Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

10 November 2009

Jom Tengok Gambar

Gambar-gambar di atas kelihatan biasa sahaja, persepsi pertama anda yang melihatnya pasti menganggap ia cuma satu lagi kerja-kerja pelaksanaan projek pembangunan BN di Sabah. Sebaliknya, ada cerita menarik yang anda tidak akan tahu jika tidak membaca artikel ini.

Aktiviti dua orang pemuda di atas bukanlah sedang bekerja membina jambatan/ lorong pejalan kaki, tatapi sebenarnya mereka sedang merobohkan struktur binaan yang sangat-sangat pelik ceritanya.

Malas nak cerita panjang, blog abang saya dah buat artikel mengenai perkara ini, senang cerita, saya salin dan tampal sahaja dari blog beliau ( http://perantausenja.blogspot.com). Siapa pun menulis tidak penting kerana kami sama-sama berada di lokasi tersebut untuk mengambil gambar dan mendapatkan cerita mengenainya.

*********************************************************************************

Alkisah tersebut sebuah cerita berkisar tentang sebuah jambatan.Ada pun panjangnya lebih kurang 100 meter lebih.Dibina disebuah perkampung untuk kemudahan penduduk kampung tersebut.Projek tersebut dibiayai oleh kerajaan puak bee end.Malangnya jambatan yang tersergam indah itu dibina di atas tanah persendirian.Entah bagaimana boleh lulus hanya SPRM saja yang tau.Nak dijadikan cerita daripada sumber yang boleh dipercayai,jambatan tersebut sepatutnya dibina ditempat lain tetapi telah dibina di situ.

Ada pun apabila tuan empunya tanah kecoh khabarnya menuntut keadilan ke makamah,maka terpaksalah jambatan tersebut dirobohkan.Walhal nilai projek membina jambatan tersebut (nilai projek) Rm 50,000. Tuan empunya syarikat yang melaksanakan projek adalah daripada kroni amno anak kepada bee end.Maka berdukacitalah para penduduk kampung tersebut kerana kemudahan yang telah diguna selama tujuh bulan ditarik semula.

Timbullah pelbagai cerita pro dan kontra dalam bentuk versi masing-masing.Dapatlah juga penduduk kampung tersebut mencari rezeki dengan bekerja meroboh jambatan itu dengan diberi upah Rm150 seorang (seramai 2 orang).Bina Rm 50,000 roboh Rm 300.Maka dikumpullah segala zink dan kayu-kayan jambatan yang diroboh itu dan dibawa ke Pejabat Daerah Kecil Membakut.

Menurut khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa,semua barangan itu hendak diaudit semula.Daripada versi lain pula hendak dibina semula ditempat lain katanya.Tidak dapat dipastikan kesahiannya kerana tidak berjumpa dengan tuan empunya cerita.Kalau sesiapa berkesempatan dijemput datang ziarah ke Kampung Papas Membakut Sabah tempatnya bersama abang-abang SPRM untuk menyedapkan cerita.Dapatlah rakyat jelata 1Malaysia membuka mata memasang telinga.

**************************************************************************************

Sesuatu yang musykil dan mendatangkan keraguaan serta menjadi tanda tanya apabila sebuah jambatan dibina di bawah Program Pembangunan Persekutuaan yang nilai projek Rm 50,000.00 kos pembinaannya dan telah diguna pakai penduduk di kampung Papas selama lebih kurang tujuh bulan terpaksa diroboh semula atas alasan tuan punya tanah telah mengemuka notis saman tuntutan gantirugi sebanyak Rm 100,000.00.Pelbagai persoalan timbul antaranya; Bagaimana projek tersebut boleh lulus tanpa persetujuaan tuan tanah?Apakah tiada perincian tentang hak milik dan status tanah?Kenapa projek yang bernilai puluhan ribu diurus dengan sebaiknya sehingga menyebabkan kerugiaan dan pembaziran?Siapa yang salah Pemaju atau Kerajaan?

Mungkin ini adalah perkara biasa atau bagi sesetengah orang hanya kes terpencil,tetapi logikah dari segi akal berlaku kesilapan teknikal.Begitulah biasanya jawapan yang biasa kita dengar daripada pihak yang berkenaan.Amat janggal sekiranya berlaku kesilapan kerana setiap projek akan melalui prosuder yang telah ditetapkan.Saya tiada pengalaman berkhimat dalam kerajaan tetapi pernah berkhimat dalam sektor swasta selama 14 tahun.Mungkin tidak sama tetapi rasanya tidak banyak berbeza dalam pengurusan projek serta perbelanjaan kewangaan.Semuanya akan melalui kajian,pemeriksaan dan kelulusan.

Apakan mereka yang terlibat ini tidak profesional atau sambil lewa,atau mungkin jua telah mendapat imbuhan tertentu sehingga menyebabkan mata buta dan telinga pekak semasa menjalankan tugas.Pelbagai tomahan dan persepsi akan timbul ekoran daripada kecuaian tersebut.Ingat dan tanamkan dalam minda segala wang kerajaan yang dibelanjakan adalah wang rakyat.Jangan berselindung di balik slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan",walhah lain cerita sebaliknya.

Campurtangan pihak SPRM dalam kes ini amat dialu-alukan agar cerita yang sama tidak berulang kembali.Mereka yang terlibat haruslah disiasat dan sekiranya terbukti berlaku penyelewangan dibawa ke muka pengadilan.Terlalu banyak perkara yang menjadi tanda tanya dalam kes pembinaan jambatan itu.Sebagai rakyat Malaysia dan penduduk Daerah Kecil Membakut saya amat berharap SPRM dapat membongkar apa yang tersirat dan tersurat dalam isu jambatan Kg.Papas dengan penuh ketelusan.

*********************************************************************************

Saya tambah sedikit info lagi, semalam saya dimaklumkan bahawa bahan pembinaan seperti zink dan kayu yang telah dibuka dan disusun oleh pekerja telah mengalami kecurian. Persoalannya, betulkah dicuri oleh orang lain atau dicuri oleh pihak yang tidak mahu bahan binaan diaudit, atau untuk mencukupkan bilangan bahan seperti dalam rekod (hilang 40 keping, boleh lapor 80 keping), siapa yang rajin hendak berfikir, fikirkanlah...

9 comments:

  1. rasanya projek jambatan ni di senarai dlm projek cabutan baru2 ni... isk isk aku rasa kontraktor hanya menjalankan tugas seperti yang disuruh dalam butiran kerja.... pasal kecurian tu ko tak patutlah menuduh or provoke macam tu kecuali ko ada bukti.... kalau dah kecurian laporan polis akan di buat.... or adakah ko mmg selama ni hanya bergantung kepada andaian semata2 dan bukannya bukti fizikal?

    ReplyDelete
  2. kau ni dani ariff kah dari kampung lamubunau? cikgu? banyak pula masa cikgu ni...

    ReplyDelete
  3. Betul ka cerita ni???
    Kesian ba kan orang kampung...
    harap2 ada la penyelesaian yang terbaik untuk perkara ni oo...

    ReplyDelete
  4. Uii na tompinai... belum ada bukti ba... Jangan dulu ba buat andaian... alahai!!!

    ReplyDelete
  5. Hahhahaha... ozone telampau banyak masa ba tu; sampai boleh buat part time.... hehehhehe

    ReplyDelete
  6. uii na mcm provokasi ni... hehehhee
    tunggu dan lihat ja la... Pasti ada penjelasan munasabah daripada pihak yang bertanggungjawab. :)

    ReplyDelete
  7. Maklumat terbaru dari sumber paling hampir dengan kontraktor terbabit dalam perobohan lorong kaki/jambatan itu ialah projek tersebut sepatutnya dibina di tempat lain tetapi telah dibina di Kg. Papas Membakut. Lokasi asal projek tersebut sepatutnya di Kg. Brunei Membakut.

    Jack Joker said... rasanya projek jambatan ni di senarai dlm projek cabutan baru2 ni... isk isk aku rasa kontraktor hanya menjalankan tugas seperti yang disuruh dalam butiran kerja....adakah ko mmg selama ni hanya bergantung kepada andaian semata2 dan bukannya bukti fizikal?

    Bagaimana dikatakan menjalankan tugas seperti yang disuruh dalam butiran kerja kalau tempat membina pun boleh salah?? Kenapa perlu buat andaian kalau saya sendiri bertemu dengan orang-orang yang terlibat. Saya ada pengalaman dan bergaul dengan orang-orang yang kerjanya cari dan buat projek melalui UMNO, saya menulis bukan bersandarkan andaian semata-mata.

    Sejak bila pula menulis blog terhad kepada orang-orang tertentu sahaja, cikgu, polis, bomba (sekadar contoh) tidak boleh menulis blog? Bagaimana pula cikgu yang jadi AJK UMNO Bahagian, banyak pula masa mereka kan.

    ReplyDelete
  8. tiada apa yang salah dengan cikgu menulis blog. cikgu yang punyai masa senggang boleh menulis blog. masa senggang boleh diisi dengan pelbagai perkara, selain dari menabur fitnah dan menyebar hasad dengki.

    kalau hendak menulis pun pastikan fakta nya betul, sumbernya tidak bias. benar kah tapak asal jambatan itu ialah di Kg. Brunei? dari mana anda mendapat tahu tapak asal jambatan itu adalah di Kg. Brunei?

    sila wajarkan dakwaan anda berkenaan dengan kes ini (please justify your accusation). dengan siapa anda mendapatkan cerita? sumber dari mana yang anda dapat. verified your source. siapa orang/sumber yang kamu temui?

    jangan main langgar lari saja. hanya pandai membuat provokasi/fitnah tanpa rasa tanggungjawab.

    cikgu yang jadi AJK Umno bahagian tu mungkin punyai banyak masa terluang seperti juga Cikgu yang jadi AJK PAS atau Pkr.

    ReplyDelete
  9. Skrg ni tahun baru da... apa da kejadian jambatan ni??? harap2 smuanya OK kio :)

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia