Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

13 January 2010

Mereka Semakin Melampau!!

Oleh: SALIHIN LADJA MURA

IMEJ Polis Kunak yang sebelum ini tercemar dengan Kes Pertikaian Tanah di Tingkayu sehingga menyebabkan Ketua Polis Daerah ditukar ke Semenanjung Malaysia, kini semakin parah kerana seorang pekebun mendakwa beliau ditahan secara salah melebihi 24 jam, iaitu selama lima hari di Lokap Balai Polis Kunak tanpa sebarang perintah reman.

“Sejak ditahan pada jam 11 pagi 3 Disember 2009 dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 8 Disember 2009, saya tidak pernah di bawa berjumpa sebarang Majistret untuk perintah tahanan reman. ASP Tan tidak memberitahu sebab saya ditangkap. Oleh itu saya beranggapan ditahan secara tidak sah semata-mata untuk mencari dan menghapuskan bukti kegiatan jenayah pegawai terbabit,” ujar Richard Mekulis yang memaklumkan kepada Sabahkini.net.

Richard yang ditahan polis ekoran sms yang dikirimkan Peguam James Valentino kepada beliau dan pekebun lain berhubung 98 tan buah kelapa sawit yang dicuri ASP Tan lalu beliau menelefon rakannya bernama Lau untuk membuat laporan polis kerana rakan ASP Tan, Alex Sia enggan menjelaskan pungutan tol buah yang dicuri daripada Ladang Dukawan.

“Alex kata saya ugut dia melalui sms dan dia buat laporan polis. Anehnya ASP Tan segera memberkas saya tanpa sebarang alasan atau bukti dan menuduh saya di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan atas tuduhan melakukan peras ugut” ujar Richard yang kesal kerana ASP Tan telah menyalahguna kuasanya sebagai pegawai awam.

Turut menerima nasib yang sama kata Richard, orang Lau yang membuat laporan polis telah ditangkap dan disumbat ke lokap, namun sehingga ke hari ini tidak siapa tahu ke mana orang tersebut menghilang.

Akibatnya, kata Richard, pada 3 Disember 2009, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kunak, ASP Tan Hiap Wah menggeledah kereta dan bilik tidurnya tanpa sebarang waran atau perintah mahkamah semata-mata untuk mendapatkan bukti rakaman percakapan antara seorang pekebun, Lawrentius dengan Halik (saki baki orang suruhan Alimuddin Mohd Ajay yang kini ditahan di Penjara Tawau atas tuduhan membunuh).

“Dia tidak percaya saya tidak ada rakaman itu. Dia rampas telefon saya. Bila tidak jumpa juga baru dia bebaskan saya,” ujar Richard yang menjelaskan bahawa peguamnya tidak mengetahui beliau ditahan kerana ASP Tan tidak membenarkan beliau berbuat demikian.

Richard yang sebelum ini pernah ditahan selama lebih 14 hari atas tuduhan palsu polis Kunak mendakwa bahawa beliau ada mendengar rakaman percakapan antara Lawrentius dengan Halik, namun beliau tidak memiliki rakaman berkenaan yang dipercayai telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Peguam James Valentino Tanggar.

“Saya hanya mendengar bahawa Halik mengakui memberi RM1,000 kepada ASP Tan sebagai yuran perlindungan bagi kegiatannya mencuri buah milik pekebun kecil. Yang lain saya tidak sempat dengar dan tidak ingat,” kata Richard yang turut terkejut kerana bahan bukti yang ditahan di Balai Polis Kunak, iaitu buah kelapa sawit di atas kenderaan yang ditangkap kerana mencuri buah kelapa sawit milik pekebun kecil Tingkayu hilang begitu sahaja tanpa sebarang kesan.

Kata Richard, ASP Tan telah merampas telefon bimbit dan sim kad telefonnya bernombor 0198328049 yang belum dikembalikan sehingga kini.

“Saya akan membuat laporan polis berhubung tahanan tidak sah apabila berjumpa peguam saya di Kota Kinabalu kelak kerana saya tidak percaya polis Kunak,” ujar Richard ketika ditanya kenapa tidak membuat laporan polis.

Percubaan Sabahkini.net menghubungi Lawrentius gagal kerana menurut maklumat dibeliau diburu polis semata-mata untuk mendapat bukti rakaman percakapan antara beliau dan Halik, namun James Valentino ada menghantar transkripsi bertulis sedutan rakaman melalui email seperti berikut;

Lawrentius: Yang baru-baru ini dia orang tidak minta duit jugakah?

Halik: Ada juga kami kasi RM1,000..

Lawrentius: Siapa? Hafizi?

Halik: Tan (ASP)

Valentino juga mencatatkan bahawa Sarkawi dan Hafizi juga ada disebut menerima wang daripada Halik dalam percakapan telefon antara Halik dengan Lawrentius yang dirakam dan diserahkan kepada SPRM.

Percubaan Sabahkini.net untuk mendapatkan rakaman berkenaan juga gagal kerana tiada siapa mengetahui rakaman tersebut melainkan James Valentino dan Lawrentius yang masih bersembunyi.

Sumber:www.sabahkini.net

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia