Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

10 June 2010

Di sini juga ada mereka

Mengertilah bagi mereka yang mahu mengerti
 Fahamilah bagi mereka yang mahu memahami
Zionis bukan di semenanjung Gaza sahaja
Zionis juga ada di semenanjung lain
Zionis bukan di kepulauan Arab sahaja
Zionis ada di mana-mana jazirah

 Kekejaman dan penindasan bukan milik mutlak yahudi zionis laknatullah
kekejaman dan penindasan adalah milik bersama pemimpin
 yang lupa pada Sunnah Rasulullah
yang lupa pada amanah Allah

 Sebelum jauh ke Gaza
Sebelum jauh ke hujung dunia
lihat dahulu Malaysia
 lihat dahulu ke Sabah
di sini juga ada robohkan rumah
di sini juga ada rampas tanah
di sini juga ditindas si lemah

 Zionis ada bersama kita
Zionis adalah lambang kuasa
Di sini juga ada mereka

*Dedikasi buat mangsa kekejaman zionis tempatan

08 June 2010

SIAPA KHIANATI KAUM ANAK NEGERI SABAH?


EPISOD 1

Oleh : OKK HASSNAR HJ EBRAHIM

MASYARAKAT antarabangsa tiba-tiba saja bangkit marah apabila kapal Mavi Marmara yang membawa sekumpulan sukarelawan bersama barang bantuan untuk penduduk Gaza diserang oleh Komando Israel menyebabkan sembilan orang maut. Malaysia tidak terkecuali. Malah Perdana Menteri dengan lantang menggelar Isreal sebagai ‘Samseng Dunia’.

Kisah penderitaan masyarakat Palestin dijadikan isu oleh Pemimpin UMNO bukan perkara baru. Dalam perhimpunan Agung UMNO tahun 2008, satu galeri penuh dengan gambar yang mempamerkan wajah-wajah sedih penduduk Palestin melihat harta benda serta rumah-rumah mereka yang hancur musnah diroboh oleh jentolak tentera Isreal, sememangnya menyayat hati mereka yang melihatnya.

Persoalaannya apakah UMNO jujur dalam memperjuangkan nasib malang yang menimpa penduduk Palestin? Atau apakah pemimpin UMNO ibarat kata pepatah, modern ‘kuman di seberang lautan nampak, tetapi buaya darat di hadapan mata tidak kelihatan.’

Isu Palestin adalah merupakan isu tanah. Tanpa tanah kaum Yahudi terpaksa menjadi pelarian ke seluruh pelusok dunia. Sebagai rakyat ‘menumpang’ mereka sering dihadapkan dengan pelbagai masalah. Persoalannya apakah masalah dihadapi rakyat Palestin sekarang tidak diwujudkan oleh pemimpin dan kerajaan UMNO BN di Malaysia?

Antara 25 Februari 2002 hingga 25 Mac 2002, lebih kurang 50,000 kaum Anak Negeri berasal dari Sabah telah menjadi pelarian di negeri mereka sendiri apabila mereka diusir keluar dari tanah mereka sendiri. Semuanya adalah hasil kerja pemimpin UMNO yang gemar ‘melempar batu, sembunyi tangan.’

Kalau Israel boleh digelar ‘Samseng Dunia’ oleh Najib, apa kurangnya kerajaan UMNO BN? Najib Rajak wajib cermin Kerajaan UMNO BN terlebih dahulu sebelum label orang lain dengan tohmahan yang diri sendiri juga serupa.

Tanah Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah satu ketika dahulu telah dihuni oleh penduduk Anak Negeri berasal dari seluruh Sabah. Antara mereka adalah dari suku kaum orang Sungai, Murut, Kadazan dan berbagai lagi.

Hak mereka ke atas tanah yang telah pun menjadi tanah adat milik kaum Anak Negeri Sabah telah dinafikan apabila pemimpin Kerajaan UMNO/BN dengan kejam menghantar Tentera Melayu Di-Raja Malaysia bersama anggota Polis Di-Raja Malaysia; lengkap dengan senjata perang, merobohkan rumah-rumah mereka seterusnya merampas tanah milik mereka. Turut musnah adalah harta benda yang berpuluh tahun dikumpul oleh mangsa.

Kini tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah bukan lagi milik penduduk Anak Negeri. Dahulunya, para pemimpin sebelum dan selepas merdeka galakkan kaum anak negeri membuka dan membangunkan tanah tersebut dengan bantuan Kerajaan seperti bekalan eletrik, air dan sebagainya.

Akibat keganasan dilakukan oleh anggota Polis Di-Raja Malayisa, tanah seluas 100 ekar lebih itu sudah dikeluarkan geran dan ditimbus. Gerannya pula sudah digadai. Syarikat yang menjadi Kontraktor menimbus tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah beralamat di Rumah Ketua Menteri Negeri Sabah sekarang, Musa Aman di Sri Libaran, Batu 7, Sandakan, Sabah.

Mungkin inilah dimaksudkan Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Berikut adalah berita disiarkan dilaman web Berita Harian online; (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HukumIsrael/Article/ )

WAKIL PEMBANGKANG, KERAJAAN SEPAKAT MAHU TEKANAN DIKENA TERHADAP AMERIKA

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam sebulat suara meluluskan usul mengandungi 15 ketetapan termasuk mendesak supaya Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana bertindak biadab menyerang dan menawan kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, akhir bulan lalu.

Wakil kerajaan dan pembangkang yang membahaskan usul dibentangkan Datuk Seri Najib Razak itu juga sepakat mahu masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) agar kuasa besar itu tidak lagi melindungi keganasan Israel yang disifatkan Perdana Menteri sebagai samseng dunia.

Usul itu diluluskan setelah lebih lima jam dibahaskan 28 Ahli Parlimen, 12 wakil Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang (14) dan dua wakil Bebas, manakala penggulungan dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam perbahasan di atas sedarilah Kerajaan UMNO BN juga lakukan jenayah serupa seperti dilakukan oleh Isreal terhadap penduduk Palestin. Bezanya yang terlibat menjadi mangsa di Malaysia adalah merupakan penduduk Anak Negeri Sabah yang miskin dan tidak mampu mengheret Polis-Polis dari ‘Malaya’ kemuka pengadilan.

Lebih malang lagi walau diheret ke Mahkamah belum tentu para pengadil yang hidup di bawah telunjuk pemimpin UMNO akan berlaku adil!

Dari budaya kerja merompak harta rakyat tidak ada beza antara Pemimpin UMNO BN di Malaysia dengan pemimpin di Israel yang aniaya masyarakat Palestin. Mereka sama dan serupa.

Sebagai mengakhiri episod pertama ini, sama-samalah kita renungi kata-kata berikut:

"If the citizens neglect their Duty and place unprincipled men in office, the government will soon be corrupted; laws will be made, not for the public good so much as for selfish or local purposes; corrupt or incompetent men will be appointed to execute the Laws; the public revenues will be squandered on unworthy men; and the rights of the citizen will be violated or disregarded." Noah Webster - (1758-1843)

01 June 2010

PENGUMUMAN RASMI PBS-PENAMBAHAN KEAHLIAN

PERSATUAN BLOGGER SABAH (PBS) mengalu-alukan agar semua blogger di Sabah bernaung di bawah persatuan ini bagi membolehkan latihan sempurna diberikan dan Akademi Blogger ditubuhkan untuk berganding bahu memaju pembangunan Negara melalui alam myra. Pastikan blog anda boleh dilayari, jika tidak data anda akan dipadam dan terpaksa mendaftar semula. Tarikh Tutup pendaftaran ialah pada 31 Ogos 2010 sebelum Perhimpunan Agung Blogger Sabah akan diadakan pada 16 September 2010. Hanya mereka yang diterima menjadi ahli sahaja yang layak memilih atau dipilih mengganggotai jawatankuasa PBS bagi sesi 2010-2013. Laman Blog Porno dan Dakyah Agama (Selain Islam) adalah DIHARAMKAN! Semua Ahli PBS dibenarkan menghantar artikel mereka untuk di siarkan di Sabahkini.net

15 May 2010

Apa Sudah Jadi?

JUDI BOLA, NAJIB MASIH MEMBISU - harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Keengganan Najib Razak menjelaskan sebab meluluskan lesen judi bola sepak sempena piala dunia Jun ini dilihat sebagai takut berdepan Masyarakat Islam di negara ini.

Bekas Pengarah Jabatan Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mustahil Najib tidak tahu berhubung kelulusan kerajaan itu dan hanya mahu berrselindung di belakang . Awang Adek Hussein.

"Takkan itu semua dibuat secara peribadi oleh Dr. Awang Adek saja yang Najib sendiri tidak tahu.

"Takkan dia bersembunyi dalam baju Dr. Awang Adek, takut untuk berdepan dengan orang-orang Melayu yang beragama Islam," katanya.

Kerajaan awal minggu ini meluluskan permohonan lesen judi sempena Bolasepak Piala Dunia yang dipohon oleh Kumpulan Berjaya Corp. Bhd. yang dimiliki oleh Vincent Tan Chee Yioun.

KAH KAH KAH…

woit…. SURAT KHABAR MELAYU LANGSUNG TAK ADA LAPOR….kah kah kah….

woit… WARTAWAN CHINA YANG MAKAN BABI … BERANI LAPOR….kah kah kah…

woit….WARTAWAN MELAYU… YANG BERBUIH BUIH BACA YASSIN… TAK BERANI LAPOR… kah kah kah…

nota:

mana dia pejuang islam yang tunggul al ustaz aal ketayap zulkifly nordin? mana dia al apiz haruul sonny al fatwa fatwi dari ipoh? mana di kumpulan GST – geng songkok tinggi?

mana dia pukipm? mana dia gpms? mana dia prowaris? mana dia pekasam

KAH KAH KAH…

woit… DULU HEBOH ZAID MINUM ARAK…. kah kah kah..

woit… DULU HEBOH ZAID ADA KUDA…. kah kah kah…

woit… SEKARANG PASAL APA SENYAP… kah kah kah..

kah kah kah... TAKUT PADA AL SHEIKH AL HAFIZI VINCENT TAN KE?...kah kah kah..

Sumber: http://tukartiub.blogspot.com

‘THREE BILLION DOLLAR MAN’ DI ARAH ISTIHAR HARTA?

Oleh: DR DAVID P.MATTA

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang mendakwa mempunyai harta bernilai RM300 juta sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Kabinet ‘April Fool’ pada 1 April 2003; kini dipercayai mempunyai harta lebih USD 3 bilion telah diarah secara mandatori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengistiharkan harta melalui notis yang diserahkan kepadanya pada 29 April 2010.

Mengikut Notis berkenaan yang disampaikan kepada Musa Aman di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mula dikuatkuasa pada 1 Januari 2009;

Seksyen 36. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi, jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai, berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh seseorang pegawai Suruhanjaya, bahawa apa-apa harta dipegang atau diperoleh oleh mana-mana orang hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, boleh dengan notis bertulis:

(a) menghendaki orang itu supaya memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar,

(i) yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau dimiliki olehnya, atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana ia diperoleh, sama ada dengan jalan urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain;

(ii) yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;

(iii) yangmenyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa;

(iv) yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah hakmilik, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada ia telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

(v) menyatakan segala maklumat lain yang berhubungan dengan hartanya, perniagaannya, perjalanannya, atau kegiatan-kegiatannya yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(vi) menyatakan segala punca pendapatannya, perolehannya atau asetnya;

Mengikut Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, jika gagal mengistiharkan harta Musa Aman boleh disabitkan kesalahan dan dihukum;

a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan

b) Didenda tidk kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi

Setelah Notis Pengisytiharan Harta tersebut diserahkan kepada Musa Aman, Sabahkini.net telah berjaya mengesan Pemegang Amanahnya, Peguam Richard Barnes telah diarah berlepas ke Australia pada 3 Mei 2010 untuk mengurus dan mengalihkan kesemua wang ‘cucian’ (laundering) berbillions USD dan hartanya di luar negara, terutamanya Australia, Hong Kong dan Singapura.

Mengikut sumber dalaman SPRM, semasa Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman ditahan di Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008, dia telah memberi maklumat terperinci bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ dideposit ke akaun Richard Barnes, Nasir Yeo dan Musa Aman.

Mikhael Aman yang ingin mengelak daripada didakwa ICAC, Hong Kong juga telah menyenaraikan semua nama kroni Musa Aman seperti Pengarah Urusan Priceworth Wood Products Bhd, Andrew Lim Nyuk Foh; CEO Kretam Holding Berhad, Freddy Lim Nyuk Sang; CEO Java Incorporated Bhd, Datuk Admond Looh Chai Boon, Pengarah Urusan Asiatic Lumber Industries Sdn Bhd, John Nip Wing Hon; Pengarah Urusan Usahawan Borneo Group, Datuk Albert Lim Yu Min; Datuk Amin Khan; Datuk Nasir Yeo Guan Hock; Hafiz Musa Aman dan sebagainya.

Mikhael Aman yang mengetuai Kumpulan Kongsi Gelap dan Gangster Sandakan sentiasa dilindungi pengawal peribadinya, Sai Pao yang begitu berbangga sehingga dia masih kebal untuk disentuh SPRM! The Untouchable Of The Untouchable!

Siapakah kroni Musa Aman yang seterusnya akan diberkas oleh SPRM? Datuk Admond Looh, Datuk Nasir Yeo, John Nip atau…?

Sumber; sabahkini.net


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia