Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

24 January 2010

GULA DIRAMPAS APMM UNTUK DILELONG?

Oleh: IBRAHIM SAHING

BELUM pun sampai 24 jam Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menangkap sebuah kumpit ML Menham yang sarat muatan 175 tan gula pasir yang sedang dalam perjalanan menuju Zamboanga, Filipina daripada Pelabuhan Barter Trade Sandakan, berdekatan Pulau Berhala, Sandakan; Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) sudah merundingkan bagaimana untuk melupuskan gula yang dirampas APMM.

Apakah jenaka yang dimainkan oleh APMM, KPDNK, Pasukan Gerak Marin (PGM) apabila ramai peniaga lintah darat mula mengerumuni gula yang dirampas APMM dan diserahkan kepada KPDNK untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Memandangkan Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja telah mengeluarkan Deklarasi Kastam (dengan apa cara sekalipun) maka KPDNK hanya mentertawakan APMM yang menangkap gula yang akan menjadi milik mereka jika dilupuskan untuk ditender kepada pembeli lain termasuk penyeludup berkenaan.

Oleh kerana itu, seorang lelaki Cina yang hanya dipanggil sebagai ‘Taukey’ sanggup membelanja 13 orang pegawai KPDNK Sandakan termasuk seorang yang memakai Uniform makan tengah hari di sebuah restoran di Sandakan.

Ketika sedang menjamu selera, kelihatan seorang ‘Macai’ sedang mengisi borang KPDNK dan seorang wanita sedang melayan seorang Pegawai Kanan KPDNK, manakala pegawai lain sedang menikmati makanan dengan penuh lahap tanpa mempedulikan apa yang dirundingkan ketua mereka dengan ‘Taukey’ berkenaan.

“Saya mau lima tan saja boss!,” kata Taukey berkenaan kepada seorang pegawai yang hanya tersenyum apabila dipanggil ‘Boss’ ketika Taukey tersebut menyebut perkataan gula yang dirampas APMM dan kapal ML Menham semasa asyik bercerita dan memerhati seorang lelaki mengisi beberapa keping borang sebelum menyerahkannya kepada pegawai berkenaan beserta satu sampul surat yang dipercayai mengandungi wang.

Apakah pejabat KPDNK Sandakan sudah ditutup sehingga mereka terpaksa beroperasi di sebuah restoran atau mahu menghilangkan jejak jika dibuat secara terbuka dan di tempat yang terbuka?

Sehingga kini, KPDNK belum membuat sebarang sidang akhbar berhubung penangkapan gula yang cuba diseludup keluar menggunakan Deklarasi Kastam yang dikhuatiri palsu kerana sejak dua minggu lalu tidak ada walau sebuah kumpit belayar di Perairan Sandakan setelah kes Barter Trade dibongkar Sabahkini.net.

Mengikut sumber dalaman, gula berkenaan akan dirampas daripada ML Menham dan dilelong kepada beberapa pemborong yang telah menyerahkan ‘envelop’ kepada pegawai KPDNK. Tidak kurang juga ada pihak yang mendakwa gula tersebut dikembalikan kepada Sunrise (M) Sdn.Bhd atas arahan seorang Tan Sri yang berpengaruh!

Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengantuk dan tertidur kerana mereka masih teragak-agak untuk bertindak tanpa ‘arahan’ pihak atasan yang merupakan kenalan rapat Tan Sri berkenaan?

sabahkini.net

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia