Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

08 December 2009

Air tiada, penduduk Weston ambil air laut

PENDUDUK di Pekan Weston, Beaufort kesal ketiadaan air yang berlanjutan selama hampir empat minggu seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan, berikutan bantuan air tidak pernah di hantar kepada penduduk.

Menurut pengadu yang mewakili empat buah kampung yang terlibat, ketiadaan air sejak bulan September lepas memaksa penduduk bergantung sepenuhnya dengan sumber air laut, air hujan dan juga air mineral yang dibeli dari mesin kiosk.

“Kami amat tertekan dengan situasi ini. Bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan laut mereka terpaksa menggunakan sumber tersebut walaupun air laut masin dan menyebabkan kulit gatal. Bagi kami yang tinggal jauh dari laut pula kami hanya mampu bergantung kepada air hujan, jika tidak ada hujan kami terpaksa membeli air mineral dari mesin kiosk bagi membolehkan kami menjalankan aktiviti harian seperti mandi dan memasak,” katanya.

“Kami masih boleh bersabar jika bantuan lori tangki air di hantar ke kawasan kami, tetapi sehingga ke hari ini kami belum pernah menerima bantuan dari lori tangki air tersebut…. Kami terus berharap agar ada air yang di hantar oleh Jabatan kepada penduduk namun harapan kami tidak pernah tertunai,” adunya dengan nada sedih.

Hairan dengan situasi yang sudah berpanjangan, pengadu mendakwa pernah menemui Jabatan Air Beaufort bertanyakan masalah berkenaan namun jawapan yang diberi ialah ‘pam rosak’.

“Kami cuba faham situasi mereka namun bagi saya sesiapapun yang berada di tempat kami pasti akan timbul rasa tidak puas hati. Bayangkanlah dalam setahun hampir empat atau lima kali perkara seperti ini berlaku dan jika ditanya alasan yang sama diberikan ‘pam rosak’,” ujarnya lagi.

“Kami cuma berharap agar perkara ini dapat diselesaikan segera sebelum ia bertambah teruk,” tambahnya lagi dengan harapan pihak yang berkenaan dapat mencari alternatif lain untuk membantu penduduk yang terlibat dengan masalah tersebut.

Jurucakap bagi Jabatan Air Beaufort ketika dihubungi oleh ActionLine mengakui sedia maklum akan masalah itu.

Menurut beliau kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada kerosakan pam air di loji air Beaufort.

“Kami telah menerima banyak aduan yang sama tetapi kami hanya mampu memaklumkan bahawa terdapat kerosakan pada sebuah pam air sungai (Intake Pam) kami,” ulasnya sambil menjelaskan bahawa hanya terdapat lima buah pam air di loji air mereka; tiga daripada pam tersebut digunakan untuk menyedut air dari sungai dan dua buah lagi digunakan untuk membekalkan air bersih ke setiap tangki air di sekitar Beaufort.

Katanya, “Catuan elektrik yang kerap juga menyebabkan janakuasa elektrik kami tidak dapat menampung kuasa mesin pam air dan menyebabkan punca tekanan air semakin rendah di daerah ini dan akhirnya gagal memenuhi bekalan air bagi kawasan yang jauh seperti Weston… ”

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa kebocoran paip saluran juga sering berlaku disebabkan tindakan kontraktor cuci parit yang cuai dan kelewatan pihak kontraktor berkenaan memaklumkan kepada Jabatan Air Beaufort berhubung kebocoran menyulitkan lagi aliran air di daerah itu.

Menjawab kepada soalan berhubung bekalan air tangki yang tidak di hantar, beliau menjelaskan pembaikkan pam air tangki sedang dijalankan dan penghantaran segera akan dibuat sebaik sahaja pembaikian pam air tangki selesai.

“Untuk membantu masalah air penduduk daerah ini, pihak kami telah menyediakan paip untuk mengambil air secara percuma yang beroperasi 24 jam di hadapan pejabat Jabatan Air Beaufort. Buat masa ini kami sedang berusaha memperbaiki segala kesulitan yang berlaku,” jelasnya lagi.

Sumber- http://www.sabahdaily.com

Ini bukan cerita dongeng zaman dahulu kala tetapi realiti apa yang berlaku pada zaman RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.. Paip air disediakan di hadapan pejabat air Beaufort sedangkan tahukah tuan/puan para pembaca bahawa jarak antara Kg. Weston dan Pekan Beaufort adalah jauh. Betulkah itu dapat membantu penduduk kg. Weston yang ketiadaan bekalan air???

Salah satu punca ketiadaan air ialah disebabkan masalah bekalan elektrik yang sering dicatu, bukan saya yang kata, tetapi itulah kenyataan yang diberikan jurucakap Jabatan Bekalan Air Beaufort. Nampak seperti hendak jadi lagu "Bangau Oh Bangau" pula.. Saya malas hendak komen panjang-panjang kerana anda para pembaca lebih layak memberikan komen mengenai perkara ini..

2 comments:

  1. sebenarnya sabah akan menerima banyak lagi kemajuan sekiranya berada di bawah BN, SAPP dari dulu lagi tiada tujuan sebenarnya. sabah seharusnaya berbangga sebab mentri kemajuan luar bandar adalah berada dibawah portflio orang sabah sendiri, sepatutnya peluang ini diambil untuk sama-sama memajukan sabah, bukan melemparkan fitnah dan bagi fakta yang tidak tepat, Najib dah janji akan bekalkan air dan masalah jalan akan selesai.... diharapkan penduduk sabah lebaih pandai.... jangan jadik macam kelantan yang pilih kerajaan salah pastu kalu tak membangun dia tetap juga nak tuduh kerajaan BN.... orang sabah nak jadi PM? saya amat mengalukan-alukan ... tapi peluang ini hanya dan hanya jika orng-ornag penting sabah berada di bawah BN.... sabah adalah malaysia, apa yang kita nak pertikai lagi? jangan mudah terpedaya dengan anwar yang busuk tu... kamu mau kah orang sabah menerima banjingan dari semenanjung yang kami dah buang tuh? jangan ambil dia... ambil lah najib.. dan saya yakin kalu sabah terus menjadi majoriti dalam BN, sabah akan lebih maju dari sebelum ini... kamu lihat sahaja sekarang sabah sudah berubah...

    ReplyDelete
  2. kenapa kamu tak buat liputan kerajaan sabah akan ada pusat pentadbiran yang canggih? sabah sudah menerima banyak wang sebenarnya... saya suka sabah bah... jangan lah membenihkan kebencian terhadap semenanjung, kita sama sahaja rakyat malaysia, IC kita sama-sama biru... kita mendapat keistimewaan yang sama ...

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia