadi pendendam yang kurang waras.

    mitos =naratif yang bertujuan memesongkan hakikat?

    Kamus Dewan (1997, hal. 894) = mitos sebagai cerita zaman dahulu yang dianggap benar atau dipercayai, misalnya cerita asal usul, cerita kewujudan sesuatu bangsa, kejadian alam atau cerita dongeng mengenai kehebatan seseorang tokoh

    di sini tidak dinyatakan dengan tepat samada naratif yang 'bertujuan memesongkan hakikat'. jadi pengertian 'mitos' dari pembukak bicara, adalah SALAH.

    mitos 1: hari malaysia bukan 31 ogos 1957, tapi 16 september 1963.

    siapa kata ini mitos? ini berupa mitos? sekiranya dilihat pada pengeritna KAMUS DEWAN BAHASA, ataupun pengertian SALAH pembukak bicara, maka perkara diatas BUKAN MITOS kerana ianya adalah fakta.

    dan tidak siapa pun kata hari malaysia ialah 31 ogos. yang tarikh 31 ogos adalah TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU. paham? hari malaysia MEMANG 16 september.

    mitos 2:
    UMNO memperjuangkan hidup melayu pada mulanya sebab parti ini merupakan tunjang orang melayu..UMNO tuka kepd merdeka kerana ingin menuntut kemerdekaan pada asalnya.slogan ini digunakan bagi mempertingkatkan keazaman penduduk tanah melayu supaya bersama-sama mencapai kemerdekaan lah..jangan lah ubah fakta...MITOS namanya tuh

    mitos 3:
    Parti Komunis Malaya mula bangkit mengangkat senjata kerana menyambut semboyan perang dari komunis di Russia. Sila rujuk tarikh tersebut untuk penjelasan lebih lanjut.Ketika itu satu pertubuhan komunis melancarkan gerakan radikal secara besar-besaran di seluruh dunia secara serentak.

    Kurangnya maklumat dunia luar dan pendidikan menyebabkan KMM dan pertubuhan berhaluan kiri yg cenderung kepada perjuangan radikal telah ditipu dan dipergunakan oleh komunis untuk kepentingan ideology komunis, sebagaimana PAS dan Parti Kelentong Rakyat dipergunakan sekarang.

    itu bermakna jika gerakan itu berjaya, Tanah Melayu berisiko tinggi dijajah lagi (jika KMM tdk dapat mengawal PKM), kali ini oleh PKM di bawah pengaruh komunis China. Tanah Melayu memerlukan satu kuasa politik yg bebas dari sebarang pengaruh politik luar untuk mendapatkan kemerdekaan yang sebenar.

    memang betul UMNO bukan yang pertama menggunakan slogan MERDEKA... tapi aku juga tidak pasti KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938 menggunakan slogan MERDEKA.. yang aku tahu PKMM menggunakan slogan 'MERDEKA DENGAN DARAH' seperti di Indonesia... dan jangan lupa matlamat PKMM juga hendak mencantumkan Indo dgn Tanah Melayu... kalu ko nak sangat ikut slogan PKMM baik ko pindah pergi Indon...

    mitos 4:
    Ni salah. Bukan memula moon nama asal. Nama asal lagu ni ikut lirik dia la. Yang hanya diketahui mengenai lagu ni ialah MELODINYA hasil Pierre Beranger, komposer terkenal dari Perancis. Melodi ni jadi terkenal di tanah2 jajahan Perancis spt Seychelles.

    Masa pertabalan King George ke hape ke kat London, Sultan Perak ketika tu (Sultan Idris ) yang mewakili Negeri2 Melayu Bersekutu / Majlis Raja-Raja telah dijemput hadir. Ketika ditanyakan kepada baginda apakah lagu kebangsaan rasmi negeri baginda, maka baginda pun bertanyakan Raja Mansur (Anak Sultan Abdullah) yang kemudiannya, membunyikan irama @ Melodi lagu ini. Barang diingat, Sultan Abdullah dibuang negeri oleh British ke Seychelles selama beberapa tahun. Peristiwa ini terjadi pada tahuin 1888. Selepas dari itu, lagu ini diadaptasi menjadi lagu negeri Perak hingga sekarang.

    Trang Bulan mula-mula sekali direkodkan tahun 30an di Indonesia, jauh sebelum negara kita menuju merdeka. Jadi mana mungkin lagu ini asalnya untuk ejek mengejek Tunku?. Lagu "Mamula Moon" pulak hanya diambil dari lagu Terang Bulan itu sendiri dalam tahun-tahun 40an - 50an, jadi mananya lagu NEGARAKU berasal dari Mamula Moon?? PERAK PAKAI LAGU NI LAGI LAMA DARI INDON LAAA... MAMULA MOON PUN ADAPT DARI INDON...

    ReplyDelete
  2. mitos 5:
    setahu aku Jalur Gemilang diberi nama pada tahun 1997 semperna 40 tahun Malaysia merdeka...cuba hang tengok video klip JG dalam pukul 8 malam kat TV1... masa Tun Dr. Tun Dr. Mahathir yang rasmikan...

    dikatakan bendera Nusantara berunsur merah putih... dibangkitkan mengenai Singapura & Flag Indonesia..

    1) Flag UMNO pernah tgk tak? hehee...
    2) Merah putih Indon & Singapore ada sebaris je.. merah putih MALAYSIA ada EMPAT BELAS!!! Bukanka maknanya lebih merah darah dan lebih putih hati...

    .. 1 dengan 14, mana lagi banyak? hehe...

    memang mitos la mitos yang dibawak ni.. hahahaa...

    mitos 6:
    mungkin penulis akan akhirnya mengaku bahawa ini perkara relevan apabila:

    a) nak beli rumah kena mintak izin dari kaum lain
    b) nak buat loan kena mintak izin dari kaum lain
    c ) nak buat surau kena mintak izin dari kaum lain
    d) nak buat akekah anak kena mintak izin dari kaum lain

    mitos 7:
    malaysia negara unik.

    memang unik. penduduk malaysia ada 3 kaum majority yang UTAMA. yang berlainan agama, budaya, percakapan, sosial, etc etc. secara tak langsung, terdapat pembahagian yang nyata diantara kaum.

    USA ada 1 ja pembahagian yang nyata antara rakyatnya, iaitu WARNA kulit. 1 saja. tapi sampai sekarang, WARNA KULIT menjadi satu pembahagian yang dahsyat. so bayangkan betapa vulnerablenya MALAYSIA?

    sebab itula UMNO masih perlu memerintah. kerana pemimpin yang tegar dan kuat serta melayu islam masih lagi ramai dalam UMNO.

    ----------------------------
    satu lagi.... apa PAS dan geng PR yang lain tiada menyebarkan pembohongan? Tok Guru sendiri mengiyakan apabila agama Islam dihina... Hukum Hudud di buat mengikut suka hati (cuba rujuk enakmen hudud kelantan & terenganu) hahaha adakah mukallaf itu bagi yang berumur cukup 18 thn? heheheheheh adakah nik aziz akil baligh pada umurnya 18 thn? itu hanya tuhan yang tahu? sempena ramadhan aku nak sharekan sikit hadis utk renungan...

    diriwayatkan oleh saidina Ali:

    rasullah bersabda " Jgn sekali - kali kamu mengkiaskan agama dengan sebarang perkara, barangsiapa yang mengkiaskan agama maka sesatlah mereka"

    Jadi jgnlah memperdagangkan agama demi mendapatkan kedudukkan politik....

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia