Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

26 October 2009

Akhirnya Harijadi TYT Sabah Sekali Sahaja

Bagi anda pembaca yang berada di luar negeri Sabah pasti merasa pelik dengan tajuk entri di atas.Tetapi bagi pembaca yang merupakan orang Sabah pasti memahaminya.

Selama 46 tahun kewujudan negara Malaysia, sesiapa sahaja yang menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertuan Negeri Sabah (TYT)akan menyambut harijadinya sebanyak dua kali. Sekali adalah pada hari/tarikh yang tercatat pada sijil kelahiran beliau, dan sekali lagi adalah pada tanggal keramat 16 September. Tanggal keramat 16 September inilah yang menjadi tanda tanya kepada saya sendiri sewaktu di alam persekolahan dahulu.

Jika belajar sejarah di sekolah itu adalah tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak serta pembentukan sebuah negara bernama Malaysia. Walau bagaimanapun, di Sabah pada tarikh tersebut telah ditetapkan sebagai cuti umum, ironinya cuti tersebut tidak dikatakan sebagai cuti Kemerdekaan Sabah atau cuti Hari Malaysia, tetapi selama 46 tahun minda rakyat Sabah ditanamkan bahawa itu adalah tarikh rasmi harijadi TYT Sabah (di Sarawak saya tidak tahu bagaimana ceritanya).

Pengumuman Perdana Menteri, DS Najib, bahawa 16 September adalah cuti Hari Malaysia telah menamatkan cerita pelik harijadi dua kali ini.

Agak-agaknya selama ini siapa yang tipu rakyat Sabah?

Kenapa pemimpin yang lepas-lepas susah hendak buat tindakan dan pengumuman seperti DS Najib?

Apa pula yang berlaku di Sarawak pada tarikh tersebut selama 46 tahun yang lepas?

*tulisan ini telah lama terperap, baru dapat dipostkan hari ini..

28 comments:

  1. aikks... bikin hairan... Apapun saya harap penjelasan yang diberi oelh pihak yang bertanggungjawab boleh memuaskan semua pihak...

    ReplyDelete
  2. Aiks pasal hari jadi pun boleh jadi isu... hehhehee
    relax la babe...
    Tuan punya badan pun x bising... hehehhehehe

    Free Thinker

    ReplyDelete
  3. Hmmm.. nda pa la ba... TYT kita pun bukannya bising2 juga akan hal ni... So xpa la... hehhehe

    ReplyDelete
  4. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat

    ReplyDelete
  6. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia[2], namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]

    ReplyDelete
  7. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengajak rakyat Malaysia untuk memperingati hari Bersejarah 16 september sebagai lambang perpaduan rakyat 1Malaysia, dan dalam masa sama, memperingati tarikh ini sebagai tarikh ‘Hari Pembohongan Anwar Ibrahim

    ReplyDelete
  8. Ujarnya, tema Hari Malaysia tahun ini ialah `Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera’, sebagaimana Hari Merdeka ke-55 tahun, satu tema yang amat tepat kerana selama 55 tahun Malaysia merdeka, dan sempena 49 tahun Hari Malaysia ini, membuktikan bahawa janji-janji Barisan Nasional (BN) telah ditepati iaitu membangunkan negara dengan jayanya.

    ReplyDelete
  9. Apa yang kita lakukan ini adalah untuk rakyat, ‘Janji Ditepati Rakyat Sejahtera’ yang akan dilangsungkan di Bintulu 16 September nanti, merupakan satu tema yang amat sesuai, dan pembangkang sekali lagi tidak bersetuju, kalau ’55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’ mereka tak bersetuju, saya yakin Hari Malaysia ‘Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera’ juga tentunya mereka tidak setuju.

    ReplyDelete
  10. Kenapa mereka tak bersetuju? Mereka sebenarnya tidak bersetuju kerana mereka adalah kumpulan yang tidak menepati janji dan pada saya, 16 September ini juga menunjukkan satu perkara yang sangat sesuai kita ingati, iaitu pembohongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  11. Tambahnya, pada tarikh tersebut dianggap sebagai Hari Pembohongan Besar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kerana kononnya pada 16 September 2008, ada 30 orang Ahli Parlimen BN akan menyebelahi mereka dan seterusnya menobatkannya sebagai Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  12. Mengikut kata enam orang ahli Parlimen dari pakatan pembangkang yang keluar parti, mengatakan Anwar juga memberitahu mereka bahawa Anwar telah menemui yang Di-Pertuan Agong, berjumpa dengan Panglima Turus Angkatan Tentera, dan Anwar juga telah membuat beberapa siri sidang media sebelum 16 September itu.

    ReplyDelete
  13. Jadi tarikh 16 September ini, kita harus mengingati dua perkara iaitu lahirnya Malaysia dan yang kedua, tentunya pembohongan Ketua Pembangkang,” ujarnya lagi.


    Berita Bertarikh Pada 12 September 2012 4:45 PM


    Berita Keseluruhan Kategori Hujah Ketua Penerangan »

    Berita Terkini
    Cadangan Tanding Jawatan Ketua Pemuda Satu Transformasi Bernas
    Pas Tidak Ada Perkara Baru Sebagai Tawaran Untuk Pengundi
    Sokongan Rakyat Pastikan Kemenangan BN Untuk Kesinambungan Pembangunan
    Limpahan Ekonomi Bakal Melanda Kuala Besut – Ahmad Maslan
    UMNO Bahagian Kota Kinabalu Rai 60 Anak Yatim Dalam Majlis Berbuka Puasa
    Penduduk DUN Kuala Besut Anggap Peruntukan RM250 Juta Satu Rahmat
    K’jaan Beri Amaran Keras Kepada Pengganas Sulu Supaya Jangan Cuba Ugut Untuk Masuk Sabah
    Haram Syiah: Tak Perlu Bangkit Pelanggaran Hak Asasi Manusia – Jamil Khir





    ReplyDelete
  14. ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMfKHtt
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  15. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMi0B6v
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  16. Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMjnANO
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  17. Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMlnHXl
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  18. Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMo4HKY
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  19. Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMqDjSM
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  20. Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

    Majigoh sebelum itu ingin mengetahui sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia'.

    Perdana Menteri menjawab soalan Majigoh itu serentak dengan 15 soalan Ahli Parlimen lain yang turut menyentuh isu serupa.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMuk8MJ
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  21. Dalam pada itu, Najib menambah, bagi meningkatkan lagi perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kekerapan penerbangan akan dipertingkatkan, pembinaan prasarana bakal diperbanyakkan dan isu kerakyatan akan diberi perhatian serius oleh kerajaan.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMwPeio
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  22. Dalam jawapan lisan itu juga, Najib mengambil kesempatan menerangkan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri telah menjadi gagasan yang digemari ramai khususnya generasi muda.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfMyeWB5
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  23. Boleh dikatakan tahap pertama dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia telah mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita berdoa semoga niat suci kerajaan untuk memupuk perpaduan tulen benar-benar berjaya," katanya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfN14Z80
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  24. Menjawab soalan tambahan Majigoh sama ada negara ini wajar mempunyai satu identiti bangsa seperti di Indonesia, Thailand dan Filipina, Najib menjelaskan, beliau bersetuju dengan pendapat tersebut.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfN3QOsv
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  25. Bagaimanapun, katanya, asas pembinaan negara sejak dari awal lagi berasaskan mengintegrasi dan bukannya mengasimilasi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfN5xuvi
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  26. Ini menunjukkan kepimpinan kita dari awal lagi bersifat terbuka dan inklusif kerana kerajaan melihat itulah jalan terbaik apabila kita dapat menampilkan suatu kekuatan berdasarkan bersatu dalam kepelbagaian.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfN8OZ79
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  27. Tidak ada negara lain yang unik macam Malaysia. Kita berpegang kepada teras perlembagaan dan boleh menerima unsur-unsur yang berbeza sebagai budaya yang terkandung di bawah bumbung 1Malaysia," jelasnya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2ZfNAUrBP
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia