Selama 46 tahun kewujudan negara Malaysia, sesiapa sahaja yang menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertuan Negeri Sabah (TYT)akan menyambut harijadinya sebanyak dua kali. Sekali adalah pada hari/tarikh yang tercatat pada sijil kelahiran beliau, dan sekali lagi adalah pada tanggal keramat 16 September. Tanggal keramat 16 September inilah yang menjadi tanda tanya kepada saya sendiri sewaktu di alam persekolahan dahulu.
Jika belajar sejarah di sekolah itu adalah tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak serta pembentukan sebuah negara bernama Malaysia. Walau bagaimanapun, di Sabah pada tarikh tersebut telah ditetapkan sebagai cuti umum, ironinya cuti tersebut tidak dikatakan sebagai cuti Kemerdekaan Sabah atau cuti Hari Malaysia, tetapi selama 46 tahun minda rakyat Sabah ditanamkan bahawa itu adalah tarikh rasmi harijadi TYT Sabah (di Sarawak saya tidak tahu bagaimana ceritanya).
Pengumuman Perdana Menteri, DS Najib, bahawa 16 September adalah cuti Hari Malaysia telah menamatkan cerita pelik harijadi dua kali ini.
Agak-agaknya selama ini siapa yang tipu rakyat Sabah?
Kenapa pemimpin yang lepas-lepas susah hendak buat tindakan dan pengumuman seperti DS Najib?
Apa pula yang berlaku di Sarawak pada tarikh tersebut selama 46 tahun yang lepas?
*tulisan ini telah lama terperap, baru dapat dipostkan hari ini..
aikks... bikin hairan... Apapun saya harap penjelasan yang diberi oelh pihak yang bertanggungjawab boleh memuaskan semua pihak...
ReplyDeleteAiks pasal hari jadi pun boleh jadi isu... hehhehee
ReplyDeleterelax la babe...
Tuan punya badan pun x bising... hehehhehehe
Free Thinker
Hmmm.. nda pa la ba... TYT kita pun bukannya bising2 juga akan hal ni... So xpa la... hehhehe
ReplyDeletehal ini tak prlu jadi isu pn
ReplyDeleteHari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
ReplyDeletePembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat
ReplyDeleteHari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia[2], namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]
ReplyDeleteKetua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengajak rakyat Malaysia untuk memperingati hari Bersejarah 16 september sebagai lambang perpaduan rakyat 1Malaysia, dan dalam masa sama, memperingati tarikh ini sebagai tarikh ‘Hari Pembohongan Anwar Ibrahim
ReplyDeleteUjarnya, tema Hari Malaysia tahun ini ialah `Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera’, sebagaimana Hari Merdeka ke-55 tahun, satu tema yang amat tepat kerana selama 55 tahun Malaysia merdeka, dan sempena 49 tahun Hari Malaysia ini, membuktikan bahawa janji-janji Barisan Nasional (BN) telah ditepati iaitu membangunkan negara dengan jayanya.
ReplyDeleteApa yang kita lakukan ini adalah untuk rakyat, ‘Janji Ditepati Rakyat Sejahtera’ yang akan dilangsungkan di Bintulu 16 September nanti, merupakan satu tema yang amat sesuai, dan pembangkang sekali lagi tidak bersetuju, kalau ’55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’ mereka tak bersetuju, saya yakin Hari Malaysia ‘Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera’ juga tentunya mereka tidak setuju.
ReplyDeleteKenapa mereka tak bersetuju? Mereka sebenarnya tidak bersetuju kerana mereka adalah kumpulan yang tidak menepati janji dan pada saya, 16 September ini juga menunjukkan satu perkara yang sangat sesuai kita ingati, iaitu pembohongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
ReplyDeleteTambahnya, pada tarikh tersebut dianggap sebagai Hari Pembohongan Besar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kerana kononnya pada 16 September 2008, ada 30 orang Ahli Parlimen BN akan menyebelahi mereka dan seterusnya menobatkannya sebagai Perdana Menteri.
ReplyDeleteMengikut kata enam orang ahli Parlimen dari pakatan pembangkang yang keluar parti, mengatakan Anwar juga memberitahu mereka bahawa Anwar telah menemui yang Di-Pertuan Agong, berjumpa dengan Panglima Turus Angkatan Tentera, dan Anwar juga telah membuat beberapa siri sidang media sebelum 16 September itu.
ReplyDeleteJadi tarikh 16 September ini, kita harus mengingati dua perkara iaitu lahirnya Malaysia dan yang kedua, tentunya pembohongan Ketua Pembangkang,” ujarnya lagi.
ReplyDeleteBerita Bertarikh Pada 12 September 2012 4:45 PM
Berita Keseluruhan Kategori Hujah Ketua Penerangan »
Berita Terkini
Cadangan Tanding Jawatan Ketua Pemuda Satu Transformasi Bernas
Pas Tidak Ada Perkara Baru Sebagai Tawaran Untuk Pengundi
Sokongan Rakyat Pastikan Kemenangan BN Untuk Kesinambungan Pembangunan
Limpahan Ekonomi Bakal Melanda Kuala Besut – Ahmad Maslan
UMNO Bahagian Kota Kinabalu Rai 60 Anak Yatim Dalam Majlis Berbuka Puasa
Penduduk DUN Kuala Besut Anggap Peruntukan RM250 Juta Satu Rahmat
K’jaan Beri Amaran Keras Kepada Pengganas Sulu Supaya Jangan Cuba Ugut Untuk Masuk Sabah
Haram Syiah: Tak Perlu Bangkit Pelanggaran Hak Asasi Manusia – Jamil Khir
ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMfKHtt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMi0B6v
© Utusan Melayu (M) Bhd
Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMjnANO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMlnHXl
© Utusan Melayu (M) Bhd
Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMo4HKY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMqDjSM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
ReplyDeleteMajigoh sebelum itu ingin mengetahui sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia'.
Perdana Menteri menjawab soalan Majigoh itu serentak dengan 15 soalan Ahli Parlimen lain yang turut menyentuh isu serupa.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMuk8MJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dalam pada itu, Najib menambah, bagi meningkatkan lagi perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kekerapan penerbangan akan dipertingkatkan, pembinaan prasarana bakal diperbanyakkan dan isu kerakyatan akan diberi perhatian serius oleh kerajaan.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMwPeio
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dalam jawapan lisan itu juga, Najib mengambil kesempatan menerangkan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri telah menjadi gagasan yang digemari ramai khususnya generasi muda.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMyeWB5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Boleh dikatakan tahap pertama dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia telah mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita berdoa semoga niat suci kerajaan untuk memupuk perpaduan tulen benar-benar berjaya," katanya.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfN14Z80
© Utusan Melayu (M) Bhd
Menjawab soalan tambahan Majigoh sama ada negara ini wajar mempunyai satu identiti bangsa seperti di Indonesia, Thailand dan Filipina, Najib menjelaskan, beliau bersetuju dengan pendapat tersebut.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfN3QOsv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bagaimanapun, katanya, asas pembinaan negara sejak dari awal lagi berasaskan mengintegrasi dan bukannya mengasimilasi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfN5xuvi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ini menunjukkan kepimpinan kita dari awal lagi bersifat terbuka dan inklusif kerana kerajaan melihat itulah jalan terbaik apabila kita dapat menampilkan suatu kekuatan berdasarkan bersatu dalam kepelbagaian.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfN8OZ79
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tidak ada negara lain yang unik macam Malaysia. Kita berpegang kepada teras perlembagaan dan boleh menerima unsur-unsur yang berbeza sebagai budaya yang terkandung di bawah bumbung 1Malaysia," jelasnya.
ReplyDeleteArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfNAUrBP
© Utusan Melayu (M) Bhd