Gambar-gambar di atas kelihatan biasa sahaja, persepsi pertama anda yang melihatnya pasti menganggap ia cuma satu lagi kerja-kerja pelaksanaan projek pembangunan BN di Sabah. Sebaliknya, ada cerita menarik yang anda tidak akan tahu jika tidak membaca artikel ini.
Aktiviti dua orang pemuda di atas bukanlah sedang bekerja membina jambatan/ lorong pejalan kaki, tatapi sebenarnya mereka sedang merobohkan struktur binaan yang sangat-sangat pelik ceritanya.
Malas nak cerita panjang, blog abang saya dah buat artikel mengenai perkara ini, senang cerita, saya salin dan tampal sahaja dari blog beliau ( http://perantausenja.blogspot.com). Siapa pun menulis tidak penting kerana kami sama-sama berada di lokasi tersebut untuk mengambil gambar dan mendapatkan cerita mengenainya.
*********************************************************************************
Alkisah tersebut sebuah cerita berkisar tentang sebuah jambatan.Ada pun panjangnya lebih kurang 100 meter lebih.Dibina disebuah perkampung untuk kemudahan penduduk kampung tersebut.Projek tersebut dibiayai oleh kerajaan puak bee end.Malangnya jambatan yang tersergam indah itu dibina di atas tanah persendirian.Entah bagaimana boleh lulus hanya SPRM saja yang tau.Nak dijadikan cerita daripada sumber yang boleh dipercayai,jambatan tersebut sepatutnya dibina ditempat lain tetapi telah dibina di situ.
Ada pun apabila tuan empunya tanah kecoh khabarnya menuntut keadilan ke makamah,maka terpaksalah jambatan tersebut dirobohkan.Walhal nilai projek membina jambatan tersebut (nilai projek) Rm 50,000. Tuan empunya syarikat yang melaksanakan projek adalah daripada kroni amno anak kepada bee end.Maka berdukacitalah para penduduk kampung tersebut kerana kemudahan yang telah diguna selama tujuh bulan ditarik semula.
Timbullah pelbagai cerita pro dan kontra dalam bentuk versi masing-masing.Dapatlah juga penduduk kampung tersebut mencari rezeki dengan bekerja meroboh jambatan itu dengan diberi upah Rm150 seorang (seramai 2 orang).Bina Rm 50,000 roboh Rm 300.Maka dikumpullah segala zink dan kayu-kayan jambatan yang diroboh itu dan dibawa ke Pejabat Daerah Kecil Membakut.
Menurut khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa,semua barangan itu hendak diaudit semula.Daripada versi lain pula hendak dibina semula ditempat lain katanya.Tidak dapat dipastikan kesahiannya kerana tidak berjumpa dengan tuan empunya cerita.Kalau sesiapa berkesempatan dijemput datang ziarah ke Kampung Papas Membakut Sabah tempatnya bersama abang-abang SPRM untuk menyedapkan cerita.Dapatlah rakyat jelata 1Malaysia membuka mata memasang telinga.
**************************************************************************************
Sesuatu yang musykil dan mendatangkan keraguaan serta menjadi tanda tanya apabila sebuah jambatan dibina di bawah Program Pembangunan Persekutuaan yang nilai projek Rm 50,000.00 kos pembinaannya dan telah diguna pakai penduduk di kampung Papas selama lebih kurang tujuh bulan terpaksa diroboh semula atas alasan tuan punya tanah telah mengemuka notis saman tuntutan gantirugi sebanyak Rm 100,000.00.Pelbagai persoalan timbul antaranya; Bagaimana projek tersebut boleh lulus tanpa persetujuaan tuan tanah?Apakah tiada perincian tentang hak milik dan status tanah?Kenapa projek yang bernilai puluhan ribu diurus dengan sebaiknya sehingga menyebabkan kerugiaan dan pembaziran?Siapa yang salah Pemaju atau Kerajaan?
Mungkin ini adalah perkara biasa atau bagi sesetengah orang hanya kes terpencil,tetapi logikah dari segi akal berlaku kesilapan teknikal.Begitulah biasanya jawapan yang biasa kita dengar daripada pihak yang berkenaan.Amat janggal sekiranya berlaku kesilapan kerana setiap projek akan melalui prosuder yang telah ditetapkan.Saya tiada pengalaman berkhimat dalam kerajaan tetapi pernah berkhimat dalam sektor swasta selama 14 tahun.Mungkin tidak sama tetapi rasanya tidak banyak berbeza dalam pengurusan projek serta perbelanjaan kewangaan.Semuanya akan melalui kajian,pemeriksaan dan kelulusan.
Apakan mereka yang terlibat ini tidak profesional atau sambil lewa,atau mungkin jua telah mendapat imbuhan tertentu sehingga menyebabkan mata buta dan telinga pekak semasa menjalankan tugas.Pelbagai tomahan dan persepsi akan timbul ekoran daripada kecuaian tersebut.Ingat dan tanamkan dalam minda segala wang kerajaan yang dibelanjakan adalah wang rakyat.Jangan berselindung di balik slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan",walhah lain cerita sebaliknya.
Campurtangan pihak SPRM dalam kes ini amat dialu-alukan agar cerita yang sama tidak berulang kembali.Mereka yang terlibat haruslah disiasat dan sekiranya terbukti berlaku penyelewangan dibawa ke muka pengadilan.Terlalu banyak perkara yang menjadi tanda tanya dalam kes pembinaan jambatan itu.Sebagai rakyat Malaysia dan penduduk Daerah Kecil Membakut saya amat berharap SPRM dapat membongkar apa yang tersirat dan tersurat dalam isu jambatan Kg.Papas dengan penuh ketelusan.
*********************************************************************************
Saya tambah sedikit info lagi, semalam saya dimaklumkan bahawa bahan pembinaan seperti zink dan kayu yang telah dibuka dan disusun oleh pekerja telah mengalami kecurian. Persoalannya, betulkah dicuri oleh orang lain atau dicuri oleh pihak yang tidak mahu bahan binaan diaudit, atau untuk mencukupkan bilangan bahan seperti dalam rekod (hilang 40 keping, boleh lapor 80 keping), siapa yang rajin hendak berfikir, fikirkanlah...

