Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

15 May 2010

‘THREE BILLION DOLLAR MAN’ DI ARAH ISTIHAR HARTA?

Oleh: DR DAVID P.MATTA

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang mendakwa mempunyai harta bernilai RM300 juta sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Kabinet ‘April Fool’ pada 1 April 2003; kini dipercayai mempunyai harta lebih USD 3 bilion telah diarah secara mandatori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengistiharkan harta melalui notis yang diserahkan kepadanya pada 29 April 2010.

Mengikut Notis berkenaan yang disampaikan kepada Musa Aman di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mula dikuatkuasa pada 1 Januari 2009;

Seksyen 36. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi, jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai, berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh seseorang pegawai Suruhanjaya, bahawa apa-apa harta dipegang atau diperoleh oleh mana-mana orang hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, boleh dengan notis bertulis:

(a) menghendaki orang itu supaya memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar,

(i) yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau dimiliki olehnya, atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana ia diperoleh, sama ada dengan jalan urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain;

(ii) yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;

(iii) yangmenyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa;

(iv) yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah hakmilik, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada ia telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

(v) menyatakan segala maklumat lain yang berhubungan dengan hartanya, perniagaannya, perjalanannya, atau kegiatan-kegiatannya yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(vi) menyatakan segala punca pendapatannya, perolehannya atau asetnya;

Mengikut Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, jika gagal mengistiharkan harta Musa Aman boleh disabitkan kesalahan dan dihukum;

a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan

b) Didenda tidk kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi

Setelah Notis Pengisytiharan Harta tersebut diserahkan kepada Musa Aman, Sabahkini.net telah berjaya mengesan Pemegang Amanahnya, Peguam Richard Barnes telah diarah berlepas ke Australia pada 3 Mei 2010 untuk mengurus dan mengalihkan kesemua wang ‘cucian’ (laundering) berbillions USD dan hartanya di luar negara, terutamanya Australia, Hong Kong dan Singapura.

Mengikut sumber dalaman SPRM, semasa Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman ditahan di Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008, dia telah memberi maklumat terperinci bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ dideposit ke akaun Richard Barnes, Nasir Yeo dan Musa Aman.

Mikhael Aman yang ingin mengelak daripada didakwa ICAC, Hong Kong juga telah menyenaraikan semua nama kroni Musa Aman seperti Pengarah Urusan Priceworth Wood Products Bhd, Andrew Lim Nyuk Foh; CEO Kretam Holding Berhad, Freddy Lim Nyuk Sang; CEO Java Incorporated Bhd, Datuk Admond Looh Chai Boon, Pengarah Urusan Asiatic Lumber Industries Sdn Bhd, John Nip Wing Hon; Pengarah Urusan Usahawan Borneo Group, Datuk Albert Lim Yu Min; Datuk Amin Khan; Datuk Nasir Yeo Guan Hock; Hafiz Musa Aman dan sebagainya.

Mikhael Aman yang mengetuai Kumpulan Kongsi Gelap dan Gangster Sandakan sentiasa dilindungi pengawal peribadinya, Sai Pao yang begitu berbangga sehingga dia masih kebal untuk disentuh SPRM! The Untouchable Of The Untouchable!

Siapakah kroni Musa Aman yang seterusnya akan diberkas oleh SPRM? Datuk Admond Looh, Datuk Nasir Yeo, John Nip atau…?

Sumber; sabahkini.net

29 April 2010

PDRM: Polis Di Raja Malaysia Atau Polis Raja Di Malaysia?

Yie Susumasam

"anggota polis sek 11 berkata"

"...budak nie x salah..polis yg tembak die adalah koperal..berusia 45 tahun...dieorang terkejot lepas check arwah ditembak dekat kepala...bukan 4 das tembakan..tp lebih 13 kali...parang diletak untuk megelakkan polis malu..budak nie mangsa...die lari nak balik umah sebenarnye...rumah die dalam 200 m dari tempat die mati ditembak"

...semua orang kat sek 11 tau....polis tembak lebih 10 tembakan

semalam..banyak anggota polis dari sek 11 memberi penghormatan kepada arwah...

...takziah buat keluarga arwah...

Tue at 9:05pm

"Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus. Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media. Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi. Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya. “Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini. Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media. Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju. Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas. Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang. Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai. Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah"..

-petikan dari perbincangan di laman facebook mengenai kes Polis Tembak Mati Remaja di Shah Alam..

Sebelum ni blog ini pernah memaparkan beberapa cerita dan pendedahan mengenai kedurjanaan anggota Polis yang mencemarkan institusi kepolisan negara ini, tetapi cerita terbaharu ini adalah yang paling hangat, dibincangkan dalam banyak forum di laman web dan kelihatannya mereka yang berpendapat tindakan bangang polis tersebut adalah wajar (dipercayai anggota/keluarga Polis Raja Di Malaysia), tergolong dalam kelompok minoriti.. Fikir la sendiri..

Nak tulis panjang-panjang pun rasa tak guna, semua pembaca pasti tahu menilai mana yang benar mana yang salah, cukup sekadar menggunakan logik akal, kita pasti ada jawapannya..

Berikut Salinan Report Polis yang telah dibuat oleh kawan kepada adik Aminul Rashid seorang remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak Polis baru-baru ini. Kawan Aminul Rashid ini berada di dalam kereta semasa kejadian malah Allahyarham Aminul Rashid Meninggal dunia di atas pangkuan beliau. Laporan ini mungkin dapat memberi gambaran sebenar kepada anda semua tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang... (salinan repot polis dipetik daripada http://ryanryzal.blogspot.com/ ...terima kasih bro)

...cuma sebahagian dari repot tetapi agak memadai bagi anda yang mahu berfikir..

09 April 2010

TUBUH SEGERA NGO PENDESAK MINYAK SABAH

Baru-baru ini saya menghadiri Ceramah Perdana yang disampaikan Tengku Razaleigh Hamzah di Dewan KDCA, Penampang yang dihadiri lebih kurang 3,000 orang rakyat Sabah.

Tahniah kepada penganjur USDA serta seluruh yang terlibat menganjurkan program ini, walaupun mereka tidak muncul di permukaan. Menariknya program berjalan tepat masa dan teratur.

Barangkali, sesi dialog, menurut pandangan saya patut secara terbuka, di mana penyoal, langsung mengemukakan soalannya, sehingga ia dapat menjaring pandangan orang awam; namun agak elitis kerana kebanyakan pertanyaan bertulis datang daripada orang kenamaan yang bersifat teknikal.

Walau bagaimanapun, program ini telah dapat membuka minda kita bersama terutama pandangan peribadi saya berkenaan minyak Sabah.

Saya memikirkan betapa perlunya satu gerakan NGO PENDESAK MINYAK SABAH mesti segera dibentuk untuk

*Pastikan bahawa wang royalti Sabah mesti kekal sebagai wang royalti walau siapapun yang memerintah Sabah. Perkara ini mesti dimaterai dalam perjanjian bertulis dengan kerajaan pusat. Jangan sampai bala Trengganu dan Kelantan akan ikut melanda Sabah.

*Menurut Tengku Razaleigh, sekarang hasil Petronas bukan hanya dari keluaran minyak/gas di dalam Negara tapi lebih 50% berasal daripada operasi di luar Negara.

*Berdasarkan isu di atas, Sabah mesti mendesak kerajaan pusat, agar meminda akta syarikat penubuhan petronas, selanjutnya meminda Akta Kemajuan Petroleum Negara dengan memasukan beberapa perkara baru, antaranya;

*Negeri-negeri pengeluar minyak hendaklah dijadikan salah satu pemegang saham petronas.

*Besarnya pegangan saham tersebut dikaji setiap tahun kewangan petronas, berdasarkan jumlah pengeluarannya.

*Perkara ini amat mustahak, agar negeri-negeri pengeluar minyak ikut mendapat keuntungan dari hasil operasi luar negara petronas.

*Dalam jangka panjang, walaupun minyak Sabah habis seperti jangkaan Tengku Razaleigh pada 2014, Sabah masih tetap dapat menikmati hasil petronas melalui operasi seberang lautnya.

*Barangkali, akan timbul soalan, kenapa negeri-negeri pengeluar minyak mesti menjadi pemegang saham petronas?. Satu perkara asas yang mesti diingat oleh pembuat dasar ialah; “Tanpa Minyak Yang Terdapat Di Negeri-Negeri, PETRONAS Adalah Mimpi.”

*Dana royalti mesti disalurkan kepada sebuah Tabung Amanah Minyak Sabah yang akan diwujudkan, untuk mempastikan bahawa duit royalti tidak terbang melalui program-program yang langsung tidak berkaitan dengan kemudahan rakyat secara langsung. Contoh mudahnya, duit minyak digunakan oleh kerajaan negeri untuk program juara rakyatlah, untuk tambang ke luar negaralah.

*Disamping itu, boleh juga wang tersebut dilabur semula. Konsepnya sama dengan Amanah Saham Nasional atau yang difikirkan paling sesuai

*Memandangkan isu penubuhan Tabung Amanah Minyak Sabah ini satu isu besar, maka Pembentukan Badan Bertindak yang terdiri daripada putera-puteri Sabah yang professional hendaklah segera diwujudkan.

Sebagai kesimpulannya, hendaklah diingat, isu ini bukan sama sekali untuk kepentingan politik mana-mana pihak, ia semata-mata demi rakyat Sabah di masa hadapan.

03 April 2010

Tahniah Rakyat Sabah

Oleh: SURIATI MAHMUD

PERSATUAN Blogger Sabah (PBS) mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada rakyat Sabah yang menghadiri Ceramah Perdana, ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’ di Dewan KDCA, Penampang, pada malam semalam.

“Sekalipun hanya sekitar 2,000 rakyat Sabah yang hadir, namun kita berbangga kerana sekalipun dalam keadaan curiga dan waspada, mereka tetap hadir, apatah lagi majlis ini dianjurkan 16 NGO Sabah dengan kerjasama PBS, yang selama ini difitnah sebagai Anti Kerajaan,” ujar Presiden Penaja PBS, Mutalib M.D.

Kata Mutalib, Majlis berkenaan ditunjangi oleh Persatuan Dusun Sabah (USDA) yang memainkan peranan penting untuk memastikan majlis berkenaan tidak dibauri unsur politik dan perkauman; yang turut diimbangi oleh Tan Sri Simon Sipaun yang menjadi moderator majlis berkenaan.

“Datuk Kalakau Untol telah memberikan dimensi baru dalam majlis seumpama ini yang dilaksanakan dalam keadaan santai sekalipun tetamu yang hadir jauh daripada sasaran,” ujar Mutalib yang menyifatkan satu kejayaan yang besar sekalipun Umat Kristian sibuk beramal di Gereja sempena Good Friday dan dalam persiapan untuk menyambut hari Easter pada Isnin.

Walaupun ada beberapa rungutan yang diterima daripada orang awam dan NGO, namun Mutalib menyifatkan ianya satu kejayaan yang besar bagi NGO kerana rakyat datang secara sukarela; tanpa sebarang tambang, makan minum atau elaun sebagaimana lazimnya jika dianjurkan parti politik atau kerajaan.

“Kehadiran lebih kurang 2,000 orang ini amat memberangsangkan kerana mereka mewakili pelbagai suku kaum, fahaman politik, gender dan umur. Kita harap di masa akan datang, ramai rakyat akan memeriahkan program PBS dan NGO lain,” ujar Mutalib yang menolak kemungkinan berlaku sebarang sabotaj daripada pihak berkuasa.

Sekalipun Tengku Razaleigh Hamzah agak ‘tercekik’ dan ‘kekok’ untuk meluahkan rasa hati dan memberi penjelasan berhubung isu penting berhubung hak royalti minyak, namun kata Mutalib, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tengku yang telah berjaya menjalankan tugas dengan sempurna dalam kekangan birokrasi disebabkan Tengku tertakluk kepada adab seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional

Bagaimanapun Mutalib agak kecewa kerana masalah talian internet dan sistem jalur lebar negara yang berpusat di Putrajaya kerana siaran langsung yang dipancar melalui PasTv tergendala dan hanya dapat menyiarkan siaran langsung berkenaan selama 20 minit sebelum terputus.

Mutalib membayangkan pihaknya akan menganjurkan seminar penting untuk rakyat Sabah bertajuk ‘Sijil Anak Negeri Untuk Siapa?’ dalam masa terdekat dan mempelawa rakyat Sabah yang mempunyai masalah yang berkaitan Sijil Anak Negeri agar tampil mengemukakan aduan.

“Isu sijil anak negeri sudah sampai ke peringkat meruncing dan ada pihak secara sedar telah melakukan jenayah penipuan dan menindas anak negeri yang asal. Kita berharap dengan forum khusus akan meleraikan isu berkenaan secara professional, terutama apabila melibatkan kes mahkamah dan tafsiran undang-undang,” tegas Mutalib lagi.

Sumber: sabahkini.net


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia