Assalamualaikum, Selamat Datang
Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?
Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.
Anak Sabah Anak Malaysia
Anak Sabah Anak Malaysia
"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)
01 March 2009
Kembali Bersuara
Bismillahhirahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam perjuangan..
Setelah agak lama blog ini terbiar sepi dan penuh dengan sawang, alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk menulis (satu perkara yang sangat-sangat saya rindui- menulis di blog sendiri) walaupun sekadar beberapa baris ayat.
Terlalu banyak perkara dan peristiwa yang saya terlepas untuk membuat ulasan dan pandangan, terlalu sarat idea yang hendak saya kongsikan dengan sahabat-sahabat blogger serta para pembaca yang kadang-kala ada menjenguk untuk melihat adakah blog ini masih 'bernyawa' atau sebaliknya. Insya Allah saya akan cuba menghidupkan semula blog yang telah lama terduduk dan lumpuh ini untuk berkongsi pandangan, berkongsi khabar.
Setelah agak lama tidak menulis, terasa kaku jemari untuk menaip setiap patah kata, janggal rasanya untuk mengolah idea. Saya mulakan hari baru untuk blog ASAM lambunau ni dengan satu isu yang saya rasakan agak rapat perkaitannya dengan diri saya sendiri, PPSMI yang saya kenali semasa menuntut di Maktab Perguruan dahulu disebut sebagai ETeMS.
Oleh kerana ruang waktu yang agak terbatas saya sekadar memetik tulisan dari sahabat blogger yang saya kenali lewat pembabitan saya dalam dunia penulisan blog iaitu Hasbullah Pit atau sebol. Insya Allah saya akan menulis idea dan pandangan saya sendiri dalam isu ini tetapi buat masa ini kita hayati dahulu penulisan saudara sebol di bawah ini.
"Bahasa Bukan Faktor untuk Maju, Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar "
Saudara Aduka Taruna telah telah lama membuat catatan blog bertajuk PPSMI bukan faktor utama maju.
Dia bukanlah penyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI. dia sendiri mengakuinya.
Sebelum ini saya juga telah mengatakan mendengar satu hujah daripada abang saya sendiri tentang bahasa bukan faktor untuk maju.
Saya setuju hujah bahasa bukan faktor untuk maju.
Samada kita belajar dalam bahasa apa pun, ia tidak memberi kesan terhadap kemajuan.
Yang memberi kesan ialah budaya ilmu itu sendiri.
Saudara Aduka telah memberikan contoh beberapa negara berbahasa inggeris juga banyak yang tidak maju.
Berapa banyak negara komanwel yang maju dengan mengekalkan pembelajaran berasaskan Inggeris?
Jadi, ada kalanya hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" digunakan untuk menentang Gerakan Mansuhkan PPSMI.
Kata mereka , Kalau kita hapuskan PPSMI, kita tidak akan jadi lebih maju.
Namun menggunakan hujah yang sama, kalau Bahasa bukan faktor untuk maju, kenapa adakan PPSMI.
Hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" adalah lebih sesuai digunakan ketika sebelum PPSMI dilancarkan, bukan hari ini.
Yang penting itu ilmu, bukan bahasa.
Orang ke Jerman, belajar teknologi Jerman, untuk mendapatkan ilmu Jerman. Nak bawa balik bahasa Jerman nak buat apa?
Begitu juga ilmu daripada negara lain yang berbahasa lain.
Jadi apa yang berlaku sekarang ialah pelajar dihantar ke Amerika, Britain, dan Australia, bawa balik ilmu dan bahasanya sekali.
Adakah bahasa itu tidak penting?
Kita tidak perlu kukuhkan bahasa Jerman atau Inggeris kerana dia sudah berdiri sendiri tanpa kita wujudkan "Dewan Bahasa jerman".
Kalau Bahasa tidak penting untuk maju, kenapa hapuskan PPSMI?
Eh, Tunggu sekejap.
Kalau Bahasa tidak penting kenapa wujudkan PPSMI?
Pusing balik asal.
Bagi saya, bahasa adalam medium penyimpanan ilmu.
Ilmu Jerman dalam Bahasa Jerman, Ilmu Jepun dalam bahasa Jepun.
Kita belajar bahasa Jerman, Kita belajar bahasa Jepun.
Tidak semua orang yang tahu bahasa Jerman itu tahu bahasa Jepun.
Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar yang tahu banyak bahasa.
Jadi siapa yang hendak mengabungkan Teknologi Jepun, Teknologi jerman dan hukum hakam dalam Kitab Arab?
Pengintegrasian itu itu dalam bahasa apa?
Maka perlunya bahasa sendiri untuk mengintegrasikan ilmu-ilmu yang sebelum ini wujud dalam bahasa lain.
Kerana, tidak semua orang boleh tahu kesemua bahasa Korea, Bahasa jepun dan jerman dan Arab dan swenska.
ianya boleh dilakukan dengan menyimpan ilmu dalam bahasa sendiri.
Ilmu svenska wujud dalam bahasa sendiri, ilmu Korea disimpan dalam bahasa sendiri.
Maka, Umar Hasbullah baca kitab ilmu yang diterjemah dari bahasa-bahasa lain ke Bahasa Melayu, kemudian menggabungkan menjadi inovasi sendiri.
Umar Hasbullah tidak perlu tahu sehingga 28 bahasa.
Siapa boleh belajar 28 bahasa?
Kerana itu ilmu perlu disimpan dalam bahasa sendiri. Bukan sahaja ilmu yang berasal dari Inggeris sahaja, tetapi ilmu diluar tempurung Inggeris juga perlu disimpan dalma bahasa sendiri.
Lihat sahaja teknologi elektronik.
Negara berbahasa Inggeris agak ketinggalan.
Samsung Korea, Sony Jepun, Nokia Finnish, tidak ketinggalan Telefon buatan China yang tak sering tidak cukup dokumentasi.
Adakah generasi akan datang perlu belajar 28 bahasa sebelum mengintegrasikan teknologi daripada pelbagai sumber?
Jadi, untuk belajar , faktor bahasa tidak berapa penting, langgar sahajalah bahasa yang ada untuk pendapatkan ilmu. Namun ilmu itu perlu disimpan dalam bahasa sendiri supaya lambat lain anak cucu kita boleh mengintegrasikan ilmu-ilmu perlbagai sumber bahasa itu dalam bahasa sendiri.
PPSMI membuatkan proses penyimpanan ilmu dalam bahasa sendiri itu tidak berlaku. Kekalkan sahaja ilmu itu dalam bahasa Inggeris, bukankah kita semua tahu bahasa Inggeris? Itu yang pendokong PPSMI mahukan?
Adakah apabila pelajar Malaysia di Jepun balik ke Malaysia perlu penyimpan ilmunya dalam Bahasa Inggeris supaya boleh diintegrasikan dengan ilmu yang diperolehi oleh rakannya yang belajar di Russia?
Anak cucu kita akan tanya, kenapa kita perlu terjemah ilmu Jepun itu ke dalam Bahasa Inggeris?
Maka kita jawap "Hishamudin kata hentikan debat PPSMI".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.
No comments:
Post a Comment