Assalamualaikum, Selamat Datang
Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?
Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.
Anak Sabah Anak Malaysia
"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)
Lawan PPSMI Sekalipun PPSMI itu Berjaya
Tulisan: Abdullah Pit @ Sebol .....
.
.
Buat apa nak tentang PPSMI kalau ia berjaya?
Ketika berlakunya penentangan PPSMI ketika awal PPSMI dijalankan, wujudnya penentangan terhadap PPSMI oleh golongan 'nerd' sekitar 2003,2004 dahulu, PPSMI dilihat akan berjaya.
Sekalipun ianya kelihatan berjaya, namun ia tetap ditentang.
Andaikata semua orang asli mahir berbahasa Inggeris sekali pun, mahir matematik dan sains dalam bahasa inggeris sekali pun, ianya perlu ditentang.
Kerana ia membunuh bahasa perpaduan kita.
Mungkin ada orang kata takkan matinya sesuatu bahasa, namun istilah dalam sesuatu bahasa itu boleh mati sekiranya tidak digunakan.
Kita boleh salahkan DBP kerana mencipta istilah tetapi tidak mempromosinya.
Terdapat istilah yang khusus untuk bidang tertentu. Bidang pengkomputeran, bidang perubatan, bidang kejuruteraan, bla-bla-kologi.
Kamus istilah komputer sepatutnya diberi percuma kepada penerbit "MajalanPC"
Seorang Doktor sepatutnya mendapat kamus perubatan percuma. atau sekurang-kurangnya glosari.
Seorang mekanik tempatan yang tidak mahir bahasa inggeris, tetap menggunakan istilah "oil filter", "drive shaft" , "allignment" ketika berurusan dengan pelanggan. Pelanggan yang kurang mahir tentang kenderaan terus menerima secara bulat istilah yang diberitahu oleh makenik itu.
DBP tidak mempunyai "penjaga Istilah" untuk sesuatu bidang supaya berkempen ke bidang tertentu supaya ianya digunakan.
Hari ini bukan masa sesuai untuk menghentam DBP kerana kita perlu memperkudakan DBP untuk sama-sama menentang PPSMI.
Jadi bagaimana seorang mekanik, dan pelanggan masih lagi menggunakan istilah inggeris untuk untuk perkara mudah sebegitu?
Kesemuanya tidak mempunyai pemikiran "Aku mahu ia ada dalam bahasa aku".
Sekiranya mekanik atau pelanggan berfikiran sebegitu, istilah Bahasa Melayu akan digunakan.
Kenapa kita bodoh sangat masih gunakan istilah "aircond" ketika bercakap dalam bahasa melayu?
Kenapa kita bodoh sangat masih menggunakan istilah "download" ketika bercakap dalam bahasa melayu?
Bodoh atau malas cari istilah?
Budak kecil yang menonton TV telah diajar perkataan "remote", walhal "remote" tidak menunjukkan maksud sebenar bagi alat kawalan jauh. "Remote" hanya "jauh". "Remote" adalah singkatan bagi "remote control".
Adakah penggunaan "remote" itu betul?
Apabila anak kita itu disuruh untuk mengambil "jauh", mereka pula tidak faham.
Penggunaan "Download" begitu popular dikalangan orang yang tidak mahir Bahasa Inggeris, wujud juga situasi dimana ia disalahgunakan.
Pemindahan lagu daripada komputer juga dipanggil "download".
Mana atas mana bawah?
Komputer atas atau telefon atas?
Kalau kita pindahkan lagu daripada dari komputer ke telefon menggunakan antaramuka di komputer, kenapa pula wujudnya "download lagu" ?
"Salin" adalah lebih tepat pada situasi sebegitu. dimana pemindahan data dilakukan pada peranti yang sama aras.
Telefon boleh digunakan untuk "download lagu" sekiranya proses pemindahan itu dilakukan menggunakan telefon, dan sumbernya dari pelayan jauh.
Kalau mereka boleh bezakan muat naik dengan muat turun, barulah mereka membezakannya, sebaliknya, guna sahaja istilah salin.
Istilah Inggeris yang selalu disalahgunakan oleh penutur bahasa Melayu ialah "member". "member" adalah "ahli", tetapi sering digunakan sebagai "kawan" oleh orang yang tak faham bahasa Inggeris.
Apakah itu yang hasil yang kita mahu?
Wujudnya sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku" menyebabkan banyak kesalahan maksud berlaku. Ianya seolah-olah betul bagi mereka.
PPSMI memupuk sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku" secara skala besar.
Sikap "Tidak Mahu Ia Ada Dalam Bahasa Aku" menyebabkan masalah jati diri yang tinggi, keyakinan diri merosot teruk. Jatuh kelepap di atas kepala kamu.
Mana-mana bangsa yang mempunyai sikap tidak mahu ia ada dalam bahasa aku, tidak akan berjaya.
Proses "mahu ia ada dalam bahasa aku" itu sendiri membentuk invovasi.
ispell, Pspell, lambat disokong dalam bahasa melayu atas sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku".
Nasib baik ada mimos dan USM.
Mimos pula melihat lokalisasi sebagai sesuatu yang tidak menguntungkan. Dihentikan projeknya.
Adakah anda tetapi menentang PPSMI jika ianya berjaya?
Mungkin anda tidak, tetapi saya terus menentangnya, kerana saya mahukan tamadun yang ingin kita bentuk ini wujud dalam acuan sendiri.
“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.
No comments:
Post a Comment