Assalamualaikum, Selamat Datang
Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?
Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.
Anak Sabah Anak Malaysia
Anak Sabah Anak Malaysia
"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)
01 March 2009
Masih Seperti Dahulu
Bagi mereka yang mengikuti blog ini sejak awal lagi mungkin akan tertanya-tanya kenapa blog ini seperti berubah haluan dan seolah-olah tidak mahu lagi menyentuh hal-hal politik.
Ada beberapa orang kenalan yang pernah mengutarakan perkara ini kepada saya kerana dalam tulisan-tulisan terakhir sebelum blog ini terbiar dalam jarak waktu yang lama kelihatannya seperti saya mengelak untuk menulis perkara berkaitan politik.
Antara posting terakhir saya ialah menyentuh mengenai lesen memandu, dan yang terbaru sebentar tadi ialah mengenai isu pendidikan iaitu PPSMI. Sebenarnya kedua-dua isu tersebut masih lagi berkait rapat dengan kekalutan politik negara kita sama ada kita sedari atau tidak. InsyaAllah sekiranya ada kesempatan perkaitan antara perkara-perkara yang saya sebutkan dengan politik tanahair akan saya nukilkan di blog ini. Kepada teman-teman pembaca dan blogger, blog ini masih dengan konsep asal ia diwujudkan. Sebagaimana hidup perlu diteruskan, begitu juga dengan perjuangan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.
SOS
ReplyDeleteSIDANG DUN PERAK DI BAWAH POKOK