Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

16 January 2010

Satu Malaysia, Satu Allah?

Melihat pada perkembangan semasa dan hasil daripada kunjungan saya ke forum-forum di laman web, saya merasa terpanggil juga untuk menulis sedikit berkenaan isu yang hangat pada masa ini iaitu berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam gereja dan penerbitan Kristian di Malaysia. Sementara isu itu begitu hangat di Semenanjung, perkara sebaliknya pula di Sabah, ini adalah kerana Umat Islam di Sabah sudah lama menghadapi perkara ini dan dapat menerimanya dengan lebih terbuka(?).

Saya adalah Muslim anak jati Sabah yang hidup dalam suasana aman di kalangan masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama, biasa melihat gereja di sana sini, malah ada sesetengah tempat di Sabah gereja lebih banyak dan lebih besar dari masjid atau surau.

Saya sudah lama mengetahui malah pernah beberapa kali membaca makalah2 gereja dan alkitab (bible) berbahasa Melayu yang didalamnya terkandung perkataan Allah sebelum perkara ini menjadi isu panas di Semenanjung. Alhamdulillah tidak pula saya terpengaruh untuk mempercayai kandungannya, jauh sekali untuk murtad.

Apabila isu larangan penggunaan kalimah Allah mula ditimbulkan, saya dapat merasakan ianya akan menjadi satu polemik berpanjangan kerana saya faham betapa sensitifnya perkara ini kepada Umat Melayu Islam di Semenanjung Malaysia kerana saya pernah berada di sana selama beberapa tahun.

Saya mempunyai pengalaman sendiri bagaimana rakan-rakan Melayu Semenanjung yang prejudis apabila mengetahui rakan serumah saya adalah seorang penganut agama Kristian, pelbagai perkara dipersoalkan seolah-olah saya telah melakukan kesalahan yang amat besar, sedangkan pada saya perkara sebegini adalah normal di Sabah. Saya dapat menghidu perasaan anti kristian begitu menebal pada jiwa mereka.

Apa agaknya reaksi anda jika anda dari semenanjung datang ke Sabah dan melihat Salib2 yang besar di atas bukit, gereja2 pelbagai mazhab kristian sepanjang jalan malah ada yang agak rapat kedudukannya? Adakah anda akan terus meminta dihantar ke airport dan membeli tiket balik ke Kuala Lumpur? Bagaimana pula dengan pegawai2 kerajaan (orang melayu Islam dari semenanjung) yang dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak, berapa ramai yang telah menjadi murtad kerana penggunaan Allah dalam gereja kristian di Sabah dan Sarawak?

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia