Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

28 September 2008

Kenapa Sukar Untuk Mendapatkan Lesen Memandu?

Kali ini saya ingin membawa sebuah topik baru yang sering menjadi pertanyaan kepada diri saya sendiri dan mungkin orang lain juga pernah terfikir perkara ini tetapi jarang diperkatakan di media massa. Saya tidak mempersoalkan kenapa perlu lesen memandu, kalau itu yang dipersoalkan memang tidak wajar kerana umum mengetahui apakah peranan dan fungsi lesen memandu itu sendiri. Apa yang ingin saya persoalkan ialah prosedur dan perbelanjaan untuk mendapatkan lesen memandu yang sah di negara kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dan perlu dipersoalkan dalam prosedur permohonan mendapatkan lesen memandu. Pertama sekali ialah soal perbelanjaan. Kenapa perlu diwajibkan mendaftar dengan Sekolah/Akademi memandu dan membayar sejumlah amaun yang agak besar bagi mereka yang kurang berkemampuan? Mungkin ada yang akan mengatakan kalau tidak ada duit, tidak ada kenderaan, buat apa ambil lesen, sedangkan lesen memandu adalah merupakan salah satu keperluan untuk hidup pada zaman ini. Terdapat banyak iklan tawaran jawatan kosong yang mensyaratkan pemohon memiliki lesen memandu yang sah.Seolah-olah ada komplot untuk kepentingan kepada pemilik sekolah/akademi memandu agar perniagaan mereka bertambah maju. Saya berpendapat (berdasarkan pengalaman sendiri dan kenalan lain) tidak semua pemandu memerlukan bantuan dari sekolah/akademi untuk belajar memandu kenderaan. Mengenai kelas pemanduan berhemah, bukankah seharusnya ia dilakukan oleh pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan. Saya ada pengalaman mengikuti dua kelas pemanduan berhemah di akademi dan negeri yang berlainan, iaitu di Sabah dan Selangor. Apa yang dapat saya perhatikan, ada perbezaan dalam kedua-duanya walaupun menggunakan modul yang sama dari JPJ. Bayaran untuk mendapatkan lesen memandu juga berbeza-beza antara negeri-negeri di Malaysia, malah antara bandar dalam sebuah negeri yang sama. Kelas/bengkel yang diadakan sekadar melepas batuk di bawah tangga. Hakikatnya, yuran mengikuti kelas lebih utama daripada segalanya. Bagi pemohon lesen, persoalan utama adalah perbelanjaan, mungkin ini bukan isu bagi mereka yang berpendapatan besar atau dari golongan keluarga berada, tetapi bagaimana pula nasib mereka yang kurang berkemampuan. Kebanyakkan mereka yang memohon lesen biasanya adalah terdiri daripada yang sudah mempunyai pengetahuan asas, malah apa yang melucukan walaupun seseorang pemohon itu bekerja sebagai mekanik kenderaan, hukumnya tetap wajib untuk mengikuti kelas yang memperkenalkan kegunaan spanar, pembuka tayar dan pelbagai perkara yang sudah pastinya diketahui oleh mekanik berkenaan. Bukankah mudah andainya kita hanya perlu mendaftar bagi ujian-ujian wajib bagi mendapatkan lesen memandu, dan bagi yang betul-betul tidak mempunyai asas memandu bolehlah melanggani perkhidmatan yang disediakan oleh akademi/kelas memandu. Lebih baik lagi andai pihak berkuasa (JPJ) mengadakan kuliah/ceramah pemanduan berhemah dalam bentuk VCD/DVD kerana ia pastinya lebih seragam, atau menjadikan kelas pemanduan berhemah ini sebagai sebuah subjek wajib di sekolah menengah.

3 comments:

  1. Satu lagi projek kerajaan,,ini lah dia yang sangat menyusahkan rakyat walhal kadar kemalangan yang dasyhat sekali kira TOP RANK,malaysia salah satu negara yang terbaik di dunia dengan kes kemalang yang tertinggi di dunia,
    kira top of the world,,

    JPJ satu pengurusan yang sangat lemah di bawah kerajaan,,
    mereka hanya semata-mata mengaut keuntungan dari memikirkan keselamatan rakyat malaysia,,

    contohnya:
    hampir setiap hari kes kemalangan ngeri di malaysia di siarkan oleh media-media massa kerajaan,,
    sedangkan kerajaan tidak pernah mengambil satu pendekatan dan kometment untuk menghapuskan kadar kemalangan yang tertinggi di dunia,,
    kerajaan hanya memikirkan soal politik yang dibentangkan di sidang parlimen malaysia,
    itu belum lagi di ambil kira kadar rasuah yang mengunakan "runner-runner" yang telah sedia ada,,

    Kalau begini lah pentadbiran kerajaan,, siapa kah pelancongan asing yang teringin untuk datang kemalaysia???

    ReplyDelete
  2. cakap tidak guna, tikam tidak kena,,,

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia